Followers

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

SEMOGA RAMADHAN INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN YANG SEBELUMNYA

Thursday, August 20, 2009

Kisah menjejak kaki pelangi

Akhir-akhir ini aku selalu nampak pelangi. Sangat cantik! Terbaru melihat pelangi ketika berada di Bumi Kenyalang. Bukan sekali, malah dua hari berturut-turut. Memang cantik. Tujuh kombinasi warna yang sangat menarik.
Kata teman 1 : "kita selalu nampak pelangi, tapi di mana kakinya?"
Kata teman 2 pula : "jom kita jejak kaki pelangi?"
Kata aku : "Cubalah! kalau jumpa aku solute kau!"
Baru aku terfikir, pelangi memang sangat cantik, tapi yang pasti kaki pelangi tak mungkin dan tak akan ditemui oleh sesiapapun. Itu semua kuasa & kerja Tuhan.
Dulu semasa kecil, masih keanak-anakan aku selalu berangan-angan, jika pelangi muncul aku mahu bermain-main di atasnya. Konon-kononya menggelongsor dari puncak pelangi hingga ke kakinya. Pasti seronok! Itu angan-angan semasa kecil, walau tak pernah tertunai tapi ia tetap manis bila dikenang.
Memburu kaki pelangi... sama seperti memburu impian. Impian untuk sebuah kehidupan yang bahagia dan lebih sempurna, impian untuk mencapai cita-cita yang diimpikan dan berbagai-bagai impian yang diinginkan oleh setiap insan yang bergelar manusia.
Kata teman, pelangi cantik walaupun hanya dapat dinikmati seketika cuma. Seperti sesuatu @ seseorang yang singgah dalam hidup kita. Walaupun sementara, kerana indahnya ia kita tetap akan kenang sampai bila-bila. Jadi, jika pelangi muncul... nikmatilah keindahannya walau hanya seketika. Begitu juga dengan bahagia... jika sedang berbahagia nikmatilah! Walaupun hanya sementara. Sekurang-kurangnya kita berpeluang juga mengecapi kebahagian walaupun hanya sekejap... daripada mereka yang tidak berpeluang langsung untuk menikmatinya.
PM : jom jejak kaki pelangi!

Monday, August 17, 2009

Kasut

Saya adalah pengumpul kasut yang berjaya. Suka benar membuat koleksi kasut walaupun hakikatnya sangat susah mendapat saiz yang sesuai dengan kaki saya yang terlebil 'comel' ni. Tapi... walau sebanyak mana kasut yang saya ada, kebiasaannya saya hanya memakai kasut yang sama saja. Kata orang, yang selesa di kaki.
Ada pepatah Inggeris berbunyi "Letakkan diri kita dalam kasut orang lain" - merasai perasaan orang lain dan melihat sesuatu keadaan dari kaca mata orang yang mengalaminya. Oh... itu antara perkara yang sangat sukar untuk dilakukan oleh saya. Itu saya akui. Pernah seorang teman berkata, "cuba kau letakkan diri kau di tempat aku, pasti kau akan tau macam mana rasanya". Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak berupaya menyelami hati orang sedalam itu. Walaupun kita sama... tapi kita tetap berbeza. Kan?
Contohnya, terbaru adik saya telah menghadiahkan 2 pasang kasut bertumit 2 1/2 inci! Aduhai... bisa tersadung jika saya memakainya. Padahal sudah beberapa kali dipesan jangan membazir membelikan kasut untuk saya kerana saya sangat cerewet memilih kasut. Itulah perbezaannya. Walau bercitarasa berbeza, pemberian orang harus dihargai. Yang penting cuba untuk berada ditempatnya dan merasai apa yang dialami. Mungkin juga, kasut baru nanti tidak sesuai dengan kaki saya, atau mungkin juga ia selesa dipakai. Siapa tahu? Itulah manusia... mungkin masing-masing mempunyai masalah yang sama, serupa, sebijik tetapi apa yang dirasai tidak akan sama. Mungkin bagi kita perasaan sakit itu hanya biasa-biasa saja, tapi tidak bagi mereka. Dan perkara yang paling sukar adalah untuk menyelami perasaan orang.
Walau apapun, sebelum cuba untuk menyelami perasaan orang, selami dahulu perasaan sendiri. Kenal hati budi sendiri dahulu sebelum mengenal hati budi orang lain. Ketahui kehendak dan kemahuan diri. Sebelum membahagiakan orang-orang di sekeliling, pastikan diri kamu bahagia dahulu. Barulah kebahagian itu terlampias kepada orang-orang di sekeliling kita. InsyaAllah...
PM: jika kamu bahagia, saya juga begitu! (^_^)

Sunday, August 09, 2009

Festival Bunga 2009

Berkesempatan juga ke Festival Bunga & Taman Putrajaya 2009
Alang-alang sudah tinggal di Putrajaya, pergi saja
Kebetulan orang-orang kesayanngan baru datang dari kampung
jadi...
bawa mereka sekali ke sana
tapi...
aku rasa festival kali ni 'kureng' lah dari sebelum ni
tapak makin kecil
bunga-bungapun tak banyak
papepun menarik jugak!

Monday, August 03, 2009

Fiesta

Sabtu lepas
gigih bersama cik Nilly meredah kegelapan malam ke Bukit Jalil
semata-mata nak ke fiesta makang buah
sebenarnya bukang kitaorang makang sangat pung buah
saje nak memeriahkan fiesta. hiks
bak kata cik Nilly "mane tau kot-kot jupe bah ganu, bleh naik skali". hahahaha! *GBS komen!
malam tu hanya berdua je.
adik-beradik ada agenda masing-masing
yang lain-lain lesap ke mana
lagipung kawang-kawang kami bukan ramai pung
pi mai pi mai tang tu jugak
alih-alih jupe muka sama je
Lepas Maghrib bertolak
sampai sana, orang dah berpusu-pusu
tak sangka ramai sunggoh rakyat Trengganu bermastautin kat sini
gerai-gerai mewakili 7 daedah di Trengganu ; Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Macam-macam ada... buah-buahan tempatan & makanan tradisi negeri Terengganu
dan seronoknya malam itu kami bercakap 'Trengganuspeak' tanpa batasan. *lawah2
Cuma dua yang aku rasa tak puas hati
mentaliti orang Malaysia memang tak boleh diubah
mentang-mentanglah makan free,
masing-masing siap angkut berplastik-plastik makanan & buah-buahan.
tak ingat orang langsung
Kot ye pun makang free, ingat-ingatlah orang akan datang lagi
apa salahnya makan kat situ je puas-puas
sama-sama datang, sama-sama rasa kan?
ini tak... kalau boleh dengan gerai-gerai sekali diorang nak angkut
macam orang kebulur pun ada jugak
bayangkan, baru pukul 9pm, banyak gerai dah kosong!
satu lagi...
orang dah bagi makan free, apa salahnya jaga kebersihan
buang sampah kat tempat di sediakan
main campak-campak je kulit buah & sampah
nak aje aku piat tangan diorang. *haish... emo plak
makan, amik banyak-banyak lepas tu tak abis tinggalkan bersepah-sepah macam tu aje
sangat membazirlah!
kesian orang datang lambat... x sempat merasa.
papepun malam tu ok lah.
walaupun tak makan beriya-iya
tapi seronok jugak
papepun yang penting hati mesti gumbira...
lalalala...




~ pencuri buah... anak sape lah ni...~