Followers

Showing posts with label Malaysia Beaches. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Beaches. Show all posts

Monday, June 09, 2014

Pantai Seberang Takir, Terengganu

Ada yang pernah ke Pantai Seberang Takir?

Kawasan Seberang Takir antara perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu. Walaupun namanya tak seglamour Pantai Batu Buruk bagi pelancong, tapi bagi penduduk tempatan tempat sangat dikenali. Sebut saja Seberang Takir mesti semua orang kenal! Terletak lebih kurang 15km dari bandar Kuala Terengganu, sesiapa nak ke sini boleh gunakan 2 cara iaitu jalan darat dan juga jalan air dengan menaiki bot penambang di Jeti Shah Bandar yang terletak berhampiran Pasar Kedai Payang terus ke Hulu Takir.

Antara tempat-tempat menarik di sini ialah :
  • Ikan celop tepung (ICT) di sepanjang pantai Teluk Ketapang
  • Air buah gelas besar
  • Lapangan terbang Sultan Mahmud
  • Keropok lekor Seberang Takir
  • dan... tak ketinggalan stadium yang runtuh tu. huhu

Bagi kaki pancing pulak, kawasan sekitar pantai Seberang Takir antara port sesuai untuk memancing - sepanjang pantai Seberang Takir dan Hulu Takir. Hulu Takir - kawasan pantai yang ditambak untuk mengelakkan hakisan. Ia merupakan penghujung kawasan Seberang Takir, terletak berhadapan dengan Taman Shah bandar. Kiranya tempat ini adalah muara sungai - tempat pertembungan antara sungai dan laut. 

Jom layan gambar sekitar Hulu Takir. 

Boleh mandi pantai kat sini sebab ombak tenang di sini. 
Kawasan teluk di tambak untuk mengelakkan hakisan ombak
Boleh nampak bandar Kuala Terengganu dari jauh.
Pantai yang ditambak membentuk teluk. Waktu petang air surut, jadi terbentuk permatang antara pantai dan teluk. Kawasan ni sesuai untuk budak-budak mandi manda sebab air cetek
Kaki pancing duk memancing. Katanya kat sini kalau bernasib baik boleh dapat ikan laut dan ikan sungai sebab dekat dengan muara
Perkampungan nelayan yang hanya terletak di belakang pantai. Ia hanya dipisahkan oleh jalan kecik dari kawasan rumah ke pantai. Kata anak angkat mak yang tinggal tak jauh dari sini, kalau musim tengkujuh, boleh terasa air laut terpercik masuk dalam rumah. Macam gerimis gitu.
Budak kecik ni berani tengok je dari jauh, tapi tak berani nak jejak kaki atas pasir. huhu

Jadi, kalau sesiapa yang berpeluang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah Seberang Takir. Boleh pekena ICT dan ABC di pantai Teluk Ketapang atau merasa air buah gelas besar yang pior tu. Sangat sedap. Keropok lekor di sinipun tak kurang sedapnya jugak tau. Kalau tanya saya, mana sedap keropok lekor Seberang Takir @ Losong? Saya pilih keropok lekor Seberang Takir sebab keropoknya banyak ikan.


Saturday, March 01, 2014

BBQ @ Pantai Bagan Lalang, Sepang - value time with friends

Cerita minggu lepas. Hujung minggu yang sangat padat. Sabtu dan Ahad penuh dengan aktiviti. Lepas bersakit-sakit badan mandi manda di air terjun, Ahad tu kawan-kawan opis pulak request ajak ber'BBQ. Kononnya BBQ ni sempena meraikan ex-opismate kami - Miss K yang akan sambung master tak lama lagi. Tapi last minute orang yang nak diraikan tak dapat joint. Disebabkan dah plan, kita proceed saja. 

Sesambil tu saya ajak sekali kawan-kawan lain yang free untuk joint. Tapi kali ni pun GBS tak cukup. Oh ya, sekarang ni GBS mesti tengah seronok main salji ni! Pertama kali saya tak joint trip dengan GBS. Bertabahlah tengok diaorang ke sana sebab itu antara tempat impian saya! Huwaa... Tak apalah, ada hikmah disebaliknya. Redho.. Apapun harap diaorang enjoy di sana dan balik Malaya dengan selamat nanti. 

Konsep kali ni port luck - saya sediakan mee goreng, air dan rempah BBQ, manakala kerja memerap semua bahan-bahan : ayam, ikan, sotong diambil alih oleh Puan Su, Miss Lim pulak belikan potato dan keledek untuk dibakar nanti dan Miss Anne dengan murah hati memberi penghormatan kepada kami untuk merasmikan BBQ setnya serta membeli kelengkapan untuk membakar dan tak lupa keropok ikan Terengganu yang sedap!

Dah lengkap semua keperluan, kami pilih Pantai Bagan Lalang sebagai lokasi. Pantai ni walaupun tak secantik pantai-pantai di Terengganu, tapi dah kira ok. Yang penting dapat merasa angin pantai. Tak seperti sebelum ini, (entry lama di SINI) kali ini kami pergi di sebelah pagi. Itupun hampir jam 10.00am barulah kami sampai di pantai. 

Hari tu, ramai jugak orang di pantai. Kawasan pantai agak penuh dengan pengunjung. Selepas beberapa lama melalui jalan sepanjang pantai, akhirnya kami singgah di hujung jalan - kawasan tapak perkhemahan. Keadaan di sini agak tersorok, jadi orang pun tak ramai. Elok saja kami sampai, pondok yang ada di situ juga kosong sebab satu famili tu dah nak berkemas untuk balik. Rezeki kami la tu! 

Dah siap semua, apa lagi aktiviti membakar pun bermula! Layan!!!!

Pantai Bagan Lalang - air surut ketika ini. Laut nun jauh di hujung sana!
Pandangan kanan - kelihatan resort mewah yang terdapat di sini. Er.. lupa apa nama resort tu
Pandangan kiri - pokok rhu dan hutan paya bakau dari kejauhan
Kredit untuk Anne yang bersusah payah menghidupkan api. Angin kuat woo!! Tapi akhirnya selamat juga ayam-ayam ni masuk dalam perut kami semua. 
Ayam siap untuk dingap dan keledek bakar yang sangat sedap. Makan keledek bakar teringat kat cik Dara. Masa ke CH hari tu bersungguh-sungguh cik Dara nak beli keledek nak bakar masa BBQ. Alih-alih terlupa pulak dia sebab makanan kami terlebih-lebih masa tu.

Siakap dan sotong bakar - kelakar diaorang ni, part sotong bakar, asal jumpa sotong yang ada telur semua teruja. Mengalahkan mak pekan! haha
Gigih kami tengah hari buta bergambar kat pantai. Tapi bila tengok gambar ni mampu buat saya senyum sendiri :)
Lagi aksi kami!

Lebih kurang pukul 1.30pm, kami bersiap untuk balik. Sempat lagi singgah di gerai membeli buah naga. Oh ya, kawasan di sekitar Sepang memang terkenal dengan penanaman buah naga (dragon fruit). Sepanjang jalan balik banyak gerai-gerai yang menjual buah naga. Harga? Harganya mengikut saiz buah, bermula dari RM8 - RM11/kg. Jadi kepada penggemar buah naga, bolehlah ke sini kalau teringin nak makan buah naga.

Seronok juga dapat habiskan masa 'bernilai' hujung minggu dengan aktiviti begini. Lagi seronok bila masa itu dihabiskan dengan kawan-kawan yang kita suka! ^_^

Friday, February 01, 2013

Antara 5 pantai yang menarik di Terengganu

* Entry sempena 2013, Tahun Melawat Terengganu.


1. Pantai Batu Buruk
source
Pantai Batu Buruk sangat sinonim dengan Terengganu. Kalau datang K.Terengganu tak singgah pantai ni rasanya tak lengkap percutian ke Terengganu. 

Ia terletak tak jauh dari pusat bandar. Kalau lalu jalan utama nak ke bandar K.T, lalu depan hospital besar belakang itulah Pantai Batu Buruk. 

Beberapa tahun lepas, pantai ini antara pantai yang teruk terkena hakisan ombak. Jadi pantai terpaksa ditambak, dan kesannya pantai ini dah tak sesuai lagi untuk aktiviti mandi manda. Dah jadi dalam. Bahaya kalau mandi. 

Kalau sekali tengok, pantai ni takde bezapun dengan pantai-pantai lain. Tapi hujung minggu mesti penuh dengan pengunjung. Maklumlah, kat Terengganu mana ada Sogo, KLCC, Alamanda... jadi tempat yang paling best untuk berekreasi adalah pantai. Saya tak tahu orang lain macamana, tapi saya memang suka pantai! Sebab kalau balik kampung, walaupun tak sempat ke Pantai Batu Buruk, mesti saya singgah jugak ke pantai-pantai lain yang berhampiran. Janji boleh pergi pantai. Tengok air laut, awan yang membiru sudah cukup membuatkan hati saya tenang. Wah!


2. Pantai Teluk Ketapang
Sesiapa yang datang ke Terengganu menaiki flight, mesti melalui pantai ini dari atas sebab pantai ini terletak betul-betul di belakang airport. Salah satu sebab pantai ini menjadi terkenal kerana ikan celop tepung. Di sepanjang pantai terdapat gerai-gerai menjual ICT dan keropok. Dan ia juga berhampiran Seberang Takir yang terkenal dengan air buah gelas besar serta keropok lekor. 

Dulu, sebelum pantai ini ditambak untuk pembesaran airport, keadaan pantai sangat landai. Tapi kesan daripada pembesaran airport, terdapat beberapa kawasan pantai terhakis teruk. Erm... kadang-kadang kita perlu mengorbankan 'sesuatu' untuk pembangunan. Kan?

Pantai ini agak nostalgia buat saya. Dua tahun di kampus persisiran pantai memang banyak memori kat sini. Dulu, pantai Teluk Ketapang ni tak seglamour sekarang. Walaupun dari dulu lagi sudah ada gerai-gerai ikan celop tepung, keropok dan pisang goreng, air kelapa muda, tapi tak ramai orang yang datang ke situ. Saya masih ingat, dulu dengan duit RM5.00 dah boleh dapat sepinggan penuh keropok dan pisang goreng dan segelas air kelapa muda tau! Sekarang ado? Mimpi ajelah.... Biasanya kami kayuh basikal dari hostel (hostel kami betul-betul belakang laut) melalui jalan kampung terus ke pantai ini. Huh! Kenangan sungguh!


3. Pantai Chendering
source
Terletak di Chendering, lebih kurang 20km dari bandar Kuala Terengganu - menghala ke Marang. Pantai ini landai, berteluk dan batu-batu akan jelas kelihatan apabila air surut. Tak silap saya, sekitar pantai ini masih sesuai untuk mandi mandi terutamanya bila air surut sebab ketika itu ombak perlahan. Tapi, tetap kena berjaga-jaga terutamanya ketika musim tengkujuh.

Antara tempat menarik lain yang berhampiran pantai ini ialah Masjid Kuala Ibai (Masjid terapung) yang letaknya lebih kurang 3km dari pantai Chendering. Di sebabkan pantai yang berteluk dan berbatu, ia menjadi 'port' yang disukai oleh kaki pancing sebab di situ ada tambak berbatu yang mengunjur ke tengah laut menghubungkan rumah api.

Bagaimana mahu ke sini? Dari jalan utama (jalan K.T-Dungun), masuk ke simpang 4 menuju ke arah perlabuhan Chendering, kita kena masuk ke perkampungan dan selepas beberapa minit perjalanan kita akan nampak pantai yang terbentang luas. Itulah pantai Chendering!


4. Pantai Rhu 10, Setiu
source
Pantai Rhu 10 terletak di daerah Setiu, atas sikit dari jeti Merang untuk ke Pulau Redang. Untuk ke Kota Bharu dari K.T, terdapat 2 jalan yang boleh dilalui, iaitu memilih jalan Sg. Tong atau jalan pantai (melalui sepanjang perisir pantai dari Merang-Setiu-Permaisuri). Jadi kalau rasa nak singgah ke pantai ni, silalah ambik jalan pantai.

Pantai ini landai dan berpasir putih. Masih selamat untuk mandi manda. Di hujung kanan pantai (kalau mengadap laut) terdapat kawasan berbatu. Serius, pantai ni memang cantik! Selain dari pantai yang cantik, terdapat juga gerai-gerai menjual keropok dan ikan celop tepung. Kalau nak beli hasil laut yang segar, terdapat gerai jualan hasil laut di sini. 

Ada lagi nostalgia saya di sini. Hehe. 3 bulan saya berpraktikal di sini. Di Pusat Penetasan Udang Harimau. (dah tutup dah tempat ni). Tiap-tiap petang lepas uruskan semua udang-udang dalam tangki, mesti kami keluar ke pantai. Mandi laut la, tangkap remis, tangkap ketam... Memang bestlah! Nak makan hasil laut? Pergi aje tepi pantai, tempat nelayan bawak naik hasil tangkapan. Murah dan fresh! Aduhai... rindu pulak zaman belajar dulu. 


5. Pantai Peranginan Kelulut
Lokasinya di daerah Marang, lebih kurang 25km dari bandar Kuala Terengganu, pantai ini juga terletak di sepanjang jalan utama K.T - Dungun ke Kuala Lumpur (melalui jalan pantai). 

Pada pandangan mata kasar saya, pantai ini lebih kurang saja dengan pantai-pantai lain yang terdapat di perairan Terengganu. Cuma istimewanya tempat ini ialah deretan kedai-kedai yang terdapat di sepanjang jalan. Di sini, kita boleh singgah di kedai yang menjual barang kraftangan, kedai keropok lekor dan terdapat juga kedai makan yang mengidangkan masakan tempatan. Boleh pilih mana yang kita suka ikut citarasa masing-masing. 


* Sebenarnya terlalu banyak pantai yang berhamparan di perairan Terengganu seperti Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu, Pantai Rantau Abang dan Pantai Teluk Bidara di Dungun, Pantai Kemasik dan Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman, Pantai Bukit Keluang dan Pantai Kuala Dendong di Besut dan banyak lagi. Tapi tak mampulah saya nak ceritakan semuanya.... Apa-apapun kalau datang ke Terengganu jangan lupa singgah ke pantai ye!


    Thursday, July 05, 2012

    Sepetang di Pantai Bagan Lalang

    Ni kira entry mengimbau kenangan... Sebab dah lama gile gambar terperap dalam folder. Hari ni baru tergerak hati nak tulis entry.

    Kalau x silap ni kali kedua saya ke Pantai Bagan Lalang. Kali pertama pergi waktu malam makan seafood kat kedai-kedai yang banyak dibina di tepi pantai. Tapi saya rasa seafood kat sini so so je. Nak kata murah, xdelah murah mana, nak kata segar... rasanya kalau ke pasar borong ikan, ketam, udang, sotong lepas tu bawak balik rumah dan masak sendiri lagi segar dan sedap!

    Tapi kali ni kami datang siang hari. Hajat nak berkelah dan berBBQ. 

    Lepas zohor kami bergerak dari rumah. Semua persiapan berkelah, ayam/daging untuk BBQ, meehun goreng, keropok, air dan lain-lain Perjalanan dari SK ke pantai melalui jalan Puchong-KLIA/LCCT mengambil masa lebih kurang 45 minit.

    Sampai di pantai, kami cari port untuk berkelah. Pilih port bawah pokok mengadap ke laut. Bentang tikar dan nyalakan api untuk BBQ. Orangpun tak ramai lagi. Tengok air laut geram je. Haha..

    Cuaca yang sangat sesuai untuk berkelah!!!
    Hotel 5 bintang - Golden Palm Tree Resort, Sepang
    Gigih mereka buat photoshot tengah panas buta. Bukan dekat diorg jalan atas batu tu.

    Ada sukaneka, family day kot. Happening betul suasana kat pantai petang-petang camni...
    Tergelap plak gambar mereka - tengah BBQ
    Dah nak masak dah BBQ kami
    Sementara tunggu BBQ masak sempat lagi kami main layang-layang.
    Tengah main layang-layang sempat lagi diorg melompat...
    Hampir petang... orang semakin ramai datang mandi manda di pantai ni walaupun air di sini tidaklah sebersih mana
    Terang mahatari hari ni..
    matahari makin terbenam
    Sempat tunggu sampai matahari betul-betul terbenam...
    Kami berada di sana sampai gelap. Masa tu sayup-sayup kedengaran azan maghrib di surau berhampiran. Masing-masing berkemas barang untuk balik. Sebelum balik singgah surau solat maghrib dulu.

    Seronok jugak dapat berkelah macamni. Walaupun pantai di sini tak secantik pantai-pantai di Terengganu, tapi kira oklah sebagai pengubat rindu pada kampung halaman kan? :D

    PM : rindunya nak balik kampung...