Inilah surat yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampai juga... Takde surat ni, tak boleh apply cuti tau! |
Alamdulillah... Masa saya dipanggil sebagai tetamu Allah telah tiba. Melengkapkan rukun islam ke-5. InsyaAllah jika diizinkan saya akan berangkat menunaikan haji pada 9 Oct 2012 (Selasa) dan akan berada di bumi suci itu selama 45 hari. Saya memilih penerbangan terus ke Makkah dan akan berada di sana dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah. Jadi dapat flight last-last, KT80.
Oleh itu pada semua sahabat/kawan-kawan/sesiapa sahaja yang membaca blog ini samada yang saya kenal atau x kenal, saya mohon maaf atas semua kesalahan saya jika ada tersalah dan silap selama ini. Mohon dihalalkan semuanya. Doakan semua urusan ibadat saya berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari-Nya...
PM : Ya Allah... Kau tunjukkanlah jalanku dengan iman dan peliharalah keimanan itu semasa hidupku, semasa matiku dan selepas matiku...