Siapa kata kat Tanah Malaya ni xde anggur! Sebelum ni saya ada terbaca di negeri Perlis ada diusahakan penanaman anggur secara komersil. Dan ada satu lagi lokasi penanaman anggur yang terdapat di Tanah Malaya ni iaitu Anggur Sendayan Valley.
Bila tau kat Sendayan ada ladang anggur, saya terus ajak kawan-kawan satu Malaysia ke sini. Nak ajak GBS, diorg semua sibuk dengan urusan masing-masing. Makanya, pagi-pagi buta kami dah berkumpul kat Petronas SK dan terus bergerak ke Sendayan melalui jalan dalam (Puchong-KLIA/LCCT-Nilai).
Sehari sebelum ke sini, rakan saya telefon dulu pejabat urusan bertanya waktu yang sesuai untuk lawatan. Kami dicadangkan datang pada sebelah pagi sebab tengahari dan petang akan ada rombongan bas ke sini. Jadi kalau datang awal-awal, boleh elak panas terik dan kesesakan orang nanti.
Rujuk
SINI untuk ke Anggur Sendayan Valley (siap map dan direction sekali).
Jom layan gambar!!!
|
terbentang luas ladang anggur seluar 25 hektar di depan mata! |
|
Pintu masuk : memang sentiasa berkunci. Jadi kalau sampai di depan sini nampak pintu berkunci jangan tunggu je.. CALL terus pakcik Arshad, nanti dia datang buka pintu dan bawak kita ke ladang tanaman anggur. |
|
bayaran yang dikenakan kira masih berpatutan :) |
|
Mula-mula pakcik Arshad bawa kami ke tapak 1 : pokok anggur ni sedang berbunga. Bunga baru je berputik. Kami ingat pokok ni baru 1'st time berbunga... rupa-rupanya dah 6 tahun usia pokok ni! |
|
Nampak tak bunga anggur. Cinonet je.. baru berbunga. |
|
Beza antara anggur hutan dan anggur kacuk. Daun yang berbentuk BULAT tu ialah anggur hutan dan daun yang berbentuk macam daun maple tu anggur yang dah dikacuk. Kata pakcik Arshad, setiap anggur ini dikacuk dengan anggur hutan bagi menyesuaikan pokok dengan keadaan cuaca di Tanah Malaya. Pokok anggur yang dikacuk akan menghasilkan buah yang lebih besar dan manis! |
|
Tapak 2 : pakcik Arshad bawa kami tengok pokok anggur yang dah berbuah. Tapi buah masih belum masak. Dijangkakan anggur ini akan masak lagi 2 bulan. So, 2 bulan lagi boleh datang lagi petik anggur! |
|
Tak masak lagi. Kalau masak buahnya akan berwarna merah kehitaman |
|
BLACK OPAL yang belum masak. Inilah anggur yang digunakan untuk buat wine. Tapi kat anggur-anggur di sini tak dijual untuk tujuan itu. Malah tak dipasarkan ke pasaran luar pun... |
|
Lagi black opal yang belum masak |
|
Ini jenis anggur BLACK QUEEN |
|
Yang ni WHITE MALAGA : jenis anggur inilah buat jeruk anggur |
|
Tapak 3 : ni tapak anggur yang dah hampir masak. Semua buah dibalut untuk elakkan buah dimakan burung. |
|
Buah yang dah masak. Ni rezeki kami... pakcik Arshad petik terus dari pokok dan maki terus ngap! ;D |
|
Mereka bersama pakcik Arshad. Pakcik Arshad kata rombongan kami rombongan 1Malaysia. Hahaha. Bantai gelak je kami semua... |
PM : half day trip yang berbaloi-baloi!
brp kg bwk blk?
ReplyDeleteBoleh tahan... Manis wooo
Deletenak makan anggur gak...tapi nak makan ketam dulu..hihihi
ReplyDelete