Followers

Showing posts with label Miri. Show all posts
Showing posts with label Miri. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Hostel in Miri : Minda Guesthouse

Kepada sesiapa yang nak ke Miri, dan tercari-cari budget hostel yang selamat, selasa dan murah, saya nak share info guesthouse yang saya menginap di Miri. Info tentang Minda Guesthouse boleh rujuk SINI. Selain daripada tu kalau nak buat tempahan online boleh jugak melalui booking.com atau agoda

Jom layan gambar.
Kecik benor signboard Minda Guesthouse ni
bilik kami : rm20/person
Tingkat 2 : boleh guna internet secara percuma
Pantry : boleh buat air dan buat sarapan sendiri, semuanya percuma
Tingkat 3 : kalau nak privacy boleh naik layan TV kat sini, Astro ada, CD pun ada. 
Roof top : tempat lepak yang agak santai di atas. 
Pemandangan bandaraya Miri dari roof top
Pub : punca kebisingan di tengah malam! Di seberang jalan mengadap guesthouse ada pub, tapi walaupun  begitu keadaan di kawasan guesthouse masih dikira selamat.

p/s : ada rezeki mahu ke Miri lagi!

Saturday, June 16, 2012

Discovery Miri : Day 4 - Miri Tour

14 Mei 2012 - Isnin

Hari terkahir di Miri, masa untuk tour satu bandar Miri pulak. Hari terakhir masa check out baru kami kenal taukeh g/house ni iaitu Mr. Dennis. Haha... rupa-rupanya kami salah orang. Kami ingat lelaki yang kami selalu tegur kat kaunter g/house Mr. Dennis, tapi lelaki tu pekerja aje rupanya. Mr. Dennispun sama macam lain-lain... Ingat kami ni cikgu. Hiks. Memandangkan flight kami lewat malam nanti, Mr. Dennis offer kami sambung sewa bilik sampai petang. Oklah, bayaran tak mahalpun boleh gunakan bilik untuk solat, mandi dan rest sebelum ke airport nanti.

Di antara tempat-tempat yang boleh kita lawati di sekitar bandar Miri ialah :

1. Tamu Muhibbah & Tamu Khas - Pasar tradisi yang menjual barang tempatan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta barangan kering. 


2. Miri Handicraft Centre - Terletak di Jalan Raja yang mempunyai pelbagai kraftangan tradisional dan tembikar dijual di sini. Kalau nak beli kraftangan tradisional/tempatan dan cederamata seperti t-shirt, FM, pua kumbu bolehlah singgah di sini. Harga yang ditawarkanpun berpatutan.

FM seahorse sangat senonim dengan Miri

3. Canada Hill  a.k.a Bukit Telaga Minyak - Nama bukit ini di ambil besempena nama seorang rakyat Kanada yang mula-mula menemui minyak di bukit ini.  Beliau telah menggali telaga minyak pertama dan membangunkan tempat ini yang menyebabkan Miri telah berkembangan sebagai kawasan industri petroleum di Malaysia. Dari bukit ini kita boleh melihat pemandangan seluruh bandar Miri. Di sini juga terdapat Grand Old Lady dan Petroleum Museum.


4. The Grand Old Lady a.k.a Miri Oil Well No.1 - Merupakan tempat penemuan minyak pertama di Miri mahupun di Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat Shell pata tahun 1910 sehingga 1972 dan kini dibuka pada orang ramai sebagai monumen nasional. 



5. Petroleum Museum - Juga terletak di Canada Hill berhampiran The Grand Old Lady telah dibuka pada tahun 2005 kepada orang ramai. Waktu lawatan ialah :

Selasa - Ahad  : 9.00 am - 5.00 pm
Jumaat : 9.00 am - 5.00 pm (12.00 pm - 2.00 pm - tutup)
Isnin  : tutup


6. San Ching Tian Temple - kuil Taoist yang terbesar di Asia Tenggara.


7. Miri City Fan - Taman di tengah-tengah bandar Miri. Rekabentuk taman ini seperti kipas telah dibina untuk sebagai taman rekreasi dan terdapat kemudahan lain seperti perpustakaan, kolam renang awam, masjid, dewan sivic etc. 

Dinding diukir dengan pelbagai aktiviti-aktiviti socio-ekonomi penduduk setempat

8. Marina Bay -  Teluk Marina di bina di atas kawasan pantai yang di tambak. Pada saya pantai ni sangat lawa... tak sia-sia kami meredah jalan pantai dan terjumpa tempat ni. 



9. Seahorse Lighthorse - Rumah api yang di bina berhampiran Marina Bay. 


 rumah api ni dekat dengan Marina Bay Seafood Restaurant

Itu antara tempat-tempat yang sempat kami lawat di Miri selain daripada Miri Luak Esplanade dan Taman Selera. Sebelum sampai Miri, saya terdengar desas desus mengatakan agak sukar untuk mendapatkan restoran/ kedai makan halal di Miri. Tapi rasanya tanggapan tu salah sebab merata-rata kita boleh jumpa restoran/kedai makan kat sini. Terpulang atas citarasa kita aje nak pilih makanan apa yang kita nak makan. Antara tempat makan, WAJIB singgah kat sini kalau ke Miri ialah :

1. Hani Kafe & Katering - Lokasi di Jalan Sri Dagang, Miri ( berhampiran water front ceommercial centre). Tak jauh manapun dari g/house kami, tapi biasalah dah namapun tempat orangkan... susah jugak nak cari restoran ni. Kami makan pagi di sini, pekena laksa sarawak. Sangat sedap!! 


2. Restoran Muara - Restoran yang terkenal dengan nasi lalapan. Nasi lalapan ni macam nasi ayam penyek. Kalau nasi ayam penyek, lauknya mestilah ayam goreng kan? Tapi nasi lalapan ni, kita boleh pilih menu utama seperti ikan (boleh pilih jenis-jenis ikan) /daging/ayam dan dihidankan bersama tempe, sayur yang direbus, sup dan sambal belacan. 

Tak silap saya ada 2 branch restoran muara kat Miri iaitu di Water Front Commercial Centre dan jalan North Yu Seng (branch ni terletak betul-betul dengan guesthouse kami).
4 jenis nasi lalapan dengan menu berbeza

Tawaf Miri dah! Tawaf Shopping complex dah! Makan nasi lalapan pun dah! Kami balik g/house, rest, mandi, solat dan berkemas sebelum check out dan kemudian menuju ke airport Miri. Sebelum pulangkan kereta kena pastikan isi minyak penuh-penuh dulu. 

Sampai di airport dalam 5.00 pm lebih saya terus ke kaunter kereta sewa. Dah tutup, orangpun takde. Bila baca balik kat kaunter, rupa-rupanya kalau nak pulangkan kunci just drop je kunci dalam kotak yang disediakan. Owh... jakunnya... Nak buat camne, ni 1'st time kami sewa kereta. Biasanya tak redah guna public transport, kami guna khidmat travel agent, tapi bila ke Miri timbul idea nak sewa kereta pulak. Kira pengalaman pertamalah kan? huhu.

Memandangkan masih awal, saya cuba call Hafiezal nak confirm dengan dia boleh tak kalau kami drop kunci lambat. Mana tau kot-kot kena extra charge ke apa kan? Dia kata tak ada masalah. Apa lagi.... terus kami gerak ke Taman Selera, layan sate dan cendol sebelum ke airport sebab flight kami pukul 10.00 mlm ni. 

Overall trip ni memang sempoi. Nanti... kalau AA bermurah hati bagi tiket ke Miri semurah RM15.50 bolehlah pergi Miri lagi. Saya nak ke Gua Mulu plak. Takpun kalau dapat diving kat perairan Sarawakpun menarik jugakkan? Mr. Dennis bagitahu coraf reef di perairan Sarawak antara taburan batu karang tercantik di dunia. Kena tengok ni!!!

PM : dapat poskad pree dari tauke minda guesthouse ^_^

Friday, June 15, 2012

Discovery Miri : Day 3 - Taman Selera

Balik dari Gua Niah, kami singgah makan di Taman Selera. Taman Selera, terletak di Brighton merupakan taman rekreasi yang tertua di Miri. Selain dari Miri Luak Esplanade, taman ni antara tempat berekreasi penduduk tempatan, sebab kawasan ni terjaga siap dengan taman permainan dan medan selera. Jadi kalau  rasa nak cuba seafood atau makanan tempatan, Taman Selera antara tempat yang perlu disinggahi kalau datang ke Miri!

Masa kami sampai, hampir pukul 4.00 pm, kebanyakan gerai-gerai kat situ baru beroperasi. Orangpun tak ramai lagi. Masing-masing order makanan macam kebulur je. Sate dan cendol kat sini sangat sedap! 

Tenang je duk kat tepi pantai ni
Tambak : pantai yang agak terhakis di tambah dengan batu untuk lindungi pantai daripada dihakis ombak
ombak vs hakisan pantai
Tanjung Lobang :  sekali tengok macam Elephant Trunk kat Guilin pulak

Lepas makan, kami terus balik ke guesthouse. Kenyang, penat sama banyak. Mandi dan solat, lepas tu semua ketiduran tak sedar diri sampai ke pagi!

Thursday, June 14, 2012

Discovery Miri : Day 3 - Niah Cave

13 Mei 2012 - Ahad

Dek kerana perut sakit sejak dari malam tadi masih memulas-mulas, pagi tu saya bangun awal. Terkejar-kejar ke toilet dibuatnya. Adeh... dugaan sungguh. Jadi alang-alang dah bangun, terus mandi. Maklumlah hari ni plan kami nak ke Gua Niah pulak. Tapi.... hujan kat luar lebat giler. Langit kelam. Saya siap naik kat rooftop layan hujan sambil duk memikirkan camne nak ke Niah kalau hujan ni melarat sampai ke petang. huhu.

Masuk bilik, tengok yang lain masih tido. Sempat lagi tarik selimut layan tido balik. Awal lagipun masa tu. hiks. Bangun dan bersiap-siap pukul 8.00 am gitu, tengok kat luar langit dah cerah, kami decide untuk proceed je plan asal kami nak ke Niah. Hari ni kami hanya sarapan di restoran bawah g/house. Lalu depan kedai auntie luandry, bila kami cerita kami semua sakit perut dia terus kasi ORS. Hehe. Baik hati autie laundry ni... Alhamdullillah, lepas sarapan, minum ORS perut dah makin ok. 

Kami gerak dari bandar Miri menujuk ke Niah. Perjalanan sejauh 110km mengambil masa hampir 90 minit untuk sampai. Melalui Lebuhraya Persisiran Pantai , kita akan menyusuri jalan pantai termasuk Luak Esplanade dan Taman Selera. Jalan agak santai. Rasa macam balik Kuala Terengganu melalui Paka-Dungun-Marang pulak. ^_^

Hampir jam 11.30 am sampai ke HQ Taman Negara Niah. Daftar dulu di kaunter dengan bayaran RM10.00/person. Kemudian kami terus ke jeti untuk menyeberangi sungai ke seberang sana. Trek menuju ke Gua Niah bermula dari situ.

Taman Negara Niah
Daftar di sini : Tulis nama dan buat bayaran
kecut perut baca signboard ni. 
Pengkalan Labong : bayaran RM1.00/person dikenakan untuk tambang bot menyeberangi sungai
Intro : kita lawat Muzium Arkeologi Niah dulu sebelum memulakan trek ke Niah
Trek bermula
kami akan berjalan lebih kurang 4.5 km untuk ke gua mengambil masa hampir 1 jam berjalan
besar giler kulat yang tumbuh kat batang pokok ni
agak-agak berapa usia pokok balak ni eh?
trek yang santai
 pemandangan sepanjang perjalanan kami

sampai sudah!!! Kawasan ini dipanggil Gua Dagang
Gua Dagang : merupakan tempat urusniaga @ pasar penduduk ketika itu
 Jalan lagi : trek menuju ke dalam gua

Pemandangan dari atas tangga
Archeological site : kawasan tinggalan tempat tinggal penduduk di sini
Pintu masuk ke gua : kami ingat rumah itu tempat penerangan / info center, rupa-rupanya ia tempat berehat
 tangga menuju ke dalam gua

Bermula dari West Mouth, terdapat trek bertangga yang dibina untuk kita berjalan masuk ke bahagian-bahagian lain di dalam gua ini. Agak mencabar sebab kena panjat tangga yang curam dan cahayapun samar-samar je. Jangan lupa bawak lampu suluh sebab kalau silap langkah boleh terjatuh. Silap-silap haribulan jatuh  dari pelantar terus ke curam dalam gua tu! Bau tahi kelawar juga agak menusuk hidung. Tapi pada saya ini satu pengalaman yang menarik! Saya dah sampai ke gua terbesar di Malaysia dan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia!!! 

Keluasan Gua Niah ialah 12 hektar, manakala kawasan dalam gua pulak lebih kurang 3x keluasan padang bola. Kalau refer pada peta gua yang kami bawak, menaiki tangga dari pintu gua, kami akan melalui Lubang Tulang, Lubang Hangus, Lubang Bulan hingga ke Painted Cave. Tapi kami jalan setakat Lubang Hangus je dan kemudian patah balik. Saya pulak, hanya jalan ke depan sikit untuk ambil gambar Lubang Bulan dan kemudian patah balik. Tak cover semua tempat, lagipun Painted Cavepun tutup sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan. 

Dalam gua :  bentuk batuan seperti terumbu karang. Dahulu, kawasan ini pernah ditenggelami air laut dan kawasan ini kemudiannya terhakis membentuk gua.

Lubang bulan
West Mouth : kawasan muka gua. Waktu petang, pemandangan matahari terbenam sangat cantik dari sini!
Kelihatan bukit batu kapur di sekitar gua
Masa untuk balik....
Hampir 2 jam kami kat dalam gua, masing-masing bergerak balik. Kena trekking 4.5km lagi untuk ke Niah park HQ dan selepas tu kami terus bergerak balik ke Miri. Half day tour yang berbaloi!

~ sambung