Followers

Monday, April 19, 2010

Bali

Hoho!

Sangat malas nak update citer pasal Bali ni. Tapi, takkan nak tulis separuh jalan, lepas tu tak sambung-sambung kan? Nanti orang cakap buat kerja separuh jalan pulak. huhu

OK, cerita hari ketiga,

Lokasi pertama di Pulau Penyu. Kata Pak Isme, boleh lihat penyu. Motip? Datang Bali tengok penyu? Sangat la tak glamer kan? Dah nak buat camne, pegi tempat orang, semuanya tak tergambar dek akal fikiran. Naik bot kat Pantai Nusa Dua, terus ke Pulau Penyu. Ok la, merasa la, keliling pulau naik bot, cas-cas pelancong asing... Verdict? Pulau-pulau di Malaysia 1000x lebih cantik! Penyu-penyu di Rantau Abang 100x lagi hensem daripada penyu-penyu di Bali. Hahaha... Serius!! Kat sini banyak haiwan exotic. Semuanya haiwan kesukaan Cik Ummi. Ada penyu yg berusia 70 tahun la, helang, ular, iguana, kelawar, burung ntah ape nama ntah.

Next destination, Garuda Wisnu Kencana Culture Park. Tempat ni kiranya monumen kat Bali. Banyak replika patung-patung Hindu. Ada jugak persembahan kebudayaan, seperti Tarian Barongan, Tarian Kecak etc. Tempat ni memang cantik. Luas tempat ni. View pun sangat cantik. Suka tempat ni... ada satu padang yang sangat luas, sampai ada orang yang feeling-feelling bergambar kat London. *jeling-jeling Cik Wardah. hahaha... hakikatnya nan ado pernah sampai ke London pun.
Owh ya, bercerita pasal shopping, kat Bali tak banyak tempat yang murah untuk shopping. Untuk makluman, Bali bukanlah syurga shopping seperti Bandung. Jadi, duit korang untuk ber'shopping' akan selamat. Lagipun barang-barang kata sana sama mahal je dengan kat Malaysia. Kalau kat area Kuta, Legion, jangan la gatal-gatal nak beli souvenir. Harga memang mahal. Tapi ada satu tempat yang murah untuk beli souvenir ; Krishna. Semua barang-barang ada, dari makanan, T-shirt, FM, beg, semua ada. Harga pun sangat berpatutan & murah. Barang basah je takde jual. So, boleh borong banyak-banyak.
Next, Dream Land Beach. Tapi, disebabkan tengahari yang sangat terik & masing-masing macam puteri lilin, semua sepakat tak mahu singgah kat pantai ni. Dah la tengahari, nak sampai ke pantai tu kena menapak lebih kurang 500 meter. Jauh dowh! Jadi masing-masing sepakat teruskan perjalanan ke Uluwatu, Bali. Tempat ni macam Tanah Lot. Ada temple di tepi pantai. Nak masuk kat dalam ni ada peraturan. Kena ikat tali pinggang warna-warna kat pinggang. Bagi yang pakai seluar pendek, kena pakai kain yang disediakan. Tanda menghormati rumah ibadat mereka.
Tapi.... Awas! Masuk ke dalam ni, kena berhati-hati. Kat dalam ni banyak monyet. Semuanya agresif! no spectical, no hair band, no anting-anting, no cap... kalau tak siaplah kena sentap dengan monyet-monyet tu. Owh ya... view kat sini pun sangat cantik! Dan aku suka!!!
Ok la, dah petang, masing-masing kepenatan. Tapi masih ada hati nak berjimba-jimba. Jadi kami semua balik ke Bandar Kuta. Kat sini banyak shopping complexs. Singgah di Sogo. Nikmati suasana malam terakhir di Bali. Esok dah nak berangkat balik ke Malaysia! Sejujurnya, 4 hari di Bali, aku masih rindukan Tanah Malaya!!
Sekian update saya!

BTW, cerita-cerita pasal cuti-cuti Bali juga ada DI SINI!
PM : nak bercuti lagi, tapi cuti tinggal 6 hari je. how??

6 comments:

  1. boleh jerk.. kita cari weekend + public holiday..

    Jom bulan 7 kita ke Vietnam.. Apa2 pun bulan 7 akak dah confirm nak gi ngan friend. gi backpacking..

    ReplyDelete
  2. wahh... sedikit cemburiT la k.ayu.

    ReplyDelete
  3. pesal gambo korang byk lompat lompat ha?

    ReplyDelete
  4. waaa..cuti sye pn tinggal 6 hari gak..hahaa..

    ReplyDelete
  5. gmba lompat ala2 remaja muda belia sikit acik ooiii

    ReplyDelete
  6. owh... cuti saya sudah berbaki 4 hari sahaja. how??

    ReplyDelete