* Sambungan
Bukanlah dikatakan kaya itu sebagai banyak hrta, akan tetapi kekayaan sebenar itu adalah kekayaan jiwa (Riwayat Bukhari, 6446)
3. Kursus Haji Perdana
Pada 1 & 2 Sept 2012, Kursus Haji Perdana telah diadakan di Masjid Putra bagi jemaah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Seramai hampir 5000 orang bakal jemaah haji hadir. Pendaftaran bermula pukul 2.00 petang diikuti oleh sessi taklimat oleh pihak Tabung Haji. Kandungan kursus masih sama seperti kursus yang diadakan sebelum ini tetapi kali ini sesi praktikal bagi tawaf, saie, melontar jamrah) lebih ditekankan. Ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada semua bakal jemaah haji.
Maktab 73
Seperti biasa saya datang ke kursus ini bersendirian. Maklumlah mahram saya nun jauh di selatan tanahair. Mulanya agak kekok sebenarnya bila melihat kebanyakan jemaah yang datang berkeluarga @ berpasangan, tapi saya abaikan saja rasa kekok tu. Selepas mendaftar, saya ditempatkan di Maktab 73. Maktab 73... ia simbolik kepada 'penginapan' kami pada kursus itu. Ada 3 maktab iaitu, 71, 72 dan 73.
Ketika sampai di Maktab 73, saya disapa seseorang. Mungkin kesian tengok saya terpinga-pinga seorang diri, makcik Shamsiah mempelawa saya duduk bersamanya. Ramah makcik Shamsiah bercerita itu dan ini. Katanya, dia sekeluarga akan menunaikan haji pada tahun ini, tinggal anak sulungnya je yang tak ikut. Wah... untungnya anak-anak makcik Shamsiah, keluarga sponsor untuk buat haji. Bukan cemburu, tapi ubertuahnya mereka kan? Tapi bagi saya yang pendapatan tak seberapa ni, saya lebih rasa beruntung kerana, rukun ke-5 yang akan saya lakukan nanti adalah dari titik peluh saya sendiri. Kiranya ini antara 'hasil' yang saya tuai selepas 8 tahun bekerja. Chewah!
Maktab 73 |
Inilah Maktab 73, dataran luar masjid yang berbumbungkan atap dan berlantaikan marmar. Mujur saya bawa sleeping bed, kuranglah sikit sejuk pada malam hari. |
Taklimat aturcara kursus oleh urussetia Tabung Haji |
Tawaf : 7 pusingan mengelilingi kaabah |
Diikuti dengan Saie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah |
Di Mina : berjalan menuju ke jamrah untuk melontar jamrah |
Comelnya replika jamrah. Tapi realitinya jamrah sebenar tersangat besar! |
Selepas subuh sekali lagi praktikal ke-3 untuk tawaf dan sai'e dibuat. Masa ni semua jemaah berjumlah hampir 5000 orang melakukan praktikal serentak. Penuh perkarangan masjid dipenuhi jemaah yang semuanya kebanyakannya berpakaian serba putih. Suasana dah macam nak kerjakan tawaf dan sai'e.
Lepas selesai semuanya, makan pagi disediakan dan bersiap untuk sesi penutup. Kursus 2D1N berakhir kira-kira 11.00 am.
assalamualaikum, terima kasih kerana singgah di blog saya. alhamdulillah selamat pulang ye dan tahniah kerana telah menyempurnakan rukun islam ke 5. saya pun punya keinginan utk ke sana, doakan saya pula insyaallah. salam perkenalan.
ReplyDelete