Followers

Tuesday, May 31, 2011

Monday, May 30, 2011

North Malaysia Tour

Seperti biasa GBS dengan keGILAan mengembara kali ni memilih utara Malaysia sebagai destinasi budget kami. Berbekalkan RM135/person, dalam masa 2 hari kami sempat cover beberapa negeri. Best!


1. Sempadan Thailand, Bukit Kayu Hitam

2. Shopping beras utk Pn. Fatimah di Danok, Thailand.

3. Borong T-shirt di Padang Besar, Perlis
4. Ladang tebu di Chuping, Perlis

5. Gua arang batu di Gua Kelam

6. Bermalam di Hotel Malaysia, Kangar, Perlis
7. Menikmati nasi lemak yang sedap di Kangar
8. Pekan Alor Setar yang sangat bersih.
9. Galeri Seni Negeri, Alor Setar

10. Cuci mata di Pekan Rabu

11. Solat di Masjid Zahir, Alor Setar. Cantik betul masjid ni!

12. Penggambaran ala-ala 'Nur Kasih the movie' di sawah padi. Cun giler!

13. Sesi mengenal padi di Muzium Padi

14. Cuci mata lagi di Pantai Merdeka

15. Pekena mee udang di Pulau Sayak

16. Naik feri ke Pulau Pinang


Kadang-kadang kita ni asyik duk tengok negara orang je cantik, tapi terlupa negara kita sendiri juga sangat cantik sebenarnya. Konsep kami, percutian seimbang dalam dan luar negara! hoho!

PM : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....

Wednesday, May 25, 2011

GBS memang dah GILA!!!

speechless!
ni semua penangan AA
sekali terclick select, next, next, next and pay and SUCCESS!
marteee laaaa... macam mana nak bersoal jawab dgn pn Fatimah lepas ni..
dah la duit tak banyak-banyak
pastu lokasi berderet-deret
memang gila lah GBS buat kerja macam ni!
*koma

PM: mak kata... pergilah ke mana-manapun.. asalkan bukan ke Hatyai. *nanges

Tuesday, May 24, 2011

Let's WWOOF

kecewa la...
AA hampeh
jual tiket tapi tak ikhlas
dia punya fuel charge lagi mahal dari harga tiket!
double hampeh

tapi takpe
tahun depan rasa nak buat inilah!
seronok baca pengalaman dia! dan dia juga lakukan WWOOF di korea!
dia perempuan, islam, bertudung mampu berjalan SEORANG DIRI saja???
so do i!!! kan! kan! kan!
ni dia negara-negara yang menyertai WWOOF
so.... boleh la pilih mana-mana negara!
i choose ausie as my 1'st WWOOF country!

PM : mak.... kalau k.nur tak kawin-kawin... tahun depan k.nur nak merantau eh! woha!!!!

Thursday, May 19, 2011

Tok'ki

Wajah tua berkedut seribu masih terbayang di mata saya
Entah...
Beberapa malam saya asyik mimpikan tok'ki
Alhamdulillah... mimpi yang baik-baik belaka

Tok'ki saya.. sekarang sudah menjangkau ke angka 107 usianya
tapi masih kuat
dia masih mampu mengayuh basikal usangnya ke masjid saban waktu
dia masih kuat menghayun cangkul bercucuk tanam di halaman rumah

cuma...
matanya sudah kabur, pendengarannya juga kurang baik
kadang-kadang tutur katanya juga agak pelat, sukar difaham
tapi... dialah satu-satunya atuk yang saya ada
tempat menumpang kasih sejak dari kecil lagi

Tok'ki saya....
tutur katanya tidak banyak
tapi sekali dia bersuara... seperti azimat berharga
kalau diam, selalu mulutnya terkumat-kamit membaca Kalam Allah..
dialah guru Al-quran saya
yang mengajar dari alif, ba, ta...
sehingga mampu mengenal ayat-ayat suci
beserta sebutan dan makhraj
paling penting dialah guru sampingan saya
mengajar tentang ilmu alam dan dunia

Dulu sewaktu kecil
bila tok'ki datang menjenguk cucunya
mengayuh basikal tua
saya tidak pernah tidak akan mengikutnya sekali
membonceng tok'ki naik basikal tua menjenguk tok'
kadang-kadang kami singgah di kedai ayoh de'
membeli aiskrim 'itik'
sedap! makan sambil bonceng basikal dengan tok'ki
kadang-kadang tok'ki singgah bertegur sapa dengan orang kampung
"ni cucu saya yg duk je'ram, anok sulong timah"
tersengih-sengih muka tok'ki sambil gosok belakang saya

bila mula sekolah...
sebelum pandai bawak basikal ke sekolah
pagi ke sekolah, ayah hantarkan
tapi waktu paling saya suka bila balik dari sekolah
sebab tok'ki yang datang jemput
naik basikal tua dengan tok'ki
tok'ki akan bawak kain pelikat usangnya buat lapik duduk saya
katanya takut nanti baju putih saya kotor

sepupu-sepupu saya kata...
saya cucu kesayangan tok'ki
mana saya tau?
masa tu saya kecik lagi
yang saya tahu, saya memang suka ikut tok'ki ke mana-mana
bila tok'ki pergi potong rumput untuk bagi makan lembu, saya mesti ikut
bila tok'ki bawak rumput untuk lembu saya pun ikut bagi makan
bila tok'ki perah susu lembu, saya mesti bertinggung sebelah tok'ki
bila tok'ki mandi kat telaga, saya pun mandi jugak..
bila tok'ki hampar sejadah nak solat zohor, saya pun ikut sekali berjemaah di belakang tok'ki
cuma satu saja yang saya culas
bila tok'ki panggil mengaji saya mesti lambat-lambat
mengaji pun suara perlahan-lahan
takut.... tok'ki garang kalau saya baca tak betul
takut kena rotan kalau sebutan salah

tapi tok'ki baik
kalau musim berangin mesti tok'ki buatkan saya wau
kami buat sama-sama
pergi cari buluh, potong buluh, raut buluh dan susun buat rangka
bila dah siap, tok'ki suruh saya pegang wau tinggi-tinggi
bila wau naik saya mesti bersorak riang!

sekarang tok'ki saya dah semakin berusia
tok' pun dah tak ada
tinggallah tok'ki sorang-sorang
hari-hari lepas asar tok'ki mesti ke belakang rumah ke kubur tok
tok'ki bawak senaskah yassin dan sekendi air
lama tok'ki duduk kat kubur tok
saya tau... tok'ki mesti rindukan tok'

dulu masa tok terlantar sakit, lebih 10 tahun
tok'ki tak pernah tinggalkan tok'
kalau mak bawak tok' ke rumah kami
tok'ki mesti ikut walaupun sebenarnya dia lebih suka tinggal di rumahnya
tok'ki akan suapkan tok' makan
tok'ki akan sapu bedak ke muka tok' bila lepas mandi
semuanya dengan tok'
kuat cinta tok'ki dan tok'
cinta sampai akhir hayat

semalam sebelum balik ke Kuala Lumpur
seperti biasa saya akan jumpa tok'ki
hari itu mak bekalkan bubur jagung untuk tok'ki
mak kata tok'ki suka bubur jagung
tapi bila sampai rumah tok'ki, mak ni saya kata tok'ki dah ke masjid
"aik... baru pukul 3.30 petang dah ke masjid ke?"
mak ni kata jam dinding rumah dah rosak
jadi tok'ki confuse! sebab tu dia pergi awal! hahahaha
tok'ki... tok'ki...
mak ni kata kalau nak jumpa tok'ki pergilah ke masjid
mesti jumpa tok'ki kat lambur masjid
betul kata mak ni...
bila saya sampai saya nampak tok'ki di lambur masjid
bila saya panggil, mula-mula tok'ki pelik
lepas tu baru dia perasan itu adalah saya
saya jumpa tok'ki
cakap kuat-kuat sebab telinga tok'ki dah kurang dengar
saya cium tangan, cium pipi tok'ki puas-puas
rindu macam lama tak jumpa tok'ki
dalam hati saya doa semoga saya masih berpeluang jumpa tok'ki lagi

PM : "tok'ki... kalau K.Nur nak bawa tok'ki ke Baitullah... tok'ki sudi tak ikut?"

'Dedikasi buat atuknda saya Haji Abdullah bin Haji Abu Bakar, moga tok'ki sihat-sihat selalu dan Al-Fatihah buat nenda saya Hajah Esah yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 April 2010'

Wednesday, May 18, 2011

Moga cepat sembuh

Raisa,
moga cepat sembuh dan kembali tersenyum

PM : rindu senyuman manis Raisa

Menunggu dan ditunggu

Dua-dua saya tak suka!!!

p/s : masa itu emas

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka...
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa...
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca..

(Allahyarham Usman Awang)

Ya Allah, muliakanlah guru-guruku, ampunilah mereka, balaskanlah mereka dengan syurgaMu.. Amin...

PM : Buat semua guru-guruku, Selamat Hari Guru. Terima kasih kerana sudi menjadi guru saya.

Saturday, May 14, 2011

Kelana anak kampung

Saya buka tingkap luas-luas. Angin pagi menerpa ke muka

"Nyaman..." hati bebisik

Di depan mata luas terbentang deretan pohon tebu yang diusahakan oleh salah seorang penduduk kampung di atas tanah terbiar di kampung.

"tak lama lagi kutip hasil la orang ni" itulah berkat berbakti pada tanah.

tadi pagi ketika sampai di halaman rumah, alam masih kelam. Kepala mendongak ke langit. Bintang-bintang bertaburan. Indah! Seperti permata! Itulah antara yang saya rindu bila jauh dari kampung halaman. Rindu menatap kilauan bintang bertaburan di langit. Mana mungkin di kota dapat melihat bintang sebegini! Semuanya sudah kelam dek kabus pembangunan.

Sekarang saya di kampung tercinta.
Walaupun hanya di rumah papan, tapi di hati saya ia penuh dengan kasih sayang
Suara mak memecah ruang rumah, memanggil nama kami semua bila masing-masing terleka dengan hal masing-masing
Merekalah permata hati saya.
Paling bernilai.
Tiada galang gantinya.

Kata makcik, antara anak buahnya yang merantau sayalah yang paling kerap pulang ke kampung.

"Kerap balik kampung Nur. Tak habis duit ke selalu balik kampung ni?"

Kadang-kadang saya hanya tersenyum.
Saya tahu, kata-kata itu lebih kepada sindiran.

Kadang-kadang bila hati sedikit panas, saya menjawab juga.

"mak ayah ada lagi... mestilah balik kampung"

Pernah makcik saya yang juga perantau seperti saya berpesan...

"Nur, lain kali kalau balik kampung tu, sampai-sampai je terus jumpa tok'. "

Astaghfirullah... Saya hanya cucu. Kenapa dia sebagai anak tak pulang sendiri menjenguk ibunya di kampung? Sibuk sangatkah urusan kerja sampaikan mahu pulang ke kampung pun sudah tiada masa? Entahlah...

Biarlah mereka.
Pada saya, ke mana saja saya pergi, sampai-sampai bilapun kampung halaman tetap di hati.
Di sinilah orang-orang kesayangan saya tinggal
Ada yang telah pergi... ada yang makin di mamah usia.
Sungguh... saya cintakan mereka!

----------------------------------------------------

Dulu-dulu waktu kecil
Berbaju kurung bunga-bunga
Berselendang di kepala menjinjing beg
Beriringan dengan nenek menuju ke surau
Solat berjemaah maghrib dan isya'

Bila nenek tak upaya berjalan ke masjid lagi
Saya mula menjadi pengikut setia ayah
Membonceng motorsikal ke masjid di kampung
Solat berjemaah walaupun sekadar ikutan
Antara maghrib dan isya' selalu menjadi penghibur makcik-makcik di masjid
"Nur... bacakan kami rukun islam, rukun iman"
"Nur... nabi kita yang wajib diketahui ada berapa orang?"
Sehinggalah satu peristiwa berlaku
Semasa imam membaca Al-Fatihah saya bersaing membaca dengannya.
Lantang sekali, sehingga menganggu makcik-makcik
Akhirnya malam itu seluruh jemaah perempuan terbatal solat mereka kerana saya
Dan sejak itu, ayah tidak membawa saya ke masjid lagi.
Oh... itu kenangan.

Kalau petang-petang lepas balik dari sekolah
Pokok buah-buahan di belakang rumah tok' pasti menjadi mangsa
Mangga, manggis, jambu batu, jambu air semuanya dipanjat
Sekali pandang persis seperti monyet di atas pokok! hahaha.
Bila jam berganjak ke pukul 2 petang barulah terkocoh-kocoh
Masa itulah hendak mandi, solat, makan dan mengaji Quran
Dan berkejar ke sekolah agama petang pula.
Tapi rasanya tidak pernah lelah

Kalau tidak bersekolah agama mulalah langkah saya panjang
bermain dengan sepupu yang semunya lelaki
main tol nusup di halaman rumah nenek
Kadang-kadang menangguk udang di tali air
Main geng, polis entry, galah panjang, zero tarzan
dan kadang-kadang masuk ke kebun getah mencari buah getah
main laga buah getah siapa paling kuat

Kalau musim padi menguning
kami semua buat wau, wau lidi, wau bulan
bila semua sepupu lelaki tak mahu layan kerenah saya
Tok'ki yang selalu buatkan wau
Maka bertinggung lah saya mengadap tok'ki menyiapkan wau
Sambil menggulung rokok nipah buat tok'ki
Bila siap wau, kami naikkan wau
Bila wau dah naik tinggi kami ikatkan tali pada tin
Duduk atas tanah dan lihat wau yang naik tinggi dan makin tinggi
Seronok!

Belum lagi cerita tentang tunggu mempelam luruh
Sepohon mempelam besar dan teguh di hadapan rumah nenek
Bila angin kuat semua siap sedia tunggu mempelam luruh
Bila gugur sebiji yang berebut ada 10 orang
Dan biasanya saya hanya mampu menelan liur melihat sepupu menggonggong mempelam manis
Ah! kenangan lagi.

Sungguh kecintaan pada kampung halaman menjadi Sunnah nabi SAW, maksudnya

"Ya Allah, cintakanlah kami pada Madinah ini sebagaimana cintanya kami kepada Makkah ataupun melebihi dari itu" - Hadis Bukhari dan Muslim

------------------------------------------------

Ya Allah,
Peliharakanlah orang-orang tua kami yang mulia
Berkatilah umur mereka
Kurniakanlah kesihatan dan ketenangan buat mereka
Agar kami dapat pulang lagi
Mencari kekuatan, pada ajaran dan wasiat mereka
Yang semuanya datang dari kalam-Mu serta RasulMu
amin....

PM : saya bangga mempunyai kampung halaman

Friday, May 13, 2011

Doakan untuk saya

Kamu... kamu dan kamu semua
Tolong doakan untuk saya ye
Saya sedang usahakan sesuatu
Sesuatu yang agak penting
Mungkin bakal mengubah hidup saya dan hidup kamu, kamu dan kamu yang berada di sisi saya
Doakan semoga semua jalan dibuka oleh-Nya
Doakan semoga usaha saya ini tiada kesulitan dan ditimpa musibah
Usaha saya ini sudah separuh jalan
Moga jalan separuh lagi yang bakal ditempuh akan semudah jalan yang telah berjaya ditempuh
Tolong ye...
Doakan untuk saya

PM : bakal mendapat anak segera yang ramai! woha!!!!