Followers

Thursday, June 16, 2011

Cerita 'anak-anak' baru

Hari ni masuk hari kedua saya dengan tugas baru. Sejujurnya masih kekok uruskan anak-anak yang ramai. Almaklumlah saya bukannya ada anak, pengalaman memang zero!! huhu. Tapi kita buat atas dasar tanggungjawab... tanggungjawab yg rasanya agak berat untuk dipikul. But i like!!!

Rutin harian pun dah berubah, kalau sebelum ni 7.30 pagi baru keluar rumah dan terus ke opis. Sekarang pukul 7.00 pagi dah keluar rumah, terus ke opis punch in dulu, lepas tu sarapan kejap. Pukul 7.45 pagi terus ke taska. Kena ambil anak-anak dari taska bawak ke playschool. Masa ni memang agak mencabar sebab nak ajar anak-anak berdisiplin bukan senang. Masing-masing dengan ragam masing-masing. Kelakar! Dah la semua masam tak mandi lagi. Hahahaha... dengan saya saya sekali berbau masam! Kelakar betul!

Lepas masuk kereta, ape lagi... macam-macam cerita la keluar.. layankan aje la...


~ muka tak mandi masa hantar ke playschool ~

~ yg baju merah tu, mulut macam bertih! bijak betul!! ~
~ yang ni nak hantar ke smart reader ; hari pertama diorg yg tukang tunjuk jalan. hahaha ~


p/s : seronoknya kalau ada anak sendiri...

Wednesday, June 15, 2011

Tugas baru

Hari ni, tanggal 15 Jun 2011 bermulalah tugas baru

kawan-kawan,

Doakan semoga semua urusan saya dipermudahkan oleh-Nya...

p/s : ada 40 orang anak segera! syok!!!!!

Tuesday, June 14, 2011

Spa @ EmbunSeri and Beauty Spa

Setelah sekian lama beli voucher untuk ke spa, minggu lepas saya dah buat appoinment kekononnya nak gi spa hari Ahad tu. Nasib baik sempat ke sana. Tak sangka Ahad tu schedule giler penuh! Dengan aktiviti senamrobik, lepas tu kawan call mintak jadi driver ke Meru pulak, jumpa kakak taska nak settlekan urusan serah milik lagi... pergh!!! memang full sampai ke petang. Tapi cun-cun je sampai rumah 5.30 petang, lepas tu saya terus pecut ke Shah Alam sebab saya dah set appoinment pukul 6.30 petang dengan spa tu.

Voucher spa ni sebenarnya saya beli kat myDeal.com.my bulan April lepas. Saje gatal tangan click, click and pay dan terus dapat satu voucher full body massage (60 minute), body scrub (15 minute) and eye pillow therapy selepas 85% diskaun dengan harga hanya RM32.90! Bolehlah kan? Berbaloi-baloi! Walaupun hakikatnya saya seorang penggeli tapi layan je! Hahaha...

Senang je nak jumpa lokasi spa tu, lokasi dia betul-betul sebelah kolej PTPL, Seksyen 13, Shah Alam. Dekat area stadium Shah Alam.

Sampai je, terus disambut dengan minum teh. Spa ni kira baru beroperasi lebih kurang 1 tahun je. Dekorasi memang cun! Cantik, nyaman dan berkonsep Bali.

Lepas tu bermulalah sesi urut mengurut. hahaha... mak ai!! sakit dowh! Almaklumlah saya bukannya selalu ke spa atau berurut. Sekali orang sentuh kaki terus menjerit! Tapi ok la, boleh tahan lagi. Urutan dia ok la... dari hujung kaki sampai hujung kepala, lepas tu scrub badan pulak. Memang lama... habis semua daki-daki lama yang melekat kat badan ni tanggal. Tengah-tengah massage, sambung skali dengan eye treatment. Agak rileks la.

Lama jugak berspa kat sana, lepas mandi, minum teh sekali lagi, dalam pukul 9.00 pm baru selesai. Nasib baik saya tengah bendera merah, kalau tak ke lautlah jawabnya maghrib saya. Hoho!

Verdict? OK... OK je... Sebab saya rasa urutan Pn. Fatimah paling best! Penuh kasih sayang. Tapi kalau nak try tak salah... Sekali sekali manjakan diri sendiri apa salahnya kan? ^_^


~ bilik urutan ~ ~ lepas dipromo dengan pelbagai pakej dan ditolak dengan cara baik, disebabkan tak sampai hati nak tolak bila tengok muka promoter saya pun belilah set minuman kesihatan ni, nasib baik tak mahal sangat. Tapi saya belum minum lagi... huhu ~


p/s : jom g spa lagi! hoho

* gambar dari EmbunSari

Monday, June 13, 2011

Nilai persahabatan

Sekejap tadi seorang rakan sepejabat memberi sekeping fridge magnet kepada saya. Katanya dia beli khas utk saya di Langkawi. Wah!!! muka saya berseri-seri! Terasa diri disayangi! Kata seorang lagi rakan sepejabat "untung k.nani... ramai orang sayang!" "Alhamdulillah...."

Sejujurnya saya bukanlah seorang sahabat yang baik. Jika dihitung-hitung saya tidak punya ramai kawan sekalipun. Tapi saya tau, saya dikelilingi oleh sahabat yang baik! Prinsip saya... jika bersahabat, InsyaAllah... saya akan jaga tali persahabatan itu sampai hujung nyawa. KECUALI... kalau sahabat itu sendiri yang meninggalkan saya, mungkin sudah sampai masanya saya mengundur diri.

Hari minggu lepas, seorang kawan lama jemput GBS ke rumahnya makan tengahari. Mimpi apepun saya tak tahu. Mahu buat makan-makan hari sabtu, hari jumaat baru jemput! motip la sangat kawan saya ni. Mulanya saya memang berat hati nak datang. Almaklumlah, GBS memang selalu banyak agenda. Nak karok la, nak makan kat Seoul Garden la. Tup-tup last minute diajak macam ni, agak keberatan jugak la jadinya. Saya... jenis fleksibel, ikut undian ramai, kalau semua pergi saya pergi. hiks

maka terjadilah agenda SMS, GT bertanya itu dan ini...

macam-macam reaksi dari geng GBS. ada yg marah sbb plan asal terpaksa ditunda, ada yg kata pergi je la...

Akhirnya kata sepakat, kami terima jemputan kawan saya walaupun tak semua yang dapat datang. Kesian jugak kawan saya tu, banyak dia masak... alih-alih kami bertiga je yang datang termasuk teman lama sekolah dulu datang bersama keluarganya. Tu la... lain kali kalau nak ajak kawan-kawan datang ke rumah, ajak la awal-awal. Bermula dengan bertanya khabar, bertanya si polan tu bagaimana, si polan tu apa khabar? banyak jugak isu yang dibualkan. Saya nampak kawan saya sudah banyak berubah. Lebih matang dan yang penting kata-katanya pun sudah tak sepedas dulu. hahaha... Alhamdulillah...

Sebenarnya bukan apa.. kawan saya ni berubah bila dia nak nak kawin. Tunang tak bagitau sesiapa, nak kawin ajak last minute, alih-alih bila dah beranak dua baru ingat kawan. *Ya Allah... janganlah saya jadi macam ni kalau ditakdirkan saya berkeluarga kelak. ** Kalau ada...

Tapi... itu perkara lepas. Sekurang-kurangnya kawan saya ni ada inisiatif untuk menjalinkan semula hubungan dengan kawan-kawan lama. Bak kata sahabat saya tu.. 'malah doh nok baloh-baloh, duk kecik hati lama-lama... tuo doh kita ni nok ngajuk-ngajuk'. Tersenyum saya...

Itu kisah kawan saya..

Kisah saya yang miskin ni lain pulak. Bagi saya, selain keluarga... hanya kawan-kawan yang saya ada sebagai tempat mengadu suka dan duka. Sudahlah saya ni perantau, jauh dari keluarga... kalau tiada kawan-kawan pasti saya sunyi. Miskin betul! Susah senang pun seorang diri. Kawan-kawanlah salah satu kegembiraan saya. Jadi, kalau bersabahat, saya pasti akan cuba untuk menjaga tali persahabatan itu sebaiknya.

Sahabatku,

Semoga Allah SWT sentiasa menjaga setiap persahabatan yang terjalin dalam balutan kasih sayang. Persahabatan yang terjalin ikhlas hanya karena-Nya. Persahabatan yang terisi dengan saling berwasiat perihal kebaikan dan persahabatan yang tiada mengharapkan imbalan dunia, melainkan keredhaan Ilahi semata… aamiin.

Friday, June 10, 2011

Kejam

Orang yang paling kejam adalah orang yang memberi harapan dan akhirnya harapan itu hanya tinggal harapan sahaja... kejam sungguh!!!

p/s : datang rumah orang bagi salam, masuk pintu depan... tapi bila nak balik senyap-senyap keluar pintu belakang! tak malu betul!!!!

Tuesday, June 07, 2011

Jamuan teh Diraja

Sabtu lepas, 3 Jun, 4 manusia lengkap berpakaian kebangsaan gigih menapak ke Istana Negara semata-mata nak minum teh dengan agong! woha!