Followers

Tuesday, August 24, 2010

Edisi kuih raya : Popia Nestum

*lagu Suasana Hari Raya berkumandang
*mood raya....
Resepi ni cik nilli yg perkenalkan. Maka, gigih la dua manusia ke Jusco 2 minggu berturut-turut membeli bahan-bahan semata-mata nak buat menda alah ni. Tapi menjadi uolls!
Modus operandi kami : mahu buat kejutan pada Pn. Fatimah masing-masing. hiks.
*Padahal Pn. Fatimah tak heran pun setakat kuih raya camni! hahaha. Tapi nak jugak bangga ngan hasil air tangan kami.
Cubaan pertama : marvelous! * TQ budak kecik tolong 'siyek' kulit popia ^_^
Cubaan kedua : hampa! Kulit popia giant adalah tidak sesuai utk membuat kuih ini! Keras macam kulit lembu! Tak tau nak buat ape dgn 5 bungkus kulit popia tu! *band Giant!!!
Cubaan ketiga : terpaksalah kami menapak ke Jusco untuk kali kedua semata-mata nak beli kulit popia yang baru. Nasib baik kali ni menjadi. Tapi tak penuh pun satu balang! iskhh...
~ kulit polia yang siap digulung ~

~ selepas gulung gunting secara menyerong ~

~ zoom dekat skit ~

~ hasil : popia yang siap digoreng dan dicampur nestum + horlick + gula ~

~ popia gulung : hanya demo utk cik nilli ~
Bahan-bahan
1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat
[b]Cara:
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.
2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.
3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.
*sumber : izanman.fotopages.com

PM : Pn. Fatimah cakap raya tahun ni nak masak nasi dagang! woha!