Followers

Tuesday, March 30, 2010

Hidup ; Perjalanan, Percaturan dan Pilihan

Semalam, seketika di bumi Darul Iman. Bercanda di Pantai Batu Buruk, menikmati bayu Laut China Selatan. Nyama & mendamaikan. Rutin jika pulang ke kampung halaman. Perjumpaan biasa dengan seorang sahabat yang setia menetap di tanah kelahiran. Tidak seperti sahabat-sahabat yang lain, berhijrah demi mencari rezeki. Itu rezeki dia. Juga percaturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Perbualan kami berkisar tentang kehidupan masing-masing. Tentang rencana percutian kami yang hanya tinggal satu minggu lagi. Sejujurnya, kami TERUJA! Juga, tentang kisah bertemuduga. Persaingan? Sangat sengit! Dan rasanya peluang juga sangat tipis. Namun, sudah berpuas hati. Sekurang-kurangnya antara puluhan orang yang datang pada hari itu, aku antara 3 orang yang terpilih untuk menduduki ujian seterusnya ditemuduga untuk tapisan pertama. Itu juga satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat diri sendiri. hiks

Lagi berkisar tentang kisah berkecil hati dengan seorang kawan dan telah memohon maaf di blognya. Pengakhirannya? Aku mengambil jalan untuk hanya mendiamkan diri. Biarlah, perkara yang lepas usah dikenang-kenang. Dan cerita paling hangat tentang keceluparan seorang kawan yang kata-katanya seolah-olah bermaksud 'kami-kami ini sudah terlewat usia untuk berkahwin'. Padahal dia juga boleh dikatakan 'terlewat' juga. Cuma terawal sikit daripada kami-kami ini saja. Masih ada hati hendak mengata kami. Berani sungguh! hahaha... Argh... tak mengapa. Itu kisah mereka.

Pada aku, perjalanan setiap anak-anak Adam semuanya sudah ditentukan oleh-Nya. Ajal, maut, rezeki dan jodoh semuanya sudah ditentukan. Sebagai manusia kita harus terus berusaha untuk mengatur hidup kita sebaiknya. Selepas berusaha, disertai dengan doa moga-moga apa yang diusahakan mendatangkan hasil yang lumayan. InsyaAllah...

Bercerita tentang calon? Wah... ini isu hangat! Kalau Cik Wardah ada bersama pasti isu ini lebih hangat dari biasa! hahaha. Aku? Aku tak memiliki mimpi yang melangit tentang calon. Kerana sentiasa mengukur diri. Yakin ia telah disiapkan oleh Yang Maha Esa. Maka tak perlu risau. Ia juga sebahagian daripada rezeki. Rezeki seseorang sudah ada bahagiannya. Dan sebahagian rezeki seseorang itu tidak akan diambil oleh orang lain. Itu yang tertulis di fikiran. Supaya sentiasa merasa tenang dan tenteram.

Kemudian, cerita kami berlarutan tentang pilihan. Antara yang disukai dan yang menyukai. Mana satu paling tepat pilihannya? Entah? Aku? Ruang fikiran masih kosong. Mengambil jalan untuk tidak membuat apa-apa pilihan dan meletak semuanya pada takdir Tuhan. Jika itu yang terbaik, maka itulah pilihannya. Jika tidak, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Itu juga percaturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Hidup ini juga satu rahsia. Sampai masa, detiknya pastu semua rahsia akan terbongkar. Kan? Bukankah hidup itu anugerah terindah dari Tuhan yang harus disyukuri? Terlalu indah, maka jangan mudah menyerah kalah.

PM : Alhamdulillah... syukur...

8 comments:

  1. waa...topik utama akan sentiasa didahulukan...

    aku jeles akan gmba itu...aku punyer terasa kekecikkannya..ni sume bdk kecik yg suh ambik yg kecik, luper dia tu xbrp kecik

    ReplyDelete
  2. harus! topik hangat la katakan

    gambar itu diambil di tepi pantai Batu Buruk. jangan jeles. hehehe

    agaknya memang pesen selipar tu la 'ketat' sbb aku pakai yg bersaiz 5 pun terasa kekecikkannya. huhu

    ReplyDelete
  3. meg rose lagi beso dr size tuh so how....

    cakap pasal kawen.. jodoh kan kerja Allah... kita kan cuba berikhtiar..... masing2 kan ada bhg masing.... huhuh

    kesimpulannya, kalau nk FM dr jogja, sila jumpa meg rose okay...*ada kaitan ngan topik tak* huhuh

    ReplyDelete
  4. aku nakk..tapi di mana mau ketemu..korang asyik kebizian jek

    ReplyDelete
  5. yeap meg rose, kalau byk sgt soalan kite jwb camni je "tanya la yang di atss". hiks

    nill, acik oren, budak kecik princess, jom kite serang rumah meg rose!!! tuntut FM. aku nak2.. :)

    ReplyDelete
  6. kat umah tak sempat ah beb, kita kuar ah sekali hhuhuh

    kalau lambat wa bg org lain muhahahhahahahhaa :)

    ReplyDelete
  7. bila2 tu meg rose??? nill? acik oren? budak kecik princess nak cikcuran??

    *schedule full dowh

    ReplyDelete
  8. ha ayoh cargas la
    cakap je lancar korang ni nak berjumpa.

    ala relex la pasal jodoh pun nak kecoh. aku yang byk kali frust pun tadok ape pun.

    hahaha

    ReplyDelete