Followers

Saturday, December 31, 2011

Triple celebration

Tahun baru 2012 bakal muncul beberapa jam saja lagi. Kenangan 2011 akan kita simpan dan buka buku baru untuk 2012. Jadi atas permintaan GBS, kami buat sambutan. Biasalah kalau dengan GBS tak ada aktiviti lain yang lebih menyeronokkan selain dari makan, jalan, makan, jalan, makan, makan dan makan!!

Kenduri Ketam ni kira idea cik wardah yang katanya mengidam nak makan ketam. Dan seperti biasa kalau bab makan-makan memang kami tak pernah tolak. Pagi tu, seawal pagi saya dah ke pasar mencari ketam. Memang tiap-tiap minggu pun wajib ke pasarkan? Dah namapun anak-anak ramai.


cuba bayangkan 3kg ketam hanya dimakan oleh 6 orang!! Pengsan....

Masuk dapur basuh ketam, siang bawang dan pape yang patut. Sebelum tu perkara pertama yang saya buat, basuh beras pulut yang saya rendam sebelum ke pasar tadi. Nak buat pulut kuning la katakan. Pulut kuning pulak atas permintaan kak, al-maklumlah selasa lepas kami berdua dah khatam iqra'. Alhamdulillah, walaupun hanya iqra' tapi perasaan seronok tu lain macam rasanya. Ye la, selama ni kita mengaji ikut sedap mulut kita je baca, tajwid ke mana, bacaan ke mana. Kali ni bila dah berguru seronoknya memang lain macam! Jadi untuk meraikan kemenangan kami ni, saya buat pulut kuning dan rendam daging. 1'st time buat ni. Nasib baik jadi dengan jayanya! yeay!!

pulut kuning rendang daging sempena khatam iqra'

Ketam masak merah dah ada, kerang rebus pun ada, pulut kuning dan rendang daging siap, tinggal side dish je. Kebetulan dua minggu lepas masa duk belek web everyday, ada pulak promosi kek. So, ape lagi saya terus beli manggo cheese cake as our side dish. Bolehlah celebrate birthday ira skali. hiks. Walaupun ira nun jauh di bumi eropah, tapi kami ni konon-kononnya nak wish birthday ira 27hb lepas secara maya. Kek dah ada, ape lagi!!! Saya paksa GBS bagi post terbaik utk ira! hiks

Ok. Saya nak promote pasal manggo cheese cake yang saya beli tu pulak. Untuk 1kg kek ni harganya ialah RM68.00. Tapi bila beli kat everyday dapat RM38.00. Mungkin untuk promosi kot. Boleh rujuk sini untuk info. Kedai ni terletak di Bukit Damansara. Ni alamat dia kot-kot ada sesiapa yang berminat nak merasa kek yang GBS makan :

Merienda de Eva
50-G, Jalan Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490, Kuala Lumpur.
Tel : 03-2092 2072



Happy BESTday ira! Balik Malaya make sure dapat title 'DR'!


manggo cheese cake from Merienda de Eva. Sedap giler!

Budak comel kat bawah ni pulak ialah Hani. Anak salah seorang parents yang hantar anak kat taska kami. Kebetulan mak dia terpaksa kerja hari ni. Maklumlah, hari terakhir bayar zakat untuk tahun 2011... Jadi mak dia kena stayback sebelum zakat tutup akaun. Disebabkan Hani ni ramai peminat terutamanya Kak, saya pun culik dia dari taska dan bawak dia ke rumah. Ape lagi memang riuh rendah la rumah tu hari tu. Dah la si Hani ni manja kededek... pantang xde orang mula la di menangis. Practice orang bujang sebelum ada anak sendiri. hehe.



Jadi untuk penutup tahun 2011, kami sambut tahun hanya di rumah. Walaupun hanya di rumah rasanya ia penuh makna dan ketawa sebab ia disambut bersama-sama kawan-kawan yang kita sayang!

mawar : nak try buat pavlova dan panna cotta pulak!

Thursday, December 08, 2011

Tuesday, December 06, 2011

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini?" Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya." Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa." Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari).

Dari Aisyah r.a katanya, "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa [ada hari asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim).

Dari Salamah bin Akwa r.a dia menceritakan bahawa RasulAllah SAW mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepda orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklah dia berpuasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim).

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikan sebagai hari raya, di mana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu RasulAllah SAW bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim).

Dari Abu Qatabah Al-Anshari r.a katanya RasulAllah SAW ditanya orang tentang puasa pada hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat mengapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab Baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim).

Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebut di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa 3 hari iaitu hari ke-9 (Tasu'a'), ke-10 ('Asyura') dan ke-11 bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Jom puasa!

Monday, December 05, 2011

Traverlog umrah : Kota Madinah - Ziarah luar

Travelog kali ni berkisar tentang ziarah luar di tempat-tempat penting dan bersejarah di sekitar Kota Mekah. Ziarah luar bagi jemaah umrah saya merangkumi 2 hari lawatan iaitu :
  1. Perkuburan Baqi' - tanah perkuburan tertua di Madinah
  2. Masjid Quba - masjid pertama dibina oleh RasulAllah SAW
  3. Kilang percetakan Al-Quran
  4. Pasar Kurma
  5. Jabal Uhud - tempat berlaku perang uhud
  6. Masjid Qiblatain - masjid 2 kiblat
  7. Jabal Magnet - juga dikenali sebagai Manthaqotul Baido (tanah putih) oleh penduduk asal Madinah.
Seperti biasa selepas subuh, kami bersarapan dan bersiap-siap untuk ziarah luar di sekitar kota Madinah. Tepat jam 7.30 pagi, semua jemaah sudah berkumpul di hadapan hotel. Selepas semua jemaah cukup, perjalanan kami menaiki bas bermula. Mutawif kami, Hj. Ibrahim memulakan perjalanan dengan bercerita tentang pekuburan Baqi'. Bas kami hanya lalu sahaja dan semua jemaah memberi ucapan salam dan bersedekah Al-Fatihah kepada yang telah tiada.

Perkuburan Baqi' *source google

Sedikit info dari pakchik google lagi tentang Baqi'. Ia merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal duni di Madinah, termasuk para jemaah haji dan umrah. RasulAllah SAW sering menziarahi perkuburan Baqi'. Baginda mengucapkan salam, berdoa dan memohon keampunan serta Rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan di situ. Perkuburan Baqi' terletak di sebelah Tengara (kiri) Masjid Nabawi. Kini ia dilindungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Dan hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk melawat ke perkuburan berkenaan.

Semasa hayatnya, RasulAllah SAW kerap mengunjungi Masjid Quba' dan menunaikan solat sunat. Sebelum memulakan ziarah luar tadi, mutawif kami telah mengingatkan supaya kami berwuduk dan menjaga wuduk kami sepanjang perjalanan ke masjid ini untuk kami bersolat di masjid ini.

Sabda RasulAllah SAW : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudianpergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat umrah.

Sabda RasulAllah SAW lagi : Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat umrah.


masjid Quba'

Rombongan kami sampai di masjid Quba' seawal pukul 8.30 pagi. Di depan mata tersergam sebuah masjid berwarna putih. Orang ramai memenuhi perkarangan masjid. Masing-masing ada agenda tersendiri. Kami maik kesempatan untuk masuk, beriktikaf di dalam masjid dan bersolat tahyatul masjid dan solat sunat. Kali ni airmata saya tumpah lagi. Terasa kerinduan yang teramat sangat pada Kekasih Allah yang satu itu. Alangkah indahnya jika dapat bertemu dengan Baginda...

Perjalanan diteruskan ke kilang Al-quran. Madinah merupakan tempat percetakan/ penghasilan utama Al-Quran. Jemaah lelaki boleh masuk ke kilang untuk melihat sendiri proses-proses percetakan Al-quran, manakala jemaah perempuan hanya boleh masuk ke ruang pameran sahaja. Untungnya jemaah lelaki, masing-masing dapat sebiji al-quran percuma, yang besar tu! Harga dalam 70 riyal. Sonok tengok ayah kelek al-quran. cemburu! cemburu! Catatan jemaah-jemaah yang pernah melawat ke kilang al-quran boleh dibaca di sini, sini dan sini.

Acara selepas tu, pasar Kurma. Mula-mula singgah di ladang kurma. Kat situ pun ada jugak kedai jual kurma. Mutawif kami dah pesan awal2, "kita singgah je, tak payah beli dulu, harga kurma kat kebun kurma mahal berbanding di pasar kurma". Jadi kami semua jadi food tester je. Apa saja kurma yang dihulur semua kami sapu! halal katanya.. hehe


penuh : kedai kurma di ladang kurma


Sampai di pasar kurma saya tengok semua makcik dan pakcik rombongan tu masing-masing dah kelabu mata. haha. Semua diorg nak beli. Kami sekeluarga tak beli banyak pun. Memadai beli kurma ajwa @ nabi, buah tin, dan kacang pistachio a.k.a kacang cerdik sebagai tanda mata untuk saudara-saudara dan kawan-kawan di Malaysia.

Tak boleh berlama-lama, destinasi seterusnya di Jabal Uhud pulak. Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa. Kat sini jugak terdapat perkuburan para syuhada yang telah gugur pada perang Uhud.

Nabi Muhammad SAW bersabda, ”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga?”
Maka Allah berkata, ”Aku yang akan memberi khabar kepada mereka.” Maka dari situ telah turun ayat yang berbunyi, ”Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu meninggal" (Qs 3:169). Hingga kini, Jabal Uhud menjadi tempat penting untuk diziarahi oleh para jemaah haji dan umrrah. Di tempat ini, biasanya banyak mutawwif yang memandu memimpin doa untuk para syuhada yang telah terkorban.

papan tanda : kubur para syuhada yang terkorban pada perang Uhud


Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain bermaksud masjid dua kiblat. Masjid ini mula-mula dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah, sebab masjid ini dibina di atas bekas rumah Bani Salamah. Sejarah terbina masjid ada di sini.

Kami berhenti dan bersolat sunat di masjid Qiblatain. Alhamdulillah, sempat jugak bersolat walaupun sekadar 2 rakaat sebab masa tu jemaah memang ramai. Sampai bersesak-sesak dibuatnya. Lepas solat, kami semua bergerak menaiki bas balik ke hotel. Sempat berehat kejap sementara menunggu waktu zohor.

Hari esoknya, ziarah lagi. Kata mutawif kami Hj. Ibrahim, jemaah kami istimewa... berpeluang ziarah 2 hari berturut-turut. Ada satu lagi tempat yang perlu kami lawati iaitu Bukit Magnet. Masa ziarah ni, cuaca kat Kota Madinah sangat sejuk. Bayangkan bas kami berhenti ditengah-tengah lembah magnet, memang sangat sejuk. Tiba-tiba tengah-tengah lembah tu ada orang jual aiskrim!! Masing-masing yang teruja ni semua pakat duk beli aiskrim dan makan dalam keadaan sejuk-sejuk tu. Aiskrim dia plak memang sedap, murah je harga dalam 1 riyal = satu kon. Ada macam-macam perisa, coklat, strawberry, vanila etc.

lembah di sekitar bukit magnet


agak-agak yang mana satu bukit magnet?

    dari kiri : ayah, mak, Hj. Ibrahim (mutawif) bersama jemaah umrah di sebelah van aiskrim
Lepas lawatan tu semua balik, sebab waktu dah menghampiri tengahari. Maka berakhirlah lawatan 2 hari di bumi Madinah.

contineu - lawatan ke Raudhah

Friday, December 02, 2011

Traverlog umrah : Kota Madinah

Saya sampai di Kota Madinah malam. Dah melepasi waktu isyak. Sepatutnya hari ni adalah hari kedua pada jemaah umrah kumpulan saya, tapi pada saya merupakan hari pertama dia Kota Madinah. Perjalanan yang panjang bagi kami ber'5 dan pastinya ia merupakan perjalanan yang sangat memenatkan! Hampir 2 hari perjalanan. Alhamdulillah sampai juga.

Sampai di lobi hotel, mak dan ayah dah sedia menanti. Masa dapat jumpa mak semula memang gembira sangat-sangat. Masuk bilik, berkemas dan mandi. Alhamdulillah.. saya dah boleh mandi wajib. Rahsia Allah, Dia berikan tempoh perjalanan yang lama kepada saya.. Rupa-rupanya dia mahu saya bertenang dan berehat sepuasnya supaya nanti saya mampu melakukan lebih banyak ibadah. Malam tu berehat di bilik dan bertukar-tukar cerita dengan mak saja.

Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim r.a:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah dan mendoakan keberkatan terhadap penduduknya. Maka sesungguhnya aku pun memuliakan iaitu mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah. Dan sesungguhnya aku juga telah mendoakan keberkatan makanan di Kota Madinah, sebagaimana yang pernah didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada penduduk Mekah.

Seawal jam 3 pagi kami bangun. Bersiap dan mandi. Kata mak, kalau nak ke masjid Nabawi kena cepat, kalau dalam masjid penuh terpaksa bersolat di luar masjid. Fadhilatnya pasti kurang. Seawal 4.30 pagi, kami sekeluarga menyusuri jalan untuk ke masjid Nabawi. Jarak hotel ke masjid sangat dekat, lbh kurang 50 meter dari hotel. Suhu sangat sejuk. Sekarang adalah perubahan musim, dari musim sejuk ke musim panas.

Hati saya berdebar-debar! Tiba di pintu masuk... MasyaAllah.. Maha suci Allah!!! Indah sungguh ciptaan Allah! Masjid Nabawi betul-betul di hadapan saya. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Terasa seperti RasulAllah sedang melambai-lambai kedatangan saya ke masjidnya. Air mata mula mencurah-curah. Selawat dan salam saya ucapkan kepada Baginda.

Masuk dalam masjid, sepeti biasa iktikaf di dalam masjid dan solat tahyatul masjid. Sementara menunggu waktu subuh, kami buat solat-solat sunat seperti yang dilakukan oleh jemaah lain. Dalam hati rasa syukur sangat sebab Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menjejak kaki ke sini. Alhamdulillah!


Suasana pagi di luar Masjid Nabawi : payung tertutup dari waktu malam - pagi

dan dibuka pada waktu siang

kelihatan menara masjid di sebalik payung


Sedikit sejarah tentang Masjid Nabawi yang boleh saya kongsi hasil maklumat dari pakchik google menceritakan masjid ini merupakan masjid kedua yang dibina oleh RasulAllah dan merupakan masjid kedua paling sicu mengikut kepercayaan umat Islam selepas Masjidil Haram. Di sini juga terdapat Makam RasulAllah S.A.W.

Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh RasulAllah bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijarah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh RasulAllah semasa peristiwa hijrah ialah Masjid Quba. RasulAllah S.A.W membangunkan masjidnya atas asa taqwa. Kedudukan di tengha-tengah badar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar, sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam. Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua anak yatim (Suahail dan Sahl).

RasulAllah S.A.W kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik. Setelah RasulAllah S.A.W keluar dari Quba' menuju ke Kota Madinah, orang ramai berebut-rebut mengeheret tali unta RasulAllah S.A.W untuk membawa baginda sebagai tetamu di rumah masing-masing. Namun demikian RasulAllah telah menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan kiri seolah-olah mencari sesuatu. Akhirnya ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, RasulAllah S.A.W bersabda yang bermaksud "InsyaAllah, di sinilah tempatnya".

* source : google

Di Madinah jemaah wanita dan lelaki diasingkan. Pintu masuk untuk jemaah lelaki dan wanita juga berbeza. Dan bagi jemaah wanita, anda dilarang membawa CAMERA ke dalam masjid. Setiap pintu masuk jemaah wanita akan ada 2 orang mak guard yang akan buat spot check. Jaga-jaga, semuanya diraba! Silap-silap haribulan kalau ada jemaah yang bawak camera, dan dan tu jugak kena halau. Ruang solat untuk jemaah wanita juga agak kecil dan terbatas. Saya rasa semua kelebihan berpihak kepada jemaah lelaki, termasuk melawat Raudhah. Jemaah lelaki boleh melawat Raudhah bila-bila masa termasuk melawat makam RasulAllah. Manakala, bagi jemaah wanita, ada 2 kali waktu lawatan sahaja iaitu selepas isyak dan selepas subuh. Untuk melawat makam RasulAllah, memadai hanya lalu di kawasan berkubah hijau sahaja. Masa ni terfikir, ruginya kalau orang lelaki tak gunakan peluang ni sebaik mungkin. Diorg boleh ke Raudhah bila-bila masa dan boleh masuk terus melawat makan RasulAllah... sedangkan kami jemaah perempuan terpaksa bersesak-sesak untuk sampai ke Raudhah... owh... dunia... dunia...

Selepas solat subuh, kami semua balik ke bilik untuk bersarapan dan berehat. Suasana pagi di kota Madinah amat menarik. Seawal pagi dah kelihatan peniaga berpusu-pusu membuka perniagaan masing-masing. Perkarangan luar masjid yang tadi lengang sekarang dipenuhi dengan penjual. Macam-macam diorang jual. Penuh, sampai tak boleh nak berjalan. Diorang akan longgok bentang kain dan longgokkan barang-barang jualan untuk dijual. Macam-macam ada. Semua amik kesempatan untuk menjual. Hargapun jauh lebih murah berbanding di kedai. Dan saya tengok orang Malaysia adalah antara membeli utama!! hoho! Memang tak kalah la...

Pada pandangan saya, tak perlu berebut-rebut untuk shopping sebab di mana-mana ada orang menjual. Ada 2 waktu wajib orang menjual adalah selepas subuh dan selepas waktu asar. Tiap-tiap hari! Maknanya sepanjang berada di Madinah, kalau nak beli hari-hari ada jualan. Kami tak membeli apa pun, kecuali al-quran. Kata mutawif kami, di Madinah ada kilang Al-Quran dan kalau nak beli al-quran untuk hadiah atau sedekah belilah di Madinah. Di kota Mekah nanti mungkin harganya berbeza. Jadi saya ambil peluang ni untuk beli al-quran pada kawan-kawan. Ada juga saya beli untuk disedekahkan di majsid Nabawi dan Masjidil Haram. Ada pesanan seorang sahabat saya di tanah Malaya, saya belikan 2 naskah Al-Quran, satu naskah diletakkan di Masjid Nabawi dan satu naskah lagi saya bawa ke Masjidil Haram. Semoga hajat sahabat saya itu sampai kepada-Nya dan saya doakan semoga hajatnya untuk mengunjungi bumi suci ini juga kesampaian... amin...

- continue - kisah ziarah luar Masjid Quba, Jabal Uhud, Kilang Al-Quran, Bukit magnet dll akan menyusul