Followers

Showing posts with label Malaysia Waterfalls. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Waterfalls. Show all posts

Wednesday, March 05, 2014

Lata Kinjang, Tapah Perak

Lata Kinjang terletak kira-kira 18km dari Tapah, Perak. Kalau dari KL untuk ke sini perlu keluar melalui susur tol Tapah menuju ke pekan Cenderiang. Kalau ada yang perasan semasa melalui Lebuhraya Utara-Selatan kita boleh nampak air terjun ni dari lebuhraya.

Ini kali ketiga saya ke sini. Tapi semuanya tak merasa nak mandi dan berendam lama-lama. Sebabnya semuanya pergi atas urusan kerja. Jaga projek komuniti memang macam ni - masuk hutan, masuk kampung orang asli, pergi air terjunpun adalah bukan perkara luar biasa bagi kami. Cumanya penatnya berganda la sikit kalau nak dibandingkan duduk di pejabat. Apapun saya ok je dengan kerja macam ni sebab sekali sekala boleh release stress dari kerja biasa di pejabat. Eh, tiba-tiba lari cerita pulak. 

Mungkin ramai tak tahu di Lata Kinjang ni selain boleh berkelah dan mandi manda, kita boleh lakukan aktiviti lain seperti jungle trekking, camping, abselling etc. Kalau nak tahu apa yang aktiviti dan pakej yang disediakan di sini boleh lawat ke web bkecotour 

Kawasan ini di bawah kelolaan Perhilitan. Jadi kalau siapa yang nak trekking kena laporkan diri di pejabat dulu. Tak silap saya ada bayaran permit dikenakan untuk trekking sampai ke atas. Khidmat guide juga boleh diperolehi di kaunter.

Layan gambar tak seberapa. Saya pergi hari kerja, jadi tempat ini tak ada orangpun. Kalaulah boleh mandi memang bestkan? Tapi hujung minggu tempat ni memang penuh dengan pengunjung - kata pekerja Perhilitan yang sudi bawa kami jalan-jalan di sekitar tempat ini. 

Air terjun paling bawah - ada kolam yang agak dalam di sini
Trekking naik ke atas lebih kurang 2 km dari bawah untuk sampai ke jambatan gantung. 

Pemandangan dari jambatan gantung - pemandangan atas dan bawah. Kata staff Perhilitan, sekarang musim panas, jadi air tak banyak. Kalau musim hujan, airnya banyak dan pemandangan lagi lawa sebab air kelihatan memutih turun dari atas.

Zoom air terjun dari puncak
Geram je tengok air yang melimpah-limpah dari atas tu.

Apapun pada saya air terjun ni memang memukau. Ketinggian air terjun yang mencecah hingga 850 meter dan mengalir ke bawah sangat sejuk mata memandang. Dan di sini juga boleh jumpa rama-rama sp. Rajah Broke. Lawa! Warna hijau dan sangat besar. 

Selamat berkunjung ke Lata Kinjang!

Wednesday, February 26, 2014

XPDC Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Plan asal hujung minggu tu nak mendaki tangga Batu Cave, tapi last minute bertukar ke Air Terjun Lepoh, Hulu Langat. Sebenarnya dah lama saya teringin nak ke sini, tapi disebabkan tak tahu macamana nak ke sini, jadi keinginan tu terkubur macam tu saja. Sehinggalah salah seorang rakan sepejabat bagitau ada xpdc nak ke sini, tapi dengan group lain - team adventure. Tapi, tempat terhad kepada 40 orang saja. Itupun petang Jumaat baru betul-betul confirm dan semua urusan mendaftar diuruskan oleh rakan sepejabat sebab seminggu saya berbengkel di luar Putrajaya. Orang kata, kalau dah itu rezeki, dapat pergi juga kan?

Petang Jumaat itu barulah saya dapat semua info untuk esok. Katanya kami kena berkumpul di Kementerian seawal jam 6.00am dan kami akan bertolak ke Hulu Langat. Siap kena pakai baju biru sebagai baju tema. Maaflah, bab-bab boria ni wa memang tak suka, jadi saya 'curang' pakai baju hitam. Dan... Er.. walaupun saya peminat biru, tapi jangan tak percaya saya memang tak ada t-shirt biru!

Katanya ahli rombongan ada 40 orang, tapi hanya kami ber'6 dari Kementerian yang sama. Yang lain memang saya tak kenal. Pukul 6.00am saya gerak dari rumah dan solat subuh di surau Kementerian sementara tunggu yang lain sampai. 6.45am kami bertolak, berhenti di Sungai Ramal untuk sarapan dulu dan terus shoot ke Hulu Langat. 

Kami antara yang terawal. Jenuh juga menunggu penganjur tak sampai-sampai. Selepas 3 jam menunggu akhirnya penganjur baru terhegeh-hegeh tunjuk muka! Sentap ok! Time management FAILED! Masa menunggu tu kami ber'6 memang dah bosan gila. Kalau tak kerana kami tak tahu lokasi dan trek ke Air Terjun Lepoh tu dah lama kami gerak sendiri.

Sebelum apa-apa meh kita bergambar dulu
Dalam ramai-ramai tu hanya 6 orang yang saya kenal.
Selepas lebih 4 jam menunggu akhirnya barulah kami bergerak. fuh...
Laluannya kecik saje, tapi jangan terkejut kalau bertembung dengan orang asli yang menaiki motorsikal hingga ke sini
Lepas menempuh laluan berhutan, kami melalui kawasan hutan buluh pula
Sampai satu kawasan di tengah-tengah hutan kelihatan kawasan ini dah gondol kesan hutan yang terbakar di sekitarnya. Ada satu kawasan tu kesan api dan asap masih ada.

Selepas 1 jam trekking, kami berhenti rehat dulu di check point di tengah hutan. Kata penganjur kita rehak dulu sementara bagi laluan kepada rombongan kolej yang datang sini dengan 3 buah bas. Boleh bayangkan macamana padatnya keadaan di air terjun hari tu???

Sessi berkenalan - sampai lebih satu jam buang masa kat sini. Iskh.. iskh..
Gambar ramai-ramai 
Sebelum teruskan perjalanan meh kita bergambar sama dulu. Nasib baik ada geng ber'6 ni ceria jugak trekking saya kali ni.
Trekking yang simple, tapi mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke air terjun. Salah satu trekking akan melalui batang paip ini.
Bunga hutan yang banyak terdapat di sini - cantik dan berbau wangi
Antara trek yang mencabar - lebih kurang 15 minit jugak ambil masa untuk memanjat bukit dan dan melepasi trek berakar (trek seperti di Bukit Puchong)

Lepas berjaya menempuh trek berbukit akhirnya melalui denai kecil dan rata.

Akhirnya selepas 45 minit trekking dari checkpoint kamipun sampai di kawasan air terjun. Kami diberi masa lebih kurang 3 jam untuk mandi-manda, rehat, solat dan makan.

Akhirnya sampai - orang sangat ramai dan sesak
Antara tarikan air terjun ini ialah air terjunnya boleh sliding hingga ke bawah - mereka semua tu bersedia nak menggelongsor turun ke bawah 
Air terjun Lepoh - tempat ni selamat untuk sliding
Setelah lama menunggu akhirnya berjaya mengambil gambar tanpa gangguan manusia. hiks
Pemandangan dari bawah - kawasan bawah seperti kolam dan kawasan ini agak dalam. Kalau agak-agak tak pandai berenang jangan cuba-cuba ke kawasan dalam ye
'Dia' pun nak joint mandi sekali :)

Hampir pukul 4.00pm kami dah bersiap-siap nak balik. Tapi bila dah datan ramai-ramai ni macam-macamlah perangai kan? Jadinya lebih kurang 4.30pm barulah bergerak balik. Perjalanan balik ni kami trekking laju-laju, jadinya lebih kurang 5.45pm kami dah selamat sampai ke bawah. Alhamdulillah...

Menarik juga trekking ni, cumanya yang tak best ialah penganjur yang anjurkan trip ni saja sebab bab menepati masa adalah sangat worst. Tak apalah, janji dah tahu jalan dan trek. Lepas ni kalau ada kawan-kawan yang pergi rasanya saya boleh tunjukkan jalan kot. hihi.


Saturday, July 10, 2010

Picnic

Lokasi : Hutan Lipur Kanching
Tarikh : 10 Julai 2010
Aktiviti : Office's picnic


Kali ni picnic dgn budak-budak opis. Dah lama diorg ni asyik merengek-rengek duk ajak g picnic, so layan je lah. Kali ni kami pilih Hutan Lipur Kanching, dekat area Rawang. Cantik tempat ni. Well prepared facilities. Seperti biasa, budak-budak ni kalau ada pape selalunya berkumpul kat rumah aku. So, malam tu kami gotong-royong buat BBQ marinade & masak sos spagetti. Paling membanggakan cubaan membuat perapan BBQ menjadi! yehaa!!! hebak2!
Sabtu, bertolak dari rumah dlm 9.30 am. Kumpul kat shell, then terus ke lokasi picnic. Dang ding dun... lepas 45 minit kami sampai! wah! Tempat ni memang best! Boleh ajak GBS datang picnic lepas ni. heee..











~ ada sungai kecil mengalir dari atas bukit ; biasa family berkelah kat bawah je ~


Air terjun kat sini ada banyak tingkat. Kalau tak silap aku sampai tingkat 10. Tapi biasanya yang jadi port berkelah di tingkat 5. Sebab kat situ ada 1 air terjun siap dengan kolam skali. So, kalau nak buat aksi terjun tiruk ke memang boleh sangat. Tambahan plak kat situ siap ada tandas & tempat salin baju. Bersih giler! *part ni aku bagi 5 bintang!
Dah pilih lokasi nak BBQ, letak barang pastu mulakan operasi ber'BBQ. Gigih la diorang menyalakan api. Akhirnya... menyala jugak api. Masing-masing dah kelaparan. Makan spagetti dulu. Kuyah muyah pun ada, tembikai, BBQ pun dah masak. Best! Ada yang dah amik port mandi manda. Kita fun la.

~ Level 5 ; port paling ramai orang berkelah ~

~ prepare our BBQ here ~

~ homemade BBQ ; resepi hentam kormo tapi tak sangka S.E.D.A.P! ~

~ spagetti prepared by miss Zai ~
Perut dah kenyang. Makan dah, minum dah, main air dah. Mandi je belum lagi. Masa tu mula la terfikir-fikir nak naik panjat ke atas lagi. Ajak Naz naik ke tingkat atas. Tangga boleh tahan jugak tinggi. Lenguh la jugak kaki mendaki. Dan hasilnya! Memang cantik! Level kat atas-atas tak ramai orang. Air terjun memang cantik! Sejuk & nyaman. Kitaorg siap memanjat tangga sampai ke level 8 @ 9. Pergh!! Memang cantik alam ciptaan Tuhan...

~ love this pic ~


~ Level 7 @ 8 ; port paling best! Sunyi + tenang + xde orang. Syok berendam ~

Puas mandi manda kat atas, kitaorg turun bawah. Perut dah lapar, jam pun dah masuk pukul 2pm. Turun, sambung makan. Makan sampai kenyang! Lepas tu baru mandi & tukar baju. Pastikan semua dah siap mandi. kemas barang. Kutip sampah. Bersihkan tempat. Kalau boleh tinggalkan tempat tu dalam keadaan bersih. Budak-budak ni bagus, mendengar kata. Aku suruh semua buat. Hahaha... Then dah siap semua. Turun. Singgah solat dulu kat surau lepas tu bertolak balik. P.E.N.A.T!!


PM : GBS, jom picnic & BBQ!