Balik kampung baru-baru ini berkesempatan melawat adik di asrama. Itu sekolah lama. Asrama itu juga pernah didiami selama 5 tahun. Banyak kenangan manis dan pahit di situ. Sudah banyak perubahan. Bangunan sekolah sudah setinggi 4 tingkat. Zaman aku bersekolah di situ dulu mana ada. Cuma hostel dan musolla yang masih belum berubah, masih teguh berdiri seperti dulu. Walaupun kelihatan bangunannya di cat baru, tapi struktur lamanya masih seperti dulu.
Tiba-tiba terpandang satu wajah. Wajah yang amat kenali. Penyelia asrama! Setia betul dia dengan sekolah ini ye. Masih juga di sini walaupun sudah beribu-ribu murid datang dan pergi. Aku sedikit segan hendak bertegur sapa. Ye lah, dulu sopan dek kerana terikat dengan peraturan, sekarang hanya berjeans & bert-shirt saja. Tapi, mana mungkin tidak mau bertegur sapa dengan seseorang yang banyak berjasa dengan kami pelajar asrama kan? Agak kurang sopan rasanya jika tidak bertegur sapa.
"En. Alias"
"Lawat adik ke?"
"Ye... lawat adik. En. Alias kenal adik saya?"
"Kenal lah, tiga beradik kat sini semua saya kenal. Kamulah yang paling dok ngen'dhoh!"
"Iskh... malunya." *dalam hati
"Lawat adik ke?"
"Ye... lawat adik. En. Alias kenal adik saya?"
"Kenal lah, tiga beradik kat sini semua saya kenal. Kamulah yang paling dok ngen'dhoh!"
"Iskh... malunya." *dalam hati
Owh... itu seorang aku yang dulu.
Pelajar tingkatan 1 pertama yang merasmi buku salah laku asrama pada tahun itu kerana memanjat pokok mangga di halaman asrama di kala semua murid-murid berkejar-kejar ke musolla untuk berjemaah adalah aku. Dan telah ditangkap oleh warden asrama ketika sedang asyik memetik buah mangga dan akhirnya secara tidak sengaja telah menjatuhkan buah mangga ke atas kepala warden tersebut. *aku speku mesti kepala warden tu bengjol kena buah mangga tu* Dan didenda membersihkan kolah musolla. Sonok juga, dapat main air free. hiks. Itulah peristiwa pertama dan terakhir nama masuk rekod buku salah laku. huhuhu... serik!
Budak perempuan ini jugaklah yang selalu langgar peraturan asrama. Lewat ke musolla, malas prep, ponteng gotong-royong, etc. Tapi jarang ditangkap secara terang-terangan oleh warden @ pengawas asrama. Cuma nama aku selalu dikaitkan oleh teman-teman yang tertangkap. hahaha... mana boleh tangkap sebarangan kalau tak ada bukti kan??
Tembo pernah dilakukan juga. Biasanya bab-bab meminta izin selalu diserahkan kepada aku mengepalai rombongan cik kiah jumpa penyelia asrama. Siapa lagi mangsanya? En. Alias lah. Pernah semasa kem persediaan SPM, dewan makan tutup dan kami kelaparan. Dengan penuh diplomasi berjumpa dengan En. Alias, mohon izin keluar mencari makan. Pukul 10pm kami terkedek-kedek keluar asrama. Minta izin sekali saja, tapi keluarnya berkali-kali. hahahaha.... Kesian nama En. Alias dijaja kami bila ditanya pak guard. Ambil kesempatan betul.
Sama halnya juga di sekolah. Antara budak perempuan yang culas siapkan nota amali kimia dan fizik juga adalah aku. Pernah dicubit cikgu kimia. Sakit woo... tapi seriknya sekejap je, lepas tu buat lagi. Owh.. aku bukan teacher's pet ok! Aku hanya pelajar kebiasaan yang tidak pernah cemerlang dalam mana-mana mata pelajaranpun. Malah sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Pernah bila terserempak dengan cikgu lama, selain bertanya khabar ada lah sedas dua gurau senda dari mereka.
"Dua-dua adik kamu bijak. Baik. Tapi kamu dulu... "
"Alhamdullah, berjaya jugak kamu..."
"Kerja di mana?"
"Haaa.... jangan nakal-nakal lagi"
Suatu ketika dahulu... Budak perempuan yang pernah di denda membasuh kolah dan tandas musolla, sangat-sangat berterima kasih kerana berkat 5 tahun berada di asrama itu, masih tidak lupa pada agamanya, malah berkat ajaran di situ dia sudah menjadi orang berilmu kini.
Suatu ketika dahulu... Budak perempuan yang selalu ponteng prep dan lambat berjemaah di musolla, walau tidak sehebat teman-teman seangkatan yang lain, tapi sangat bersyukur kerana sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Suatu ketika dahulu... Budak perempuan yang pernah dicubit guru kimia kerana selalu tidak menyiapkan laporan amali, kini tidak nakal lagi.
Owh... tiba-tiba aku rindukan waktu suatu ketika dahulu. Suatu ketika di alam persekolahan. Berdarah manis, nakal dan giler-giler. Tapi, mana mungkin diulangi kenangan dahulu. Kenangan tetap akan menjadi kenangan dan hanya mampu dikenang sebagai kenangan sahaja.
* dok ngen'dhoh = nakal
* tembo = fly
PM : Dedikasi buat semua guru-guru & bekas pelajar SMKATJ. Apa khabar korang sekarang yek???
DORIO 4 dalam kenangan.. huhu.. aku pun terjumpa jgk dgn En Alias ngan Pok jak baru ni kt stadium.. kitorg masuk klinik boling ngan Shalin.. x 'seke' En Alias ingat lagi muka 'nakal' aku hehe...
ReplyDeleteaku rindu lah DORIO 4! hiks
ReplyDelete