Ada beberapa tempat menarik di sekitar Surabaya yang boleh dilawati seperti :
Dan beberapa tempat 'membuang duit' seperti :
Malas nak cerita panjang, kita serahkan pada gambar untuk bercerita pulak.- Tugu Pahlawan
- Muzium 10 November
- Muzium Kesehatan
- Pelabuhan Tradisional Kalimas
- House of Sampeorna
- Monumen Kapal Selam
- Masjid Al-Akbar
- Masjid Sunan Ampel
- Kebun Binatang Surabaya (Zoo)
- Jembatan Merah
- Lumpur Lapindo
Dan beberapa tempat 'membuang duit' seperti :
- UKM Jatim - pusat pengumpulan hasil-hasil tangan
- Tanggulangin - jual barang kulit
- Jembatan Merah Plaza
- Kedai Souvenir Mirota
- Pusat Grosir Surabaya
* tempat 'membuang duit' di sini tak berapa inzal sebab semua barang harga tetap, jadi tak berapa sesuai untuk orang berpoket nipis seperti kami. Kat Surabaya saya tak beli apapun, cuma beli beberapa keping tempelan kulkas aka FM saja.
![]() |
| Masjid Sunan Ampel : Salah satu masjid lama. Di sini terdapat makan Sunan Ampel yang sehingga hari ini dianggap keramat oleh penduduk tempatan. Kalau masuk ke perkarangan masjid, untuk tandas/ tempat wudhu' kita akan melalui kawasan perkuburan keramat. Jangan hairan kalau tengok penduduk-penduduk yang taksub seperti menyembah kubur dan di satu sudut di luar kawasan makan ada disediakan tempayan yang berisi air khas untuk minuman sesiapa sahaja. Kelihatannya agak janggal, tapi itulah budaya mereka. Menariknya tempat ini ialah, di kiri kanan lorong menuju ke masjid ini dipenuhi dengan kedai yang menjual pakaian, makanan dan paling banyak ialah barang keperluan haji seperti baju, kurma, tasbih dan air zam zam. Macam berada kat Arab pulak. Info : ketik SINI. |
Sekitar tugu pahlawan : Tugu-tugu seperti ini banyak terdapat di sekitar padang merdeka ni. Dan tiang ini ialah antara tiang asal bangunan penjajah tempat utama pemberontakan penduduk memperjuangjan kemerdekaan dulu.
Muzim 10 November : Masa kami pergi muzium ni tengah dibaikpulih. Ramai budak sekolah yang datang ke sini sambil kumpul maklumat sejarah untuk kerja sekolah diaorg, sampaikan kami sekali pun disangka pelajar.
Entrance fee : rp5,000/person (kalau bawa kad pelajar masuk adalah PERCUMA)
Entrance fee : rp5,000/person (kalau bawa kad pelajar masuk adalah PERCUMA)
Tragedi Lumpur Lapindo
Juga dikenali sebagai Sidoarjo Mud, ia merupakan satu tragedi banjir lumpur yang terjadi pada 29 Mei 2006 telah menenggelamkan beberapa kawasan perkampungan, rumah, kawasan pertanian yang mengorbankan ramai penduduk sini. Sehingga hari ini lumpur tersebut masih keluar.
Info baca di SINI.
Singgah di sini, memanjat tangga melepasi tembok-tembok batu, saya lihat satu kawasan lapang seperti padang jarak padang terkukur. Kosong! Tak ada tumbuhan atau rumah yang terbina. Yang ada hanya lalang-lalang layu di tepi kawasan yang ditimbusi lumpur.
![]() |
| Siapa sangka di sebalik timbunan lumpur tersebut terkuburnya beberapa kampung, rumah serta nyawa-nyawa yang tidak bersalah |
Kami didatangi beberapa orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk kampung. Ada yang menawarkan perkhidmatan ojek untuk pusing-pusing seluruh kawasan ini dan tak kurang juga ada yang menjual VCD / DVD tentang bencana lumpur lapindo. Kata mereka, sejak peristiwa ini terjadi, tidak ada bantuan atau inisiatif daripada kerajaan untuk memulihkan atau membina semula perkampungan yang terlah ditimbusi oleh lumpur ini.
"kami protes dikatakan kami pemberontak. Sudah kami semua dimasukkan ke lokap"
Kesian melihat keadaan ini, tapi apa yang kami mampu buat? Saya cuba bertanya, mereka menyediakan tabung derma atau tidak? Tapi jawapan yang diberikan oleh mereka agak memusykilkan saya.
"ngak usah tabung derma mbak, bagi aje pada kami"
![]() |
| Nampak atap je : rumah yang telah ditenggelami oleh lumpur sedalam lebih kurang 7 kaki |
Lumpur yang masih mengalir mengandungi minyak mentah dan keadaan lumpur yang merekah/ kontang disebabkan musim kemarau.
Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk memberi sedikit sumbangan. Musykil tu kita tolak tepi, yang penting niat kita ada untuk bersedekah. Samada sedekah itu sampai atau tidak pada pihak yang sepatutnya, biarlah Allah yang tentukan. Sebenarnya jumlah sumbangan kami taklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan derita dan kesusahan mereka, tapi harap-harapnya dengan sedikit sumbangan dapatlah mengurangkan sedikit beban yang ditanggung.
Zoo Surabaya tak ada dalam list sebenarnya. Kebetulan ada masa lagi, saya minta Pak Baktiar membawa kami singgah di sini. (macam kat Malaya tak ada zoo kan?). Sebelum ke sini, saya ada terbaca di internet khabar tidak enak tentang zoo ini. Khabarnya binatang di sini tak cukup makan, ada yang mati akibat makan plastik dan macam-macam lagi. Jadi alang-alang dah sampai sini, jom kita tengok sendiri adakah benar khabar itu atau sekadar omogan kosong. Entrance fee : rp16,000/person.
Beberapa cerita tak enak dibaca/didengar tentang zoo ini seperti
Beberapa cerita tak enak dibaca/didengar tentang zoo ini seperti
- Ini kisah Melani harimau Sumatera yang tak cukup makan
- Ini pulak kisah Kliwon Zirafah yang mati akhibat memakan plastik - dalam perutnya terdapat lebih kurang 18kg plastik yang tak hadam.
- Dan ini pulak kisah tentang Zoo Surabaya yang tak terjaga
Tapi itu cerita sekitar 2012 dulu, sekarang kerajaan sudah mengambil alih pengurusan zoo ini. Dari pandangan mata saya keadaan sudah semakin baik. Alhamdulillah.... Harapnya keadaan semakin baik. Kesian mereka, sudahlah dikurung untuk tatapan umum, kebebasan mereka juga dirampas, tapi kebajikan mereka tidak dijaga dengan sebaiknya - tak ke kejam namanya tu? Tengok saja wajah-wajah hewan di sini..
![]() |
| Saya tak boleh tengok monyet ni lama-lama. Naik sayu pulak dibuatnya. huhu |
![]() |
| Komodo juga tak terlepas dari kontroversi - kehilangan 3 ekor komodo dari sangkarnya menjadi tanda tanya siapakah datang yang terlibat dengan mencuri haiwan ini. |
![]() |
| Buayapun nampak sihat kan? |
![]() |
| Anak rusa yang baru lahir. Sangat comel! Tapi beberapa ekor rusa dewasa yang kami lihat, keadaannya agak menyedihkan. Ada yang luka-luka, ada juga yang seperti dijangkiti penyakit kulit. Kesian... |
![]() |
| Baik punya post dari raja hutan ni. |










































