Followers

Showing posts with label Seoul. Show all posts
Showing posts with label Seoul. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

Seoul - Jeju - Busan : Penutup

Overall trip mengejar cherry blossom terlaksana dengan jayanya. Walaupun hakikatnya sebelum kami jejak kaki ke Korea terlalu banyak 'drama-drama' yang tak terduga dan diduga terjadi. Biasalah, adat manusia biasa... mesti ada yang tersilap terkurang di mana-mana. Bermula dari saya, yang awalnya 50-50 nak sertai trip ni, lepas tu sorang tarik diri sebab baru dapat kerja baru dan lepas tu nak joint balik lepas dapat blessed cari bos baru, pertambahan ahli baru yang tak dikenali dan terakhir bila ahli yang memang confirm nak pergi tiba-tiba terpaksa tarik diri bila cuti tak diluluskan sebenarnya agak menduga kami terutamanya pada orang yang bertanggungjawab menguruskan tempahan hostel dan itinerary memang kena ada tahap kesabaran tahap dewa. What do you expect when you travel in a group? Memang inilah perkara-perkara biasa yang akan kita hadapi. Betul tak? Lainlah kalau jalan sorang-sorang - ikut satu kepala saja. Tapi pada saya, risiko-risiko yang diambil itulah yang memberi 'warna' sepanjang perjalanan kami.


Tapi syukur, kembara terakhir saya dengan GBS memang satu yang akan menjadi kenangan manis sampai bila-bila. Sayapun tak pasti bila lagi GBS dapat jalan sama-sama lagi lepas ni. Sebab sekarang masing-masing sangat sibuk dengan urusan dan komitmen masing-masing. Mugkin juga lepas ni saya kena tune otak saya untuk belajar jalan seorang diri atau mungkin juga terpaksa 'menutup' buku travel untuk seketika waktu. Wallahualam... hanya Dia yang tahu apa yang berlaku di kemudian hari.

Istimewanya bila berjalan dengan GBS ialah setiap dari kami mempunyai karektor masing-masing. Saya kira itu pelengkap kami. Cha Eung Sang yang kadang-kadang bersuara lantang tapi saya rasa kalau tak ada dia mesti kami semua sunyi. K.hana yang super cool, Cik yah selaku jurucakap, Kak yang jenis tak kisah (walaupun dia tak turut serta dalam trip ni) - mereka semua pelengkap dalam trip ini. Kami boleh bercakap apa saja dan kadang-kadang boleh bergurau 'kasar' antara satu sama lain.

Kalau nak tahu dia boleh jadi kawan atau sahabat, cubalah ajak di berkenala, selepas itu nilailah sendiri!


Pada saya trip kali ni best sebab saya tak diberi apa-apa amanah oleh GBS. Biasanya bab kena pegang duit mesti dipertanggungjawabkan pada saya. Best woo bila tak payah pegang banyak duit ni. Kihkih. Kalau tak mesti ada duit beg - 1 untuk belanja sendiri, 1 untuk belanja berkumpulan. Itinerarypun sama, semuanya dah dirangka oleh Cha Eung Sang. Saya hanya cari maklumat dan masukkan dalam 'buku hikmah' dan kemudian printkan saja untuk semua. Tapi, bab merangka itinerary ni, Cha Eung Sang sangat membantu. Walaupun kadang-kadang tak larat nak dengar celoteh dia... tapi rasanya kalau dia tak ada mesti susah nak siapkan itinerary. Sebab? Beliau sangat infomatif! Baru usul pendapat, tak payah tunggu lama info yang kita cari mesti dapat! Bukan senang nak cari kawan yang sanggup sama-sama bekerjasama menyumbang maklumat. 


Walau apapun dugaan dan ujian yang kita tempuhi sepanjang perjalanan kita, pada saya semua itu semuanya pengalaman baru yang mematangkan kita semua. Dan jangan serik untuk berjalan atau pergi ke mana-mana ia mungkin akan jadi pengalaman yang terindah pada kita nanti. Apapun terima kasih buat GBS, tak serik berjalan dengan saya. Dalam tempoh yang pendek banyak masa kita habiskan untuk jalan bersama - Guilin, Hanoi, Shenzhen, Hong Kong, dan banyak lagi trip-trip pendek kita. Semuanya ada value tersendiri.

Thursday, April 24, 2014

Last day in Seoul City

Hari terakhir di Seoul lebih kepada aktiviti santai. 

Masing-masing bangun awal, kemas semua barang dan beg dan check out terus. Tapi kami tinggalkan dulu beg-beg kam di hostel - lewat petang nanti baru datang ambil balik beg sebelum kami bergerak ke airport. Sempat lagi hantar dobi baju kat hostel dam petang nanti dah boleh dapat baju bersih :)

Malam nanti kami semua akan 'berkampung' di Incheon airport sebelum awal-awal pagi esok harinya bergerak ke Gimpo airport.

Walaupun bersiap awal tetap lambat jugak kami bergerak keluar dari hostel. Maklumlah jalan beramai ni macam-macam ragam, err... tapi rasanya lebih seronok kalau nak dibandingkan jalan sorang-sorang. Sebab? Nanti takde geng nak gaduh-gaduh! Kan?

Hari ni, beberapa tempat sekitar bandar Seoul sempat kami cover :
  • Namdaemun market - misi mencari kerongsang. Duit tak banyak, jadi mampu beli kerongsang je. huhu. Tapi bila dah sampai sana mesti ada yang ter'beli kan?
  • Namsan Park & Namsan Tower - kami berpecah. 
  • Mango Six Cafe, Gangnam - kasi can kat Cha Eung Sang pergi jumpa kekasih hati buat kali terakhir
  • Hello Kitty Cafe', Hongdae - kononnya kami nak jumpa kat sini semula, sekali kami yang terlambat.
  • Masjid Itaewon - akhirnya jumpa mereka semua di sini.
  • Myeongdong - buat kali ke-3 kami ke sini dan kali ke-2 makan nasi goreng kat Yoogane restaurant. Rancangan asalnya nak makan di sekitar Itaewon saja, sekali bila bendahari check tabung makan, duit tak berapa nak banyak untuk cover bayaran makan di sini. Jadi kami tukar plan terus ke Myeongdong. 


Layan gambar sajalah ye.

Ce' tengok gaya dia orang bergambar - tak habis-habis dengan gaya 'Kim Tan dan Cha Eung Sang'.
Namsan Park - sebenarnya plan asal nak ke Namsan Tower, sekali sampai kat tamannya pulak. Merasalah kami semua terpaksa menapak jauh untuk ke Namsan Tower. Tapi nasib baik jugak, sebab sebelum ni tak pernah sampai Namsan park pun. Dah alang-alang sampai, kamipun joint sekali pakcik tu panjat tangga. 
Pokok lain semua masih togel, kecuali bunga-bunga ini saja yang dah berkembang.
Pemandangan bandar Seoul dari atas Namsan Park. Bandar yang sangat pesat membangun.
Turun dari Namsan Park, kami belok kanan, jalan lebih kurang 1km lagi untuk ke Namsan Tower. Haish.. memang carik penyakit kan? 
Ketiak dah berpeluh ni, baru nampak tower dari jauh. Takpe, kami jalan santai-santai je buang masa. 
Akhirnya sampai jugak ke Namsam Tower. Tambang cable car 8,000won / return. Agak lama kami habiskan masa di sini. Sempat tengok show lagi sambil makan sotong bakar dan churos.
Pemandangan sekitar bandar Seoul dari puncak. Padlock dah makin banyak dan bertindih-tindih saya tengok.
Nasib baik ada uncle dan amoi Korea yang baik hati tolong ambil gambar kami. Agaknya diaorang kesian tengok kami gigih angkat camera sampai gigil-gigil tangan nak berselfie. Tapi jangan tanya mana gambar selfie kami ye! 
Kalau ke Namsan Tower jangan lupa try churos ni. Sangat sedap dan lembut!
Dah puas hati... turun dan terus gerak ke Hongdae.
Ambil dari dalam cable car

Tempat terakhir yang kami singgah ketika di Itaewon. Sempat dengar alunan azan maghrib. Lunak betul suara bilal. Teringat zaman di asrama dulu. 

Dalam banyak-banyak tempat di Seoul, hanya di sekitar masjid ni saja ada cherry blossom yang dah berkembang. 
Masjid yang berdiri gah di atas bukit di Itaewon. Pemandangan dari sini memang lawa. Cuma malam tu cuaca kurang baik, hujan. 

Dah settle kewajipan, kami terus ke Myeongdong mengisi perut. Selesai semua, gerak balik ke hostel - kemas semua beg dan gerak terus ke airport.


* Jumpa lagi di Jeju!

Tuesday, April 22, 2014

Cheonggyecheon Stream in downtown Seoul

Hari ke-3. Dek kerana frust dengan pemandangan yang tak lawa langsung di Nami Nara semalam, hari ini kami tukar plan. Option day 3 dalam itinerary iaitu ke Everland dijadikan highlight untuk hari ke-3. Katanya di sana ada Tulips Festival. Gigihlah semua orang bangun awal sebab nak mengejar bas di Gangnam. Lebih setengah hari jugak kami habiskan masa di sana. Banyak benor aktiviti menarik kat sana selain daripada melayan bunga-bunga tulip yang baru berkembang. 

Balik dari Everland, kami langsung ke Korea Tourism Office. Sebab? Kami semua tak solat lagi dan di KT office ada disediakan surau untuk muslim bersolat. Daripada kami patah balik ke Itaewon, baik kami terus ke sini. Lagipun malam nanti kami akan ke Dongdaemun untuk makan ikan bakar. 

Dalam itinerary kami Cheonggyecheon Stream memang tak termasuk dalam list. Kononnya dah pergi masa 1'st visit dulu. Tapi alang-alang dah sampai KT office, lintas jalan saja terus jumpa Cheonggyecheon Stream. Jadi, apa salahnya kami singgah sekejap. Tengok payung-payung yang bergantungan memang menarik hati!  

Malas nak taip panjang, layan gambar saja la.

Istimewanya kali ni dapat tengok pemandangan sekitar Cheonggyecheon Stream dalam 3 suasana berbeza - waktu petang, senja dan malam. Semuanya menarik!

Asalnya sungai sepanjang lebih kurang 8.4km ini tercemar sebab semua air kumbahan dari rumah-rumah disekitarnya disalurkan secara terus ke aliran sungai ini. Tapi di atas inisiatif kerajaan, telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang tinggi untuk membersihkan dan sekaligus memulihara keadaan sungai ini. Dan kerja ini tidak mengambil masa yang singkat ye...
Nah inilah yang melambai-lambai kami.... Orang Korea memang kreatif, gantung payungpun nampak comel kan?
Pandangan dari atas
Pandangan dari bawah
Joint warga Korea berekreasi
Cubaan kami untuk mengambil payung. Agak-agak sampai tak??
Dari sudut lain - tempat yang agak tersorok dan sunyi, tapi tetap cantik dan mendamaikan
Menyusurui sungai dari atas - ramai orang berekreasi
Matahari hampir terbenam di tengah-tengah bandar Seoul.
Reflection of the sun
Waktu malampun orang tetap ramai di sekitar Cheonggyecheon Stream ni. Tempat ini memang tak pernah sunyi dengan orang, padahal masa tu dah hampir 10.00 malam.

Jadi kepada sesiapa yang nak ke Seoul jangan lupa masukkan Cheonggyecheon Stream sebagai salah satu tempat yang harus disinggahi. Yang pentingnya ianya PERCUMA!

Monday, April 21, 2014

Gangchon Rail Bike

Hari ke-2 di bumi K-pop ada beberapa tempat yang kami plan untuk pergi. Kali ini kami 'lari' jauh sikit dari bandar Seoul. Agenda utama ialah nak naik Rail Bike RUNNING MAN! Trip kali sangat dipengaruhi oleh cerita/drama/movie/variety show Korea! Selain itu kami juga nak ke Nami Nara dan Petite France (bergantung pada kesempatan masa). Kebetulan tempat-tempat yang kami nak pergi berhampiran, jadi rangkum terus dalam satu hari. Sampai atau tak sampai, cerita no. 2.  

Route : St. Itaewon (line6) - St. Samgakji (line 4) - Ichon - Yongsan (line 1) - ambil ITX ke St. Gangcheon.

* details untuk ke sini boleh rujuk blog Cha Eun Sang

Sampai di St. Gangcheon, kami ambil taxi (4,000won/taxi). Boleh naik bas dan jalan kaki, tapi kami pilih option yang paling mudah dan tak memenatkan. 

Tak sampai 10 minit naik taxi, dah sampai. Beli tiket di pejabat jualan tiket - seat for 4 person 35,000won dan tiket yang kami dapat pada pukul 10.30am. 


Sementara tunggu masa untuk naik rail bike, kami jalan-jalan kawsan sekitar. Gangchon ini adalah pekan kecil, tapi pemandangan sekitar dikelilingi bukit-bukau dan sungai. Cuba bayangkan kalau datang waktu winter atau autumn. Mesti lawa!!

Layan gambar je la.

Pemandangan sekitar rail bike. Ada pekan kecil, sungai yang besar, dan dikelilingi dengan bukit-bukau.
US - kami naik 2 buah rail bike dengan 4 seats. Mula dari Gangcheon dan berakhir di Gimyujeong, perjalanan hampir 1 jam. Kena kayuh sendiri dan bila sampai part naik bukit, terus bertukar ke auto mode. Jadi takdelah penat mana. Err.. sebab ada orang lain yang gigih mengayuh. hiks
Pokok di sekeliling masih togel, tapi lawa je pemandangan tu.
Lagi pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan.
Terowong kedua tak silap, siap ada lampu ala-ala disco dengan lagu Oppa Gangnam Style berkumandang. Apa lagi masing-masing siap dengan aksi mencucuk langit la! Teringat geng Runnung Man berdisco dalam terowong
Lagi beberapa terowong yang kami lalu. Tak ingat dah berapa semua terowong yang kami lalu
Lagi pemandangan dalam perjalanan
Masing-masing dengan gaya masing-masing.
Last stop @ Gimyujeong. Mula-mula kami ingatkan tempat ni library. Tapi ia adalah museum CD. Sangat kreatif!
Gambar lengkap dan separa lengkap ahli rombongan! 

Dah puas pusing-pusing sekitar, kami naik shuttle bus (FOC) yang disediakan untuk balik semula ke St. Gangcheon. Sampai sana, kami jalan kaki je untuk ke stesen Gangcheon, tak jauh lebih kurang dalam 1.5km, tapi boleh layan jugak penat panjat bukit!

Dah, jom balik!

* next destination is Nami Nara. Disebabkan kecewa dengan pemandangan Nami, jadi takde entry untuk Nami.

Monday, April 14, 2014

Tulips Festival @ Everland and Hallim Park, Jeju

Selain melayan mata dengan cherry blossom, sempat juga kami tengok tulips di bumi K-pop, dua kali di dua lokasi berbeza iaitu Everland dan Hallim Park.

Hari ke-2 selepas kecewa melihat Nami Island yang masih 'gondol', balik guesthouse, kami buat keputusan untuk ke Everland pada esoknya. Kebetulan di Everland sedang berlangsung The Tulips Festival (21 Mac - 27 April). Jadi, peluang yang ada mana boleh dilepaskan.


Ada beberapa option untuk ke Everland iaitu :
  1. Gangnam St (line 2) or Sinbundang line, exit 5 @ 10 > take bus 5002 (travel time : 50 min)
  2. Gangbyeon St (line 2), exit 1 > take bus 5800 (travel time : 50 min)
  3. Sadang St (line 2,4 ), exit 2 @ 3 > take bus 1500-2 (travel time : 80 min)
NOTE : lain-lain option boleh rujuk di SINI

Kami pilih option 1 : Dari Itaewon St (line 6), transfer line at Sindang St (line 2) and stop at Gangnam St, exit 10.

Direction to bus stop from Gangnam st, exit 10. Harga tambang bus lupa, tapi boleh bayar guna T-money.
Gangnam - kawasan di sini penat membangun, bangunan semua tinggi-tinggi belaka. Orang lain sibuk nak pergi kerja, kami pulak sibuk mencari bus nak ke Everland. Perjalanan untuk sampai ke Everland hampir 1 jam, jadi sempatlah kami layan mata kejap. haha. Bas 5002 akan membawa kita terus ke hentian akhir iaitu di Everland. Turun bas dan ambil free shuttle bus untuk terus ke main entrance Everland. Boleh beli tiket di booth ticket khas untuk foreigner, daily pass 32,000 won/person.
Bunga tulip menyambut kami di pintu masuk Everland. Sementara banyak pokok-pokok yang masih togel dan malu-malu nak keluarkan putik bunga.
Sementara tunggu kawan-kawan naik T-express, sempat layan petunjukan dan naik cable car. Boleh nampak seluruh Everland dari atas!
Banyak pokok yang masih tak berdaun. Masuk ke taman rosepun pokok togel.

Jom layan bunga-bunga yang terdapat di Tulips Festival, Everland. Kami pergi seminggu selepas festival ini bermula. Kebanyakan bunga masih belum kembang dan ada setengah taman yang masih belum dibuka. Sementara tunggu rezeki nak ke Keukenhof Garden macam John, kita layanlah tulip kat Korea dulu....

Lebah dan bunga memang tak dapat dipisahkan
Tak pasti nama bunga apa, tapi warnanya sangat menarik!
Dari jauh dah nampak bunga yang melambai-lambai. Angin sepoi-sepoi bahasa dan sejuk! Memang nyaman suasana hari tu walaupun hakikatnya panas terik!
Ada warna merah
Merah dan putih...
dan saya paling suka yang ni, nampak classic!  
purple pun ada
Semua warna-warna tulips ni menarik hati!
Ada lagi - tak pastilah ada berapa jenis tulips kat sini
Ok, ni yang terakhir... kang ada yang muntah pulak tengok bunga banyak-banyak.


Kebetulan kami pergi pada akhir Mac dan menghampiri April. Bulan Mac ialah bulan tulip di Hallim Park dan April pula bulan untuk Cherry Blossom. Rezeki kami... dapat tengok dua-dua bunga sekaligus. 

Tempat pertama yang kami terjah selepas sampai di Jeju-si, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan jarak sejauh 33 km.
Sekitar Water Woman Garden, Hallim Park
Tulips Festival @ Water Woman Garden
Merata-rata tempat bunga tulip
Baru lepas kena siram ye, bukan embun
Tulip putih yang dah kembang. Lawa juga tengok bunga yang kembang. Biasa tengok yang kuncup je
Banyak bunga yang dah kembang. Maklumlah dah di akhir musim
Kreatif, ada patung-patung comel disebalik bunga-bunga

note : Lepas ni nak ke Chiang Mai pulak untuk tengok tulips, tak pun terus ke Eropah lah! Woha!!