Followers

Tuesday, January 28, 2014

This is Terengganu Darul Iman

Ikang celop tepung di warung Pok Nong, Wakaf Tengah - orang kata kalau datang ke Terengganu, antara acara wajib ialah kena singgah makan ikan celop tepung. Antara gerai ICT yang menjadi tumpuan penduduk tempatan ialah di sekitar pantai Teluk Ketapang atau pantai airport. Kali ini warung Pok Nong menjadi pilihan. Lokasinya di kampung Wakaf Tengah (berhampiran UMT) yang sentiasa full house!
Jagung parut - selain daripada ABC dan air nyior, satu lagi tarikan di warung ini ialah jagung parut. Sangat sedap! Pekena semangkuk confirm tak cukup. Kombinasi jagung dan aiskrim sangat sesuai. Tambahan pulak, jagung parut yang dibuat tidak terlalu manis dan tak juga terlalu tawar. 

p/s : proud to be a part Terengganu territories! ^_^


Saturday, January 25, 2014

Land of Smiles Trip (8) : Sangkhlaburi yang nyaman

Jauh saya ditinggalkan oleh mereka semua.
Pemandangan di sekitar perkampungan di Sangklaburi
Petang itu selepas solat kami semua dah sepakat untuk ke Mon Bridge yang hanya terletak lebih kurang 400 meter (kalau berjalan kaki) dari Coffee Berry. Jadi, masa petang yang ada rugi kalau hanya dihabiskan di dalam bilik saja. 

Lebih kurang pukul 6 petang selepas bersiap ala kadar, kami berjalan dari guesthouse. Suhu semakin sejuk dan dingin. Mataharipun dah jatuh, tapi masih cerah. Berjalan menyusuri sekitar kawasan perumahan di sini tak jauh bezanya dengan suasana di Malaya. Sangat aman dan damai. 

Mon Bridge yang akan kami lawati merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan di Sangklaburi. Ia merupakan jambatan kayu kedua terpanjang di dunia iaitu lebih kurang 1,500 kaki panjang. Ia dibina untuk menghubungkan antara pekan Sangkhlaburi dan perkampungan Mon. Tapi sayangnya jambatan ini runtuh pada Julai 2013 yang lalu selepas ribut melanda tempat tersebut. Tak dapat nak feeling-feeling seberang jambatan kayu. huhu.

Tapi atas inisiatif penduduk kampung, sehari selepas ribut pulih mereka bergotong-royong membina jambatan buluh sementara jambatan kayu diperbaiki. Seramai lebih kurang 500 penduduk kampung bergotong-royong membina jambatan buluh menyeberangi sungai seluas 450 meter dan kerja-kerja pembinaan mengambil masa lebih kurang 6 hari untuk siap. Sekarang jambatan buluh itulah yang digunakan untuk menghubungkan pekan Sangkhlaburi dengan kampung Mon.

Jom layan gambar.

Suasana sekitar Mon Bridge di remang senja - walaupun dah lewat petang, jambatan ini tak putus-putus dikunjungi pelawat, termasuklah kami!
Jambatan buluh yang dibina sementara jambatan kayu dibaikpulih. Walaupun ia merupakan jambatan sementara, binaannya sangat kukuh dan cantik.
Matahai dah jatuh dan semakin hilang dari bumi Sangkhlaburi 
Senja di Mon Bridge
Pemandangan dari jambatan buluh - nampak binaan Mon Bridge yang runtuh.

Sangkhlaburi walking street - pasar malam ini hanya dibuka
pada hari minggu sahaja.
Keadaan dah semakin gelap, jadi kami semua berjalan balik ke guesthouse. Tapi lalu je depan guesthouse, dan berjalan lagi menuju ke pekan Sangkhlaburi. Jaraknya lebih kurang 500 meter jugak nak sampai betul-betul di pekan. Walaupun malam, berjalan di sini aman dan selamat. Lampu di kiri dan kanan jalan menjadi peneman kami ber'4. Cumanya kadang-kadang cuak sikit bila bertembung dengan anjing. Nasib baik anjing kat sini baik. Kalau tak mahunya kami semua cabut lari!

Tempat yang kami nak tuju ialah Sangkhlaburi walking street. Ia seperti pasar malam. Macam-macam dijual di sini - makanan, pakaian, barang kraftangan dan siap ada petunjukan lagi. Agak meriah suasana di sini. Seronok juga dapat tengok suasana penduduk sekitar dengan lebih dekat.

Sekitar pasar malam - makanan di sini sangat menarik di mata kami, tapi tak berani nak beli sebab tak yakin halalnya. Ada beberapa gerai menjual makanan halal yang kami jumpa di sini. Kebanyakannya menjual makanan cucuk dan bergoreng. Jadilah buat alas perut untuk makan malam ni.
Siap ada live band dan petunjukan tarian tempatan. 

Kami berjalan tanpa arah tuju. Sambil makan makanan goreng-goreng kami bertanya pada penjual muslim kalau ada kedai makan halal di sekitar pekan ini. Ada rupanya! Jadi, selepas bertanya arah kedai itu, kami keluar dari kawasan pasar malam untuk mencari kedai makan Sala. Puas pusing, sampai lenguh kaki, bayang kedai makan Sala pun kami tak jumpa. Akhirnya, kami hanya mampu singgah di 7 eleven saja. Dah putus asa, kami decide untuk balik ke guesthouse saja. Lagipun cuaca dah semakin sejuk!

Sampai di guesthouse, asalnya nak masuk bilik terus, tapi sempat lagi kami semua panjat rooftop dan berborak ria. Elok pulak tengah sejuk-sejuk ni lepak kat atas bumbung. Saja cari nahas kan? Lepas tu masing-masing masuk bilik, bersih diri, solat dan siap-siap untuk tido. Izza sempat lagi makan nasi asam pedas segera. Lapor katanya...

Hari yang panjang dan perjalanan yang panjang. Alhamdulillah kami sampai di Sangkhlaburi dengan selamat. Harap-harap kawan-kawan kami yang meneruskan perjalanan balik ke Bangkok pun begitu juga...

~ bersambung hari baru di Sangkhlaburi 

Friday, January 24, 2014

Miracle in Cell No. 7

Saja nak berkongsi satu movie yang saya baru tengok. Er.. matapun bengkak lagi dek kerana 'kehujanan' masa tengok cerita ni. Sangat sedih cerita ni! Tapi dalam masa yang sama cerita ni buat saya tergelak besar sebab kelakar!

Cerita ini tentang kisah seorang anak yang terpaksa berpisah dengan ayahnya (ayah dia mental disable) selepas ayahnya ditangkap atas tuduhan membunuh dan rogol kanak-kanak lebih kurang sebaya dengan Yesung. Kesian Yesung sebab tak tahu tentang ayahnya selepas ayahnya ditangkap. Tapi budak Yesung yang bijak dan comel ni seakan-akan tahu ke mana ayahnya pergi. Sehinggalah rumah yatim tempat yang dia tinggal tu adakah petunjukan di penjara tempat ayahnya dipenjara. Selepas itulah bermula kisah ajaib yang berlaku di dalam sel bernombor 7.

Kalau nak tahu kisah kesudahan korang kena tengok sendiri la ya!

Sayapun baru tengok sebab tak tahan 'godaan' cik bunga yang kata cerita ni best! Terus tanya pakcik google mana nak tengok!

Bak kata cik bunga, jalan ceritanya 'rare' sebuah movie korea. Satu kisah hubungan antara anak dan ayah yang bisa buat semua orang tersentuh hati. Budak comel Yesung ni memang sesuai dengan wataknya dan Yesung besar lakonan 'makwe' Kim Tan - Park Shin Hye juga sangat terkesan walaupun scene dia tak berapa banyak.

Sesiapa yang terasa nak tengok boleh tengok di SINI.

Gambar-gambar di bawah semua saya 'cedok' dari pakcik google. hihi

Rakan sel no.7 ayah Yesung
Yesung dan ayahnya menari tarian Sailor moon - salah satu karektor cartoon yang popular ketika itu. Disebabkan beg Sailor moon ini jugalah yang mengheret ayah Yesung ke penjara dan akhirnya terpisah dengan Yesung
Salah satu scene Yesung dan ayahnya dalam penjara


Thursday, January 23, 2014

Land of Smiles Trip (7) : Saiyoknoi Waterfall dan perjalanan ke Sangklaburi

Dari Hellfire Pass, pakcik van terus berpatah balik menuju ke Kanchanaburi. Selepas hampir 30 minit perjalanan van berhenti di pinggir jalan - sekitar kawasan air terjun. Kami turun dan pakcik van kata kami diberi masa lebih kurang 45 minit - 1 jam untuk jalan-jalan di sekitar kawasan air terjun. Masuk PERCUMA. Ramai juga pengunjung di sini, tapi kebanyakkannya terdiri daripada penduduk tempatan. Semuanya macam berkelah dan berekreasi dengan keluarga.

Entrance masuk di atas papan tanda ini. Naik tangga je, lepas tu terus jumpa air terjun
Permulaan air terjun - air terjun di sini biasa-biasa saja. 
Saya kira inilah punca air terjun utama di sini. Ada satu aliran air terjun yang menuruni bukit dan disekelilingnya dilingkungi oleh kolam. Di sini memang ramai budak-budak berendam. Hairan, airnya agak keruh padahal air terjun yang turun bukan main jernih lagi
Mulanya saya tengok air terjun ini biasa-biasa saja - seperti air terjun di tempat lain. Tapi, lepas diperhatikan keadaan di sekitarnya agak unik air terjun ini. Sebabnya aliran airnya berserakan di merata tempat. Bermula dari air terjun yang turun dari bukit, airnya mengalir di seluruh kawasan tanpa ada arus. Contohnya seperti gambar di atas dan di bawah - kedua-dua tempat ini dilitupi air. Sekali pandang kawasan ni macam banjir pulak
Jangan tak percaya, kawasan dalam gambar ini adalah kawasan air terjun. Semuanya berair. Kita boleh lalu di semua tempat. Aliran airnya tenang, dan cetek saja. Tapi airnya sejuk dan jernih!
Kawasan bawah air terjun. Di sekitarnya ada kedai dan restoran yang didirikan di atas air. dan di sekitar kawasan lapang pula ada kedai-kedai jual cederamata dan kedai jual kerepek. Sedap-sedap kerepek yang dijual kat sini.

Dah puas berjalan kami singgah di membeli kerepek di gerai sekitar air terjun. Tapi dalam banyak-banyak gerai kami jumpa gerai pancake kelapa. Menarik dan nampak sedap. Yang penting halal. Apa lagi, masing-masing order la. 

Kalau singgah di Saiyoknoi Waterfall jangan lupa singgah dan rasa pancake coconut yang brother ni jual. Tak tipu, memang sedap!
Rupa pancake - yang saya punya ni saya dah request tak nak tambah susu dan gula. Itupun dah manis gila dah. Campuran isi kelapa muda dengan pancake tu memang masuk dan sedap - lemak manis rasanya. Lepas ni kot ada sesiapa nak cuba resepi roti canai bolehlah try buat roti canai kelapa muda, mesti laku jual ni!

Perjalanan diteruskan hingga sampai di stesen bas Kanchanaburi lagi. Sampai lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Kami ber'4 terus ke kaunter minivan untuk beli tiket ke Sangklaburi - THB175/person. Manakala rakan-rakan yang lain mencari minivan untuk kembali ke Bangkok. Elok saja sampai di kaunter, minivan dah sedia menunggu dan kami terus beli tiket sebab perjalanan kami masih panjang - masih berbaki lebih kurang 3 jam atau mingkin lebih untuk sampai ke Sangklaburi. Tiket dah dapat, masing-masing ambil bag dan terus ucapkan selamat jalan buat kawan-kawan yang lain. 

Sekarang hanya kami ber'4 saja yang menuju ke Sangklaburi bersama penumpang yang lain. Semuanya local kecuali kami ber'4 dan seorang uncle mat salleh. Ada cerita kelakar di sini. Masa kami beratur nak beli tiket, uncle ni beratur di depan kami. Bersamanya seorang perempuan tempatan. Scene makcik bercakap 'agak kasar' dengan uncle mat salleh menarik perhatian kami semua. Siapa sangka pasangan itu naik minivan yang sama dengan kami. Mulalah timbul bermacam-macam spekulasi tentang pasangan itu. Kata Anne, 'mungkin perempuan local yang tak berapa nak cantik makwe atau 'teman seperjalanan' uncle mat salleh tu'. Macam-macam yang kami bayangkan, hingga kadang-kadang sangkaan kami tersasar jauh! Haish teruk betul! 

Ok, kita tinggalkan kisah uncle mat salleh dan makcik local dengan hal mereka. Perjalanan di teruskan. Minivan beberapa kami berhenti untuk pemeriksaan polis. Maklumlah Sangklaburi bersempadan dengan Myanmar, jadi banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya isu keselamatan. Alhamdulillah, kami tidak menghadapi masalah. Yang penting 'buku merah' sentiasa ada, InsyaAllah selamat.

Beberapa kali tertidur dan terjaga, akhirnya selepas lebih 3 jam kami selamat sampai di Sangklaburi. Pemandangan sepanjang perjalanan agak menarik. Minivan melalui kawasan berbukit-bukau dan yang paling menarik kami dihidangkan dengan pemandangan dari empangan yang lawa. Tapi tak ada gambar sebab jalan macam ular kena palu. huhu.

Kami diturunkan oleh pakcik minivan di tepi jalan sekitar bandar Sangklaburi - bandar yang kecil, tenang dan nyaman. Sementara tunggu Anne telefon owner Coffee Berry Guesthouse untuk ambil kami semua, kami jalan-jalan di sekitar walking street. Masih awal, jadi gerai di situpun baru nak buka.

Sangklaburi walking street : Dibuka seminggu sekali. Malam nanti ada pasar malam di sini.

Tak sampai 15 minit Ying datang ambil kami. Tak jauh sebenarnya jarak dari sini untuk ke guesthouse. Tapi alang-alang owner guesthouse baik hati nak datang ambil kami, kita gunalah kemudahan yang ada kan? Malam ini kami akan bermalam di sini...

Coffee Berry Guesthouse yang unik dan comel. Bilik kamipun sangat selesa. 

Hari masih muda, kami sampai di Coffee Berry, check in, solat dan rehat sekejap. Lepas tu kami keluar lagi. Rugilah datang jauh-jauh duduk kat bilik aje kan? hiks.

~ bersambung lagi


Tuesday, January 21, 2014

Land of Smiles Trip (6) : Hellfire Pass Memorial : Burma - Thailand Railway

* momentum untuk teruskan entry ni sangat selow!

Hari terakhir di Kanchanaburi. Petang ini kami ber'8 akan berpisah mengikut rencana masing-masing. Perjalanan saya 4 sekawan masih berbaki lebih kurang 5 hari lagi, manakala 3 rakan kami akan kembali ke Malaya dan seorang lagi pula akan teruskan perjalanan ke Cambodia. Tapi sebelum itu, sementara menunggu petang, masih ada agenda lain di Kanchanaburi yang akan kami lakukan bersama-sama.

Selepas breakfast, check out dari VN Guesthouse kami minta staff guesthouse untuk panggilkan tuk-tuk untuk bawa kami ke Stesen bus Kanchanaburi. Tambang dikenakan ialah THB20/person. Sampai di sana, kami cari tempat untuk simpan beg sebelum teruskan rencana kami. Kami tinggalkan beg di pejabat Tourist Office dengan bayaran THB20/person.

Dah selsesai semua urusan barulah masing-masing cari option untuk ke Hellfire Pass Memorial. Ada beberapa cara untuk ke sini sama ada menggunakan public transport (naik bas) ataupun sewa tuk-tuk. Beberapa kali kami di'approach' oleh local yang menyediakan perkhidmatan tuk-tuk untuk ke sini, akhirnya selepas ditimbang-timbang kami setuju untuk sewa tuk-tuk dengan bayaran THB100/person/return dan tambahan THB10/person untuk singgah di Sai Yok waterfall. Total lost : THB110/person (RM11.00/person).

Perjalanan lebih kurang 1 jam naik tuk-tuk dengan cuaca dingin dan angin yang kuat memang menyeksakan! Haha. Sejuk gila ok! Dah la pakcik tuk-tuk bawak lori macam pelesit! Sampai kami semua yang duduk belakang ni macam nak terbang dibuatnya.

Sampai di pintu masuk, pakcik tuk-tuk melaporkan diri dan kami kemudian membawa kami semua masuk ke dalam kawasan memorial. Mujur naik tuk-tuk, tak payah berjalan kaki untuk masuk ke dalam. Kalau kami semua naik bus, kena menapak la jawabnya untuk masuk ke dalam kawasan memorial. Di sini kami diberi masa lebih kuran 2-3 jam.

Sedikit info tentang Hellfire Pass - Dibina pada tahun 1998 oleh kerajaan Australian sebagai tempat untuk memperingati tahanan perang dan juga buruh kasar yang telah dikerah untuk melakukan pembinaan landasan keretapi : Thai-Burma Railway pada tahun bermula pada Oktober 1942 siap pada 16 Oktober 1943. Landasan sepanjang 415 km siap dalam tempoh setahun menghubungkan antara Nong Pladuk di Thailand dan Thanbyuzayat di Burma (Myanmar). Kalau nak tahu lagi kisah tentang tempat ini dan sejarah disebalik pembinaannya boleh baca di SINI

Waktu operasi dan apa yang ada di sini. Masuk adalah PERCUMA.

Dedikasi pembinaan muzium dan juga memorial

Di dalam muzium terdapat beberapa bahagian - pengenalan, sejarah, dan bilik tayangan video pendek. Masuk ke dalam muzium ini, tipulah kalau saya tak rasa apa-apa. Walaupun sekadar tahu sedikit sejarah tentang tempat ini, jauh disudut hati terasa sayu. Bayangkan hanya kerana kuasa dan peperangan banyak nyawa yang tak berdosa menjadi korban. Baik tahanan perang mahupun yang menjadi buruh paksa semuanya menjadi mangsa. Terutamanya buruh paksa. Lebih kurang 250,000 orang menjadi tawanan dan dipaksa bekerja tanpa rehat. Mungkin ada datuk moyang kita yang pernah menjadi buruh di sini, siapa tahu kan? Daripada jumlah tersebut, 70,000 - 90,000 mati akibat dijangkiti penyakit atau kekurangan makanan. Bayangkan mereka semua dikerah bekerja lebih 12 jam sehari dan hanya diberi makanan iaitu nasi bersama sayur jeruk 2 kali sehari. Sudahlah kurang makan dan tak cukup zat, mereka dikerah bekerja dan jika ada yang sakit mereka akan didera ataupun dibiarkan mati begitu sahaja. Banyak kubur tanpa nisan di sini. 

Sedikit penerangan sejarah apa yang berlaku di sini.

Salah satu surat kepada keluarga mangsa yang telah mati.

Selesai melawat sekitar musium, kami turun ke bawah pula untuk lihat sendiri tempat asal yang menjadi kem tentera Jepun untuk membina landasan keretapi. Masing-masing berjalan dan melayan perasaan sendiri - cuba menyelami keperitan yang dilalui oleh tahanan dan buruh yang dikerah membina Death railway ini suatu ketika dahulu. 

Kami turun ke tangga, mengambil jalan ke kiri untuk turun ke kawasan sekitar memorial
Sebahagian landasan yang telah usang. Tapi masih kelihatan. Disepanjang jalan inilah dibina landasan keretapi di mana banyak keringat dan kudrat manusia terkorban. 
Sunyi dan agak 'seram' berada di sini. Keadaannya sangat redup seolah-olah tempat ini menyimpan banyak peristiwa sedih dan pilu. 
Ini adalah peralatan utama yang digunakan oleh tahanan dan buruh paksa untuk memotong atau mencukil dinding batu yang keras untuk membina landasan. Bayangkan hanya dengan alat ini dinding bukit dibelah untuk mengeluarkan batu-batu keras. Haish... memang tak boleh bayangkan!
Antara kubur/nisan tahanan yang mati. Hanya ditanam di tepi laluan landasan saja.
Sebahagian tapak landasan asal yang dibina. Landasan ini dibina membelah bukit yang berbatu keras ini. 
Pengakhir laluan. Tangga di kanan terdapat lagi landasan yang dibina seperti separuh siap ataupun sudah runtuh dimakan usia dan tangga di sebelah kiri adalah laluan balik bertangga. Sebenarnya di bahagian belakang masih ada kawasan landasan, tapi ketika itu kawasan tu ditutup untuk kerja-kerja penyelengaraan.
Landasan keretapi yang didapati apabila naik ke tangga sebelah kanan.

Turun dari tangga di sebelah kanan, melihat kawan-kawan yang sudah angkat kaki untuk berpatah balik, saya ambil keputusan untuk pilih laluan bertangga untuk kembali ke depan. Saya dan Izza sama-sama mendaki tangga yang dikelilingi pokok buluh di sekitarnya manakala Zilla, Anne dan Meda memilih untuk menggunakan laluan yang sama sewaktu kami datang tadi. 

Tangga yang tinggi dan memenatkan! Berkali-kali kami berhenti mencari nafas. huhu.

Selepas semuanya kembali ke kawasan parking dan berkumpul, The Hellfire Pass Memorial kami tinggalkan dengan penuh kenangan. Menyusuri sejarah peperangan kadang-kadang buat diri saya tertanya-tanya apakah yang dicari mereka semua hingga tanpa belas membunuh sesama sendiri tanpa belas. Itu kisah dulu... tapi hari ini masih ramai saudara-saudara seislam kita yang tertindas tanpa pembelaan....

Monday, January 20, 2014

Gunung Irau, Cameron Highland

Alhamdulillah, selamat sampai di SK selepas 3H2M berada di Cameron Highland. Walaupun sakit satu badan, tapi misi kami untuk sampai ke puncak Irau berjaya! Er... walaupun hanya mampu jejak di puncak Mini Irau, tapi saya kira ia satu kejayaan besar dan kepuasan buat orang biasa seperti saya. Haha! Saya kira ia satu pendakian yang sangat mencabar! Bergelumang dengan selut dan akar-akar pokok yang melingkar di sana-sini sangat menguji semangat kami. Ditambah pula dengan suhu yang sejuk - suhu jatuh hingga 13 darjah beserta gerimis kabus mengiringi perjalanan kami. Memasuki hutan yang penuh misteri - di mata saya, memang sangat menabjubkan. Apapun satu pengalaman menarik dan memang tak dapat dilupakan. Entry penuh, tunggu ye...

"Jika bermimpi biar setinggi langit, andainya jatuh masih disambut awan.
Bukalah mata lihatlah sekeliling, masih banyak yang belum dicapai tangan" - Pemula Langkah, Hijjaz


p/s : ingin sematkan sebanyak mungkin kenangan manis dalam hati di tanah tumpah darahku sebelum meninggal ia jauh-jauh nanti....

Tuesday, January 14, 2014

Canopy walkway @ FRIM

Siapa sangka di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur masih ada kawasan hutan yang dipulihara dan dipelihara serta dibangunkan menjadi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia - FRIM. Dah beberapa kali ke sini, tapi ini kali pertama dapat peluang untuk naik canopy walk a.k.a titian kanopi di dalam FRIM ini. Mungkin masih ramai yang tak tahu sebab kalau sebut canopy walk, yang terlintas difikiran mereka ialah pergi ke Poring Hot Spring di Kundasang ataupun di Taman Negara. Sekarang tak payah nak pergi jauh-jauh dah, kat Kepong pun ada canopy walk dan titiannyapun tak kurang hebat berbanding yang lain.

Sedikit pengenalan FRIM - 80 tahun yang lalu kawasan ini terdiri daripada lombong tinggal, kebun sayur dan belukar. Bermula tahun 1926, renjer hutan dan saintis telah memulih semula kawasan ini sehingga menjadi persekitaran hutan yang indah. Kebanyakan hutan-hutan dan pokok di sekitar kawasan ini telah dikaji secara menyeluruh seperti Taman Sains Rimba FRIM. Hari ini, FRIM terkenal sebagai salah sebuah pusat rujukan yag terkemuka dalam penyelidikan perhutanan. [rujukan : pamplet FRIM]

Kawasan sekitar FRIM telah dibahagikan mengikut zon : A-H dan antara zon-zon yang menjadi tarikan pengunjung ialah :
  • Zon B : Paya burung (wetland)
  • Zon C : Taman Etno-botani
  • Zon D : Denai Keruing & Denai Salleh
  • Zon G : Titian Kanopi/ kawasan perkelahan (air terjun) / rumah tradisional (Rumah Terengganu)
  • Zon H : Abboretum Dipterokap

Tujuan utama kami ke FRIM kali ini ialah nak trekking hutan FRIM dan naik canopy walkway.

Info : 

1. Bayaran masuk ke FRIM ialah RM5.00/kereta - caj dikenakan ikut kereta dan bilangan ahli dalam kereta. Contohnya kami ber'4 naik sebuah kereta dikenakan caj masuk sebanyak RM8.00/entry.
2. Untuk menaiki titian kanopi MESTI beli tiket masuk di kaunter Pusat Pekhidmatan Setempat (di zon D) yang berharga RM5.00/ person - nanti pegawai yang bertugas akan beri penerangan mengenai route yang akan dilalui.
3. Jangan lupa bawa minuman dan makanan secukupnya.

Jom ikut kami ke titian kanopi!

1'st trekking - melalui jalan rata dikelilingi hutan, memang nyaman suasana di sini!
Selepas 30 minit berjalan akhirnya jumpa simpang untuk menuju ke canopy walkway
Inilah trekking yang kami kena tempuh. Pic (1) - mendaki, pic (2)- pandangan dari atas.

Selepas berpenat lelah mendaki akhirnya kami sampai di pelantar canopy walkway. Masuk ke dalamnya dan naik tangga akan ada staff yang menunggu untuk semak tiket. Jangan hilangkan atau koyakkan tiket ye.
Inilah rupa titian kanopi yang dibina pada tahun 1992. Ada 5 titian kesemuanya. Setiap satu titian mampu menampung 3-4 orang pengunjung dalam satu masa. Di lantai titian ada tanda merah dan setiap orang mesti naik seorang demi seorang. Kami dinasihatkan supaya menjaga jarak masing-masing bila berjalan di titian nanti. Tanda merah pada lantai bertujuan untuk membezakan jarak antara satu sama lain. 
Titian 1
Titian 2
Titian 3
Pemandangan Kuala Lumpur dari titian
Titian 4 
Titian 5 - yang terakhir!
Buah hutan yang menarik pandangan mata saya.
Canopy walkway dari jauh
Pasangan pelancong UK yang bersama-sama kami naik titian. 

Selepas turun daripada titian kanopi, kami berjalan turun ke bawah melalui denai berhutan. Tempoh untuk turun lebih singkat berbanding masa panjat bukit tadi, lebih kurang 20 minit dah sampai ke bawah. Sampai di bawah, jalan ada 2 simpang, kalau ambil ke kiri kita akan tembus ke jalan semasa mula-mula trekking tadi. Manakala jalan ke kanan menuju ke tapak perkhemahan dan kawasan air terjun.

Kami ambil keputusan untuk turun ke kawasan air terjun dan trekking ke bawah. Perut sudah lapar, jadi kami singgah dulu di sekitar air terjun di sini. 

Air terjun Sungai Kroh - kami singgah di pertengahan jalan untuk turun ke bawah. Bagi peluang orang lain turun dulu sementara itu kami buka bekal dan makan dulu!
Bismillah... jom makan dulu. Err.. walaupun trekking berpuluh-puluh meter tapi bila tengok makanan memang confirm tak turun berat badan kan? Hahaha
US!

Lama jugak kami melepak dekat kawasan air terjun. Bila duduk dalam hutan ta sedar dah dekat pukul 12.00 rupanya. Lepas dah kenyang, kami beransur-ansur turun - trekking mengikut aliran air terjun turun dan akhirnya selepas 20 minit kami selamat sampai ke bawah. Kawasan di bawah sememangnya tapi perkelahan siap dengan kemudahan tandas dan gerai makan. Memang sesuai menjadi tempat beriadah dengan keluarga.

Disebabkan kami park kereta di zon D dan kami turun dari titian kanopi melalui zon G, jadinya terpaksalah kami menapak lebih kurang 30 minit lagi untuk ke kereta.