Followers

Friday, June 29, 2012

Taman Wawasan, Putrajaya

Seperti biasa seminggu sekali, kami akan berjongging di taman sekitar Putrajaya. Kali ini kami memilih Taman Wawasan sebagai lokasi berjogging. 

Taman Wawasan terletak di sebelah utara Pulau Utama di Presint 2, Putrajaya berhampiran Kementerian Luar Negeri. . Berkonsepkan taman metropolitan, taman ini dipinggiri oleh Tasik Putrajaya dan terusan. Antara kemudahan yang disediakan di tempat ini adalah taman burung, taman permainan bertemakan pengembaraan (taman, air dan hutan), persiaran taman, lampu isyarat cahaya, wakaf atau teduhan, trek jogging dan pemandangan tanjung. Info lanjut di SINI

Boleh tahan luas taman ni. Kami sepakat parking kereta di atas bukit (ada banyak tempat parking disediakan), dan mula berjogging mengelilingi bukit (ikut trek je) hampir 3km dan kemudian kami turun ke kawasan taman yang berhampiran dengan tasik. Cantik taman ni... tapi, petang tu hanya kelihatan beberapa orang (termasuk kami) yang berjogging di situ. Sayang kalau sesiapa yang berada/kerja di Putrajaya tak manfaatkan kemudahan yang ada ni. 

Dah.. meh layan gambar!

mereka bersama papan tanda. 

trek jogging yang landai dan santai
Terbiar - rasa-rasanya amphitheater ni tak pernah digunakan... sayang...
entah-entah mereka yang jadi 'perasmi' amphitheater ni... who know??
trek berbukit tapi masih santai. 
menuruni bukit. hampir 5 km kami berjongging dan berjalan. 
ada sesiapa tahu ini buah apa? Besar giler saiz buah ni!!

tasik teratai : cantik dan tenang je tempat ni
Tasik Putrajaya
reflection
Pebble Beach - pantai tiruan tapi lawa!

geng jogging
Matahari hampir terbenam 
* memandangkan tempat ni agak sunyi, saya cadangkan sesiapa yang nak berjogging di sini, eloklah pergi bersama kawan-kawan.

PM : kena lebih gigih berjogging @ berjalan sebagai latihan awal 'di sana' nanri :D

Tuesday, June 26, 2012

Taman Paya Bakau Lumut, Perak.

Ini antara entry tertangguh cerita kami ke Pulau Pangkor dulu. 

Sebenarnya Taman Paya Bakau ni tak termasukpun antara tempat yang saya nak singgah. Tapi kebetulan lalu di sini, saya terus ajak kawan-kawan singga sini. Pada saya hutan paya bakau ni sangat nostalgia di hati saya. Kerana paya bakaulah (bukan paya bakau Lumut) saya berjaya siapkan thesis tahun akhir dengan keputusan thesis yang cemerlang! Woha!

Kiranya singgah di sini dapatlah mengimbau kenangan zaman muda-mudi dilu ork? 

Selain Hutan Paya Bakau, Matang, Taman Paya Bakau Lumut juga antara paya bakau yang terdapat di Perak. Terletak antara jalan Ipoh-Lumut, rasanya taman ini selalu disinggahi pengunjung yang pergi ke Pulau Pangkor sebab ia hanya lebih kurang 10 minit

"Taman Paya Bakau terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk pengunjung beristirehat atau memancing. Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan." Saya cilok di SINI

Jom layan gambar.

'mereka' dan pintu masuk utama ke taman paya bakau
Pokok bakau : trek pejalan kaki disediakan untuk melihat kawasan sekeliling
akar-akar pokok bakau
ini pula akar pokok bakau minyak, Rhizophora sp.
pokok bakau yang tumbuh di sepanjang sungai
awan di sini sangat BIRU!
Inilah pemilik telur ikan yang mak melur dan pekan kempunan tu... Ikan tembakul @ ikan belacak
ketam-ketam di paya bakau. Tapi ini bukan ketam nipah dan ketam-ketam ni tak boleh dimakan!
ada jambatan gantung di sini

Jadi kalau ke Pulau Pangkor, bolehlah singgah sebentar di sini. Tapi hati-hati... kera di sini sangat aggressive!

PM : pernah berkubang di paya bakau sampai hitam!

Monday, June 25, 2012

Doktor kata saya sihat walafiat :D


Tadi pagi ada medical check up di Klinik Kesihatan Putrajaya. Doktor check tekanan darah, ambil darah, kolestrol dan gula dalam darah. Diikuti sesi kaunseling bersama doktor. Alhamdulillah... doktor kata saya sihat... yeay! Fasa ke-2 dah selesai! Tinggal tunggu surat tarikh pergi-balik dan serahkan passport je.

PM : semoga dipermudahkan semua urusan...

Thursday, June 21, 2012

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Pernah dengar tak nama taman ni? Taman ni terletak kat Presint 11, Putrajaya. Ia terletak atas bukit, berhampiran balai polis presint 11, lorong masuk sebelah je dengan loji air presint 11. Taman yang berkonsep ala-ala Inggeris gitu.

Lepas saya dan kawan-kawan pejabat trekking kat Taman Alam Rimba, presint 14, masing-masing sepakat nak jelajah setiap taman kat Putrajaya ni. Seminggu sekali. Wah... dah macam KPI pulak kami ni. Tapi seronok jugak, since sayapun dah lama tak nite jog kat Putrajaya ni semenjak teman serumah saya dah sambung belajar ni. Main squashpun sorang-sorang je sebab semua orang tak minat dengan sukan ni :( Jadi, bila dapat jog dengan budak-budak opis ni seronok jugak. Release tension sambil keluarkan peluh!

Untuk azra dan zilla yang katanya duk di Putrajaya tu... mai la kita pakat jelajah taman-taman kat Putrajaya ni! woha!!!

Jom layan gambar!!


taman kat sini berkonsep Inggeris. Lawa....
trek beriadah, ada 2 trek iaitu untuk pejalan kaki dan basikal
pokok ditanam berbeza mengikut jenis taman
geng 'sejongging'

kat puncak, layan sun set syok kat sini!
kuaters orang gomen dari atas bukit
bila jerebu ni matahari nampak macam bola api pulak
matahari dah hampir terbenam
lepas penat jogging boleh layan sunset. walla...
PM : mahu ada kenangan manis di Putrajaya sebelum berhijrah ke tempat lain...

Tuesday, June 19, 2012

Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan.

Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan nampak, sekalipun sudah jelas di depan mata....


PM : dalam hidup hati mesti selalu bersih...

Monday, June 18, 2012

Kita tak pernah rasa penat bila melakukan perkara yang kita suka!


Misi menjahit telekung berjaya selepas beberapa kali menjahit dan kemudian tetas balik jahitan. Maklumlah amatur... Saya jahit hanya berpandukan telekung yang telah siap dijahit saja. Nak mintak 'tok guru' ajarkan, tok guru nun jauh di Terengganu. Walaupun tak secantik telekung yang dibeli, tapi bila pakai telekung yang kita jahit sendiri ni 'perasaannya lain macam' tau. Excited! 

PM : menjahit antara terapi paling berkesan selain daripada 'aktiviti merayap'.

Sunday, June 17, 2012

Hostel in Miri : Minda Guesthouse

Kepada sesiapa yang nak ke Miri, dan tercari-cari budget hostel yang selamat, selasa dan murah, saya nak share info guesthouse yang saya menginap di Miri. Info tentang Minda Guesthouse boleh rujuk SINI. Selain daripada tu kalau nak buat tempahan online boleh jugak melalui booking.com atau agoda

Jom layan gambar.
Kecik benor signboard Minda Guesthouse ni
bilik kami : rm20/person
Tingkat 2 : boleh guna internet secara percuma
Pantry : boleh buat air dan buat sarapan sendiri, semuanya percuma
Tingkat 3 : kalau nak privacy boleh naik layan TV kat sini, Astro ada, CD pun ada. 
Roof top : tempat lepak yang agak santai di atas. 
Pemandangan bandaraya Miri dari roof top
Pub : punca kebisingan di tengah malam! Di seberang jalan mengadap guesthouse ada pub, tapi walaupun  begitu keadaan di kawasan guesthouse masih dikira selamat.

p/s : ada rezeki mahu ke Miri lagi!