Followers

Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Saturday, June 01, 2013

TRIP SELEKEH (15) : Crossing boarder China - Vietnam by bus

Hari ke-6

* Ada juga beberapa orang yang tanya/email tentang cara terbaik nak melintasi sempadan China-Vietnam ni. Nanti saya sertakan beberapa tips since untuk trip kali ni plan asalnya nak naik train, tapi akhirnya bertukar kepada bus atas sebab-sebab tertentu. Sebabnya? Nanti saya cerita kemudian ye...

Ada 2 cara untuk ke Hanoi iaitu :

1. Nanning - Hanoi by train

Kaunter tiket : Kaunter 16 (walk-in)

* Keretapi ke Hanoi hanya ada sekali perjalanan sahaja sehari iaitu pada pukul 6.20 petang.

 Nanning  Hanoi

Soft & hard air-con sleepers, train T8701 / MR2
Daily
 Nanning 
depart
18:20  day 1
 Pingxiang (Chinese border point)
arrive
21:11  day 1
 Pingxiang
depart
22:41  day 1
 Dong Dang (Vietnamese border)
arrive
23:22  day 1
 Dong Dang
depart
00:22  day 2
 Hanoi (Gia Lam station)
arrive
04:45  day 2
Gia Lam station is 6km from Hanoi's main station, across the river. 

How much does it cost? One-way fares

Nanning - Hanoi   
Soft sleeper costs RMB 248 (£25 or $38)
Hard sleeper costs RMB 160 (£16 or $26)



2. Nanning - Hanoi by bus

Route : Nanning Langdong bus st - Ping Xiang (friendship gate/ immigration) - Hanoi
Tambang : RMB 150/sehala
Masa perjalanan : 7.30am / 8.00am / 8.20am / 8.40am / 9.40am / 13.40pm
Tempoh : 7-8 jam

* Perjalanan adalah pada waktu siang


Perjalanan keretapi Guilin - Nanning yang dijangkakan sampai di stesen Nanning pada pukul 4.++pagi akhirnya sampai juga lebih kurang pukul 7.++pagi. Syukur walaupun awalnya train delay, tapi sampai juga di tempat yang kami rancang kan?

Kami berjalan keluar dari stesen (ikut saja orang ramai yang nak keluar), dan lepas tu berlegar-legar di depan stesen. Niat hati nak cari bas mini untuk ke Stesen bus Langdong, tapi masing-masing blur - kami nak naik bas ke Hanoi. Jadi masing-masing cuba cari signboard yang mungkin dapat membantu walaupun hakikatnya semua tulisan adalah dalam bahasa cina dan ada juga yang cuba bertanya pada orang ramai. Tapi tak membantu sebab kebanyakan mereka tak tahu berbahasa Inggeris.

Oh ya, kenapa kami tak stay di Nanning dan pilih bus untuk ke Hanoi?

1. Kekangan masa - niat asal memang nak singgah semalaman di Nanning (nak ke Detian Waterfall la kononnya) tapi selepas dibanding-banding rasanya tak berbaloi kami nak tuju ke tempat yang sangat jauh (jarak sampai 1++km/sehala), akhirnya kami ambil keputusan untuk panjangkan masa di Yanghuo dan Hanoi saja.

2. Tempoh perjalanan Nanning-Hanoi menaiki keretapi lebih panjang (13-14jam) berbanding bas (7-8jam). Walaupun naik keretapi jimat masa siang (keretapi Nanning-Hanoi hanya sekali sehari pada pukul 6.++petang dan dijangkakan sampai ke Hanoi pada pukul 4.++pagi keesokan harinya), tapi kami risau keretapi akan delay dan kami akan sampai lambat di hostel untuk mengikuti trip ke Halong Bay keesokan harinya.

Mungkin ramai orang yang sukakan konsep 'aci redah' bila travel, tapi rasanya kami lebih suka buat perancangan awal terlebih dahulu (apa-apa perubahan tak terkawal bergantung pada situasi semasa). Sebabnya tempoh perjalanan kami singkat, dan kalau boleh dalam masa sesingkat yang ada kami nak pergi banyak tempat, jadi perancangan awal adalah cara terbaik untuk pastikan apa yang kami plan tercapai. Kecuali kalau ada peluang travel 1-3 bulan ke - tu mungkin bertukar konsep 'lite and easy' kot. haha.
Stesen Keretapi Nanning

Berlegar-legar di sekitar depan keretapi dan hilang arah tuju, tiba-tiba kami didatangi seorang pakcik. Dia pemandu teksi/kereta sapu. Dia tanya kami (bahasa ayam itik) dan saya bagitau kami mahu ke Langdong stesen bus, dia angguk-angguk lepas tu angkat jari 8 batang. Erk! 80yuan ke? rm40? Saya terkejut sebab dari pembacaan di forum, internet biasanya taxi untuk stesen bas Langdong biasanya 28-30yuan/sehala. Kalau ambil 2 buah taxi/kereta sekalipun baru 60yuan. Pakcik ni nak 'kencing' kitaorg la ni!

Lepas berlaku agenda paksa-memaksa dan tolak-menolak, saya cuba tanya tempat menunggu bas. Mujur pakcik tu baik hati jugak dan tunjuk mana tempat menunggu bas - tak jauhpun, tak sampai 20 langkah kalau berjalan. Tepi jalan je. Kami tunggu bas no. 6 dan stesen hentian terakhir ialah stesen bus Langdong. Tambang hanya 1yuan/person. 50sen je! Murah kan?

Tak lamapun menunggu bas no. 6 pun sampai. Jadi masukkan duit dalam kotak duit (sediakan duit kecil ye, sebab duit kalau dah masuk dalam kotak tu bakinya kira sedekah la ye) dan cari tempat duduk. Mulanya kami memang blur tak tau nak turun di mana, tapi nasib baik 'jiran' sebelah K.hana boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit dan kebetulan diapun nak ke stesen bus Langdong. Jadi senang cerita kami ikut saja dia nanti :)

Trip kali ni memang 'kaccing' dengan bas, pergi mana-mana dah jatuh hukum wajib, mesti naik bas.

* Untuk long-distance destination  seperti Guilin, Guangzhou etc semua menggunakan perkhidmatan bus di Stesen bus Langdong.

Lebih kurang 45 minit perjalanan, baspun sampai. Tapi disebabkan hari itu ada perta apa ntah dekat stesen bus, jalan jammed teruk menyebabkan bus tak boleh masuk ke dalam stesen. Jadi konduktor bus mintak kami semua turun, jalan kaki terus ke stesen bus. 

Langdong Bus Stesen

Sampai di stesen Langdong, ingatkan macam stesen bus biasa je, tapi boleh tahan besar stesen bus ni. Kami berjalan masuk ke dalam mengikut (err.. saya lupa nama mamat yang tolong kami tu) dan terus ke kaunter untuk membeli tiket. Kebetulan mamat tu pun nak beli tiket bas ke Guilin, dan kami pulak beratur di kaunter untuk membeli tiket ke Hanoi. Nasib menyebelahi kami sebab dapat jugak tiket bas untuk hari tu walaupun dapat trip bas terakhir iaitu pukul 1.40 petang. 

Betapa ramainya orang dalam stesen bus, sesak sampai nak berjalanpun payah.

Rupa tiket bas ke Hanoi : Harga 148yuan, tarikh 4.4.2013 (hari tu besday ayah saya), perjalanan bus 13.40pm - Hanoi, here we come!

Selesai beli tiket, baru pukul 9.++am, nampaknya panjang lagi masa kami nak 'melepak' di stesen bus ni.   Mamat yang tolong kami, bas dia pukul 10.30am, jadi sementara dia tunggu bas dia sampai kami melepak sama-sama. Mulanya kami turun di level bawah untuk ke KFC, sekali full house! Penuh sesak orang. Jadi terpaksalah kami melepak di mana-mana tempat yang kosong. Tepi tanggapun jadilah.. sebab itu saja tempat yang xde orang. Tempat lain semua penuh.

Choki-choki addicted : sampaikan mamat yang tolong kami ni pun 'terjebak' sama makan choki-choki. 

Pukul 10.30am bas mamat tu sampai, lepas dia ucapkan selamat tinggal dan kami ucapkan selamat jalan dengan ucapan terima kasih, kami turun ke mc d lagi. Lenguh kaki berdiri lama-lama tepi tangga. Masuk di dalam KFC, orang tak pernah surut, tapi kami masuk jugak. Cuba nasib menunggu mana-mana pelanggan yang siap makan. Rata-rata kami tengok pelanggan yang ke sini sekadar makan dan selebih mengisi masa dengan 'melepak' saja. Mungkin merekapun macam kami jugak - menghabiskan masa sementara menunggu bas mereka sampai.

Ini je yang kami mampu beli - itupun beli sebab takut kena halau, duduk dalam restoran orang tapi tak beli apa-apa.

Lama melepak, hampir pukul 12.30 tengahari baru kami gerak naik ke atas. Masuk dalam untuk ke ruang menunggu. Sekali ternampak bilik menunggu yang dikhaskan untuk penumpang yang hendak ke lokasi luar daripada China seperti Macau, HK etc. Eh, Hanoi kat Vietnam kan? Kira kitapun termasuk sekali la eh? Apa lagi masing-masing keluarkan tiket, tunjuk pada penjaga tiket, terus dia bagi kami masuk. Iskh.. kalaulah kami tahu kat dalam ni ada tempat menunggu macam ni, dah lama kami masuk. Rugi! Rugi!!

Terbaiklah ruang menunggu, siap ada wifi dan tv.
Tak lama mana menunggu, bas kamipun sampai.
Suasana dalam bas dan bekalan yang diberikan percuma kepada semua penumpang ; air kotak, sebiji epal dan roti. Bas wlpun simple siap dengan konduktor bus lagi, lengkap dengan uniform. Tapi driver sorang je. Eloknya perjalanan jauh macam ni, ada 2 driver barulah pemandu tak over tired kan?

View sepanjang perjalanan, lawa - kiri kanan hijau je mata memandang. 
TAPI... jalanpun boleh tahan jugak, macam ular kena palu. Pemandu bas bawak bas macam nak racing. Nasib baik kondisi bas elok, tak terasa mana bila pemandu laps bas. 

Perjalanan dari stesen bus Langdong ambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke friendship gate China/Vietnam. Sampai saja, kami turun bas, angkut beg dan naik shuttle bus untuk ke imigresen China, Naik shuttle lebih kurang 10 minit sampai la ke imigresen China. Bawak beg, scan beg, dan cop passport. Kejap ke siap. Maaf, tak ada gambar dalam bangunan sebab dilarang ambil gambar atas sebab keselamatan. 

Imigresen China

Pandangan belakang bangunan imigresen, dan laluan keluar untuk ke imigresen Vietnam pulak.

Settle urusan cop passport kami keluar dan berjalan keluar ikut belakang menuju ke imigresen Vietnam pulak. Kiranya sebelah pagar je dua-dua bangunan ni. Prosesnya sama jugak, tunjukkan passport, tunggu nama dipanggil dan kemudian boleh amik passport dan keluar. Bezanya bangunan imigresen Vietnam buruk je kalau nak banding dengan China. Jauh beza! Walaupun prosesnya simple, rasa-rasanya untuk selesaikan semua proses bus Nanning-naik shuttle bus-imigresen China-imigresen Vietnam-naik shuttle bus-bus Hanoi mengambil masa hampir 1 jam jugak untuk selesai.

Keluar dari imigresen Vietnam, sekali lagi kami kena naik shuttle bus menuju ke tempat bas. Tapi kali ni naik bas lain, bas Vietnam menuju ke Hanoi dan keadaan bus agak buruk berbanding bus Nanning-friendship gate. Maklumlah dah masuk ke Vietnam, nak dibandingkan Vietnam dengan China, mestilah China lebih jauh ke depan kan?

Naik shuttle bus pulak ke tempat bus.
Pemandangan sepanjang jalan menuju ke bandar Hanoi.

Perjalanan dari sempadan Vietnam ke bandar Hanoi mengambil masa lebih kurang 3 jam lagi untuk sampai. Lebih kurang pukul 8.++pm barulah bas memasuki bandar Hanoi dan kami semua diberhentikan di tepi jalan saja. Lepas tu pandai-pandailah ambil taxi ye untuk ke hotel/hostel. 

Dapat taxi kami dah tak fikir panjang, bila driver taxi mintak 10 usd untuk hantar kami ke hostel, kami setuju je. Dah penat dengan perjalanan yang panjang. Perjalanan ke Hanoi Hostel tak jauh mana, tapi kalau nak menapak jalan kaki memang tak mampulah! Sampai di hostel, selesaikan urusan check in dan terus masuk bilik. Kali ni mujur kami diberi satu bilik (bilik untuk 4 orang + extra tilam) walaupun salah seorang kena tidur atas tilam je, tapi tak apalah, asalkan kami ber-5 tak berpecah! hiks (sebenarnya kami booked dorm). 

Masuk bilik, mandi, dan terus bersiap untuk tido. Penat!

* wifi kat hostel ni laju, masing-masing siap layan Running Man!
* ada peristiwa pelik malam tu.. semua kecut perut!


~ bersambung lagi

Thursday, May 23, 2013

TRIP SELEKEH (14) : Night train Guilin - Nanning

~ perjalanan train Guilin - Nanning mengambil masa lebih kurang 6-7 jam.

Balik hostel, kemas beg dan buat apa-apa yang patut, kot rasa nak terkucil ke, nak apa ke eloklah settle dulu sebelum naik train. Nanti atas train kita tak tahu lagi keadaan toiletnya macamana kan? Gred A ke? B ke atau C kan?

Lebih kurang pukul 10.30pm, kami dah bersiap-siap nak ke stesen keretapi. Berjalan dari hostel ke stesen tak jauh manapun, tak sampai 10 minit. Sampai di stesen keretapi Joh dah menunggu, kami bagi tiket kat Joh dan dia tunjukkan tiket pada guard, kemuadian cong ceng cong ceng guard tunjuk belah kanan. Rupanya untuk penumpang soft sleeper tempat menunggu di bahagian lain > kira macam VIP la kan. Haha. Kami pikul beg dan terus berjalan ke sebelah kanan, masuk dalam tu ada guard dah sedia menunggu. Scan beg dulu dan terus masuk ke ruang menunggu. Dalam ruang menunggu ada beberapa orang je, tapi ruang menunggunya bukan main besor lagi. Apa lagi, memang syok la - masing-masing bercakap macam kat rumah sendiri!

Joh, tudung dan islam. 

I like your scarf, you all look sweet while wearing those scarf. Masing-masing ketawa besar! (kalaulah Joh tahu orang yang pakai tudung bawal ni masuk dalam kategori 'fashion out dated' mesti dia gelak guling-guling kan? Tudung awning fareeda ke, ariani ke, kira semua tudung brand yang nama perempuan tu kami 'tak reti' pakai dan paling latest yang tudung layer berlapis-lapis tu, tak laku kalau nak jual kat kami kot).

Can you teach me how to wear a scarf? Cik Yah ambil tudung dan pakaikan pada Joh. Bukan main suka dia dapat pakai tudung. 

Sweet betul Joh bila bertudung kan?

Lepas tu Joh menyatakan hasrat hatinya untuk tahu tentang islam. *melopong mulut kami semua!


May i know more about your religion. I meet with many people, most of them come from different race and religion. But i found Muslims who come from Malaysia are the most kind and polite people. I like the way they wear a scarf, i like their actions and it's make me want to know more about their religion. Because i don't have any religion...


Hajjah.. apa lagi! - siot je diorang ni.

Saya tarik nafas panjang-panjang. Cari idea untuk mulakan bicara. Serius, clueless ok!

Before u know more about our religion, Islam... u must believe that God exists, even though u cannot see him, u cannot touch him, u don't know where he is but u must believe he always with u. 

Banyak yang kami bualkan. Kami ceritakan tetang Muhammad SAW yang menjadi rasul kami , tentang Al-Quran yang menjadi garis panduan kepada kami di mana kandungan di dalamnya merangkumi semua seluruh hidup kita dari lahir sehingga mati. Tentang adanya kehidupan selepas mati, tentang beruntungnya dia jika menjadi muslim berbanding kami yang lahir-lahir saja sudah bergelar muslim,  tentang solat sebagai salah satu cara kami bersyukur dengan nikmat dariNya dan banyak lagi. 

Ying, just know... from the bottom of my heart i pray to Allah to give u a light to the right way. 

Paling kelakar bila cerita tentang keburukan memakan babi kepada kesihatan. Susah nak terangkan konsep 'haram' kami terangkan dari sudut saintifik. Tentang kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perubatan yang kebanyakkannya bukan islam - hasil penemuan tentang kandungan cacing yang terdapat dalam daging binatang itu yang tidak mati walaupun selepas di masak dengan suhu yang tinggi dan kemudian jika di makan, cacing itu akan hidup dan membiak di dalam perut pemakannya pulak.

Oh no... i eat a lot! 

So, after this u must avoid eating pork. haha.


Bila Joh tanya tentang Al-Quran, apa isi di dalamnya dan bagaimana ia wujud - seolah-olah dia mahukan bukti kewujudan Al-Quran. Kebetulan saya memang sentiasa bawak 'buku' himpunan surah-surah amalan dan kebetulan juga dalam mp3 saya memang ada surah-surah yang biasa saya baca dan hafal, jadi saya pasangkan surah Al-Fatihah di telinga Joh.

What a nice 'song'! This is Arabic? U can read and understand a meaning of this song? 

We call this 'song' Al-Fatihah. The most important surah in Al-Quran. If u're a muslim, u will read this surah 17 times a day.

How?

When u perform solat. Sambil ulang balik bacaan Al-Fatihah di mp3 sambil tu kami cuba terjemahkan setiap ayat dari surah tersebut. 

U're so good, u can read arabic and also can understand the meaning. Very hard to me. Since when u learn?

Since we were young. Actually we also not good. Until today we still learn to improve ourselves. Because this is not our language. Joh hairan macam mana kami boleh berbahasa Inggeris dengan baik (padahal tunggang langgang), boleh baca Al-Quran yang bertulisan arab/jawi dan boleh faham maksudnya, boleh faham Mandarin sikit-sikit. Dia siap kira berapa banyak bahasa yang kami tahu. Haha. Innocent betul Joh ni. Padahal kami ni ilmu secetek air di paras buku lali!

Banyak lagi yang Joh tanya, dia juga tanya pasal agama-agama lain.

What is different between Islam and Christian? - part ni memang agak mencabar, takut salah cakap lain pulak maknanya. 

Kami hanya jawab, kedua-dua agama datang dari tuhan yang sama. Tapi zaman, kitab dan rasul yang menyampaikan agamanya saja yang berbeza. Yang pasti, panduan dan perkara baik yang hendak disampaikan tetap sama. Cuma yang menjadikan agama itu tidak suci bukan agamanya tetapi penganutnya sendiri.

As a muslim, we must respect other religion. Even u know Islam was the best religion, but u cannot said other religion was not good. - mujur Joh faham apa yang kami nak maksudkan.

Joh juga menyatakan kebimbangannya di mana tempat paling sesuai untuk dia tuju sekiranya dia ingin belajar tentang islam dengan lebih mendalam.

If u want to know about Islam, mosque is the best place to get some knowledge. Mosque was not a place to solah and pray but u also can meet other muslim, and i'm sure they will welcome u. What's special about Islam where ever u go you can find muslim, that means u have a big family all around the world. Trust me!

Kamipun cerita bagaimana kami jumpa dengan seorang pelancong muslim dari Shanghai di Yangshou dan betapa gembiranya bila dia juga seagama dengan kami. Sebab antara perkataan pertama pelancong itu keluarkan ialah, u all muslim? I'm also muslim! Peristiwa tersebut menunjukkan betapa agama mampu menyatukan kita walaupun berbeza bangsa dan negara.

Kita yang dah berada di negara Islam dan sudah sedia 'Islam' sejak lahir belum tentu seperti Joh kan? Kita di Malaya, bebas hendak menuntut ilmu agama, peluang untuk mendalami Islam ada di mana-mana tapi agak-agak berapa ramai je yang betul-betul menggunakan peluang yang ada? Terasa jahil pulak bila mengenangkan diri sendiri yang mengaku Islam tapi belum sepenuhnya mengamalkan cara hidup sebagai muslim dan selalu lalai. Adehh... terus rasa nak menangis.

Peluang bercakap tentang Islam dengan Joh dan keinginannya yang tinggi tentang islam buat saya muhasabah diri. Betapa beruntungnya dia, 'di tiup' rasa ingin tahu tentang Islam oleh Allah - Dia pilih sesiapapun yang Dia mahu dan Joh antara salah seorang yang 'terpilih'. Saya doakan rasa ingin tahu tentang Islam tetap kekal dalam hatinya dan seterusnya di buka hatinya untuk menerima Islam sebagai agamanya. Amin... Sama-sama kita doakan untuk Joh ya kawan-kawan.

Keretapi terakhir ke Nanning

Keretapi kami dijangka sampai di stesen Guilin pada pukul 11.30pm, sekali terlewat lebih 1 jam. Macam tahu-tahu je banyak benda yang kami nak bualkan dengan Joh.

Lebih kurang pukul 12.30am barulah kami dengar announcement keretapi kami dah sampai dan kami perlu masuk ke dalam untuk naik train. Baik betul Joh, sampai ke pagi temankan kitaorg, bila di suruh balik dulu beria dia nak tunggu dan hantar sampai kami naik keretapi. Terharu...

Akhirnya sampailah masa nak berpisah dengan Joh, dia hantar kami semua sampai ke atas dan masing-masing ucapkan selamat tinggal. Dan elok kami sampai je di platform, keretapipun sampai. 


Lampu keretapi ke Nanning... akhirnya selamat jugak sampai di stesen Guilin
Dek untuk soft sleeper nun jauh di hujung sana. Laju masing-masing lari takut kena tinggal
Akhirnya sampai ke dek kami. Fuh.... separuh nyawa jalan dari hujung landasan ke hujung landasan
Masuk, konduktor keretapi bagi kami kad ini. Simpan ye, nanti esok dah sampai kena pulang balik
Beza antara soft dan hard sleeper ialah setiap 'bilik' bagi soft sleeper ada pintu dan dalam sebuah 'bilik' ada 4 buah katil manakala bagi hard sleeper katilnya terbuka tak ada pintu dan setiap 'bilik' ada 6 katil. 
Kami ber'5 terpisah 2, tapi 'bilik' sebelah menyebelah je. Masuk kat bilik saya lah best, buka pintu je tengok ada lelaki tengah syok tido atas katil saya. Bukan main lena lagi. Confius kejap, ingatkan salah 'bilik', tapi bila sahkan dengan konduktor keretapi rupa-rupanya lelaki tu tidor atas katil saya. Konduktor kejutkan lelaki tu, terus dia bangun, keluar dari bilik dan tak masuk-masuk sampai sudah. Eh, kitaorang tak marah atau cakap apa-apapun dengan dia tau. Mungkin dia yang segan kot nak tido satu 'bilik' dengan perempuan sebab tu dia mengalah. muhahaha. 

Lepas lelaki tu beredar, saya kemas apa yang patut. Er.. walaupun tiket kami kategori tiket paling mahal, soft sleeper katanya, tapi kita tak boleh nak expect lebih. Semuanya uzur, tapi syukurlah ada jugak tempat nak tidor malam ini. Kemas apa yang patut, dan kemudian kami semua tido lena sampai ke pagi. 

Lebih kurang pukul 4.45am, kami dah terjaga. Masing-masing ke tandas (tandas walaupun simple, tapi bersih), buat apa yang patut dan berwuduk untuk solat. Tukar bajupun yang perlu tukar je, agak-agak yang masih bersih tu kita recycle je la - giler selekeh! 

Lepas dah siap semua, kami sarapan dengan roti serunding/ butter. Nikmatnya makan roti walaupun roti tu penyek dah tak ada rupa roti dah. Haha. 

View sepanjang perjalanan memang lawa, sepanjang jalan kami melalui sawah padi.

Akhirnya perjalanan lebih kurang 8 jam berakhir, kami sampai di stesen Nanning lebih kurang pukul 8.30am. Lama sungguh perjalanan, tapi perjalanan kami untuk ke Hanoi lagi panjang ni. Bertabahlah ya....

Muka ceria je walaupun hakikatnya masing-masing tak mandi. haha
Stesen keretapi Nanning
Turun bawah untuk keluar dari stesen

~ Bersambung perjalanan dari Nanning ke Hanoi pulak

Sunday, May 19, 2013

TRIP SELEKEH (13) : Hari terakhir di Guilin - Shopping @Little Hong Kong

Hari ke-5

Sedar tak sedar dah masuk 5 hari kami di Guilin/Yangshuo. Pagi tu masing-masing bangun awal. Maklumlah subuh kat sinipun awal kan? Kesian amoi dari Beijing yang jadi dorm mate kami. Pagi-pagi buta tidor dia dah terganggu dengan kami. Jadi dengan dia sekali joint bangun awal. Lagipun memang kami semua dah nak check out pagi ni.

Selepas bersiap, turun check out dan dapat balik refund 20yuan untuk kunci bilik kami pun berjalan ke st bus untuk ambil bas ke Guilin. Jarak dari hostel ke st bus tak jauh mana. Dari simpang hostel - lintas jalan - belok kanan dan jalan terus sampai jumpa taman rekreasi dan depan tu adalah st. bus. Sampai st. bus, bus dah sedia menunggu. Tak tunggu panjang kami terus naik bus, tambang bus Yangshuo - Guilin = 18yuan.

Jalan menyusuri jalan sampai kat signboad biru (celah-celah pokok tu) dan di situlah stesen bus Yangshuo. Sekali pandang st. bus tu tak serupa stesen bus. Daif bebenor.
Nampak bus biru tu tak? Kat situlah stesen bus. Seberang jalan tu ada taman rekreasi - Yangshuo Park
Inilah rupa stesen bus Yangshuo

Perjalanan Yangshuo - Guilin mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Naik bas je terus masing-masing membuta tak ingat dunia. Haha. Bila dah agak-agak nak masuk ke bandar Guilin barulah kami ready untuk turun, landmark kami ialah stesen keretapi. Kebetulan bas, berhenti sebelah Bank of Guilin, tak jauh mana dari st. keretapi dan hostel yang pernah kami duduk sebelum ni. Niat hatinya nak ke hostel, mungkin boleh sewa bilik untuk sehari ke. Boleh rest, mandi dan solat sementara nak naik train malam ni. Tapi malangnya semua bilik penuh. Tapi kami bernasib baik sebab boleh simpan beg dalam dalam bilik bagasi. Nasib baik hostel ni dekat dengan st. keretapi. Kira memudahkan kami semua.

jalan dari stesen bas ke hostel - masa lalu sini terpandang ada sebuah restoran halal. Tapi kami tak singgahpun...
Cik bunga kasi cincin wayar satu sorang hasil 'tuaian' beliau di West Street malam tadi. Yang bestnya cincin ni boleh laras ikut saiz jari pemakai. hiks

Beg dah simpan, kami keluar ke balik. Hari terakhirkan... Yuanpun masih banyak, jadi bolehlah shopping! Nak shopping di mana? Jom kita ke Little Hong Kong.

Keluar dari lorong hostel, kekonon nak rasa naik 'tut-tut' ni, tapi disebabkan miss communication sebab pakcik ni tak faham dan tak pandai english... lastly terpaksalah lupakan hasrat tu.

Last-last ini jugak pengangkutan yang paling sesuai untuk dinaiki.

Little Hong Kong小香港商业城

Address : Zhongshang Zhong Lu Square Underground, Guilin / 地址:桂林市中山中路中心广场地下
Opening hour s: 09:00-21:00
Getting there : take bus routes 3, 10, 11, 99, 100 to Zhongshan Zhong Lu Square

Naik bas no.11, agak-agak nampak 'piramid' macam kat gambar bawah tu, bolehlah turun. Semua kedai-kedai di tingkat bawah, kiranya ini adalah underground shops. Turun tangga, masuk dalam tu macam-macam kedai ada. Pilih saja kedai mana yang berkenan di hati. Kebetulan masa tu ada jualan murah, harga sesetengah baju memang sangat murah. Slack baru 20 yuan, sweater pun 20 yuan dan diorg semua masing-masing berkenan jaket, alang-alang dah ada saiz dan diskaun lebih 50% terus beli.


Antara kedai-kedai yang ada di Little Hong Kong.



Puas hati dengan hasil masing-masing, kami ambil keputusan untuk gerak ke Endian Restorant. Dah janji dengan Joh nak jumpa dan makan-makan sebelum kami balik malam ni. Sebelum tu singgah dulu di moma cake cafe. Pekena kopi. Diorang kata kopi kat sini sedap (err.. saya tak minum kopi). Cafe ni kami dah pernah singgah tahun lepas, kali ni datang sini singgah lagi - maknanya kopi kat sini memang sedaplah kan? hehe. 

Diorang kata kopi kat sini sedap. 

Kopi dah dapat, kami terus jalan ke restoran. Jalan kaki je. Jalan sambil minum kopi dan hujan memang best. hiks. Sampai di restoran, Joh dah ada menunggu. Ambil order, dan sementara tunggu order siap, kami ke masjid dulu. Senang makan kat sini sebab restoran betul-betul di sebelah masjid, nak solat pun mudah. Saje je masing-masing berlama-lama, makan dengan santai sambil tunggu maghrib dan solat terus kat masjid.

gambar kenangan dengan Joh - mana tau lepas ni nak repeat Guilin lagi boleh jumpa Joh lagi kan?

Lebih kurang pukul 8.00pm, kami bergerak meninggalkan restoran. Seperti biasa melalui tapak pasar malam untuk menunggu bas balik ke hostel. Kami janji akan jumpa Joh di stesen keretapi. Gigih dia ni nak jugak hantar kitaorg. Tapi disebabkan masih awal dia cakap nak g shopping dulu dan kitaorg akan jumpa di stese nkeretapi je.

Sementara tunggu bas no.11, dari jauh kami nampak macam kenal je minah cina yang tengah nak melintas jalan. Rupa-rupanya Joh. Bila tegur, rupa-rupanya kunci rumah dan motor terjatuh dalam tempat letak helmet masa dia nak ambil helmet. Semua purse dan kunci tertinggal dalam tu. Jadi dia tak boleh nak ke mana-mana dan terpaksa pinjam duit untuk balik ke rumah dan ambil kunci spare. Joh... Joh... tak sangka cuai jugak dia. Patutlah boleh jadi geng. Haha.

Lepas Joh naik bas, bas no. 11 pun sampai - balik hostel, kemas barang kemudian gerak ke stesen keretapi.

~ bersambung

Wednesday, May 15, 2013

TRIP SELEKEH (12) : The Impression Lie Sanjie Show

* bersambung lagi.

Lepas balik dari berbasikal tadi, masing-masing yang ada 'hajat yang harus ditunaikan' kena cepat-cepat langsaikan dulu. Sementara tunggu van sampai, kami lepak sambil minum jus dulu. Heaven! 

Pukul 6.00 petang kami dah ready di lobi hostel. Malam ni kami nak tengok Lie Sanjie Show untuk KALI KEDUA! haha. Ada tak orang lain macam kami, dua kali datang Yangshuo, dua kali jugak tengok Lie Sanjie Show?

Sesape yang datang China mesti try air ni. Sedap! Yang paling kiri (perisa anggur) adalah jus, manakala 4 botol tu adalah susu buah-buahan, brand Minute Maid - susu ada campuran macam nata de coco dalam airnya. Paling sedap perisa nenas. Disebabkan sangat sedap sampai berbotol-botol masing-masing beli. Lagipun tak mahalpun, dalam 4 @ 5 yuan je. Suddenly i wonder why this flavor not produce/ sell in Malaysia eh? Yang ada jual kat Malaysia biasanya jus oren je kan?

Dalam 6.30pm, barulah pekerja hostel bagitau kami van dah sampai. Terus dia hantar kami ke tepi jalan untuk naik van untuk ke Lie Sanjie Show. Untungnya booking di hostel ni ialah kami bayar tiket 180 yuan sekali dengan pengangkutan pergi dan balik. Jadi tak payah sakit-sakit kepala nak fikir macamana nak ke sana kan? 

Sampai di sana, driver van pesan balik nanti terus cari van yang diparking (perbualan itik dan ayam ye) - dia akan tunggu dan hantar kami balik ke hostel. 

Seperti biasa show ni memang full house. 

Di luar - penuh orang sampai terpaksa bersesak-sesak. Kami diminta tunggu dulu sementara petugas datang dan akan membawa kami masuk ke dalam. 
Di dalam - berjalan masuk ke sana kena tunjukkan tiket, lepas tu terus masuk dan tunjukkan tiket pada petugas untuk mudahkan kita mencari tempat duduk kita
Tempat duduk kami tak berapa nak tinggi. huhu... So, feel nak layan show agak kureng di situ. Tahun lepas tempat duduk kami 2 dari atas. Memang clear nampak.

Jom layan show atas air... Info ketik SINI

Intro - sejarah Guilin/Yangshuo tentag cara hidup, puak-puak, pekerjaan dan budaya

Lepas habis sessi pengenalan, keluar pulak budak-budak ni. Diorg ni perkenalkan nama masing-masing, diaorg ni ada adik beradik dan ada jugak sepu sepapat  (sebab tu basic dialog sebab tu bolehlah faham sikit-skit hasil masuk kelas mandarin .. huhu).

Lepas tu ada pertunjukan atas rakit. Hebat betul diaorg boleh imbangkan badan atas bot sambil dayung sampan lepas tu siap berhenti dan angkat kain merah. 

Layan, video opening show..


 Entah apa yang diaorg buat... bila zoom rupanya siap bebaring atas rakit.

Ni pulak edisi 'berbalas pantun' kot. hehe. Yang diseberang sini nyanyi, yang seberang sana pulak sambut.

Yang ni pulak nun di hujung sana tengok dengan mata kasar kecik bebenor - menunjukkan aktiviti harian penduduk di situ. Ada yang menjual, ada yang bertani... 
Saya tak pasti apa yang cuba disampaikan, yang pasti part ni sangat harmoni. Suka tengok lampu biru dengan pendayung rakit tu. Lawa...
Watak utama - ni kira heroin la dalam show ni. 
Nyanyian dari anak-anak gadis. Semangat masing-masing menyanyi
Siap ada sesi bertukar baju lagi. Sekali tengok macam 'hantu bungkus' pun ada. Tapi menariklah petunjukan ni.

Lepas diorg siap salin-salin baju, keluar pulak gadis menyanyi atas bulan sabit. Layan video la, nak cerita panjang-panjang bukannya faham sangat kan? huhu



Akhirnya hero dan heroin berkahwin 
Nyanyian penutup.

Overall show ni memang best. Tapi bila dah dua kali tengok ni rasa best dab kagum tu dah kurang dah. Tak macam masa mula-mula tengok dulu. Haha. Ye la, tahun lepas jalan cerita macam ni, tahun ni datang jalan cerita tetap sama. Tak ada sikitpun yang baru atau ditambah baik - sama macam dulu je. Bila diingat balik macam nak tergelakpun ada jugak... Gigih tengok show sampai dua kali tu. haha.

Habis show, gerak keluar, cari van yang kami naiki petang tadi dan balik ke hostel. Saya dan cik yah terus balik hostel sebab nak terkucil manakala yang lain turun di West Street. Nak jamu mata buat kali terakhir kata mereka. Mana tahu kot-kot jumpa apa-apa yang berkenan boleh terus rembat.

Sampai hostel, mandi, solat, kemas beg terus zzz...

Malam terakhir di Yangshuo... esok kami akan kembali ke Guilin sebelum meneruskan perjalanan ke Nanning....

~ bersambung lagi