Followers

Thursday, August 15, 2013

Mata mata gelap AA


Setakat ni 2 kali dah pak toni mintak saya jadi 'mata-mata gelap' dia sepanjang saya menggunakan perkhidmatan AA ni. Kali pertama masa naik flight ke Guilin bulan 4 hari tu dan terkini masa nak balik Ganu time nak raya baru-baru ni. Maklumlah ini saja penerbangan 'mampu beli' yang biasa digunakan untuk aktiviti derak saya. Walau macam-macam kata-kata tak sedap dengar tentang AA, dan tak puas hati dengan perkhidmatan AA, kalau time nak gi berjalan, tetap website ini yang saya buka dulu, kot ada mana-mana tiket murah. Apapun bersyukurlah, dapat jugak merasa jejak ke negara orang walaupun dengan budget yang murah kan? hiks.

Bila dapat peluang ni memang saya tak lepas peluang. Jawab soalan survey tak sampai 10 minit lepas tu hantar je. Tunggu beberapa hari, lepas tu AA akan bagi RM50 E-gift voucher sebagai menghargai effort kita menjawab soalan survey yang disediakan. Kira ok la kan? Walaupun RM50 je, siapa nak kasi kan?Tapi, hanya orang yang diplih saja layak jawab survey ni tau. hehehe. Details kat SINI.

Ada sesiapa yang pernah jadi mata-mata gelap AA tak sebelum ni? heee


Tuesday, August 13, 2013

Syawal 1434

Sekitar Karak - semalam perjalanan dari Kuala Terengganu - KL kira ok la. Kereta agak banyak, tapi masih terkawal. Cuma stuck sikit masa dipertengahan Karak. Kenderaan 'bumper to bumper', ingatkan apalah yang terjadi, rupa-rupanya ada eksiden dari arah bertentangan, geng-geng bikers terbabas hingga langgar divider jalan. Standard orang kita, suka sangat jadi pemerhati, itulah yang buat jammed tu. Tapi tak lamapun, pukul 3.++ pm kami dah selamat sampai ke Putrajaya.

Demam raya dah kebah. Sekarang masa untuk tune mood - dari mood beraya kepada mood bekerja pulak. Hari ni perjalanan dari rumah ke Putrajaya sangat smooth. Kereta tak banyak, jalanpun masih lengang. Sah! Warga Putrajaya masih ramai yang seronok beraya lagi. 

Syawal kali ini seperti biasa disambut sederhana tapi tetap meriah. Tambah pulak raya kali ni ahli keluarga kami bertambah seorang lagi, kiranya ramai tetamu yang datang rumah sebab nak jumpa 'orang baru'. Penuh jugak rumah sampai semalampun masih ada yang datang beraya. Tapi untuk saya pulak, raya kali ni penuh debaran! Maunya tidak, orang lain sibuk beraya - masa tu walaupun sudah hampir pukul 9.00pm, tetamu masih penuh di rumah, saya pulak kena berkurung dalam bilik menunggu email dari 'sana' dan bersiap sedia untuk di'interview' Huihhh!!! berdebor sampai rasa nak pecah dada! Whatever it is, the interview session was done smoothly. Semoga rezeki itu menyebelahi saya... amin.

Raya ke 2, 3 dan seterusnya seperti biasa rumah kami diserang oleh tetamu. Dalam sibuk-sibuk layan tetamu sempat jugak mencuri sedikit masa melawat dan berjumpa kawan-kawan. Walaupun tak sempat nak jumpa semua kawan, cukuplah dapat jumpa kawan-kawan yang rapat. Bertanya khabar dan bertukar cerita itupun dah cukup buat kita gembira kan? Dan sempat jugak beraya di rumah sifu. Itulah prof, jangan dijemput kami beraya, confirm kami serang rumah prof tu. hiks.

Paling best raya ke-4 kami dah serang kebun tok'ki di Bukit Jong. Kekonon nak kutip durian, tapi durian baru nak belajar luruh, jadinya tak banyak hasil yang kami dapat. Tunggu seminggu dua lagi, luruh la durian-durian tu. Sama jugak dengan durian belakang rumah, tunggu masa je nak luruh. Kesian orang datang beraya, mampu tengok je durian-durian kat atas pokok tu. hehe.

Apapun sambutan Syawal kita, bagaimana dan di mana sambutannya saya harap semuanya berbahagia. dan bergembira. Lepas ni mesti banyak jemputan open house kan? er.. makan, makan jugak, jangan lupa puasa 6 ye. Selamat hari raya Aidilfitri semua! ^_^


Sunday, August 04, 2013

Iftar dengan GBS

Adik ini bila ditanya 'buat apa'? Katanya dia sedang buat kuih untuk berbuka puasa. hehehe. 

Dah menjadi tradisi GBS, setiap kali Ramadhan mesti kami akan berbuka sama-sama walaupun sekali. Uniknya kami bukan berbuka di hotel/restoran atau makan buffet seperti iftar yang kita selalu buat. Tapi kami pilih pantai sebagai port berbuka kami. Maklumlah, Terengganu kan kaya dengan pelbagai pantai, pilih saja nak ke pantai mana. Seperti biasa Pantai Batu Buruk menjadi lokasi pilihan. Kami singgah di bazar Ramadhan yang kebetulan memang ada di tepi pantai, beli makanan berbuka dan kami terus ke pantai. Ala-ala berkelah.  - hari itu 1'st time saya singgah bazar sepanjang Ramadhan ini. Sebenarnya berbuka di tepi pantai bukanlah perkara asing bagi kami di sini. Memang ramai yang tak lepaskan peluang berbuka dalam suasana begini. Semakin hampir waktu berbuka, kawasan pantai makin di penuhi orang. Masing-masing ada yang siap membawa tikar untuk dibentang di pantai, tak kurang yang datang berkeluarga semuanya mahu menikmati bayu sepoi-sepoi bahasa Laut China Selatan. Semakin gelap, lampu/sportlight siap akn dinyalakan untuk kemudahan orang ramai. Dan yang paling best, bila masuk waktu berbuka, terdengar sayup-sayup bunyi meriam berbuka dari Bukit Kecil diikuti suara azan bilal dari masjid berdekatan.


Thursday, August 01, 2013

Iftar terakhir

Masjid Besi - Port favorite ialah duduk di tepi kolam menghadap tasik, layan angin sepoi-sepoi bahasa dan baca quran lepas tu mata pun layannn sekali. eh?

Hari terakhir di kota batu, petang ini lepas kerja terus terbang balik ke kampung halaman bermakna semalam adalah iftar terakhir saya di sini. Hampir setiap petang menghabiskan masa di sini. Tadarus sambil 'jamu mata' tengok keindahan alam. Alhamdulillah, Ramadhan masih berbaki tapi dah hampir khatam Al-Quran, tinggal 4 juzu' lagi untuk diselesaikan - saya kira ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri.

Ramadhan kali ini sangat sederhana, tiada berbuka dengan lauk kegemaran - masak untuk iftar hanya weekend saja dan malamnya mengimarahkan surau berdekatan rumah, tak ada berbuka buffet di mana-mana restoran - sekali je, itupun sebab tu acara 'wajib' tiap kali bulan Ramadhan dengan opismate, tapi kali ini saya pilih untuk berbuka bersama 'keluarga yang besar' di sini walaupun tak saling mengenali antara satu sama lain. Lepas ini akan habiskan Ramadhan yang berbaki di kampung tercinta pulak. Sempatlah berbuka di tepi pantai dengan GBS nanti. hiks. Harapnya Ramadhan yang tinggal tak sampai 10 hari dapat dimanfaatkan oleh kita semua dengan sebaiknya. InsyaAllah. Misi mencari Lailatul qadar pula....

Pada semua kawan-kawan, selamat balik kampung semua. Walau bagaimana caranya korang balik beraya, saya doakan semuanya selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin... ^_^