Followers

Monday, February 16, 2015

Udon Thani to Loei

Hampir 1 jam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai di Udon Thani.

Mulanya pakcik songtheaw berhentikan kami di depan hotel yang kami duduk malam tadi. Padahal dah bagitau nak ke stesen bus. Puaslah pulak kami tunjuk isyarat nak suruh dia hantar kami ke stesen bus. Nasib baik faham. Sebenarnya kami minta dia hantar ke stesen bus untuk kami ke Loei sebab ada 2 stesen bus di Udon Thani ni. Tapi disebabkan pakcik tu tak faham, masing-masing redha je di hantar ke stesen bus yang yang turun semalam walaupun instinct masing-masing kuat menyatakan kami diturunkan di stesen bus yang salah. 

Perkara sama seperti semalam berulang. Sekali lagi kami diserbu oleh driver tuk-tuk. Naik rimas dibuatnya. Sampaikan kami terpaksa berjalan keluar dari stesen. Tapi disebabkan masing-masing clueless, terpaksa jugak masuk balik. Asalnya kami dah deal dengan pakcik teksi untuk hantar kami ke bus terminal 2. Tapi bila kami gerak ke depan, driver tuk-tuk buat hal. Sampai tinggikan suara marahkan pakcik teksi. Masing-masing cuak, tak tahu apa yang berlaku. Saya agak, driver tuk-tuk tuduh pakcik teksi rampas penumpang dia. Sampai nak bertumbuk. Mujur pakcik teksi mengalah. Last-last kami ber'5 sekali dengan beg-beg yang besar dipaksa naik tuk-tuk yang tak berapa nak besar tu. Bayaran 100 baht dikenakan untuk sampai ke terminal bus 2.

Info : Stesen bus di Udon Thani ada 2 :
  • Central Bus Terminal (terminal 1) - dari/ke Bangkok, Korat etc
  • Northern Bus Terminal (terminal 2) - dari/ke Chiang Mai, Chiang Rai, Loei, Nong Khai etc

So, jangan jadi macam kami sebab distance antara kedua-dua stesen bus jauh. Terminal 1 di tengah-tengah bandar, manakala terminal 2 di pinggir bandar.

"If you end up at station 1 and want to go to station 2, there is a songthaew for 10 baht (it may be slow as it picks up other riders) or you can catch a tuk-tuk into town for around 80 baht. But you have to flag down the songthaew #6 or 7 on the main street, not in the bus station 1" - wikitravel

Ganas gila driver tuk-tuk bawa tuk-tuknya. Sudahlah terlebih muatan, merempit tak hingat dunia. Mulut sama laju dengan tuk-tuknya. Sabar jelah. Tak sempat sampai terminal 2, kami diberhentikan di tepi jalan. Kebetulan bus ke Loei lalu dan driver tuk-tuk terus tahan bas. Letak beg di perut bus, kami semua naik bas. fuh... lega. 

Tambang 150 baht/person, perjalanan lebih kurang 2 jam. Bas berhenti di beberapa hentian. Kami turun di stesen terakhir - Loei bus terminal. Itupun atas bantuan konduktor bas. Tunjuk kertas booking hotel di Loei, konduktor bus terus telefon pemilik guesthouse. Syukur. Kata konduktor, bila sampai di stesen Loei, pemilik guesthouse suruh telefon balik dan dia akan datang jemput kami di stesen bus. Lega. Selesai satu lagi masalah.

Loei bus terminal - kecil saja stesen bus ni. Tapi keadaan di sini lebih 'aman' berbanding di Udon Thani. Pemandu tuk-tuk lebih peramah dan menghormati kami. 

Lewat petang kami sampai di Loei. Sementara menunggu pemilik The Stay Guest House sampai, Zilla dan saya bercadang nak cari 7 eleven atau mana-mana supermarket berhampiran. Tengah kami melilau-lilau, kami disapa seorang driver tuk-tuk. Lagi mengharukan beliau seorang muslim dan boleh berbahasa Melayu walaupun sikit. Dia tanya kami hendak ke mana dan dia boleh hantarkan. Percuma pulak tu! Pucuk dicita, ulam mendatang. Terus kami minta pakcik bawa kami ke supermarket yang paling dekat. Tak jauh, tak sampai 5 minit, tapi kalau jalan kaki berpeluh jugak kot.

Kata pakcik itu, komuniti muslim di Loei sangat sedikit. Jadi agak susah untuk dapatkan makanan halal. Rezeki kami, 7 eleven, lotus express dan pasar awam Loei terletak di tempat yang sama. Mulanya kami masuk 7 eleven, tapi tak ada makanan basah halal. Lintas jalan masuk lotus express, masing-masing teruja! Ada satu peti khas untuk makanan basah halal. Apa lagi, capai ayam, telur, sayur, beras, gandum etc. Borong sakan sebab murah! Membeli secara express sebab takut pemilik guesthouse tunggu kami pulak. 

Simpang dari jalan ke Loei bus terminal. Di kanan ialah pasar awam, di kiri pula 7 eleven dan di depannya lotus express. 

Selesai membeli, pakcik tuk-tuk bawa kami balik ke stesen bus. Nasib baik, John - pemilik guesthouse datang ambil dengan kereta. Jadi dia angkut kami ber'5 dua kali sebab tak muat nak angkut sekaligus. 

Kami akan menginap di The Stay Guest House satu malam. Lokasi sedikit jauh dari pusat bandar (15-20 minit dari stesen bus), tapi bilik di sini sangat selesa! Untuk info boleh refer di booking.com. Sampai di guesthouse, selesaikan urusan check in, kami minta izin untuk gunakan dapur. Terima kasih pada John dan wifenya sebab izinkan kami guna dapur mereka siap dengan peralatan untuk kami memasak. Makan besar kami semua malam tu. Ganti balik breakfast dan lunch sekali dengan dinner sekaligus!

Menu makan malam kami malam itu - asam pedas ayam, tom yam sayur dan ayam goreng. Habis sekilo beras kami masak! Licin periuk dan pinggan masing-masing. hiks

Plan asal kami akan bermalam di Loei semalam saja. Esoknya kami akan bertolak ke Phu Kradueng dan berkhemah di sana untuk 2 malam. Tapi lepas dapatkan beberapa maklumat penting dari John, yang mana maklumat macam tu memang tak akan jumpa di internet seperti tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Loei, trek ke Phu Kradeung yang agak mencabar, cuaca di Loei terutamanya di Phu Kradeung yang sejuk gila masa itu, akhirnya kami ubah plan. Berkhemah satu malam di Phu Kradeung, dan selepas itu menginap lagi satu malam di guesthouse John. Jadi secara tak langsung kami boleh tinggalkan beg kami yang besar dan berat tu di sini dan hanya bawa daypack untuk mendaki Phu Kradeung. Setel!

Selesai semua urusan, masa untuk berehat selepas menempuh hari yang panjang. Esok kena bangun awal sebab nak kejar bas seawal pagi.

Selamat malam Loei!

~ bersambung

4 comments:

  1. XIPHIAS IMMIGRATION is considered to be the top Monaco Immigration Consultants in Dubai , Visa experts from Xiphias can help you in every possible manner to get your visa smoothly, get in touch with Xiphias today.

    ReplyDelete
  2. PESUGIHAN YANG KYAI BOMOH ABAH SALEH TAWARKAN (SEGERA)...!!! -PESUGIHAN WANG LUAR BIASA -PESUGIHAN TUYUL
    -PESUGIHAN JUAL MUSUH
    -PESUGIHAN KAHWIN JIN
    -PESUGIHAN WANG DIKEMBALIKAN

    Pesugihan yang Kyai Bomoh Abah Saleh tawarkan tanpa pengorbanan manusia dan boleh digantikan dengan binatang, bunga, minyak dan bunga serai dan lain-lain.
    terumbu karang, apa yang ditawarkan tanya, setiap pemohon mesti berbeza. SYARAT PENYERTAAN ILMU AJAIB PESUGIHAN:
    - Umur minima 17 tahun
    - Banyak hutang
    - Perlukan Modal Bisnes & DLL
    - Sedia siapkan yuran ritual ( uborampe ) yang telah disampaikan
    - Ritual Jauh (Terima Jadi) Proses 2 jam mesti ada bilik khas - Menyediakan buku simpanan (akaun).

    Jika anda tidak mempunyainya, segera buka akaun atas nama anda. Selepas dana dikeluarkan, wang tunai akan terus dimasukkan ke dalam akaun anda. maksimum 1 hari selepas ritual.

    KOS RITUAL AJAIB & HASIL DALAM MASA 2 JAM :
    $>Kos RM500 Akan Dapat HASIL RM5000
    $>Kos RM1000 Akan Dapat HASIL RM10000
    $>Kos RM2500 Akan Dapat HASIL RM30000
    $>Kos RM5000 Akan Mendapat HASIL RM500000

    Bagaimana DAFTAR: Taip: Nama Anda#Umur#Alamat#Umur#NamaPesugihan# Bayaran Pakej Dan Keputusan Hantar Ke Watsap: +601128628484

    NB: Kami tidak menerima konsultasi yang sekadar luahan hati (sudah ditipu di mana-mana, tiada bayaran untuk Uborampe, dll. ). Jika anda ingin berjaya bersama kami. Sila ikut semua prosedur kami. Jika gagal, kami akan pulangkan 2 kali ganda yuran... Kalau lambat transfer dana, kami akan tambah 5% daripada hasil.!! Demikian info ringkas tentang ilmu ilmu Abah solehah, Semoga bermanfaat buat para pembaca.Dan, sama-samalah kita mendoakan agar kita semua sentiasa berbahagia dalam rahmat & keredhaan Allah swt... TERIMA KASIH!!!

    MAKLUMAT LANJUT HUB (FAST RESPONSE)
    No WhatsApp: +601128628484

    https://wa.me/message/W32GG5XTCVIJH1

    ReplyDelete