Followers

Showing posts with label Yangdi. Show all posts
Showing posts with label Yangdi. Show all posts

Tuesday, May 07, 2013

TRIP SELEKEH (10) : Bamboo raft dari Yangdi ke Xingping - Part 3

Ni kira last part untuk bamboo raft Yangdi - Xingping ni selepas banyak sangat drama tak diundang yang kami terpaksa tempuh untuk menikmati pemandangan sepanjang menaiki rakit buluh (berenjin) dari Yangdi ke Xingping.

Kita serahkan pada gambar untuk bercerita...

Awal pagi sejuk dan cuaca berkabus - tapi pemandangan sangat cantik!
tengok bukit bukau yang berkabus tu memang mampu menyejukkan hati....
close up...
Layan view - kalu hari-hari dapat tengok view macam ni korang sanggup tak??!
us! - kitaorg naik 2 bot yang berasingan, so masing-masing layan gambar masing-masing

Inilah pelancong dari Shanghai yang kami jumpa dalam bas yang sama-sama 'terjerat' dalam 'drama sebabak' makcik onar tu. Nasib baik jugak ada diorg masa 'drama' tu at least takdelah kami tercengang-cengan masa makcik onar tu mengamuk. 
Ini agaknya cruise yang JM naik tu. Terasa 'kerdil' bila cruise ni lalu sebelah rakit buluh kami....
20 yuan's view - gambar pada duit 20yuan ialah gambar pemandangan di Xingping. 
Dinding quartz yang membawa pelbagai makna. Bila boatman tunjuk mana-mana spot yang lawa, kami tala je camera. Nak tanya lebih-lebih dia tak faham. huhu
Kami singgah di 'pulau' dalam perjalanan. Pemandangan kat sinipun lawa. 
Bukti menunjukkan mereka dah melupakan drama sebabak makcik onar. Gembira sungguh! Haha. Walaupun sebenarnya diorg ber'3 ni stress sebab terpaksa 'mengadap' muka makcik onar sepanjang naik bot sebab makcik onar adalah 'boat woman' bot diorang. haha
Selepas lebih 2 jam naik bot akhirnya sampai ke pelabuhan Xingping
Pelabuhan Xingping - dari sini ada sediakan free shuttle untuk ke pekan Xingping. Dan kami ambil bas dari pekan Xingping untuk balik ke Yangshuo.

~ bersambung

Wednesday, May 01, 2013

TRIP SELEKEH (10) : Bamboo raft dari Yangdi ke Xingping - Part 2

* Sebelum kita sambung cerita pasal makcik yang membuat 'onar' tu meh kita sejuk-sejukkan mata dulu layan video 'amatur' dengan bunyi enjin bot sebagai lagu latar. hihi


Jom sambung cerita..

Cerita lepas di SINI.

Lepas kami sampai dan turun dari bas, seperti biasalah kami diserbu oleh penduduk yang sibuk nak menjual poncho/ souvenir/ buah limau dan ada jugak sorang nenek tu nak jual ubi? Alahai... kesianpun ada sebenarnya. Tapi lama kelamaan jadi rimas pulak. Sebab diaorang ni jenis 'bangsa' tak kenal erti putus asa. Kita dah tolak dengan baik, tetap diaorg gigih nak menjual ni. Menonong ikut kita sambil sua barang-barang yang nak dijual. Sangat rimas kan?

Lepas turun dari bas tu, sengaja saya 'lari' kejap dari kumpulan makcik-makcik penjual ni - ambil gambarlah kononnya.

Kawan-kawan yang lain turut serta dengan pelancong tadi sebab guidenya dah sedia menunggu kami.

Tiba-tiba terdengar suara 'makcik onar' menjerit-jerit. Cakap dengan nada marah-marah. Apa hal pulak ni?

Saya tengok makcik onar seperti 'bergaduh' dengan pelancong yang janji nak naik bot dengan kami tu. Suara masing-masing bertingkah-tingkah dengan nada seperti menjerit. chong... cheng... chong... cheng.. Ingatkan macam tu kot gaya mereka bercakap. Tapi lama-kelamaan makin kuat seperti masing-masing tanak mengalah.

Makcik onar tu siap bawak koroni. Ada seorang lelaki turut serta dalam 'perang mulut' tu. 

Masing-masing 'bergaduh' sambil tangan menunding ke arah kami berlima

Pelik dengan 'pergaduhan' yang tiba-tiba tadi, saya sertai kawan-kawan yang lain. Cik Yah pun dah turut serta dalam 'pergaduhan' tadi. Biasalah Cik Yah kan PR kami... hehe.

Kemudian laju je pelancong tadi tanya saya. Are you sure u didn't booked any boat with her? 

No, we didn't mention anything. I also don't know why she follow us. 


But she said  u already agree to rent a boat with her. 

No! no! no! - tapi saya tak tahu nak terangkan macam mana dengan makcik onar. Yang saya tahu sebut bu yao, bu you which is jawapan tu tak memadai bagi makcik onar tu.

Kata pelancong tadi, makcik onar tuduh dia curi pelanggan makcik onar. Pelancong tadipun sebenarnya hairan kenapa dia dituduh macam tu. Walaupun pelancong tu dah terangkan cerita sebenarnya, tetap makcik onar tak boleh terima alasan tu.

Makcik onar terus membebel-bebel. Serius kami semua tergamam! Tak cukup dengan bebelan makcik onar, lelaki yang sama-sama dengan makcik onar sama-sama joint. Haish!

Tak lama lepas tu diam kejap. Tapi kemudian bising balik. Makcik onar tak hilang entah ke mana. Kali ni koroni makcik onar pulak yang ambil peranan. chong... cheng... chong... cheng..

Akhirnya pelancong tadi mengalah, rasanya guide yang bawak pelancong tadipun dah fed up tengok 'drama tak berbayar' tadi. Kemudian saya dengar pelancong tadi seperti berbincang sesuatu dengan koroni makcik onar.

Rupa-rupanya pelancong tadi menetapkan syarat, dia mengalah tapi bayaran bot kami mesti sama dengan bayaran yang mereka bayar sebab dia dah janji dengan kami bayaran naik bot ialah 130yuan/person. Mujur lelaki koroni tadi setuju.

I'm sorry... u must ride a boat with them, this is the rule and i also cannot do anything. - sedih je nada suara pelancong tadi. Lepas cakap macam tu diorang terus berlalu. Tinggal la kami terkontang-kanting dengan koroni makcik onar.

Bila dah jadi macam tu kami pun tak tahu nak buat apa. Nak tak nak terpaksalah kami ikut koroni makcik onar tadi. Kami bayar dan dia suruh kami tunggu sekejap sebab dia nak pergi beli tiket di kaunter tiket.

Setel satu hal, TAPI datang pulak 'drama' baru....

* macam-macam drama pulak....

Tiba-tiba....

Makcik-makcik yang sibuk menjual poncho/ souvenir/ buah limau tadi datang kerumun kami balik. Duk sua-sua barang yang mereka jua.

Mula-mula kami tolak lagi, cakap tanak... tanak... 

Tapi tetap diorang duk memaksa kami.

Saya dah hilang sabar ni. Kes tadipun tak reda lagi, datang pulak masalah baru. Entah apa 'hantu' yang masuk dalam badan entah.

Tiba-tiba saya menjerit. Menjerit sambil bukak beg dan tunjuk poncho sendiri. Makcik saya tak mboh... makcik faham dok tak mboh? Nampak dok ada doh ni!! - memang makcik tak faham nak.... Keluar loghat Ganu ko!

Saya terkedu, makcik tu dua kali terkedu. Kawan-kawan yang lain pulak tiga kali terkedu agaknya!

Wohh.. dok dang nok rakam mu tengah maroh. Bukang senang nok tengok mu maroh ni. Debbor aku tengok mata mu! Keji sungguh kata-kata cik bunga.

Doh aku geram dekpong, orang kata tak mboh, tak mboh duk sua jugok suruh beli. Aku pung kejuk aku buleh kata gitu. huhu...

Lepas saya cakap macam tu, barulah semua hilang. Kesian makcik-makcik tu nak cari rezeki kan... Alamak aii... terus rasa bersalah.

Elok je habis 'drama sebabak' koroni makcik onar muncul.

Jadi drama tu habis setakat tu je. Huhu.

Nak buat macam mana pagi tu memang mood saya swing. Mula-mula mood dah lari sebab lama sangat menunggu diaorg bersiap, 1 jam setengah. Sampai tertidur kat lobi tu menunggu tak turun-turun jugak. Tak apalah, dimaafkan sebab saya tahu semua tu diluar kemampuan diaorg kan? Lagipun selama kitaorg sama-sama berjalan ni tak pernah jadi peristiwa 'menunggu dan ditunggu' ni. Kalau ada pun adatlah kan? Lepas tu makcik onar pulak buat onar, siap bergaduh dengan pelancong tadi. Ni makcik-makcik ni pulak menjual tak kena masa dan tempat. Jadinya stress tu bertimpa-timpa. Stress! Stress! Stress! Sampai hilang sabar dibuatnya. Dah tak cool dah...

Ok, semua drama dah habis. Jomlah kita naik bot. Kami ikut koroni makcik onar ke bot.

Layan gambar pulak la...

Pelabuhan bot di Yangdi
Pelabuhan bot di Yangdi - pemandangan memang lawa
Inilah rupa bamboo raft - tak besar mana, satu bot muat 3-4 orang je. Kami pulak ber'5 jadi terpaksa berpecah dua bot. 2 + 3 - kebetulan ada seorang lelaki china nak joint kami. Jadinya 2 bot untuk 6 orang penumpang.
Close up
Sabar je pakcik-pakcik ni menunggu penumpang
Nak tahu mana bot kami? Nun di hujung sana
Lepas semua setel kami naik bot.

Dan semua stress hilang begitu saja tak kala melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah di depan mata...


~ bersambung lagi ^_^


p/s : selamat hari pekerja semua :)

Monday, April 29, 2013

TRIP SELEKEH (10) : Bamboo raft dari Yangdi ke Xingping - Part 1

Hari ke-4

* Pagi ni seawal 5.30 pagi kami berdua dah terjaga. As usual.. mandi, solat dan bersiap - semuanya dilakukan dalam keadaan senyap dan penuh hati-hati. Takut mengganggu 4 orang lagi dormate kami yang tengah nyenyak tidur. Fuhh... stress ok! haha

Pukul 7.00 pagi kami berdua dah bersiap dan turun bawah - menunggu 3 orang lagi bersiap. Tapi, selepas 1 jam setengah menunggu baru diaorg muncul! Itupun lepas saya g ketuk bilik barulah masing-masing muncul. Double stress!

Dek kerana mood sudah berlari-lari anak, kami terlupa nak booking tiket show malam nanti. Dah sampai stesen bus baru teringat. Satu kerja pulak cik bunga dan cik yah kena patah balik hostel untuk booked tiket show malam ni. Dan kami ber-3 pulak menunggu di stesen bus.


Masa duk menunggu ni, kami ber-3 di approach beberapa orang makcik yang menawarkan pakej boat ke Yangdi / Xing Ping. Kami tolak dengan baik walaupun sebenarnya kami sendiri tak pasti lagi apa aktiviti yang kami nak buat Yangdi / Xing Ping nanti. Trekking atau bamboo raft? Plan asal nak ke Xing Ping, tapi bila kaji balik peta, lebih baik kami terus ke Yangdi dan dari sana kami boleh hiking atau naik bot hingga ke Xing Ping.

Tapi dalam ramai-ramai makcik yang approach kami, ada sorang makcik ni sangat bersungguh-sungguh. Bila dia tanya kami nak ke mana? Kami jawab Yandi. Lepas tu beria dia tunjuk pakej di tangannya. Kami tolak dengan baik.

Tapi tak putus asa lagi ni. Dia tunjuk pulak bas yang patut kami naik. Kami angguk - sebenarnya kami dah tahu bas mana yang dinaiki.

Dah la tak faham apa yang dia cakap kan? (dialog 'itik dan ayam'). Bosan nak layan makcik tu cakap apa, saya bantai je jawab bahasa Melayu - loghat Terengganu! Haha. Kalau beria cakap English bukan dia fahampun kan?

Malas nak layan makcik tadi bercakap, saya jalan-jalan sekitar stesen bas. Ada taman awam betul-betul di seberang jalan stesen bas. Agak besar taman awam tu. Ramai juga nampak penduduk tempatan yang duk berjogging dan bersiar-siar. Cuba bayangkan kalau bunga tengah berkembang kat pokok-pokok sekitar taman tu. Mesti lawa kan? Haish... untuk tak menghampakan perasaan sendiri sekali lagi saya bayangkan bunga-bunga ini seperti 'cherry blossom'. huwaa..


Tak berapa lama lepas tu, barulah nampak bayang cik bunga dan cik yah terkedek-kedek melintas jalan. Ok, dah boleh cari bas untuk ke Yangdi. Makcik tadi yang approach kami tetap setia di situ. Bila kami jalan nak mencari bas, dia lagi laju berjalan mengalahkan kami semua.

Kami naik bas, dia pun sama-sama jugak naik bas. Masa ni dah cuak dah. Apsal makcik ni naik bas jugak? Malas nak kusutkan kepala, kami bersangka baik.. Makcik tu nak balik rumah dia kot. Tapi, kalau dia nak balik rumah dia, kenapa dia tak naik bas dari tadi lagi kan? Kenapa sibuk nak tunggu dan naik bas dengan kami semua eh? Misteri sungguh makcik ni...

Ok, kita lupakan dulu pasal makcik tu, layan gambar-gambar sepanjang perjalanan kami ke Yangdi. Walaupun kualiti gambar tak berapa nak lawa sebab ambik gambar masa bas tengah bergerak dengan keadaan jalan yang bersimpang siur, tapi tetap nak tunjuk jugak. Hehe.

Serius lawa, kiri kanan nampak view bukit bukau je.


Oh ya, tiket bas dari Yangshuo - Yangdi ialah sebanyak 8 yuan/person dan masa perjalanan ialah lebih kurang 1jam untuk sampai di pelabuhan Yangdi.

Semasa dalam bas, kami terserempak dengan dua pelancong dari Shanghai yang kami jumpa masa berbasikal semalam. Diaorang plan nak naik bamboo raft dan ajak kami sekali naik bot sama-sama, since kami ber'5 dan mereka hanya ber'2. Kiranya nak kongsi bayarlah, sebab satu bot biasanya hanya muat untuk 3-4 orang saja. Since kami memang terlebih muatan, dan belum plan apa-apa, jadi kami setuju dengan cadangan mereka. Deal!

Bayaran yang kami dapat 130yuan/person - tak tau nak kata murah atau mahal.

Tapi bila sampai di Yangdi lain pulak yang terjadi. Makcik yang 'mengekori' kami tadi tiba-tiba membuat onar...

Disebabkan tak rajin nak menaip, kita sambung dalam entry sambungan nanti. Sebelum tu jom layan dulu video 'amatur' kami berbamboo raft dari Yangdi ke Xingping.

Enjoice!!!