Followers

Showing posts with label Malaysia Lake. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Lake. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Blue Lake a.k.a Tasik Biru

Kali ni saya just nak highlight tentang Blue Lake a.k.a Tasik Biru yang terdapat di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong atau nama senangnya Bukit Puchong. Sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali panjat bukit ni dan sudah pernah sampai di Tasik Biru sekali, tapi kali ni jadi tourist guide pulak. Haha. Entry full boleh rujuk link XPDC Bukit Puchong. Mana tau kot-kot lepas tengok gambar air Tasik Biru yang menawan ni ada yang berminat nak terjah ke sini kan? 

Entry malas, jadi layan gambar saja ye.

Papan tanda ni dah jatuh menyembah bumi, dan diganti dengan papan tanda baru, tetap papan tanda ini yang menarik hati!
Tasik Biru - kami orang pertama yang sampai ke sini pagi itu, lepas tu barulah ada beberapa group lain yang joint sekali. Airnya, sejuk sampai ke tulang!
Jernih betul air di sini. Siap ada sessi memberi ikan makan lagi (macam kat pulau pulak). 
 Air terjun ni sangat dalam tau, jadi kalau tak pandai berenang, jangan cuba-cuba pergi ke kawasan dalam sebab di dasar tasik ini seperti ada gua yang dalam, bahaya! Mungkin sebab itulah pihak UPM dan Jabatan Perhutanan mengeluarkan notis larangan mandi di sini.
Dari bahagian atas - di atasnya air terjun ada takungan air macam kolam. Airnya jernih, dan tak berapa dalam - sangat sesuai untuk orang yang tak pandai bereneng.
Amacam, terliur tak nak terjun? haha

Sebenarnya kalau kita naik ke atas lagi, masih banyak lagi air terjun yang terdapat di atas sana. Masa saya datang sini kali pertama dulu, kami explore sampai ke atas. Ada kolam yang sangat cantik kat atas tu dan puaslah kami berendam. Tapi kata seorang pelawat yang datang ke situ, kalau naik sampai ke atas, akan jumpa satu lagi air terjun yang cantik tapi AWAS, kawasan itu bahaya sebab macam sarang anaconda!!



~ jerebu makin teruk, masuk hutanpun masih terhidu bau asap. Harap-harap cepatlah jerebu hilang, kesian paru-paru kita terpaksa berkerja keras menapis udara kotor...

Monday, August 27, 2012

Tasik Chini dan Kisah Dongeng Naga

Ini entry bersambung dari entry Kisah 4 hari tentang bunga teratai yang saya jumpa tu.

Kebetulan saya ke sini atas urusan kerja dan secara tak langsung sempat jugak keliling tasik naik bot sebelum berangkat balik ke kota batu. Walaupun sekejap je, tapi ia pengalaman yang menarik. Mana tahu lepas ni dah tinggalkan Kementerian ni... sekurang-kurangnya ini antara pengalaman yang saya sempat kutip sepanjang bekerja di sini.

Semasa lawatan saya ke Felda Chini, macam-macam cerita yang saya dengar dari penduduk tempatan tentang cerita Tasik Chini. Kononnya suatu ketika dahulu, tasik Chini ini terdapat naga yang menjaga tasik ini. Antara cerita-cerita yang saya dengar ialah, ada penduduk yang menjala di situ terkena sumpahan naga tasik tersebut sehingga menyebabkan beliau menderita sakit kulit seperti kisah pertama yang diceritakan. Ada juga penduduk yang bercerita bahawa di dasar tasik tersebut terdapat istana lama yang dihuni oleh raja tasik dan dijaga oleh naga. Lagi kisah lain boleh baca baca di sini. Tapi sejauh mana kebenaran kisah-kisah ini hanya Allah yang tahu. Semua tu pada saya salah satu rahsia alam dan keajaiban dunia yang kita sendiri tak dapat tafsirkan melalui mata kasar kita....

Tapi yang pasti tasik Chini hari ini dah tak secantik dulu. Kata kawan saya yang pernah menjalankan penyelidikan di situ, dulu pokok teratai tumbuh merata-rata di tasik ini. Katanya, "kita boleh petik bunga dan buah teratai dari tepi tasik je", tapi sekarang nak jumpa satu pokok teratai pun susah! Kata pakcik bot yang bawa saya ronda keliling tasik, mendapan tanah daripada aktiviti pembalakan dan perlombongan biji besi menyebabkan kualiti air tasik menjadi teruk. Pokok teratai yang dahulunya tumbuh melata di tasik kini sudah mati dan pupus. Salah siapa agaknya eh????

Jom layan gambar.

Pemandangan tasik dari chalet ; suasana di sini sangat nyaman. Malam tak payah pasang kipas/aircond pun tak apa. Sejuk sampai ke tulang!
Jeti bot untuk keliling tasik
Orang asli Jakun : di sekitar tasik ini terdapat perkampungan orang asli dan kemudahan seperti sekolah juga disediakan untuk mereka
gondol : sebahagian kawasan di sekitar tasik yang gondol disebabkan aktiviti perlombongan bijih besi
pokok-pokok ini mengiringi kami sepanjang menyusuri tasik Chini
saujana mata memandang
bot membawa kami ke perkampungan orang asli
rilek je diorang mandi manda kat tasik tu. Siap terjun tiruk!!!
Kampung Cendahan : salah satu perkampungan orang asli yan terdapat di tasik ini.
Antara gambar yang saya suka...
Teratai di Tasik Chini : nasib saya baik sebab dapat jugak tengok teratai di sini walaupun hanya beberapa pokok saja. Itupun selepas bersusah payah pakcik bot meredah tasik menuju ke pinggir sungai Pahang. Untuk pengetahuan tasik ini bersambung terus dengan sungai Pahang. Kini pokok teratai hanya boleh didapati di pinggir sungai iaitu tempat pertemuan antara tasik dan sungai kerana kawasan ini lebih rendah yang membolehkan akar-akar teratai sampai ke dasar untuk terus hidup.