Followers

Showing posts with label Maeklong Railway Market. Show all posts
Showing posts with label Maeklong Railway Market. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Land of Smiles Trip (14) : Maeklong Railway Market - Part 2

Panic kejap dengan situasi yang kami hadapi. Terus masing-masing jadi blur-blur ayam. Sudahnya kamipun berpatah balik dengan hampanya... Jalan keki ke jeti, naik feri dan sampai di jeti seberang sana kami cuba cari solusi untuk ke Maeklong. Alang-alang dah sampai separuh jalan kan, tak kan nak give up macam tu saja! Ye dok?

Akhirnya lepas berpusing-pusing, kami jumpa taxi. Pakcik taxi rupanya tak faham dan tak tahu berbahasa Inggeris. Kebetulan pagi tadi semasa bertanya pada staff di hostel, staff tu tolong tulis perkataan 'Maeklong Railway Market' dalam bahasa Thai, tapi saya boleh terlupa sehinggalah Izza bertanya balik tadi. Jadinya kami tunjuk saja kertas tersebut barulah pakcik taxi faham. Tapi ada masalah lagi, dia tak tahu nak bagitahu berapa tambang yang dikenakan untuk ke sana. How?

Mujur jugak pakcik taxi ni panjang akal. Tak pasti siapa yang ditelefonnya dan kemudian h/p bertukar tangan dan tup-tup Anne dah bercakap di telefon. Akhirnya tahulah kami bayaran yang dikenakan ialah sebanyak THB500/taxi. Apa nak buat itu saja pilihan yang ada, jadi kami pun naik saja taxi. Perjalanan memakan masa selama hampir 1 jam.


Maeklong Railway Market

Lepas satu jam akhirnya sampai jugak kami di sini. Kami diturunkan di tepi jalan dan pakcik taxi tunjuk lokasi pasar yang disebut-sebut itu.

Gila panjang perjalanan, mencabar jiwa dan raga semua ada!

Pasar ini tidaklah terlalu besar, dibina di sepanjang landasan keretapi berhampiran dengan Maeklong Stesen. Sebelum apa-apa, kami pergi beli tiket dulu. Trip terakhir bertolak ke Banlaem ialah pada pukul 2.30pm. 

Keretapi yang kami terlepas tadi tak sampai lagi, jadi kami ada peluang untuk tengok sendiri bagaimana keretapi melalui kawasan pasar dan bagaimana cara penjual-penjual memunggah barang-barang yang dijual dan kemudian kemas balik barang-barang seperti biasa. 

Suasana di sini agak sesak dengan pelancong asing dan tempatan. Semua nak tengok keunikan pasar ini terutamanya suasana ketika keretapi lalu nanti.

Maeklong Railway Market - penuh dengan pelancong. Di kiri kanan landasan banyak kedai.
Laluan memasuki pasar
Gerai terletak betul-betul di tepi landasan
Hampir tak ada ruang yang kosong di sini kecuali landasan keretapi. 
Rebung pun ada jual kat sini. 3 ringgit je!
Tak pasti kuih apa, mungkin kuih tradisi masyarakat di sini. Yang pasti kuih-kuih ni comel yang berwarna-warni. Terliur jugak tengok, tapi tak berani nak beli.
Suasana di pasar ini sama macam pasar-pasar lain. Peniaga dan pembeli menjalankan urusniaga seperti biasa.
Katak panggang!!
Ikan pekasam

Tak lama lepas tu kedengaran siren berbunyi dari stesen keretapi menandakan keretapi akan sampai tak lama lagi. Masa tu kelihatan peniaga dah siap-siap mengemas barang-barang yang dijual. Masa duk cari port kekonon nak ambil video, boleh pulak saya tersalah ambil tempat. Sempit dan tak sempat nak rakam video. Jadi video yang ada yang ada biarlah saya kongsi dengan diri sendiri je. hehe.

Apapun melihat sendiri suasana di sekitar pasar yang unik ini satu pengalaman buat saya. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh-Nya untuk lihat sendiri suasana ini dengan mata sendiri.

Keretapi dah sampai, kami berjalan ke stesen balik. Kalau nak dibandingkan dengan masa perjalanan yang panjang untuk sampai di sini dan masa yang singkat saja di sini macam tak puas hati. Tapi saya kira itu dah mencukup untuk lihat sendiri suasana di sekitar pasar ini.

Tepat jam 2.30pm, sekali lagi siren berbunyi dan keretapi yang kami naiki bergerak melalui pasar Maeklong. 

Penjaga bendera bersiap mengibar bendera tanda masa untuk keretapi bergerak
Selamat bergerak dan meninggalkan Maeklong menuju ke Banlaem
Pemandangan sepanjang perjalanan

Balik, sekali lagi keretapi berhenti di hentian terakhir di Banlaem dan dari stesen keretapi kami berjalan menuju ke pelabuhan feri. Hari dah hampir petang, dengan perjalanan yang panjang dan memenatkan. Mujur dalam keadaan itu, di stesen keretapi terdapat tandas. Jadi bolehlah berwuduk dan solat di dalam keretapi.

Bangau-bangau di tengah sungai semasa menyeberangi sungai
Lewat petang tapi perjalanan baru separuh perjalanan menuju ke Bangkok

Hari gelap barulah kami sampai di stesen keretapi Wongwiang Yai. Tapi kali ni kami dah tak naik tuk-tuk dan kemudian seberang sungai dengan feri, sebaliknya kami bertanya orang arah untuk ke stesen BTS Wongwian Yai. Mujur BTS dah beroperasi seperti biasa. Tak sampai 15 minit naik BTS dan sampai ke St. Surasak dan kami berjalan balik ke hostel.

Macam biasa kami singgah lagi di Restoran Cili Padi untuk makan malam merangkap makan sehari. 

Tom yam siam tak se'kow' rupanya. Tapi licin je kami makan. Laparkan!!

~ bersambung

Thursday, February 20, 2014

Land of Smiles Trip (13) : Maeklong Railway Market part 1

Pemandangan biasa di waktu pagi
Hari baru di Bangkok. 

Bangun seawal pagi sebab hari ini kami akan lalui perjalanan yang panjang iaitu misi untuk melihat pasar yang dibina di atas landasan keretapi. Tempat ini sebenarnya terletak jauh dari bandar Bangkok iaitu lebih kurang 80km untuk sampai ke sini.

Selepas bersiap, kai sarapan dulu di hostel dan lepas itu barulah berjalan menuju ke stesen BTS.

Sebelum itu, awal-awal pagi tadi saya sudah ke kaunter hostel bertanya kepada staff cara untuk ke sini. Walaupun sebenarnya sudah ada panduan, tapi perasaan tak pasti tetap ada. Jadi tak salah kalau kita bertanya lagi kan?





Ada beberapa cara untuk ke Maeklong Railway Market iaitu :

  • Sewa taxi - kos lebih kurang THB500 - 600 / taxi
  • Menaiki van yang menyediakan trip sehari untuk ke sini - kos tak jauh beza dengan taxi, mungkin murah sedikit dari menggunakan khidmat taxi. Cuma perlu ke Victory Monument untuk dapatkan perkhidmatan van kerana semua perkhidmatan van berpusat di situ.
  • Ikut cara kami dengan menggunakan pengangkutan awam. Ringkasan seperti di bawah. Tapi cara yang kami gunakan ni memang sangat menduga kesabaran sebab kami kena berperang dengan MASA!

Saya ringkaskan perjalanan kami seperti di bawah :

  1. BTS St. Surasak - St. Wongwian Yai atau menyeberangi ferry dari Sathom Pier ke seberang sungai (tambang THB3.5) dan kemudian ambil tuk-tuk (tambang THB100) untuk ke stesen keretapi Wongwian Yai
  2. Jalan kaki ke stesen keretapi Wongwian Yai 
  3. Beli tiket dari st Wongwian Yai ke Maha Chai (tambang THB10). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 60 minit.
  4. Sampai di St. Maha Chai - keluar dari kawasan stesen dan berjalan melalui pasar menuju ke jeti ferry untuk naik ferry lagi (tambang THB3.5)
  5. Sekejap saja seberang ferry, sampai di sana sekali lagi berjalan keluar dari kawasan jeti dan apabila sampai di simpang keluar tu, terus belok ke kanan. Di tepi jalan ada signboard "Banlaem Railaway Station". Jalan saja ikut arah signboard. Jalan kaki selama 15-20 minit melalui gerai-gerai menjual hasil laut, kawasan sekolah dan perumahan penduduk tempatan. Jalan hingga ke hujung jalan dan masuk simpang untuk ke stesen Banlaem. Stesennya sangat simple dan usang. 
  6. Beli tiket keretapi dari Banlaem ke Maeklong (tambang THB10). Perjalanan hampir 1 jam. Tapi kena ingat perjalanan ke Maeklong hanya ada 2 kali saja sehari. Jadi jangan sampai terlepas train macam kami. 

Let's pictures tell the stories!

* Apalah nasib kami, hari itu stesen BTS ditutup! Kami mati kutu untuk mencari solusi ke stesen keretapi Wangwian Yai. Sudahnya kami ambil keputusan untuk berjalan balik ke hostel dan bertanya jalan lain untuk ke situ. 

* Kami gunakan cara kedua daripada (no. 1) iaitu berjalan menuju ke Sathom Pier dan menyeberangi sungai menaiki feri dan kemudian mengambil tuk-tuk untuk ke stesen Wangwian Yai.

1. Jalan kaki ke Sathom Pier
Lokasi Surasak yang berhampiran dengan sungai utama yang menyediakan pengangkutan feri utama di bandar Bangkok membolehkan berjalan kaki saja untuk ke pelabuhan. Masa perjalanan lebih kurang 15-20 minit.
Sathom Pier - pelabuhan feri. Terdapat beberapa kemudahan feri disediakan untuk ke destinasi tertentu.
Antara feri yang terdapat di sini
Selepas seberang sungai untuk ke st Wongwian Yai kami terpaksa ambil tuk-tuk sebab tak tahu arah dan cara untuk ke stesen keretapi. Jangan tersalah stesen ya, sebab ada 2 stesen bernama Wongwian Yai iaitu stesen keretapi dan stesen BTS. Stesen yang kami hendak tuju ialah stesen keretapi.

2. Jalan kaki ke stesen keretapi Wongwian Yai - ke Maha Chai 
Pemandu tuk-tuk menurunkan kami di sekitar bulatan jalan yang ada statue ini. Tersesat barat jugak kami sebab pemandu tuk-tuk tersalah bagi direction. Dari statue itu kami berjalan ke kanan, tapi rupa-rupanya arah untuk ke stesen Wongwian Yai ialah di sebelah kiri. 
Berjalan dari arah statue melintasi kedai-kedai hinggalah terjumpa jejantas. Lintas jejantas dan di bawah itulah lorong untuk ke stesen keretapi Wongwian Yai. 

3. Wongwian Yai - Maha Chai
Stesen Wongwian Yai dan jadual keretapi bertolak dari Wongwian Yai ke Maha Cai. Kami berjaya beli tiket keretapi bergerak pukul 10.40pm. 

Keretapi menuju untuk ke Maha Cai. Stesen Wongwian Yai adalah stesen terakhir. Jadi bila keretapi dari Maha Cai sampai, keretapi yang sama itulah juga yang akan bergerak menuju ke Maha Cai semula.
Seat dalam keretapi - selesa dan sesuailah dengan tambang yang dikenakan yang hanya berharga RM1 sehala. Walaupun sederhana, tapi keadaan di dalam keretapi sangat bersih. Sepanjang perjalanan saya lihat beberapa kali juga konduktor keretapi membersihkan tong sampah di sekitar keretapi.

4. St. Maha Chai - ke jeti ferry 
Selepas satu jam perjalanan kami sampai di stesen Maha Cai. Keluar dari situ di sepanjang jalan terdapat pasar dan kami berjalan menuju ke kanan hingga ke hujung jalan untuk ke jeti feri.
Rupa jeti feri untuk ke seberang sana. 
Map yang terdapat di stesen Maha Cai - dah balik baru perasan ada map rupanya. huhu

5. Jeti ke Banlaem Railway Station
Keluar dari jeti, jalan terus hingga sampai di simpang jalan. Di sebelah kanan, dari jauh dah nampak signboard untuk ke Banlaem Railway Station. Jalan saja sepanjang jalan hingga ke hujung jalan dan akan jumpa stesen keretapi di hujung jalan.

6. Banlaem ke Maeklong
Inilah rupa keretapi Banlaem. Sempoi gila!
Jadual terkini perjalanan keretapi Banlaem - Maeklong dan Maeklong-Banlaem. Jadual ini diambil pada Disember 2013. Tak pastilah berapa lama jadual ini bertahan. huhu

MALANG bagi kami sebab kami sampai pada pukul 12.15pm dan keretapi baru saja bertolak. Kalau kami tunggu dan ambil keretapi pukul 4.40pm, jawabnya tak adalah keretapi untuk kami berpatah balik ke Bangkok. huwaa!!


Saturday, December 28, 2013

From The Land of Smiles

Alhamdulillah, selamat sampai di Tanah Malaya. Trip penutup 2013, mungkin juga trip terakhir. Berjalan dengan kawan-kawan lama dan baru, yang pasti bukan bersama GBS. Di saat bumi Siam bergolak kami jejak kaki ke sini. Mujur semuanya selamat. Dengan masa terhad sempat juga singgah di beberapa tempat sekitar Thailand - Lop Buri, Kanchana Buri, Sangkhla Buri dan Bangkok. Semua tempat-tempat ini istimewa dan menarik mengikut indentiti masing-masing.

Sunflower farm @ Lop Buri - salah satu tarikan yang ada di Lopburi. Perjalanan menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang 3 jam. Walaupun jauh, tapi berbaloi-baloi. 
Masa terbaik untuk menikmati pemandangan dari ladang bunga matahari ialah antara Dec-Jan. Jadi kalau sesiapa yang datang ke Thailand pada bulan-bulan ini, jangan lupa singgah ke Lop Buri
Erawan Waterfall @ Erawan National Park, kanchana Buri - ada 7 tingkat air terjun di sini. semuanya lawa. 
Death Railway train - sempat menaiki keretapi dan menikmati pemandangan yang lawa sepanjang perjalanan. Walaupun hanya 30 minit perjalanan, tapi sangat best! Yang pasti ada peristiwa sedih disebalik pembinaan landasan keretapi ini..
River Kwai Bridge - landasan keretapi ini juga melalui sungai ini. 
Hellfire Pass - menjejak kesan peninggalan tentera Jepun terhadap mangsa perang (termasuk tahanan tentera Australia dan British serta buruh binaan) yang dikerah membina landasan keretapi dari Burma, Thailand dan melintasi Tanah Melayu hingga ke Singapura. 
Mon Bridge @ Sangkhla Buri - walaupun jambatan untuk ke perkampungan Mon runtuh, tapi jambatan buluh dibina untuk ke seberang sana. Suhu di sini jatuh sehingga 13 darjah. Sejuk sampai ke tulang!
Elephant ride - pertama kali mencuba, memang berbaloi-baloi! Kami ambil pakej dengan P Guesthouse, naik bot, naik gajah dan berakit buluh termasuk penginapan. Highly recommended!
Bamboo raft - ini rakit buluh yang kami naik. Berakit sejauh hampir 2 km, memang satu pengalaman yang menarik
Maeklong Railway Market @ Sumut - jauh sungguh perjalanan dari Bangkok untuk sampai ke sini. Tapi sangat berbaloi bila dapat tengok sendiri dengan mata kasar bagaimana suasana pasar di sini beroperasi di saat keretapi melalui landasan.
Sekitar pasar di Maeklong - beberapa minit sebelum keretapi melalui landasan ini.
Chao Praya ferry @ Bangkok - Selain bus, tut-tut, MRT dan keretapi, feri juga adalah antara pengangkutan utama di bandaraya Bangkok
Kota Bangkok - kota yang sibuk! Traffic jammed di sana sini, tapi teratur dan tersusun.

Beberapa hari di sini memang satu pengalaman yang menarik. Jatuh hati dengan keramahan dan kebaikan penduduknya. Walaupun bahasa adalah masalah utama untuk berkomunikasi tapi penduduk di sini sangat murah dengan senyuman. Sekitar bandarnya sangat bersih! Kalau dibandingkan dengan Malaya, memang kalah! Apapun jika diberi peluang, dipanjangkan umur, InsyaAllah akan ke sini lagi.