Ini entry bersambung dari entry
Kisah 4 hari tentang bunga teratai yang saya jumpa tu.
Kebetulan saya ke sini atas urusan kerja dan secara tak langsung sempat jugak keliling tasik naik bot sebelum berangkat balik ke kota batu. Walaupun sekejap je, tapi ia pengalaman yang menarik. Mana tahu lepas ni dah tinggalkan Kementerian ni... sekurang-kurangnya ini antara pengalaman yang saya sempat kutip sepanjang bekerja di sini.
Semasa lawatan saya ke Felda Chini, macam-macam cerita yang saya dengar dari penduduk tempatan tentang cerita Tasik Chini. Kononnya suatu ketika dahulu, tasik Chini ini terdapat naga yang menjaga tasik ini. Antara cerita-cerita yang saya dengar ialah, ada penduduk yang menjala di situ terkena sumpahan naga tasik tersebut sehingga menyebabkan beliau menderita sakit kulit seperti
kisah pertama yang diceritakan. Ada juga penduduk yang bercerita bahawa di dasar tasik tersebut terdapat istana lama yang dihuni oleh raja tasik dan dijaga oleh naga. Lagi kisah lain boleh baca baca di
sini. Tapi sejauh mana kebenaran kisah-kisah ini hanya Allah yang tahu. Semua tu pada saya salah satu rahsia alam dan keajaiban dunia yang kita sendiri tak dapat tafsirkan melalui mata kasar kita....
Tapi yang pasti tasik Chini hari ini dah tak secantik dulu. Kata kawan saya yang pernah menjalankan penyelidikan di situ, dulu pokok teratai tumbuh merata-rata di tasik ini. Katanya, "kita boleh petik bunga dan buah teratai dari tepi tasik je", tapi sekarang nak jumpa satu pokok teratai pun susah! Kata pakcik bot yang bawa saya ronda keliling tasik, mendapan tanah daripada aktiviti pembalakan dan perlombongan biji besi menyebabkan kualiti air tasik menjadi teruk. Pokok teratai yang dahulunya tumbuh melata di tasik kini sudah mati dan pupus. Salah siapa agaknya eh????
Jom layan gambar.
|
Pemandangan tasik dari chalet ; suasana di sini sangat nyaman. Malam tak payah pasang kipas/aircond pun tak apa. Sejuk sampai ke tulang! |
|
Jeti bot untuk keliling tasik |
|
Orang asli Jakun : di sekitar tasik ini terdapat perkampungan orang asli dan kemudahan seperti sekolah juga disediakan untuk mereka |
|
gondol : sebahagian kawasan di sekitar tasik yang gondol disebabkan aktiviti perlombongan bijih besi |
|
pokok-pokok ini mengiringi kami sepanjang menyusuri tasik Chini |
|
saujana mata memandang |
|
bot membawa kami ke perkampungan orang asli |
|
rilek je diorang mandi manda kat tasik tu. Siap terjun tiruk!!! |
|
Kampung Cendahan : salah satu perkampungan orang asli yan terdapat di tasik ini. |
|
Antara gambar yang saya suka... |
|
Teratai di Tasik Chini : nasib saya baik sebab dapat jugak tengok teratai di sini walaupun hanya beberapa pokok saja. Itupun selepas bersusah payah pakcik bot meredah tasik menuju ke pinggir sungai Pahang. Untuk pengetahuan tasik ini bersambung terus dengan sungai Pahang. Kini pokok teratai hanya boleh didapati di pinggir sungai iaitu tempat pertemuan antara tasik dan sungai kerana kawasan ini lebih rendah yang membolehkan akar-akar teratai sampai ke dasar untuk terus hidup. |
saya pernah b'sek dan tinggal di sini, PM.gambar2 ini berjaya membuatkan saya kembali teringat memori lama.trima kasih PM :)
ReplyDelete*pakcik itu tidak kabokan mengenai kisah buaya putih yang dikatakan menghuni di tasik itu?
hehe.. saje nak mengimbau memori sesiapa yg pernah kesini/tinggal di sini termasuk awak.. :)
Deletepakcik tu ada jugak kabokan kisah buaya putih. Pakcik bot tu kata, dulu sblm jeti bot baru tu siap, jeti lama tu adalah lubuk buaya putih tu... ishhh... serammm...
Ada jumpa x naga?????
ReplyDeletekalu jumpa naga mungkin aku x dapat tulis entry ni nill... huhu
Deletesalam.
ReplyDeletegambar awak cantik cantik!
kite pick gambo orang batak, gambo lalang panjang tepi kiri kanan tuh...gambo sampan (kite penah snap tuh!), dgn gambo jambatan kayu. ohsem!
W'salam
Deleteterima kasih GB. hasil 'tembakan' pengambil gambar amatur kekdahnya.
walau papepun... gambar yg saya amik x setanding dengan gambar GB yg ohsem2 semuanya... hiks
lawa tasik ni rupanya..:) , saya cuma pernah menyusuri tasik Bera je..teringin jugak nak ke sini..tapi tak taula bila..:)
ReplyDeletelawa... tapi tak selawa dulu...
Deletekat situ ada satu resort yang betul-betul mengadap tasik, Lake Chini Resort. tempat ok, harga pun berpatutan. boleh la cuba :)
indah juga eh tasek chini ni....harap saja aku anak PAHANG tapi tak pernah sampai pun ke kawasan ni. tasik chini di BERA ke?
ReplyDeleteno no no... tasik chini kat kawasan Chini, dekat Felda Chini dalam daerah Pekan. kalau tasik Bera kat area temerloh kan?
Deleteowh lain eh....kikkikikiki buat malu bendera saja. harap saja aku anak negeri tok gajah. tapi tak arif pun pasal negeri ni.
Deletehehehe... biasalah tu... kadang2 kita sendiri tak perasan yg tempat kita juga banyak keistimewaannya ;)
ReplyDeleteSalam tumpang lalu... Kat chini bukan orang asli batak...tapi orang asli jakun.
ReplyDeleteTerima kasih OT atas pembetulan tu. ^_^
Delete