Followers

Tuesday, September 27, 2011

10 travel tips : Seoul City

Since baru balik korea ni boleh kongsi beberapa tips kalau uols berminat nak ke korea macam GBS buat. Tapi jangan amalkan konsep weols yang kekdahnya terjah dan redah semata-mata. Haru uols!!! Tapi Alhamdulillah... sepanjang kembara kami ke bumi Korea, semua yang dirancang menjadi. Mujur persiapan dah buat awal-awal walaupun tak sepenuhnya sempurna.


1. Kalau korang plan nak backpacking, pastikan peta subway, peta Seoul city dan segala maklumat-maklumat penting dalam simpanan. Ia sangat berguna bila kita berada di sana.

2. T-money card a.k.a Seoul City Pass merupakan kad hikmat di bandar Seoul. Semua pengangkutan awam di sana semuanya guna kad ni. Naik subway, taxi, bus dan ada sesetengah tempat tu boleh gunakan kad ni. Sesampainya uols di airport, bolehlah cari kaunter atau ke kedai serbaneka @ 7-elevan ataupun bak kata GBS 'kedai pok sedara'. Kira kad ni macam kad touchNgo la kalau kat Malaya ni. Bila dah beli kad tu, bolehlah reload sebanyak mana yang kita nak. Cadangan reload : 20,000 won (RM60) untuk 1 minggu percutian. Kelebihan guna kad ni, setiap perjalanan kita kalau guna subway kita akan dapat diskaun lebih kurang 100 won. ok la kan?

3. Kebanyakan orang korea tak tahu berbahasa Inggeris. Tapi diorg ni sangat baik hati dan mesra alam. Kalau kita tanya, diorg ni sedaya upaya nak bantu kita walaupun diorg tak faham. Macam ayam dengan itik pun ada jugak. Jadi sebagai tanda menghormati diaorg, eloklah kita hafal sikit-sikit perkataan biasa diorg. etc. hi @ hello = annyeonghaseyo, terima kasih = kamsahamnida. Sebab dua perkataan ini sangat biasa dlm perbualan mereka!

4. Dan.... kalau uols nak tau sebenarnya orang-orang tua lebih berinformatif berbanding orang-orang muda. hahaha! So, jangan tertipu dengan wajah jambu mereka! Sebab kadang-kadang orang muda ni agak 'bodoh' kalau kita bertanya arah dengan mereka!

5. Orang korea berjalan sangat cepat dan laju. Kadang-kadang diorg ni main langgar je kalau ada orang yang halang jalan diaorg. Jadi kalau kita kat sana, jangan rasa pelik bila tengok kerenah diorg macam nak kejar sesuatu pulak. Tapi yg bagusnya, bila kita kat sana, dengan kita skali terikut-ikut berjalan laju macam diorg. Macam kena kejar dengan lembu pulak...

6. Kalau naik escalator, sila berdiri di sebelah kanan kalau korang x berniat nak terus berjalan. Kiranya bertentanganlah dengan kat negara kita. Jangan pulak bila kat sana kita berdiri sebelah kiri... kalau tak mesti korang kena langgar / rempuh dengan orang-orang yang nak naik cepat!

7. Kalau berniat nak backpacking macam GBS, tak payah bawak baju banyak-banyak. Bawak yang simple dan senang dibasuh dan kering. Biasanya kalau kita menginap kat guesthouse, biasanya diorg sediakan washing machine. So, kita boleh gunakan sesuka hati. FOC uols! Ataupun kalau agak-agak tak cukup baju, boleh beli. Harga baju-baju kat sana ok la. Masih berpatutan.

8. Jangan lupa bawak makanan segera. etc. meggi, serunding, roti, coklat. Sebab kat sana bukan senang nak cari makanan halal. Kalau ada makanan halalpun kena pegi Itaewon. Tupun bukan senang nak jumpa nasi. Mostly restoran halal yang ada kat sana makanan dari turki/ pakistan dan sewaktu dengannya. Korang cuba bayangkan, hari-hari makan kebab... iskhh... mesti tekak pun x boleh terima kan? Tapi jangan risau, kita boleh beli nasi kat kedai macam 7-elevan, family mart @ G25. Kedai-kedai 'pok sedara' ni biasanya buka 24jam. So, kita boleh beli nasi dan panaskan dan boleh makan dengan serunding @ sambal bilis yang kita bawak. hehehe. Antara menu tersedap GBS sepanjang di Korea adalah masa di Sokcho. Makan nasi korea berlauk telur masak separuh dan serunding! pergh! memang terangkat!

9. Owh ya! Jangan lupa bawak botol kosong ya! Sebab toilet di sana tak ada paip! Tapi kena berhati-hati. Jangan obvious sangat tunjuk kita bawak botol time nak masuk toilet. Mungkin ada orang yang tak suka/ senang dengan tindakan kita tu. Dan... toilet diorg sangat bersih!!!! Tapi kalau rasa-rasa nak bertayammun ape salahnya kan? hehe

10. Kat sana kita akan guna 'kaki' sepenuhnya! Jadi jangan pakai sandal/ selipar/ high heel! no! no! no! Ini akan memberi mimpi ngeri kepada kaki dan kamu sendiri! hahaha. Sneakers / berkasut paling sesuai. Dan kena bawak stokin banyak-banyak. Nanti boleh tukar-tukar sebab bila kita banyak berjalan, kaki kita mesti berbau. Yerk!!! Dan jangan lupa bawak minyak angin/ koyop dan ubat-ubatan. Ubat kat sana sangat mahal uols!

Setakat tu tu, yang aku ingat dan boleh kongsi. Yang pastinya aku rasa nak ke sana lagi! Dan kalau pergi sekali lagi aku nak pastikan aku berjaya tawan Soraksan dan jelajah ke Jeju nara juga!!!!

p/s : GBS... siap sedia uols!!!

Friday, September 23, 2011

.....

Akhir-akhir ini banyak desas-desus yang meruntun hati sampai ke telinga saya. Kadang-kadang ia menyebabkan hati kecil saya sedikit terasa bila terkenangkan kata-kata 'mereka'. Tak mengapalah... saya terima kata-kata itu sebagai penguat semangat buat saya.

Kalau dikira, dihitung, tiada apa-apa yang hendak dibanggakan dengan saya ini. Hanya kerana saya suka 'travel'... saya diperkatakan sedemikian? owh... sungguh tidak adil! Saya travel bukan untuk berlagak, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Sejujurnya TIDAK!

Travel... saya boleh katakan itu salah satu 'ubat' jiwa buat saya. Secara tidak langsung saya belajar mengenal diri sendiri bila semakin jauh saya mengembara. Belajar cara hidup dan budaya orang.. itu menarik pada saya.

Saya hanya suka travel. Itu saja kelebihan yang saya ada.

tapi banyak yang saya tidak ada...

saya tak punya harta yang banyak untuk dibanggakan
saya tak punya pakaian mahal untuk ditayang-tayang
saya tak punya blackberry/ i-phone / tab untuk ditunjuk-tunjuk
saya tak punya kereta mahal untuk dimegah-megahkan
malah
saya miskin... sebab saya tiada anak-anak mahupun suami!

pun begitu saya masih diperkatakan itu dan ini...

manusia... sememangnya matlamat hidup kita berbeza. Hidup saya untuk kebahagian dunia dan akhirat. Sementara nyawa masih dipinjamkan oleh-Nya, saya mahu nikmati seadanya.

Tuesday, September 13, 2011

Buku hikmat

di dalamnya terkandung semua aktiviti sepanjang kembara kami ke bumi Korea nanti.

Al-maklumlah... kali ni konsepnya "jalan dan redah"

jadi perlukan persiapan fizikal dan mental.

semoga perjalanan kami dilindungi-Nya... amin


p/s : GBS!!! kaja!!!