Followers

Monday, December 05, 2011

Traverlog umrah : Kota Madinah - Ziarah luar

Travelog kali ni berkisar tentang ziarah luar di tempat-tempat penting dan bersejarah di sekitar Kota Mekah. Ziarah luar bagi jemaah umrah saya merangkumi 2 hari lawatan iaitu :
  1. Perkuburan Baqi' - tanah perkuburan tertua di Madinah
  2. Masjid Quba - masjid pertama dibina oleh RasulAllah SAW
  3. Kilang percetakan Al-Quran
  4. Pasar Kurma
  5. Jabal Uhud - tempat berlaku perang uhud
  6. Masjid Qiblatain - masjid 2 kiblat
  7. Jabal Magnet - juga dikenali sebagai Manthaqotul Baido (tanah putih) oleh penduduk asal Madinah.
Seperti biasa selepas subuh, kami bersarapan dan bersiap-siap untuk ziarah luar di sekitar kota Madinah. Tepat jam 7.30 pagi, semua jemaah sudah berkumpul di hadapan hotel. Selepas semua jemaah cukup, perjalanan kami menaiki bas bermula. Mutawif kami, Hj. Ibrahim memulakan perjalanan dengan bercerita tentang pekuburan Baqi'. Bas kami hanya lalu sahaja dan semua jemaah memberi ucapan salam dan bersedekah Al-Fatihah kepada yang telah tiada.

Perkuburan Baqi' *source google

Sedikit info dari pakchik google lagi tentang Baqi'. Ia merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal duni di Madinah, termasuk para jemaah haji dan umrah. RasulAllah SAW sering menziarahi perkuburan Baqi'. Baginda mengucapkan salam, berdoa dan memohon keampunan serta Rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan di situ. Perkuburan Baqi' terletak di sebelah Tengara (kiri) Masjid Nabawi. Kini ia dilindungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Dan hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk melawat ke perkuburan berkenaan.

Semasa hayatnya, RasulAllah SAW kerap mengunjungi Masjid Quba' dan menunaikan solat sunat. Sebelum memulakan ziarah luar tadi, mutawif kami telah mengingatkan supaya kami berwuduk dan menjaga wuduk kami sepanjang perjalanan ke masjid ini untuk kami bersolat di masjid ini.

Sabda RasulAllah SAW : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudianpergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat umrah.

Sabda RasulAllah SAW lagi : Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat umrah.


masjid Quba'

Rombongan kami sampai di masjid Quba' seawal pukul 8.30 pagi. Di depan mata tersergam sebuah masjid berwarna putih. Orang ramai memenuhi perkarangan masjid. Masing-masing ada agenda tersendiri. Kami maik kesempatan untuk masuk, beriktikaf di dalam masjid dan bersolat tahyatul masjid dan solat sunat. Kali ni airmata saya tumpah lagi. Terasa kerinduan yang teramat sangat pada Kekasih Allah yang satu itu. Alangkah indahnya jika dapat bertemu dengan Baginda...

Perjalanan diteruskan ke kilang Al-quran. Madinah merupakan tempat percetakan/ penghasilan utama Al-Quran. Jemaah lelaki boleh masuk ke kilang untuk melihat sendiri proses-proses percetakan Al-quran, manakala jemaah perempuan hanya boleh masuk ke ruang pameran sahaja. Untungnya jemaah lelaki, masing-masing dapat sebiji al-quran percuma, yang besar tu! Harga dalam 70 riyal. Sonok tengok ayah kelek al-quran. cemburu! cemburu! Catatan jemaah-jemaah yang pernah melawat ke kilang al-quran boleh dibaca di sini, sini dan sini.

Acara selepas tu, pasar Kurma. Mula-mula singgah di ladang kurma. Kat situ pun ada jugak kedai jual kurma. Mutawif kami dah pesan awal2, "kita singgah je, tak payah beli dulu, harga kurma kat kebun kurma mahal berbanding di pasar kurma". Jadi kami semua jadi food tester je. Apa saja kurma yang dihulur semua kami sapu! halal katanya.. hehe


penuh : kedai kurma di ladang kurma


Sampai di pasar kurma saya tengok semua makcik dan pakcik rombongan tu masing-masing dah kelabu mata. haha. Semua diorg nak beli. Kami sekeluarga tak beli banyak pun. Memadai beli kurma ajwa @ nabi, buah tin, dan kacang pistachio a.k.a kacang cerdik sebagai tanda mata untuk saudara-saudara dan kawan-kawan di Malaysia.

Tak boleh berlama-lama, destinasi seterusnya di Jabal Uhud pulak. Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa. Kat sini jugak terdapat perkuburan para syuhada yang telah gugur pada perang Uhud.

Nabi Muhammad SAW bersabda, ”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga?”
Maka Allah berkata, ”Aku yang akan memberi khabar kepada mereka.” Maka dari situ telah turun ayat yang berbunyi, ”Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu meninggal" (Qs 3:169). Hingga kini, Jabal Uhud menjadi tempat penting untuk diziarahi oleh para jemaah haji dan umrrah. Di tempat ini, biasanya banyak mutawwif yang memandu memimpin doa untuk para syuhada yang telah terkorban.

papan tanda : kubur para syuhada yang terkorban pada perang Uhud


Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain bermaksud masjid dua kiblat. Masjid ini mula-mula dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah, sebab masjid ini dibina di atas bekas rumah Bani Salamah. Sejarah terbina masjid ada di sini.

Kami berhenti dan bersolat sunat di masjid Qiblatain. Alhamdulillah, sempat jugak bersolat walaupun sekadar 2 rakaat sebab masa tu jemaah memang ramai. Sampai bersesak-sesak dibuatnya. Lepas solat, kami semua bergerak menaiki bas balik ke hotel. Sempat berehat kejap sementara menunggu waktu zohor.

Hari esoknya, ziarah lagi. Kata mutawif kami Hj. Ibrahim, jemaah kami istimewa... berpeluang ziarah 2 hari berturut-turut. Ada satu lagi tempat yang perlu kami lawati iaitu Bukit Magnet. Masa ziarah ni, cuaca kat Kota Madinah sangat sejuk. Bayangkan bas kami berhenti ditengah-tengah lembah magnet, memang sangat sejuk. Tiba-tiba tengah-tengah lembah tu ada orang jual aiskrim!! Masing-masing yang teruja ni semua pakat duk beli aiskrim dan makan dalam keadaan sejuk-sejuk tu. Aiskrim dia plak memang sedap, murah je harga dalam 1 riyal = satu kon. Ada macam-macam perisa, coklat, strawberry, vanila etc.

lembah di sekitar bukit magnet


agak-agak yang mana satu bukit magnet?

    dari kiri : ayah, mak, Hj. Ibrahim (mutawif) bersama jemaah umrah di sebelah van aiskrim
Lepas lawatan tu semua balik, sebab waktu dah menghampiri tengahari. Maka berakhirlah lawatan 2 hari di bumi Madinah.

contineu - lawatan ke Raudhah

No comments:

Post a Comment