Followers

Friday, November 22, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (5) - All about FOODS!!

Saja nak cerita pasal makan. Namapun 'kill time' trip kan? Jadi salah satu cara untuk 'membunuh' masa yang ada supaya tak sia-sia kami penuhi dengan mengisi perut kami!

Tempat-tempat makan yang kami singgah ni mostly di Hatyai dan ada juga di Krabi town.


Hari terakhir di bandar Krabi kami ada masa beberapa jam untuk pusing-pusing sekitar bandar Krabi. Sehari sebelum tu kami dah makan pagi di pasar Maharat.

Kali ni kami jalan berhampiran pier dan ternampak kedai ini. Dekat je dengan pier, tepi jalan sebelah Kedai Kopi Kita. Masa kami singgah di situ kedai full, sampai terpaksa tunggu giliran untuk dapatkan seat.

Menu utama kedai ini ialah nasi berlauk, nasi kerabu, laksa, dan roti canai. Kopi dan teh aispun sedap!

Tauke dan pekerja-pekerja semuanya boleh berbahasa Melayu. Verdict - sedap! Harga - berpatutan.

Menu pilihan kami

Street foods : Petang selepas sampai di Hatyai dari Krabi, kami saja jalan-jalan sekitar bandar Hatyai. Kawasan ini berhampiran pasar, sekitar jalan-jalan berhampiran dengan Lee Gardens Plaza. Di sepanjang jalan ni banyak gerai-gerai menjual makanan. Ada gerai jual nasi beriani dan ayam goreng dan gerai buah-buahan sangat banyak di sini.




Gerai makan sekitar Lee Gardens Plaza


Lewat petang banyak gerai-gerai menjual makanan dibuka di hadapan Lee Gardens Plaza. Untuk dapatkan makanan halal sangat mudah. Pilih saja apa yang berkenan. Harga pulak kalau compare harga di floating market kat sini agak mahal. Tapi masih reasonable. 

1. Gerai di sebelah Central berhadapan Lady Market

Antara gerai yang paling meriah dengan makanan dan pelanggan. Masa kami singgah di situ ramai orang Malaya beratur nak beli makanan di sini. Kata salah seorang makcik yang menjadi pelanggan setia gerai ini, katanya gerai ini dah lama buka, hampir 10 tahun. 

Dia suggestkan kami cuba pulut magga / durian sebab itu yang paling sedap di situ. Memang sangat sedap! Nasi pulutnya lembut dan wangi. Kuah santanpun sedap dan secukup rasa. Cuma mangga yang kami dapat masam sedikit, tapi duriannya marvelous! Kami beli dan makan terus di situ.

Udang : 6 ekor TB200. Cucur udang tu pun sangat sedap, udangnya sangat banyak!

Pulut durian dan mangga : TB60 /bekas. 


2. Coconut icecream

Harga : TB20/ bekas.

Sedap! Ada jeli, kacang, buah kabong dan roti di dalamnya. 

Kami beli kat depan Lee Gardens Plaza dengan pakcik/ makcik bermotosikal. 
3. Gerai-gerai di hadapan Lee Gardens Plaza

Gerai-gerai ini terletak betul-betul di hadapan plaza. Waktu malam je ada. Banyak jugak makanan yang dijual di sini seperti makanan bergoreng dan ada satu lagi gerai jual pulut magga/durian. 

Kami tak perasan ada lagi gerai yang jual pulut ni, jadi kami pulun beli banyak kat gerai tadi dan makan sampai kekenyangan. Kalau tak boleh cuba rasa pulut mangga/durian di gerai ni juga. 

 4. Gerai Nasi Lemak

Tak silap saya liputan tentang gerai ini pernah masuk dalam rancangan tv di Malaya - dah lupa nama rancangannya. 

Gerai ini terletak di hujung jalan sebelah plaza.

Sebenarnya kami dah kekenyangan, tapi rugilah kalau dah sampai sini tak rasa nasi lemaknya kan? Jadi kami order sepinggan nasi lemak ayam rempah dan kongsi makan 6 orang. 


Nasi lemak ni harga TB45. Sedap, rasa macam nasi lemak la kan? Tak boleh komen lebih sebab masa makan perut penuh. haha.

Teh tarik, kopi tarik dan teh? (lupa nama teh yang hijau tu - rasanya macam minum minyak wangi perisa jasmin). Semua air kat sini sedap termasuk air siraB. Air sirap kat situ ada rasa pandan, bau wangi dan sedap - macam air sirap kenduri kawen. hiks


Restoran Sulaiman

Lokasinya sederet dengan bangunan Tune Hotel. Kami jumpa secara tak sengaja masa cari sarapan hari terakhir di Hatyai. Kedainya agak tersorot. Tapi bersih dan makanannya juga boleh tahan. Yang pasti nescafe ais, teh ais, kopi ais di sini sangat sedap!

Air pilihan mereka dan bubur ayam pilihan saya. 


Swensens

Terletak di dalam Lee Gardens Plaza - depan pintu masuk plaza. 

Kalau nak dibandingkan harga di Malaya, harga aiskrim di sini lebih murah. Dan sedap juga. 
Berrys flavor pilihan saya dan aiskrim kami. Elok je ada 6 perisa, jadi terus ambil set ini untuk 6 orang dan berbeza perisa. Harga : TB65/ bekas.


Ada lagi beberapa kedai yang kami singgah, termasuk Starbucks dan kedai kopi. Kiranya kalau datang Hatyai, makanan halal bukan satu masalah sebab di mana-mana saja ada kedai-kedai halal. Cuma perlu sediakan duit saja untuk membayar harga makanannya. ^_^

9 comments:

  1. ya allahhhh tunjuk pulak gambar makanan pepagi camni. nak makan semua!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. err.. ni mesti tak sarapan lagi ni sampai nak makan semua tu!! hiks

      Delete
  2. Air hijau tu, Hot Green Tea n air SIRAB tu yang paling takleh lupa...hehe...tp btol la memang sedaB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. hot green tea. nasib baik tuan punya air ingat. ehehe

      air sirab tu memang tak tahan, rare ada org minum air sirab kan? hehe

      Delete
    2. Haha...malu kte ingat balik kes air sirab...=)
      Green tea tu mne bleh lupe...kte tpaksa abeskan gelas besar tu...huhu
      Ape pon, nice experience dari awal hingga akhir trip...^_^

      Delete
    3. ok jugak tersalah order, boleh la kita rasa air siraB hatyai kan? hehe
      Green tea tu macam minum minyak wangi.
      Part paling syok layan heirs kat tepon canggih cik bunga dan tido berhimpit 6 org tu yg syok!
      btw, jgn serik ikut jalan2 lagi yek

      Delete
    4. yeah, dpt rase sirab Hatyai. =)
      wlaupon layan kt tepon je, tp tetap feel..hehe
      tak rase cam tdo b'6 pon =p insyaAllah ada $ bleh r join lg ^^,

      Delete
  3. Assalam..nak tanye bajet sorang brapa utk trip redah mcam ni ye? sbb bila baca tu mcam senang jugak nak kesana..tringin nak g sebenarnya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Bajet lebih kurang rm500 termasuk semua. nanti next entry saya sertakan budget ye.
      Pergilah cik viva, syok jugak sekali sekala buat trip aci redah ni. hehe, cuma penat la sikit :)

      Delete