Followers

Wednesday, February 26, 2014

XPDC Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Plan asal hujung minggu tu nak mendaki tangga Batu Cave, tapi last minute bertukar ke Air Terjun Lepoh, Hulu Langat. Sebenarnya dah lama saya teringin nak ke sini, tapi disebabkan tak tahu macamana nak ke sini, jadi keinginan tu terkubur macam tu saja. Sehinggalah salah seorang rakan sepejabat bagitau ada xpdc nak ke sini, tapi dengan group lain - team adventure. Tapi, tempat terhad kepada 40 orang saja. Itupun petang Jumaat baru betul-betul confirm dan semua urusan mendaftar diuruskan oleh rakan sepejabat sebab seminggu saya berbengkel di luar Putrajaya. Orang kata, kalau dah itu rezeki, dapat pergi juga kan?

Petang Jumaat itu barulah saya dapat semua info untuk esok. Katanya kami kena berkumpul di Kementerian seawal jam 6.00am dan kami akan bertolak ke Hulu Langat. Siap kena pakai baju biru sebagai baju tema. Maaflah, bab-bab boria ni wa memang tak suka, jadi saya 'curang' pakai baju hitam. Dan... Er.. walaupun saya peminat biru, tapi jangan tak percaya saya memang tak ada t-shirt biru!

Katanya ahli rombongan ada 40 orang, tapi hanya kami ber'6 dari Kementerian yang sama. Yang lain memang saya tak kenal. Pukul 6.00am saya gerak dari rumah dan solat subuh di surau Kementerian sementara tunggu yang lain sampai. 6.45am kami bertolak, berhenti di Sungai Ramal untuk sarapan dulu dan terus shoot ke Hulu Langat. 

Kami antara yang terawal. Jenuh juga menunggu penganjur tak sampai-sampai. Selepas 3 jam menunggu akhirnya penganjur baru terhegeh-hegeh tunjuk muka! Sentap ok! Time management FAILED! Masa menunggu tu kami ber'6 memang dah bosan gila. Kalau tak kerana kami tak tahu lokasi dan trek ke Air Terjun Lepoh tu dah lama kami gerak sendiri.

Sebelum apa-apa meh kita bergambar dulu
Dalam ramai-ramai tu hanya 6 orang yang saya kenal.
Selepas lebih 4 jam menunggu akhirnya barulah kami bergerak. fuh...
Laluannya kecik saje, tapi jangan terkejut kalau bertembung dengan orang asli yang menaiki motorsikal hingga ke sini
Lepas menempuh laluan berhutan, kami melalui kawasan hutan buluh pula
Sampai satu kawasan di tengah-tengah hutan kelihatan kawasan ini dah gondol kesan hutan yang terbakar di sekitarnya. Ada satu kawasan tu kesan api dan asap masih ada.

Selepas 1 jam trekking, kami berhenti rehat dulu di check point di tengah hutan. Kata penganjur kita rehak dulu sementara bagi laluan kepada rombongan kolej yang datang sini dengan 3 buah bas. Boleh bayangkan macamana padatnya keadaan di air terjun hari tu???

Sessi berkenalan - sampai lebih satu jam buang masa kat sini. Iskh.. iskh..
Gambar ramai-ramai 
Sebelum teruskan perjalanan meh kita bergambar sama dulu. Nasib baik ada geng ber'6 ni ceria jugak trekking saya kali ni.
Trekking yang simple, tapi mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke air terjun. Salah satu trekking akan melalui batang paip ini.
Bunga hutan yang banyak terdapat di sini - cantik dan berbau wangi
Antara trek yang mencabar - lebih kurang 15 minit jugak ambil masa untuk memanjat bukit dan dan melepasi trek berakar (trek seperti di Bukit Puchong)

Lepas berjaya menempuh trek berbukit akhirnya melalui denai kecil dan rata.

Akhirnya selepas 45 minit trekking dari checkpoint kamipun sampai di kawasan air terjun. Kami diberi masa lebih kurang 3 jam untuk mandi-manda, rehat, solat dan makan.

Akhirnya sampai - orang sangat ramai dan sesak
Antara tarikan air terjun ini ialah air terjunnya boleh sliding hingga ke bawah - mereka semua tu bersedia nak menggelongsor turun ke bawah 
Air terjun Lepoh - tempat ni selamat untuk sliding
Setelah lama menunggu akhirnya berjaya mengambil gambar tanpa gangguan manusia. hiks
Pemandangan dari bawah - kawasan bawah seperti kolam dan kawasan ini agak dalam. Kalau agak-agak tak pandai berenang jangan cuba-cuba ke kawasan dalam ye
'Dia' pun nak joint mandi sekali :)

Hampir pukul 4.00pm kami dah bersiap-siap nak balik. Tapi bila dah datan ramai-ramai ni macam-macamlah perangai kan? Jadinya lebih kurang 4.30pm barulah bergerak balik. Perjalanan balik ni kami trekking laju-laju, jadinya lebih kurang 5.45pm kami dah selamat sampai ke bawah. Alhamdulillah...

Menarik juga trekking ni, cumanya yang tak best ialah penganjur yang anjurkan trip ni saja sebab bab menepati masa adalah sangat worst. Tak apalah, janji dah tahu jalan dan trek. Lepas ni kalau ada kawan-kawan yang pergi rasanya saya boleh tunjukkan jalan kot. hihi.


Monday, February 24, 2014

Kompilasi : Land of Smiles Trip

Sunflower in Lop Buri

Lama betul masa yang saya ambil untuk habiskan entry trip ke bumi Siam ni. Nak buat macamana, tak berapa nak rajin. Untuk trip ni lama jugak masa kami habiskan sepanjang tempoh perjalanan di tanah Siam ini, terutamanya bagi kami berempat : AnneIzza dan Nik. Tak lupa juga buat teman-teman baru, Pijah, Meda dan Irdhi. Seronok kenal korang walaupun tak lama.

Terima kasih pada Zilla sebab tak serik ajak kami untuk turut sama dalam trip ini. Perancangan manusia tak mampu melawan perancangan Allah, Zilla yang menjadi master plan tak dapat turut serta dengan kami meneruskan perjalanan seperti perancangan asalnya. Apapun memang satu pengalaman yang menarik dan manis untuk dikenang! Dengan berbekal tak sampai 1k di tangan, Alhamdulillah kami berjaya sampai ke semua tempat seperti di rencanakan. Bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk ke tanah Siam, teruskan niat itu sebab tempat ini sangat lawa dan penduduknya juga ramah dan baik hati.

  1. From the Land of Smiles
  2. A Journey to Bangkok City
  3. Sunflower Farm at Lop Buri
  4. From Bangkok to Kanchanaburi
  5. Day trip to Erawan National Park & Train Combo Part 1
  6. Day trip to Erawan National Park & Train Combo Part 2
  7. Hellfire Pass Memorial : Burma - Thailand Railway
  8. Saiyoknoi Waterfall dan perjalanan ke Sangklaburi
  9. Sangkhlaburi yang nyaman
  10. Mon Bridge (entry bergambar)
  11. Elephant ride & bamboo rafting
  12. Last evening in Sangkhlaburi
  13. From country side to a big city
  14. Maeklong Railway Market part 1
  15. Maeklong Railway Market part 2
  16. Bangkok City Tour - Chinatown dan perjalanan balik
  17. Hostel/ guesthouse at Kanchanaburi, Sangkhlaburi & Bangkok

p/s : moga kompilasi catatan sepanjang di bumi Siam akan memudahkan sesiapa yang membaca ^_^. 

Sunday, February 23, 2014

Hostel/ guesthouse at Kanchanaburi, Sangkhlaburi & Bangkok

Beberapa hari berada di bumi Siam, dari Bangkok ke Lopburi dan kemudian berpatah balik ke Bangkok untuk teruskan perjalanan ke Kanchanaburi dan langsung ke Sangkhlaburi dan perjalanan kami akhirnya berakhir di Bangkok sempatlah juga menginap dibeberapa guesthouse/ hostel. Jadi dalam entry ini saya bercakap tentang hostel dan guesthouse saja. Mana tahu kalau ada sesiapa yang merangcang untuk ke Siam, entry ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi panduan.

1. VN Guesthouse
Dua malam di Kanchanaburi, kami bermalam di VN Guesthouse. Lokasinya berhampiran pekan Kanchanaburi dan terletak di tepi sungai saya kira satu tarikan untuk pelancong menginap di sini. Lagipun sewa bilik di sini juga murah dan selesa. Cumanya lokasinya agak tersorot di dalam - kalau jalan kaki nak ke pekan tu memang 'minta nyawa' lah jawabnya. Tapi tak erlu risau sebab di sini sentiasa ada kemudahan tuk-tuk untuk ke bandar.

Sepanjang 2 malam memginap di sini, kami menyewa bilik 2 orang/room - basic room with fan, hot shower bathroom with queen bed. Bilik berdua tapi kami muat bertigapun masih selesa dan luas. Menariknya bilik di sini juga ada yang terletak di atas air - bilik rakit.

Jadi kalau sesiapa ke Kanchanaburi, VN Guesthouse antara guesthouse yang sesuai bagi mereka yang berbajet 'ciput'. Dan di sini juga ada sediakan pakej untuk melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kanchanaburi dengan harga yang berpatutan. Terima kasih pada Zilla yang menguruskan penginapan kami semua di Kanchanaburi. Alamat seperti di bawah :

VN Guesthouse
44 Rongheeb Oil Rd. 2
Phone : +66 (0) 3451 4082
Email : info @vnguesthouse.net
Web : www.vnguesthouse.net

2. Coffee Berry Guesthouse
Dua malam berada di Sangkhlaburi kami menginap di 2 buah guesthouse yang berbeza. Semua urusan diserahkan kepada Anne dari mencari tempat tido hingga mencari pakej mengikut perancangan kami semua. 

Malam pertama Anne memilih Coffee Berry Guesthouse atas beberapa sebab. Sebab pertama sudah tentulah murah. Kedua lokasinya agak strategik - dekat dengan pekan.

Ada review dari Tripadvisor

Selain murah dan lokasinya, design guesthouse ni sangat unik dan comel. Saya suka hospitality yang diberikan oleh pemiliknya. Kami sampai di mereka sudi menjemput tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Dan bila kami hendak ke guesthouse kedua sekali lagi kami dihantar tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Memang terbaik!

Coffee Berry Guesthouse
93 Moo 3 Samprasop Road T. Nongloo, Sangkhlaburi.
Phone : +66 83 802 9811
Web : www.coffeeberrysangklaburi.com

Bilik kami : 2 bed with hot shower bathroom yang sangat comel

Deco yang di sini semuanya hasil idea dari suami Ying.

3. P Guesthouse
Selepas satu malam menginap di Coffee Berry, esoknya kami berpindah ke P Guesthouse. Sebab utama ialah kami mengambil pakej untuk naik gajah di sini dan pakej yang bernilai THB 1000/night/person yang kami ambil termasuk pakej naik gajah dan penginapan satu malam di P Guesthouse (THB 750 + THB 250).

Biliknya berdua kami sangat simple - 2 bed + fan dan bilik air terletak di luar tapi tak ada hot shower. Memang kesejukanlah mandi pagi-pagi sebab kami datang masa musim sejuk.

Selain murah, pemandangan di sekitar guesthouse sangat lawa, berlatar belakang sungai Mon dan menjanjikan pemandangan yang menarik!

Berminat? Alamatnya di sini :

P Guesthouse
81/2 Moo 1, Tumbom Nonglu, Sangkhlaburi
Phone : +66 (0) 81 450 2783
Web : www.p-guesthouse.com

* Nak booking bilik di sini kena call sebab tak ada email

4. Mile Map Hostel
Di Bangkok, tugas mencari tempat tido diserahkan kepada saya. Jadi, saya main cari je yang penting lokasinya strategik, murah dan dekat dengan kemudahan awam terutamanya BTS/ MRT. 

Jadi Surasak menjadi lokasi pilihan. Nasib baik pilihan kami tepat sebab Surasak adalah antara kawasan muslim di Bangkok.

Mile Map Hostel
36, Pan Road,
Silom, Bang Rak, Bangkok
Phone : +66 635 1212

atau boleh booking di booking.com 


Lobi hostel

Pantry dan deco.

Harap-harap review tentang hostel/ guesthouse ini membantu :)

Saturday, February 22, 2014

Land of Smiles Trip (15) : Bangkok City Tour - Chinatown dan perjalanan balik.

Hari terakhir di Bangkok. Hari ini santai saja.Kami nak naik Baan Chao Praya  dan menyusuri sepanjang sungai dengan feri. Lepas tu singgah di tempat yang menjadi buah mulut 'kaki shopping' kalau ke Bangkok iaitu di Chinatown. Dengar-dengarnya kawasan ini antara syorga shopping terutamanya yang nak berborong kain dan barang-barang. Since beg duit saya tak berapa nak tebal (err.. bawak duit tak sampai RM1000, ada hati nak shopping kan?) jadi saya tak adalah excited sangat. Tapi dah alang-alang sampai Bangkok, rugilah kalau tak tengok sendiri kan? 

Pagi itu, bersiap dan kemas beg kami pun turun ke lobi. Sarapan dulu sambil menghabiskan bekalan dari Malaya yang kami bawak dan kemudian check out. Kami tinggalkan beg di bilik simpanan beg dan kamipun mula bergerak. 

Idea untuk naik feri ke Chinatown timbul disebabkan peristiwa semalam semasa kami terpaksa naik feri untuk ke seberang sungai. Since jarak tak jauh dan sememangnya route feri akan singgah di hentian untuk ke Chinatown iaitu Ratchawong Pier, sekali lagi kami berjalan ke Sathorn Pier.

Sampai di sana feri memang sedia ada menunggu dan kami terus disuruh naik. Tambang dikenakan sebanyak THB50/person. Perjalanan menaiki feri ke Ratchawong Pier tak lamapun, tak sampai 15 minit. 

Pemandangan bandar Bangkok dari feri yang kami naiki.

Sampai saja, kami jalan saja ikut arah jalan. Ke kanan tidak, ke kiripun tidak, kami ambil jalan lurus. Suasana sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Kiri kanan jalan bermacam-macam kedai menjual itu dan ini. Sebelum teruskan aktiviti 'melabur duit' kami singgah di bank dulu. Tukar duit. 

Oh ya,  hari Krismas bukan cuti umum di Thailand sebab hari itu semua pejabat, bank, sekolah dan lain-lain beroperasi seperti biasa. 

Suasana sekitar Chinatown
Kami berjalan menyusuri lorong-lorong kecil di sebalik jalan-jalan besar. Kiri kanan semuanya kedai. Macam-macam ada jual. Murah harganya. Kalau beli borong lagi murah!
Dalam keadaan tak pasti berjalan saja ikut kaki bergerak. Akhirnya nampak signboard Walking Street in Chinatown. Suka hati saya bila nampak perkataan 'textiles'! Sebab saya ada pasang niat nak beli kain barang sepasang dua untuk Pn. Fatimah saya dan adik-adik di sini. hehehe

Kami berjalan dari satu lorong ke satu lorong. Rambang juga mata tengok barang-barang yang dijual di sini sangat murah kalau dibandingkan dengan harga di Malaya. Tapi poket kami je tak berapa nak tebal. Jadinya beli saja apa yang termampu. Tapi apapun puas hati sebab niat nak membeli kain untuk mak dan adik-adik tercapai!

Dari Chinatown mulanya kami jalan kaki nak ke Stesen Hua Lamphong. Tapi bila tanya pada orang arah ke Hua Lamphong jauh, kami ambil tuk-tuk. Senang cerita! Sampai di Hua Lamphong, kami ambil MRT dan tukar BTS untuk ke St. Ratchaburi untuk ke Pratunam Mall.

Pratunam Wholesale

Sebenarnya kami tak tahu nak ke mana lagi sehinggalah Anne mencadangkan kami ke Pratunam Mall. Berjalan-jalan di tengah kotaraya ni memang memenatkan! Nampak sangat tak 'ngam' dengan jiwa kami sebab muka masing-masing memang jelas kepenatan!

Ingatkan Pratunam tu macam ioi atau KLCC, rupa-rupanya ia adalah kawasan membeli-belah secara borong. Jadi Semua bangunan di sekitar kawasan Pratunam ialah wholesale area. 

Pemandangan sekitar Pratunam dari jejantas.
Kawasan yang sesak - kiri kanan semuanya shopping complex

Tak lamapun kami di sini dan kami ambil keputusan untuk balik ke hostel. Sebelum sampai hostel, kami singgah di Restoran Cili Padi buat kali terakhir. Isi  perut dulu sebelum bergerak ke airport. Balik hostel, kemas beg dan sampailah masa untuk bertolak ke airport. Sekali berjalan kaki sambil galas beg ke BTS. Kami berempat, tapi sampai di St. Si Lom, berpisah dengan Izza sebab dia akan teruskan perjalanan balik Malaya melalui Dong Muang Airport manakala kami bertiga akan langsung ke Suvanarbhumi Airport.

Untuk Suvanarbhumi ambil dari Surasak (BTS) tukar ke line di Si Lom line (MRT) dan berhenti di St. Makkasan. Di Makkasan, ambil Airport Link - City Line untuk ke Suvanarbhumi Airport. Untuk ke Suvanarbhumi Airport ada 2 cara samada menggunakan City Line (train akan berhenti di setiap stesen) atau Express Line (non stop direct to airport). Harga tiket City Line lagi murah berbanding Express Line walaupun lokasi tujuan sama, bezanya kalau guna Express Line cepatlah sampai.

Gambar terakhir untuk trip ni - laluan untuk ke Airport Link.

Malam itu kami bermalam di surau. Maklumlah nak kejar flight paling awal esoknya. Saya berdua dengan Anne, ambil flight paling awal, manakala Nik flight seterusnya. Itupun macam-macam hal terjadi pagi itu.

9 hari di bumi Siam, rasanya memang tak cukup masa untuk jelajah semua tempat. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan kami semua selamat sampai di Tanah Malaya mengikut perancangan.


- THE END!

Friday, February 21, 2014

Land of Smiles Trip (14) : Maeklong Railway Market - Part 2

Panic kejap dengan situasi yang kami hadapi. Terus masing-masing jadi blur-blur ayam. Sudahnya kamipun berpatah balik dengan hampanya... Jalan keki ke jeti, naik feri dan sampai di jeti seberang sana kami cuba cari solusi untuk ke Maeklong. Alang-alang dah sampai separuh jalan kan, tak kan nak give up macam tu saja! Ye dok?

Akhirnya lepas berpusing-pusing, kami jumpa taxi. Pakcik taxi rupanya tak faham dan tak tahu berbahasa Inggeris. Kebetulan pagi tadi semasa bertanya pada staff di hostel, staff tu tolong tulis perkataan 'Maeklong Railway Market' dalam bahasa Thai, tapi saya boleh terlupa sehinggalah Izza bertanya balik tadi. Jadinya kami tunjuk saja kertas tersebut barulah pakcik taxi faham. Tapi ada masalah lagi, dia tak tahu nak bagitahu berapa tambang yang dikenakan untuk ke sana. How?

Mujur jugak pakcik taxi ni panjang akal. Tak pasti siapa yang ditelefonnya dan kemudian h/p bertukar tangan dan tup-tup Anne dah bercakap di telefon. Akhirnya tahulah kami bayaran yang dikenakan ialah sebanyak THB500/taxi. Apa nak buat itu saja pilihan yang ada, jadi kami pun naik saja taxi. Perjalanan memakan masa selama hampir 1 jam.


Maeklong Railway Market

Lepas satu jam akhirnya sampai jugak kami di sini. Kami diturunkan di tepi jalan dan pakcik taxi tunjuk lokasi pasar yang disebut-sebut itu.

Gila panjang perjalanan, mencabar jiwa dan raga semua ada!

Pasar ini tidaklah terlalu besar, dibina di sepanjang landasan keretapi berhampiran dengan Maeklong Stesen. Sebelum apa-apa, kami pergi beli tiket dulu. Trip terakhir bertolak ke Banlaem ialah pada pukul 2.30pm. 

Keretapi yang kami terlepas tadi tak sampai lagi, jadi kami ada peluang untuk tengok sendiri bagaimana keretapi melalui kawasan pasar dan bagaimana cara penjual-penjual memunggah barang-barang yang dijual dan kemudian kemas balik barang-barang seperti biasa. 

Suasana di sini agak sesak dengan pelancong asing dan tempatan. Semua nak tengok keunikan pasar ini terutamanya suasana ketika keretapi lalu nanti.

Maeklong Railway Market - penuh dengan pelancong. Di kiri kanan landasan banyak kedai.
Laluan memasuki pasar
Gerai terletak betul-betul di tepi landasan
Hampir tak ada ruang yang kosong di sini kecuali landasan keretapi. 
Rebung pun ada jual kat sini. 3 ringgit je!
Tak pasti kuih apa, mungkin kuih tradisi masyarakat di sini. Yang pasti kuih-kuih ni comel yang berwarna-warni. Terliur jugak tengok, tapi tak berani nak beli.
Suasana di pasar ini sama macam pasar-pasar lain. Peniaga dan pembeli menjalankan urusniaga seperti biasa.
Katak panggang!!
Ikan pekasam

Tak lama lepas tu kedengaran siren berbunyi dari stesen keretapi menandakan keretapi akan sampai tak lama lagi. Masa tu kelihatan peniaga dah siap-siap mengemas barang-barang yang dijual. Masa duk cari port kekonon nak ambil video, boleh pulak saya tersalah ambil tempat. Sempit dan tak sempat nak rakam video. Jadi video yang ada yang ada biarlah saya kongsi dengan diri sendiri je. hehe.

Apapun melihat sendiri suasana di sekitar pasar yang unik ini satu pengalaman buat saya. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh-Nya untuk lihat sendiri suasana ini dengan mata sendiri.

Keretapi dah sampai, kami berjalan ke stesen balik. Kalau nak dibandingkan dengan masa perjalanan yang panjang untuk sampai di sini dan masa yang singkat saja di sini macam tak puas hati. Tapi saya kira itu dah mencukup untuk lihat sendiri suasana di sekitar pasar ini.

Tepat jam 2.30pm, sekali lagi siren berbunyi dan keretapi yang kami naiki bergerak melalui pasar Maeklong. 

Penjaga bendera bersiap mengibar bendera tanda masa untuk keretapi bergerak
Selamat bergerak dan meninggalkan Maeklong menuju ke Banlaem
Pemandangan sepanjang perjalanan

Balik, sekali lagi keretapi berhenti di hentian terakhir di Banlaem dan dari stesen keretapi kami berjalan menuju ke pelabuhan feri. Hari dah hampir petang, dengan perjalanan yang panjang dan memenatkan. Mujur dalam keadaan itu, di stesen keretapi terdapat tandas. Jadi bolehlah berwuduk dan solat di dalam keretapi.

Bangau-bangau di tengah sungai semasa menyeberangi sungai
Lewat petang tapi perjalanan baru separuh perjalanan menuju ke Bangkok

Hari gelap barulah kami sampai di stesen keretapi Wongwiang Yai. Tapi kali ni kami dah tak naik tuk-tuk dan kemudian seberang sungai dengan feri, sebaliknya kami bertanya orang arah untuk ke stesen BTS Wongwian Yai. Mujur BTS dah beroperasi seperti biasa. Tak sampai 15 minit naik BTS dan sampai ke St. Surasak dan kami berjalan balik ke hostel.

Macam biasa kami singgah lagi di Restoran Cili Padi untuk makan malam merangkap makan sehari. 

Tom yam siam tak se'kow' rupanya. Tapi licin je kami makan. Laparkan!!

~ bersambung