Followers

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, January 02, 2013

Hello 2013!


Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua. Moga 2012 akan meninggalkan kenangan terindah dan 2013 ini akan memberi lebih kebahagian buat semua. 

2012... 

Banyak meninggalkan kenangan buat saya. Semua ada. Manis, pahit, masam, masin, semua diadun sempurna dan sudah tentu akan disimpan rapi. Kesihatan juga semakin baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Beberapa hutang sudah berjaya dilangsaikan. Alhamdulillah. Itukah sebabnya, langkah kaki semakin jauh! Ingat nak berjalan aje! 

Antara kenangan termanis sudah tentulah ketika menjadi tetamu Allah, menunaikan Rukun Islam ke-5. Alhamdulillah, Allah menyemput saya di usia muda menjadi tetamunya. Seronok sebenarnya diberi peluang melakukan ibadat ketika kudrat masih kuat. Sehingga hari inipun rasanya masih belum luput perkataan 'syukur' pada-Nya bila mengenangkan kenangan bertamu di Tanah Haram. Walaupun kalau dibandingkan dengan orang lain, kehidupan saya ini belum cukup sempurna, tapi syukur kerana Allah sentiasa memberi semangat untuk meneruskan hidup dengan hati yang tenang dan bahagia. Alhamdulillah... Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk ke sana, teruskan niat kalian... yang penting usaha untuk ke arah itu :) InsyaAllah, Allah pasti tahu niat kalian itu :)

2013...

Moga tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya... Amin.

Travel? erm, terlalu banyak tempat yang ingin saya pergi. Terlalu banyak angan-angan yang dipasang untuk sampai ke situ dan ke sini. Moga saya dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan diberi kelapangan oleh-Nya. Dan saya akan me'repeat' kembali percutian 2012! Err... istimewa sangat ke tempat tu sampai nak repeat lagi? Kalau ditanya pada saya, sudah tentu jawapannya YA! hiks. Tunggu ajelah apa GBS akan buat kali ni. Haha. 

Wishlist lain tu kita sendiri simpan ye ^_^

Apa-apapun selamat tahun baru 2013 semua!

Monday, August 13, 2012

Org baik bila tiada dirindui, bila ada disukai, bila mati ditangisi..


Sabtu lepas, kali kedua saya iftar di luar. Berbuka bersama sahabat lama. Saya kira ini iftar yang 'istimewa' kerana ini seperti 'reunion' untuk kami ber-3 setelah bertahun-tahun tak bersua muka. Sejujurnya saya rindu sangat nak bertemu mereka semua. Kami, walaupun tinggal dan bekerja di kawasan yang berhampiran, tapi sangat jarang bertemu muka dan bertanya khabar. Tapi, entah kenapa sejak akhir-akhir ini, tiba-tiba Allah suntikkan perasaan rindu saya pada mereka dan terus saya bertanya khabar mereka. Rupa-rupanya ada hikmah 'ingatan' saya pada mereka semua. Saya menerima beberapa berita yang menyedihkan...

Sahabat-sahabat saya ini, sahabat ketika sama-sama di Universiti, sama-sama menetap di kolej kediaman yang sama walaupun berbeza fakulti. Ketika saya menghubungi beliau baru-baru ini, dia terus minta saya sedekahkan Al-fatihah buat arwah suaminya. Mendengar permintaannya saya tergamam! Terus terbayang dua wajah mulus anak-anak sahabat saya yang masih kecil itu. Sekecil itu mereka sudah menjadi anak yatim. Suaminya yang juga kawan saya (walaupun tidak serapat mana), telah pergi buat selama-lamanya baru-baru ini. Suami sahabat saya itu, saya kenali seorang yang sangat baik hati. Terakhir kami bertemu ketika mereka datang ke rumah saya. Dari mata kasar saya, saya tahu sahabat saya bahagia. Kata sahabat saya, suaminya pergi dengan mudah sekali. Semua urusan jenazah dan pengkebumian sangat cepat. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusannya.

Jadi Sabtu lepas, seperti dirancang, kami iftar bersama. Seperti biasa saya bertolak dari SK terus ke KL mengambil sahabat saya dan anak-anak dan kemudian terus ke st. Kerinchi mengambil sahabat yang seorang lagi. Pertama kali bertemu, selepas bertahun-tahun tak bersua saya lihat sahabat saya itu semakin kurus. Katanya jangan salah faham... dia kurus bukan kerana 'kehilangan' dewa. Dia kurus kerana penangan 2 anak kecilnya yang sedang membesar. Mendengar ceritanya, hati saya menangis. Sungguh dia tabah! Dia bercerita seolah-olah dewa masih ada. Katanya, walaupun Allah pinjamkan dewa hanya sementara, tapi dia bahagia mendapat suami sebaik itu. Dia bukan saja suami yang baik, malah di mata kawan-kawannya juga dia seorang kawan yang baik. Dan saya akui kebenaran itu. Katanya, sehingga kini, kawan-kawan dewa masih tidak putus-putus bertanya khabar dan memberi itu dan ini untuk anak-anak mereka. Murah rezeki budak-budak tu.

Berbual-bual dengan anak-anak kecil sahabat saya itu, saya sekali lagi tersedu. Mereka yang tak mengerti apa-apa, petah bercerita tentang 'daddy' mereka. Cerita yang seolah-oleh baru berlaku semalam. Bila ditanya, 'tahukah daddy dah tak ada?' dia menjawab 'ya' dan kembali bercerita tentang daddy yang begitu dan begini. Kalau bercerita, nama 'daddy' tak akan dilupakan! Betapa rapahnya arwah dengan anak-anaknya. Aduhai... macamana ya anak-anak sekecil ini boleh jadi setabah ini? 

Tabahnya mereka semua. Saya terbayang, bagaimana raya mereka tahun ini tanpa 'daddy' mereka? Saya terbayang bagaiman sahabat saya itu mahu membesarkan anak-anak tanpa bantuan suami dan ayah mereka? Tapi saya lega melihat betapa positifnya sahabat saya itu. Katanya mungkin ini antara 'jalan' yang Allah tentukan untuknya untuk ke syurga kot. Jadi dia kena tabah. Lagipun sebagai isteri, tidak ada apa-apa 'hutang' yang masih belum terlangsai antara dia dan dewa. Dewa pergi dengan hati yang bahagia dan gembira. Sungguh saya kagum dengan dia. Kiranya dia 'insan terpilih' yang dipilih Allah untuk menghadapi ujian seperti ini. Jika diberi ujian sebegitu pada saya belum tentu saya mampu menghadapi kan??? 

Kata orang, orang yang baik dan disayangi umurnya tak panjang kerana walau sekuat mana kita menyayanginya, Allah lebih lagi sayangkan dia. Kepada ex-UKM, batch 1999-2003 khasnya dan sesiapa saja yang mengenali MUHAMMED FAHMI ABDUL AZIZ a.k.a DEWA, Al-Fatihah buat arwah yang telah kembali kerahmatullah pada 14 June 2012 lalu. Semoga rohnya di tempatkan di antara orang-orang yang dirahmati Allah... Amin...

p/s : Doakan juga kesejahteraan buat ibu sahabat saya yang sedang koma sekarang ini. 

Tuesday, June 19, 2012

Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan.

Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan nampak, sekalipun sudah jelas di depan mata....


PM : dalam hidup hati mesti selalu bersih...

Friday, May 04, 2012

Teristimewa buat anak-anak 80-an

Siapa lahir tahun 80-an? Angkat tangan!!!
Eh... yang lahir akhir 70-an pun boleh joint sama jugak. Jeling mama Vouge Berjaya Park. hehe.

Uols semua ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu, kalau pergi kedai runcit kita beli apa?
Dulu.... gula-gula 10sen dapat 4 biji. 
Kalau gula-gula yang kecik warna-warni dengan 10sen boleh dapat 5 biji kan?
Sekarang ado???
Nan ado...

Hari tu, cik bunga bawak kami ke satu kedai. 
Kata cik bunga, masuk kedai ni boleh dikatakan semua makanan 'tak sihat' yang kita suka beli masa kecik-kecik dulu ada. Murah pulak tu! Boleh beli sikit-sikit dan boleh beli borong.

Kali pertama saya masuk kedai ni, saya ketawa dan ketawa. 
Terus rasa macam budak-budak! 
Sebab teringat kenangan masa kecik.

Kedai ni terletak kat Puchong Perdana, kat lot-lot kedai berhampiran je dengan Masjid Terapung, Puchong.
Tauke kedai ni, uncle/auntie cina sangat ramah dan baik hati. 
Siap izinkan saya tangkap gambar dalam kedai dia. 
Petang tu, kami memborong sakan kat sini. 
Satu kotak besar choki-choki hanya berharga RM9.80. Murah!!!

Jom kita tengok apa yang ada kat sini!

Agak-agak apalah yang dibualkan oleh 2 perempuan di depan kedai tu?
Biskut timbang : biskut 'cotek' pun ada
Sagun : masa kecik dulu saiz sagun besar dan panjang. Sekarang comel je...
chew gum : 4 biji 10sen. 
Bubble gum ni pun ada. Dulu beli 10sen dapat 2!
Hiro pun ada. Tapi ni dah kira makanan zaman sekarang dah ni...
Tikam : sekarang pun ada jual lagi. Ingat masa kecik-kecik dulu mak selalu marah kalau beli tikam. Dah besar baru tau rupa-rupanya tikam ni macam judi jugak .

Barang-barang yang dijual kat sini dan permainan Tora dan Ding Dang pun ada!

Kalau bercakap pasal zaman kecik-kecik memang seronok. Tu belum lagi kalau kita bercerita tentang mainan apa yang kita main masa kecik-kecik tu. Lagi seronok!

PM : bangga jadi anak 80-an

Wednesday, May 02, 2012

We're at : COIT. MAKNA. WALK 2012







PM : Berjalan sejauh 7km, berpeluh-peluh ketiak, jadi sukarelawan MAKNA, dan dalam masa yang sama boleh menderma walaupun tak banyak manapun... 

Friday, January 27, 2012

Edisi menghentam dinding


Biasanya seminggu sekali, hari Rabu wajib hentam dinding
Ni salah satu xtvt menyihatkan... badan dan minda
Agak-agak kalau stress kerja lagi syok hentam dinding ni
Hentam sambil membayangkan muka-muka orang yang buat kita stress
Wah! memang release!
Kalau betul-betul kena hentam dinding ni 15 minit dah berpeluh
Peluh sampai ke keting!

Dan xtvt ni kalau sorang-sorang pun jadi
Tak perlu partner pun takpe
Tapi... kalau berdua lagi best
Sambil hentam sambil bergossip
Orang tak ramai
Tempat pun tertutup
Jadi kebarangkalian untuk terkena hujan dan panas memang takde

Agak-agak nak joint tu moh la kita!

Monday, July 04, 2011

Tabah la wahai hati....

Tuesday, July 07, 2009

Bicara Tentang C.I.N.T.A

C... cintaku yang satu
I... impian kan nyata
N... nikmat yang berbeda
T... tanpa pengertian
A... antara kau dan aku - Cinta Kenangan Silam, XPDC

Sudah saya katakan sebelum ini, akhir-akhir ini teman-teman rapat di sekeliling saya tidak habis-habis berbicara tentang cinta. Owh... saya tidak termasuk dalam senarai meraka. Begitu juga GBS. hahaha... Kami masih menjalani kehidupan seperti biasa. Gembira dan bahagia dengan cara masing-masing.

Kata teman yang seorang itu, kehidupannya akhir-akhir ini penuh dengan keterujaan. Hingga terlalu banyak pilihan dan tak mampu membuat pilihan. Semuanya memikat hati! Seperti biasa, saya hanya tersenyum. "Selagi hati kita tidak terikat, kita masih boleh membuat pilihan. Oleh itu buatlah pilihan yang dirasakan terbaik!" Begitu juga dengan seorang teman yang kedua itu sedang melayari hari-hari bahagia bersama yang tersayang. Kelakar juga melihat gelagat orang bercinta ek. hahaha...

Jadi tidak mustahil bila 3 dara berkumpul, sayalah yang paling kesian! Melayan perasaan sendiri sedangkan masing-masing sibuk dengan h/p masing-masing. Owh... tiba-tiba simpati pada diri sendiri. hiks. Buktinya? Ketika kami sama-sama pulang dari Sarawak tempoh hari, hanya saya yang masih setia dijemput dan dihantar oleh pemandu kembali ke pejabat sedangkan mereka pulang bersama pasangan masing-masing. Owh... tidak mengapa. Saya tidak marah, jauh sekali berkecil hati. Malah saya tumpang gembira di atas kebahagian mereka.
Bila melihat reaksi masing-masing, saya cuba bertanya, apakah definasi mereka tentang cinta? Kata mereka, cintu itu suka, duka, teruja dan mendebarkan. Begitukah? Perasaan itu sangat halus dan meresap ke dalam jiwa. Dan yang pasti orang yang dicintai mampu membuat kita tersenyum, ketawa dan mungkin juga menangis. Mungkin?

Pada saya,

Cinta itu universal. Boleh diaplikasikan kepada sesiapa saja. Cinta pada Yang Maha Esa, cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga, teman, sahabat dan juga orang yang dicintai. Kita boleh mencintai sesiapa juga, tetapi Allah jugalah yang akan memutuskan kepada siapa cinta kita akan terikat. Dan kita boleh berharap bahawa orang yang dicintai akan mencintai kita, tetapi samada orang yang dicintai itu milik kita @ tidak, juga atas keputusan Allah. Walau sekuat manapun cinta kita padanya, jika Dia tidak mengizinkan, maka cinta itu pasti akan terkubur begitu sahaja. Jadi adalah lebih baik berserah pada-Nya.

Orang bijak pandai menyatakan, "berhati-hatilah terhadap cinta. Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka tidak menyedari diri mereka sebenarnya telah tertusuk duri cinta. Cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk duri-durinya".

*dedikasi buat dua teman seperjuangan *cik jiran sebelah dan cik sayangku* yang sedang hangat ber??? oppsss!!!

Monday, June 29, 2009

Bersabarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Kata seorang teman, usah sesali sesuatu perkara lepas yang penah terjadi dalam hidup kita. Usah tangisi kesilapan atau perkara yang menyedihkan yang berlaku pada kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Dan segala yang berlaku telah disusun sebaiknya oleh-Nya.

Kadang-kadang, bila ditimpa musibah pasti saya akan mengeluh. Menyesal dan bersedih. Mulalah berfikir yang bukan-bukan dan menyesal.

"kenapa begini?"
"Kenapa kesudahannya harus begini?"
"Kenapa aku?"
"Kalaulah aku tak jumpa dia, mesti aku tak kecewa..."

owh... itu lumrah manusia. Sudah terkena baru menyesal. Sudah terhantuk baru terngadah. Tapi bukankah itu sudah tersurat dan ditakdirkan oleh-Nya? Dan sebagai umat-Nya kita haruslah sentiasa redha dengan dugaan yang telah diuji kepada kita.
Bila berbicara dengan teman tentang kisah-kisah lama yang menyedihkan, pastinya akan terbit rasa sesal. Kata teman lagi,

"Jangan begitu, kalau kamu bersamanya pasti tak akan ada pertemuan dengan dia. Sepatutnya kamu berterima kasih dengannya kerana di sebalik perpisahan berlaku pula satu pertemuan yang lain. Mungkin juga lebih manis! Itukan satu hikmah juga...."

Ada betulnya kata-kata teman itu. Sepatutnya saya bersyukur kerana di sebalik perpisahan dulu berlaku satu pertemuan baru. Walaupun masih kabur jalannya, tapi ia tetap satu pertemuan yang manis. Jadi, jika diuji dengan kesedihan, bersabarlah.... kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itu pasti!!!

"KADANG-KADANG KITA MENYESAL DENGAN TAKDIR YANG TELAH TERSURAT PADA KITA.... TAPI HAKIKATNYA ITULAH SURATAN YANG TERBAIK UNTUK KITA"

Thursday, June 04, 2009

erm...

bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
................
................
................
................
................
................
................
begitu juga CINTA

Monday, May 18, 2009

Kisah kenduri nasi dagang

16 Mei 2009 ; Sabtu

Kenduri nasi dagang la kononnye. Sakit2 badan aku dibuatnye. Tapi puas hati. Hajat masak2 & makan2 dengan kawan2, teman2 & sahabat2 menjadi. *Tepukan gemuruh buat ira, nilly & ita! Tanpa korang masak2 & makan2 kite sure x menjadi.

Mula2 terpk jugak, cam carik penyakit je buat makan2 tgh2 bulan purnama! wargh... tp plan tanpa dirangcang tu sebenarnya yang menjadi. Paling x sangka cubaan pertama masak nasi dagang & laksa penang menjadi. Masak dlm kuantiti yg banyak pulak tu. Budget utk 100 org makan. Cuak jugak takut x jadi. Nasib baik ada mak tolong jadi penasihat dari kejauhan. *terima kasih pada maxis. Cukup bulan bayar bil!

erm.. overall semuanya menjadi. Tetamu yg dtg pun ramai giler, dari jam 11 am - 9 pm org datang. Sampai aku sendiripun x kenal kawan sape yg dtg. Layan je yg mane sempat dilayan. Rasa2nya, lbh 100 org jugak yg dtg. Nasib baik la semuanya mencukupi. xde yg kurang. Menu paling laku nasi dagang la. Licin! last2 tggl kuah je. Tp, kuah laksa penang ada lg 1/2 periuk kat rumah. Aku sendiripun x makan, x tau rasanya camne. Diorg cakap pedas giler, sbb tu aku takut nak makan. Hahahaha... sendiri masak, sendiri x suka pedas, tp termasak pedas pulak. xpe la.. janji jadi.

Kelakar..
Bila ramai yg bertanya sempana ape aku & kwn2 buat majlis ni,
aku sendiri pun x tau ape jawapannya
Sbb mende ni jadi secara x dirangcang
kebetulan plak, skrg baru free.. so, dah ada masa terluang, buat la
Macam2 spekulasi..
kekonon nak menamatkan zaman bujang la.. nan ado.. bak kata nilly, "saya masih menunggu BAS yang sesuai!"
Cuma aku boleh kata, kenduri ni ala2 kesyukuran la.
Alhamdulillah, akhirnya 1 1/2 thn masa berjuang utk segulung sarjana telah berjaya dilalui dengan jayanya. Semuanya cukup terbeban sebenarnya. Tapi berbaloi. Masa yang byk mengubah aku menjadi aku yang lain.
Dan,
harap2nya rezeki & jalan hidup kami lebih2 dipermudahkan oleh-Nya. Amin..




PM : masih sakit2 badan. aduh... i need massage!!

Wednesday, April 08, 2009

PEREMPUAN SIMPANAN

Semalam,
En. Posmen telah menghantar sesuatu untuk saya
Yang telah lama saya tunggu2
Akhirnya ia muncul juga dimuka pintu rumah saya
Perempuan simpan saya sudah sampai
Salah ke seorang perempuan memiliki 'perempuan simpanan'
hahahaha...
Perempuan simpanan ini sungguh istimewa
Manis sekali, seperti madu
Kerana ia terkandung cacatan manis bergula 10 perempuan yang bukan perempuan simpanan
Ya...
Inilah perempuan simpanan saya


PM : perempuan simpanan ini betul2 mengasyikkan!