Followers

Friday, February 10, 2012

Tiramisu cheese cake versi aiskrim

Ini adalah antara kek kegemaran yang saya selalu buat selain daripada kek coklat dan kek buah. Kek ni senang dibuat dan yang paling utama semua orang suka makan. Kalau makan tu memang tak sedar habis. Kejap je licin. Sebelum ni saya ada buat. Saya ikut resepi Ryo. Tapi macam saya kata dalam entry sebelum ni yang kawan saya bagi resepi aiskrim tiramisu, tapi bila buat tak jadi, sebab sukatan yang kawan saya kasi tu tak cukup sukatan.

Untuk versi aiscream cheese cake ni saya gabungkan resepi ryo dan resepi kawan saya. Hehehe. Seronok jugak dapat bereksperimentasi dengan barang-barang kat dapur ni kan? Hasilnya, adunan (B) yang terhasil lebih cair dan rasa cheese lebih kuat dan sedap! Bila tambah sedikit esen vanila, rasa sedap dan wangipun bertambah. Untuk adunan (A) pulak, saya tukarkan biskut merry perisa coklat ke perisa kopi. Dan rasanya lebih sedap!

Cara menghias pulak, memandangkan adunan (B) lebih cair, untuk versi aiskrim ni lebih sesuai kita masukkan adunan dalam gelas atau bekas-bekas kecil. Sususan biskut dan selepas itu dilapis dengan adunan B masih sama. Dan untuk lapisan terakhir bolehlah dihias dengan taburan biskut oreo. Lepas itu masukkan di dalam peti dan apabila sejuk sangat sedap dimakan. Macam makan aiskrim cheese. Yummy!!!

versi aiskrim - adunan cheese lebih cair

strawberry tiramisu oreo - setiap layer cheese, saya letak oreo, hasilnya crunchy!

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (saya tukar perisa kopi)
  • 500 ml susu segar, dipanaskan (saya guna 200 ml je)
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar (saya gantikan dengan 1 kotak whipping cream, 200 ml)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • boleh gunakan biskut oreo yang dikisar sebagai hiasan

Cara-cara boleh semak entry lama.

2 comments: