Followers

Showing posts with label Hatyai. Show all posts
Showing posts with label Hatyai. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (6) - Hostel Krabi & Hatyai + budget

Sebenarnya trip Hatyai-Krabi boleh dikira trip aci redah jugak. Since dah ramai orang Malaya yang dah pergi ke sini, jadi tak susah untuk kami dapat info. Rencana asal kononnya nak naik train (return) dan nak ambil sleeping bed, tapi semua sold out kecuali seat. Itupun dah beli sebulan sebelum pergi - tetap ramai orang kita nak ke sempadan sana kan? 

Untuk hostel pulak saya booked di booking.com - sesuai untuk orang tak ada kredit kad macam saya ni sebab kebiasaan untuk hostel/ budget hotel tak perlukan CC untuk membuat tempahan hotel. Hostel yang dipilih mestilah selamat, murah dan strategik. Kedua-dua hostel di Hatyai dan Krabi menepati kriteria yang kami mahukan. 


JP Mansion - Krabi
52, Soi 5,
Maharat Road, Pak Nam,
81000 Krabi Town

* Lokasi strategik, dekat dengan pasar Maharat dan bilik sangat besar dan selesa. Bilik air bersih dan besar. Walaupun hanya bilik berkipas, ia selesa dan tidak panas. 

Booked at booking.com

Cathay Guesthouse - Hatyai
93/1 Niphat Uthit 2 Road,
90110 Haytai

* Terletak betul-betul di tengah bandar Hatyai. Lokasinya jalan dengan Tune Hotel. Hanya 5 minit berjalan ke Train st. Bilik agak besar dan lengkap dengan tandas. Walaupun toiletnya agak old school (tapi bersih), saya kira sesuailah dengan harga bilik. Sesiapa yang menginap kat sini tak perlu risau untuk dapatkan van/bus untuk ke Krabi atau Phuket atau tempat-tempat lain kerana hotel ini juga ada tour/transport dengan harga yang berpatutan.

Booked at booking.com


Budget/ person

Tiket bus : RM55
Tiket train (seat) : RM48 (last train to Malaysia at 4.00pm)
Van hatyai krabi (return) : RM60
Sewa tut-tut (elephant camp + Samila beach + pasar terapung) : RM130/ tut-tut (RM21.60/person)
Pakej 4 islands (speed boat) : RM80
GP Mansion (Krabi)/ 2 malam : RM32/person
Cathay Guesthouse (Hatyai)/ 1 malam : RM10/person
TOTAL : RM306.60

* Untuk belanja + lain-lain belanja saya tukar RM400 (tak termasuk belanja untuk tiket bas dan train).
* Jadi anggaran kasar perbelanjaan sepanjang trip ini = RM500


Harap-harap dengan sedikit info dapat membantu kawan-kawan / sesiapa yang berniat nak ke Hatyai/ Krabi nanti.

Friday, November 22, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (5) - All about FOODS!!

Saja nak cerita pasal makan. Namapun 'kill time' trip kan? Jadi salah satu cara untuk 'membunuh' masa yang ada supaya tak sia-sia kami penuhi dengan mengisi perut kami!

Tempat-tempat makan yang kami singgah ni mostly di Hatyai dan ada juga di Krabi town.


Hari terakhir di bandar Krabi kami ada masa beberapa jam untuk pusing-pusing sekitar bandar Krabi. Sehari sebelum tu kami dah makan pagi di pasar Maharat.

Kali ni kami jalan berhampiran pier dan ternampak kedai ini. Dekat je dengan pier, tepi jalan sebelah Kedai Kopi Kita. Masa kami singgah di situ kedai full, sampai terpaksa tunggu giliran untuk dapatkan seat.

Menu utama kedai ini ialah nasi berlauk, nasi kerabu, laksa, dan roti canai. Kopi dan teh aispun sedap!

Tauke dan pekerja-pekerja semuanya boleh berbahasa Melayu. Verdict - sedap! Harga - berpatutan.

Menu pilihan kami

Street foods : Petang selepas sampai di Hatyai dari Krabi, kami saja jalan-jalan sekitar bandar Hatyai. Kawasan ini berhampiran pasar, sekitar jalan-jalan berhampiran dengan Lee Gardens Plaza. Di sepanjang jalan ni banyak gerai-gerai menjual makanan. Ada gerai jual nasi beriani dan ayam goreng dan gerai buah-buahan sangat banyak di sini.




Gerai makan sekitar Lee Gardens Plaza


Lewat petang banyak gerai-gerai menjual makanan dibuka di hadapan Lee Gardens Plaza. Untuk dapatkan makanan halal sangat mudah. Pilih saja apa yang berkenan. Harga pulak kalau compare harga di floating market kat sini agak mahal. Tapi masih reasonable. 

1. Gerai di sebelah Central berhadapan Lady Market

Antara gerai yang paling meriah dengan makanan dan pelanggan. Masa kami singgah di situ ramai orang Malaya beratur nak beli makanan di sini. Kata salah seorang makcik yang menjadi pelanggan setia gerai ini, katanya gerai ini dah lama buka, hampir 10 tahun. 

Dia suggestkan kami cuba pulut magga / durian sebab itu yang paling sedap di situ. Memang sangat sedap! Nasi pulutnya lembut dan wangi. Kuah santanpun sedap dan secukup rasa. Cuma mangga yang kami dapat masam sedikit, tapi duriannya marvelous! Kami beli dan makan terus di situ.

Udang : 6 ekor TB200. Cucur udang tu pun sangat sedap, udangnya sangat banyak!

Pulut durian dan mangga : TB60 /bekas. 


2. Coconut icecream

Harga : TB20/ bekas.

Sedap! Ada jeli, kacang, buah kabong dan roti di dalamnya. 

Kami beli kat depan Lee Gardens Plaza dengan pakcik/ makcik bermotosikal. 
3. Gerai-gerai di hadapan Lee Gardens Plaza

Gerai-gerai ini terletak betul-betul di hadapan plaza. Waktu malam je ada. Banyak jugak makanan yang dijual di sini seperti makanan bergoreng dan ada satu lagi gerai jual pulut magga/durian. 

Kami tak perasan ada lagi gerai yang jual pulut ni, jadi kami pulun beli banyak kat gerai tadi dan makan sampai kekenyangan. Kalau tak boleh cuba rasa pulut mangga/durian di gerai ni juga. 

 4. Gerai Nasi Lemak

Tak silap saya liputan tentang gerai ini pernah masuk dalam rancangan tv di Malaya - dah lupa nama rancangannya. 

Gerai ini terletak di hujung jalan sebelah plaza.

Sebenarnya kami dah kekenyangan, tapi rugilah kalau dah sampai sini tak rasa nasi lemaknya kan? Jadi kami order sepinggan nasi lemak ayam rempah dan kongsi makan 6 orang. 


Nasi lemak ni harga TB45. Sedap, rasa macam nasi lemak la kan? Tak boleh komen lebih sebab masa makan perut penuh. haha.

Teh tarik, kopi tarik dan teh? (lupa nama teh yang hijau tu - rasanya macam minum minyak wangi perisa jasmin). Semua air kat sini sedap termasuk air siraB. Air sirap kat situ ada rasa pandan, bau wangi dan sedap - macam air sirap kenduri kawen. hiks


Restoran Sulaiman

Lokasinya sederet dengan bangunan Tune Hotel. Kami jumpa secara tak sengaja masa cari sarapan hari terakhir di Hatyai. Kedainya agak tersorot. Tapi bersih dan makanannya juga boleh tahan. Yang pasti nescafe ais, teh ais, kopi ais di sini sangat sedap!

Air pilihan mereka dan bubur ayam pilihan saya. 


Swensens

Terletak di dalam Lee Gardens Plaza - depan pintu masuk plaza. 

Kalau nak dibandingkan harga di Malaya, harga aiskrim di sini lebih murah. Dan sedap juga. 
Berrys flavor pilihan saya dan aiskrim kami. Elok je ada 6 perisa, jadi terus ambil set ini untuk 6 orang dan berbeza perisa. Harga : TB65/ bekas.


Ada lagi beberapa kedai yang kami singgah, termasuk Starbucks dan kedai kopi. Kiranya kalau datang Hatyai, makanan halal bukan satu masalah sebab di mana-mana saja ada kedai-kedai halal. Cuma perlu sediakan duit saja untuk membayar harga makanannya. ^_^

Monday, November 11, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (2) - Hatyai town & Klonghae Floating Market

Masa tiket yang kami request mulanya pada pukul
5.30pm, sekali sewenang-wenangnya diberi van
pukul 4.30. Terus kami protes mintak tukar balik
ke waktu asal.
Bas Alison yang kami naiki jam 11.30pm malam tadi selamat sampai di bandar Hatyai lebih kurang jam 8.30am. Bas berhenti betul-betul di hadapan pejabat jualan tiket, lokasi tak pasti tapi yang pasti bukan di sekitar Lee Gardens Plaza.

Turun dari bas seperti biasa kami diserbu oleh 'ulat tiket' yang menawarkan perkhidmatan van untuk ke Krabi atau Phuket. Mulanya kami tolak, dan untuk elak diserbu kami mintak tuk-tuk membawa kami ke tempat menjual tiket atau lebih mudah terus ke sekitar Lee Gardens Plaza.

Sekali bila tuk-tuk berhentikan kami di salah sebuah travel agensi dan yang paling mengejutkan 'ulat tiket' yang kami jumpa di pejabat bas Alison pun ada sama. Ciss! Dah terkena ni!

Bila dah berada di situasi begini memang susah nak lepaskan diri. Mula-mula tiket yang ditawarkan kepada kami ialah 600 bath/person/one way! Gilalah 'ulat tiket' ni amik untung atas angin lebih 50%! 

Orang ni nak kencing kita! 

No, saya Islam, tak tipu punya - cakap BM campur BI. 

Lelaki tu cakap dia orang Islam, tapi rantai emas melingkar di leher! Kuku pulak panjang sejengkal. Adeh... camne tu? Bukan ke lelaki haram pakai emas? Adeh... Was-was kami dibuatnya.

Sudahlah dua-dua bahasa yang kami cakap dia boleh faham.

Nak kelirukan lelaki tu, saya guna 'F language' untuk bercakap dengan kawan-kawan yang lain. Kalau lelaki ni boleh faham jugak mesti dia pernah tengok cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura tu! Haha.

Dipendekkan cerita, sebab tak nak buang masa lama-lama, kami minta harga serendah mungkin! Tawar punya tawar akhirnya dapat 600 bath/person/return. Kalau dicongak-congak mungkin ada lagi yang lebih murah, mungkin boleh dapat 250 bath/person/one way. Tapi tak apalah... janji dapat waktu pergi dan balik yang kami mahukan. 

Tips : Sesiapa yang cari van/ bas ke Krabi atau Phuket better cari tour agent di sekitar kawasan Lee Gardens Plaza. Banyak pilihan dan hargapun boleh nego. Biasanya rate untuk van bermula dari 250 - 300 bath/person/one way. Kalau nak lagi murah boleh naik bas. 

Selesai semua urusan, kami tinggalkan beg di pejabat Lipe Tour. Perut sudah berkeroncong minta diisi. Lalu saja di sepanjang jalan, pasti ada kedai-kedai makan muslim. Kami singgah di kedai Mariam. Makanannya boleh tahan. Roti canai dan roti pisang sedap! Yang pasti kopi ais dan teh ais sangat kow!!




Lee Gardens Plaza

Mengikut plan asal sampai di Hatyai kami nak terus gerak ke Krabi. Tapi disebabkan kami akan balik semula ke Hatyai pada hari Isnin, jadi kami akan terlepas peluang untuk ke Klonghae Floating Market yang hanya dibuka 3 kali seminggu (Jumaat - Ahad) bermula jam 2.00pm - 10.00pm. 

Sementara masih awal, kami buang masa di sekitar Lee Gardens Plaza dulu. Agak meriah suasana di sini. Di sepanjang jalan banyak deretan gerai yang menjual macam-macam - ada souvenir, buah-buahan, air, aiskrim dan tak kurang jugak gerai t-shirt. 

Sekitar Lee Gardens Plaza
Maka bemulalah acara kami 'membunuh masa' sebab macam tak banyak tempat nak tuju. Dari satu gerak ke satu gerai kami singgah, tapi tak beli apa pun. Lepas masuk Lee Gardens Plaza kami masuk ke bangunan shopping complex (lupa nama pulak) di hadapan Lee Gardens Plaza. 

Last skali dapat idea nak bermassage. Pagi-pagi sampai Hatyai terus massage? Hahaha. Murah massage kat sini 200 bath (RM20) utk urut kaki atau badan. Kami massage di Navarat Massage Hatyai. Lokasinya hanya di sebelah bangunan Lee Gardens Plaza. Verdic? Best, tapi sakit ooo. Kaki masing-masing dilipat-lipat macam lipat kain. 

Pink Lady Complex : terletak bersebelahan Lee Gardens Plaza jual baju, tapi tak banyak sangat pilihan.
Gerai jual t-shirt : betul-betul di hadapan kedai urut kaki yang kami singgah. Lepas urut kaki, kami singgah beli t-shirt. Harga t-shit di sini bermula 100 bath - 180 bath bergantung pada saiz. Kain lembut dan sejuk!

Berangan nak tengok THOR... sekali tengok 7 Nov baru mula tayang. Err... agak-agak kan kalau tengok filem mat salleh kat cinema Hatyai, diaorang alih bahasa ke bahasa Thailand ke eh?

Jalan, jalan dan jalan, tiba-tiba datang idea! - Itupun selepas ditegur pakcik tuk-tuk berwajah manis (benarlah kata orang, orang yang murah senyum ni rezekinya murah). Sebabnya pakcik berwajah manis yang menegur kami itu murah betul senyumnya. Ini menyebabkan saya dan kawan berpatah balik untuk bertanya tambang yang dikenakan kalau kami hendak ke tempat-tempat menarik sekitar Hatyai. (Plan asal nak pergi hari Selasa). Bincang punya bincang, dapat tambang tuk-tuk 1300 bath (lebih kurang RM130 dikongsi 6 orang) untuk pergi/balik ke tempat-tempat di bawah termasuk Cable Car dan Akuaria. Tapi kami decide tak nak singgah di Cable Car dan Akuaria sebab nak berlama di Floating Market.


Chang Puak Camp - Elephant's conservation

Tempat pertama yang kami singgah. Katanya elephant's conservation camp, tapi rasanya tempat ini lebih kepada tempat tengok gajah saja. Masuk percuma. Tapi kalau nak naik gajah atau bergambar dengan gajah dikenakan bayaran. 

Kami tak naikpun. Tengok-tengok saja. Bau gajah pun boleh tahan 'wangi'. Dah la kami semua hari ni tak mandi lagi, bertambah 'wangi'lah bau masing-masing nanti. Hahaha.


Anak gajah untuk sesiapa yang nak bergambar dengan gajah. Manakala mak/bapak gajah pula digunakan untuk membawa pelancong yang nak rasa pengalaman naik gajah. Tak sampai hati tengok 'mereka' lama-lama, dahlah beban berat dibelakang, leher dan ekor pulak dirantai. Keciannya...


Samila Beach

Sekali pandang Pantai Samila ni tak jauh beza dengan Pantai Teluk Ketapang. Cuma yang menjadikan pantai ini satu tarikan ialah replika duyung yang terdapat di tepi pantai. 

Apa sejarah/ lagenda disebaliknya saya sendiri pun tak pasti.

Pantai ini terletak di daerah  Songkhla lebih kurang 30km dari bandar Hatyai. Di sini jugak terkenal dengan makanan laut. Sepanjang jalan memang banyak gerai menjual makanan laut samada yang siap masak atau yang mentah. Semuanya nampak segar. Tapi kami tak singgahpun. Tengok dari jauh saja.

Sejarah Songkhla 
Glamour sungguh duyung ni. Sampai lusuh asyik kena pegang je dengan orang. Ce' tengok berapa ramai orang duk beratur semata-mata nak bergambar dengan duyung yang seksi tu.
Pantai Samila selepas hujan
Langit hari ini sangat cerah... tapi redup sebab baru lepas hujan.

Masuk pintu gerbang di sepanjang jalan dah ada
gerai-gerai. Kebanyakannya gerai menjual pakaian dan
barangan kering.
Klonghae Floating Market

Kami sampai sini lebih kurang pukul 2.00pm. Gerai-gerai baru saja nak beroperasi. Mula-mula sampai kami cari toilet dan surau dulu. Lepas tu pusing-pusing di sekitar gerai-gerai di bahagian atas di sini. Aim dulu apa yang berkenan. Balik karang kita singgah beli.

Dari apa yang saya baca, kawasan sekitar floating market terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada gerai-gerai di kiri dan kanan sungai. 

Bahagian atas, ada jual barang kering, baju dan barang-barang lain. Di bahagian hadapan pula gerai-gerai makanan. Tempat duduk juga disediakan.

Tapi yang menjadi tarikan di sini sudah tentulah gerai bersampan. Macam-macam makanan ada. Boleh dikataka hampir 60% pengunjung hari itu orang Malaya. Makanan di sini dijual dengan harga berpatutan - rate 20 bath - 35 bath mengikut portion yang dibeli. Semuanya sedap! Masing-masing makan tak ingat dunia. Dah makan, tapau lagi bawak balik untuk bekalan dalam perjalanan ke Krabi. hiks.

Lintas jambatan berkayu dan nampak dari kejauhan gerai-gerai terapung nun dihujung sana.

Jom tengok apa makanan yang menarik di sini..

Ikan bakar dan manisan kacang hijau yang comel dan sedap

air dan makan apa ntah - rasa macam kerepek tapi 

Mee hon sup makcik ni memang terbaik! Sotong bakar kakak inipun sedap!

Cha teh (teh ais) dan air kelapa yang sangat sedap! Sebekal harga 20 bath. Kalau beli yang bekas lawa tu harga 25 bath. Sengaja tak beli bekas lawa-lawa tu sebab malas nak angkut ke sana sini. Maklumlah bawak beg sandang kecik je.
Gerai-gerak di kawasan atas. Ada jugak jual makanan macam jual kat pasar terapung.
Jangok sungguh makcik yang jual sushi ni. Pakai kebaya ala thai siap dengan make up. Lawa macam sushi yang dia jual jugak. hehe

Rasa sushinya sesedap rupanya. Harga 0.50 sen sebiji. Beli lebih 10 biji dapat free 2 biji.

Babai.. panjang umur nak ke sini lagi. Makin petang, gerai bersampan makin banyak, sayangnya kami mengejar masa untuk ke Krabi pulak. Jadi dengan berat hati terpaksa tinggalkan pasar bersampan ni walaupun sebenarnya perut dah kenyang gila!
Sejenis manisan. Keras macam kerepek. Tapi lembut sangat, silap pegang hancur. Tak tahu nama apa.  Katanya sedap, tapi tak kena dengan tekak kami. Ini kiriman seorang kawan, gigihlah dia membawa ke hulur ke hilir.

Sampai bandar Hatyai hampir jam 5.00pm. Tunggu lebih kurang 20 minit van kami sampai. Masa untuk bertolak ke Krabi - hampir 5 jam perjalanan yang panjang!!

Lebih kurang pukul 11.00pm barulah kami selamat sampai ke hotel. Kami tak ke sekitar Aonang, tapi pilih untuk menginap di bandar Krabi.