Followers

Friday, January 23, 2015

Day trip to Phimai Historical Park, Sai Ngam Park and Korat City

Hari kedua di Korat.

Selepas bersiap, kami turun breakfast. Meggi kari dan milo panas. Nasi dah masak awal-awal buat bekalan tengahari nanti. Kami gunakan kemudahan di Polaan Apartment sebaik-baiknya. Mula-mula mintak tumpang guna rice cooker. Dah masak nasi, bekas nak simpan nasi lebih pulak tak ada. Dengan muka tak malu, dialog 'ayam dan itik' kami mintak bekas polisterin. Ayat manis, kata nak beli, tapi dalam hati nak mintak je. Taktik kan? haha. 

Dah siap semua, sempat lagi cari beberapa option untuk Phimai.

Option 1 - sewa kereta. Cari punya cari, siap mintak adik di kaunter call car rent. GAGAL. Katanya hari tu semua full. Bila option 1 gagal, kami mintak adik di kaunter panggilkan tuk tuk untuk menghantar kami semua ke stesen bus. 


Sampai di bus station kami berpecah. Nik jaga beg, saya dan Zilla pergi cari bas untuk ke Phimai, manakala En. AB dan JM pula cari songtheaw.

Option 2 - naik bas awam. Pun GAGAL. Kalau nak kira tambang dah bas dah murah. 100baht/ return, bas ada setiap jam, paling lewat pukul 6.00pm tapi malangnya di stesen bus Korat tak ada perkhidmatan menyimpan beg. Jadi terpaksa ke option 3.

Option 3 - sewa songtheaw untuk satu hari. En. AB dan JM jumpa pemandu songtheaw semalam yang bawa kami ke Jim Thompson Farm dan dia kenakan bayaran 1,500baht untuk trip sehari. Tak pasti mahal ke tak. Nasib baik ber'5 bolehlah bahagi sama rata. 

Sebelum apa-apa, kami cari dulu tiket kaunter untuk membeli tiket ke Udon Thani. Harga tiket 256baht. Plannya, kami nak ambil bas paling last.

Selepas selesai semua, kami naik songtheaw menujuk ke destinasi pertama iaitu Phimai Historical Park. Perjalanan ke Phimai lebih kurang 1 jam setengah. 

Entrance fee : 100baht/ person
Open daily : 8.30 am - 5.00pm

Dari pembacaan, tempat ini merupakan Khmer Temple di mana satu ketika dahulu daerah Phimai ini merupakan pusat pentadbiran yang penting bagi pemerintah Khmer. Dan tempat ini merupakan salah satu tempat pengembangan kuasa. Stuktur binaan pula dikatakan lebih kurang sama dengan binaan Angkor Watt di Cambodia. Tapi ramai yang tak tahu temple ini sebenarnya lebih lama dan tua berbanding di Angkor Watt, Cambodia. Lagi info boleh ketik SINI

Agak lama kami habiskan masa di sini. Tapi tak mampu nak pusing semua tempat sebab panas ceng ceng! Jom layan gambar.

Pintu masuk depan - kawasannya bersih dan terjaga. Siap ada orang sambut bila nak masuk dan keluar. hiks
1'st entrance
Binaan bangunan kedua 
Antara struktur binaan di sini

Dah puas melepak bawah pokok sambil berlindung dari cahaya matahari, kami pun bergerak keluar. Di luar, ada gerai-gerai menjual cederamata. Harga agak berpatutan, tapi kami semua jamu mata saja.

Lokasi seterusnya ialah Sai Ngam Park (Banyan Tree Temple). Jarak dari Phimai Historical Park ke sini lebih kurang 2 km. 

Dari jauh semasa melintasi jambatan dah nampak rimbunan pokok dari jauh. Sekali pandang macam hutan paya bakau. Tapi bila masuk ke dalam hutan pokok Banyan, kelihatan akar-akar berselirat di sana sini. Sekali pandang nampak unik, dua kali pandang kecut perut pun ada, tiga kali pandang terus rasa nak keluar dari rimbunan pokok-pokok tu. Huhu.

Jom masuk dalam...

Pintu masuk ke Sai Ngam Park. Tengok pintu masukpun dah seram kan? Di seberang jalan, ada gerai-gerai menjual cederamata.
Suasana di dalam Sai Ngam Park - pokok-pokok yang ada di sini kelihatan bersambung antara satu sama lain. Tapi tak tahu di mana induk atau punca pokoknya.
Ada temple di dalam kawasan ini. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan tempat ini merupakan tempat suci dan menjadi 'rumah' kepada roh-roh yang kuat. Jadi tak boleh dinafikan tempat-tempat seperti ini memang 'sesuatu' ditambah pulak bila ada tempat memuja seperti ini kan?

Kami tak lama berada dalam kawasan rimbunan pokok banyan. Plan asal nak picnic di bawah rimbunan akar-akar, tetapi bila Zilla ajak keluar dari kawasan tersebut, kami sepakat keluar dan berkelah di tepi sungai. 

Makan tengahari kami hari ini simple saja - nasi putih + daging dendeng + sambal jawa. Kenyang! Dah kenyang, rest kejap lepas baru gerak sekitar tepi sungai di kawasan ini. Kat sini view lawa, air sungai jernih, bila ambik gambar lawa aje reflection. Tapi seram tu tetap ada. 

Macam cerita Zilla, di sinilah kami di sapa oleh seorang budak perempuan. Tak pasti dia datang dari mana, Bercakap dengan kami sambil mengikut kami ke mana-mana. Jadinya, masing-masing tak tunggu lama, lepas ambil gambar terus blah dari situ. Siapa budak perempuan tu, dari mana dia datang dan apa tujuannya hanya Allah yang tahu. Wallahualam....

Reflection
Another reflection
Spirit house dari jauh. Laluan/ jambatan ke situ ditutup.
Sekitar kawasan Banyan Tree Tample dari tepi jalan.

Dua tempat utama yang ingin kami lawati di Korat telah berjaya kami jejak. Masa masih awal, jadi kami request untuk singgah di sebuah masjid yang terdapat di sekitar bandar Korat. Pakcik songtheaw walaupun tak tahu mana letaknya lokasi masih ini tetap berusaha cari jalan untuk sampai ke sini. Berkali-kali tanya orang dan singgah tepi jalan akhirnya kami berjaya sampai di Masjid Al-Ridwan (Nana), Korat. Masjid ni tak besar mana, tapi fasiliti lengkap. Kawasannya agak sunyi, tapi bersih. 

Sekitar Masjid Al-Ridwan - struktur masjid, ruang solat dan papan tanda waktu solat 5 waktu di sekitar bandar Korat.

Selesai urusan wajib, kami minta pula pakcik songtheaw pusing-pusing sekitar bandar Korat. Nasiblah pakcik dapat penumpang macam kami, banyak sangat permintaan nak singgah sana sini. hehe. Pusing punya pusing, pakcik songtheaw berhenti di Thao Suranari Monument. Kami sekadar lalu di situ. Tak ada apa yang menarikpun. Last-last kami lintas jalan dan singgah di beberapa kedai menjual cederamata. Masing-masing beli souvenir untuk diri sendiri saja kecuali JM, memborong souvenir untuk peminat-peminatnya. Untunglah peminat JM, kami yang jalan sekalipun tak dapat souvenir dari JM tau. 

Bandar Korat - tasik di tengah bandar, deretan kedai-kedai dan buah asam jawa yang banyak dijual di tepi jalan. 

Dah pusing-pusing sekitar bandar Korat, kami ambil keputusan untuk ke stesen bus Korat. Senyum meleret pakcik songtheaw bila kami minta dia hantar kami ke stesen bus. Ini bermakna, tugasnya selesai untuk hari ini dan dia bakal dapat upah yang lumayan dari kami. Rezeki dia kan... dua hari berturut-turut dapat 3,000baht. Saya kira itu bukan satu jumlah yang kecil bagi pemandu songtheaw seperti pakcik tu.

Sampai di stesen bus, kami terus ke kaunter. Kebetulan bas ke Udon Thani memang dah ada. Bila tunjukkan tiket bus, terus penjaga kaunter menukar tiket sedia ada dengan tiket baru. Baru saya faham, kenapa pagi tadi semasa membeli tiket, penjual tiket sekadar menulis tarikh hari ini saja tapi tak tulis masa bas bertolak pada tiket tersebut. Tapi selepas diminta (sebab tak yakin dan takut tertipu), barulah penjual menulis masa pada tiket bas tersebut. Barulah kami faham, rupa-rupanya tiket bas yang kami beli tadi, boleh naik bila-bila masa asalnya ianya digunakan pada hari yang sama.

Lepas letak beg, kami terus naik bas. Tempat duduk free seating. Bas selesa siap dengan bekalan roti dan air mineral untuk bekalan dalam perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai di Udon Thani. Naik bas, semua orang pengsan kepenatan. hiks


~ bersambung. Kita jumpa di Udon Thani!!

7 comments:

  1. ingatkan Zilla je yang rasa seram, Nani pun sama... huhu
    mujur takde pape yang berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan tu ada anne. nak-nak bila tengok muka Zilla dah lain macam. haha

      Delete
  2. untunglah sapa peminat JM hahaha...kita ne nak beli FM seketul tu pun pikir 10x takut budget lari :D

    nani, nanti gambar2 kita beramai2 blh share dkt dropbox tak? harapkan gambar dari korang je ne...

    ReplyDelete
    Replies
    1. give me 5 zilla. Sebab itulah kita xde peminat sebab nak beli FM seketulpun tak berapa nak mampu. hahaha

      Ok Zilla, gambar-gambar belum dapat share lagi. sabar ye. huhu

      Delete
  3. Baca entry pasal pokok banyan kat entry Zilla rasa seriau. Tengok gambar kat entry ko pun sama. Bila ingat balik budak perempuan tu, aku lak yang meremang hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bibie, seram kan? budak tu pun misteri nusantara

      Delete
  4. trip jejak thailand lagi.... bestnya.....!! nampak horror lah tempat nih....... huhuuhuhu......

    ReplyDelete