Siapa sangka di tengah-tengah bandar Puchong yang sedang pesat membangun terdapat kawasan hutan simpan. Penduduk kat sini panggil Bukit Puchong je, tapi nama sebenar tempat ni ialah Hutan Simpan Bukit Ayer Hitam Puchong. Saya pergi dengan kawan-kawan Sabtu lepas. Tempat ini merupakan kawasan hutan simpan kekal di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Selangor dan sebahagian kawasan ini juga adalah dibawah tanggungjawab UPM. Kalau ikut undang-undang, sesiapa yang masuk ke sini dikira penceroboh tau! Hahaha. Macam kawan saya kata, kalau kita terserempat dengan renjer, mesti mereka bagi warning dan suruh kita keluar dari kawasan tu secepat mungkin. Tapi... ada orang kisah??
Untuk ke sini : dari Putrajaya, terus masuk LDP, ambil flyover simpang ke masjid Terapong Puchong, tapi di traffic light terus belok ke kanan dan jalan terus hingga jumpa Jalan Wawasan 5/1, Taman Wawasan, Puchong. Lokasi boleh rujuk sini. Di kawasan lot-lot kedai, boleh parking kenderaan kat situ. Biasanya kalau weekend atau waktu petang, tempat tu memang banyak kereta sebab ramai orang hiking. Jangan terkejut kalau tengok uncle dan aunty yg kebanyakan chinese dengan selamba je duk memanjat bukit ni. Merekapun sangat ramah, siap bertegur sapa walaupun masing-masing tak kenal antara satu sama lain.
Kami memulakan pendakian agak lambat iaitu hampir 8.30 pagi dan saya tengok ramai yang dah mula beransur turun. Cuak jugak tengok bukit boleh tahan tinggi... dah la lama tak mendaki ni... setakat main squash seminggu sekali rasanya tak mampu nak bagi stamina yang tinggi nak mendaki ni. Tapi gigih jgak masing-masing.
Let's pictures story everything!
jalan masuk ke hutan Bukit Puchong
trek mula-mula jumpa bukit dan lepas tu baru masuk ke dalam hutan
2 simpang : kanan - trek berbukit tapi cepat sampai , kiri - trek agak landai tapi lama. Kami pilih pergi jalan jauh, balik jalan dekat.
Hutan ini dibawah kelolaan 2 pihak berkuasa bertanggugjawab
Saya rasa dua-dua cendawan ni beracun!
trek agak landai
1'st stop : kawasan lapang di tengah-tengah hutan
Jalan menuju ke Blue Lake
cantik betul ciptaan Allah!
keluar dari trek berhutan, kita akan temui satu jalan dan untuk ke Blue Lake kena belok kiri dan jalan kaki tak sampai 5 minit untuk sampai ke situ. Hati-hati jangan sampai tersesat sudah!
Landmark : papan tanda ini menunjukkan kita sudah sampai di Blue Lake.
Semasa sampai di 1'st stop tadi kami jumpa 1 keluarga cina ni, dan mereka ikut kami untuk ke Blue Lake memandangkan ini kali pertama mereka panjat bukit ni.
Peringatan 1 : kami dah langgar!!!
Blue Lake : air dia mcm crystal clear.. sangat jernih!!
siap ada air terjun!
ada kawasan yang berair cetek
kami jalan ke atas mengikut arus air dan jumpa satu lagi tasik. Kata orang yang pernah datang ke sini, kalau naik ke atas lagi ada 7 lagi lapisan air terjun di atas sana!
Seronoknya berkelah kat sini sebab takde orangpun! Kami awal-awal dah siap beli nasi lemak, berkelah sambil mandi manda kat Blue Lake. Lama juga masing-masing berendam, sampai kecut jari kesejukan. Lebih kurang 2 jam kat sana, kami bergerak untuk balik. Nak balik, ikut je trek yang sama hingga sampai ke kawasan lapang di tengah-tengah hutan (1'st stop tadi ), kat situ ada 2 jalan, kita boleh pilih untuk balik menggunakan jalan masa kita datang ataupun ikut jalan yang satu lagi. Kami pilih jalan satu lagi, trek agak pendek tapi berbukit-bukit dan cepat sampai. Hampir pukul 2.30 petang sampai bawah, perut lapar balik dan kami singgah makan dulu sebelum balik.
bandar Puchong dari puncak bukit
masa untuk pulang!
PM : sakit kaki tak hilang lagi.....