Followers

Monday, October 31, 2011

Mille crepe @ Food : foundry

Pernah makan tak kek kat Food : Foundry? Sedap giler!!! Semalam pegi sana dengan GBS. Kiranya mini JJCM GBS la. Mula-mula jelajah satu tesco. Penuh satu bonet stok barang taska utk satu bulan. Lepas tu pegi Kelana Jaya pekena ikan bakar dengan kerang bakar. Kenyang sampai tak boleh nak jalan!!

Sebenarnya misi utama menjejak kek mille crepe yang diwar-warkan cik wardah. Sedap giler katanya . Jadi gigihlah 3 manusia dari KJ ke PJ semata-mata nak mencari sepotong kek.

Hasilnya!!!!

strawberry mille crepe and tiramisu

tiramisu cake


Kitaorg rembat 3 jenis kek : manggo and strawberry mille crepe and tiramisu cake.

Tiramisu cake memang terbaik! ** tolak red valvet

Strawberry mille crepe lagi sedap! Manggo pun! makan sampai rebah berkali-kali dek kerana kesedapan kek tu. haha.

Tapi makan kek ni tak boleh makan banyak-banyak. Sebab cepat muak. Yang best kalau beli sikit makan berebut! Tu paling sedap! Sampai naik juling mata sebab kenyang!

Kalau ada sesape yang rasa nak cuba, boleh la ke sini :

BG-8, Happy Mansion
Jalan 17/13,
46400 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-79553885

p/s: operasi membuat tiramisu aiscream cake belum berakhir!