Followers

Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Sunday, June 09, 2013

TRIP SELEKEH (19) : Good bye Hanoi

Hari ke-9

Hari terakhir di Hanoi.

Bangun seawal pagi dan kemas beg. Mujur beg tak beranak pinak - datang satu beg penuh dengan makanan, balikpun satu beg jugak tapi penuh dengan baju kotor. Haha.

Selepas sarapan, taxi airportpun sampai. Tambang taxi 3usd/person - memang mahal kalau dibandingkan naik bas biasa untuk ke airport iaitu hanya 0.3usd. Tapi disebabkan flight kami di awal pagi (route AA Hanoi - KL hanya sekali sehari), jadi kami tak berani ambil risiko terlambat sampai di airport. 

Sarapan terakhir di Hanoi sebelum balik.
Perjalanan dari hostel ke airport lebih kurang 45 minit. Driver taxi pulak bawak taxi macam nak bersiar-siar. Nasib baik awal lagi. Sampai di airportpun masih awal. Kami ada masa nak jalan sekitar airport sambil habiskan sisa-sisa duit dong dan usd. hehe

Agak-agak nak habiskan dong /usd bolehlah singgah di kedai souvenir ni. Harga di sini 30-40% lebih murah daripada kedai-kedai lain.

9.20am, flight selamat berlepas meninggalkan bumi Hanoi dan sampai di Malaya lebih kurang pukul 1.45 pm. Berpeluang menjejak tempat orang dalam tempoh yang singkat bersama kawan-kawan rasanya banyak memberi pengalaman buat kami. Yang mampu dikongsi, saya kongsikan di blog ini, tapi walau sebanyak mana pengalaman yang dikongsi sememangnya tak akan sama dengan apa yang kita sendiri alami. Apa-apapun trip kali ni memang best. Sempoi, selekeh tapi semuanya manis untuk dikenang. Yang pahitpun jadi manis bila dikenang-kenang tau.

~ TAMAT 


Saturday, June 08, 2013

TRIP SELEKEH (18) : Day trip Hoa Lu - Tam Coc

Hari ke-8

* Tulis laju-laju sebab dah tak sabar nak habiskan entry untuk trip ni!

* Malam tadi, saya jugak jadi juara tido awal sementara kawan-kawan lain sibuk layan Running Man.  Tapi sebelum tido pasang mp3 siap-siap. Malam tadi kami semua tido dengan aman damai tanpa ada apa-apa gangguan selain daripada mendengar suara sheikh mengalunkan surah-surah terpilih tapi  terkejut bila terjaga tengah malam buta dengar lagu As long as U love me - sebab set mp3 auto playing. Alhamdulillah.. kami semua dilindungi oleh-Nya....

* Kami dikhabarkan sesiapa yang mahu sertai trip satu hari ke Halong Bay terpaksa batalkan trip disebabkan laut bergelora dan angin kuat.

Bangun pagi, bersiap dan turun breakfast dan tunggu bas tour datang ambil di hostel.

Kalau semalam cuaca di Hanoi cerah dan panas, tiba-tiba hari ini cuaca berubah hampir 100%, tiba-tiba diluar sana keadaan berangin dan sejuk (tapi tak hujan), langitpun mendung je. Tapi walau apapun cuaca hari ni, tour tetap diteruskan. Kali ini, hostel kami antara destinasi terakhir yang disinggahi oleh tour bus - bus sampai orang dalam bas sudah hampir penuh. Nasib kamilah, duduk saja mana-mana tempat yang kosong.


Suasana pagi di bandar Hanoi - cuaca nampak biasa tapi hakikatnya sejuk dan berangin.

Sekali lagi, dalam perjalanan singgah lagi di kedai kraftangan. Tapi kedai lain pulak. Layan sajalah, bolehlah betulkan urat saraf sebelum meneruskan perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam tu - jarak bandar Hanoi ke Hoa Lu Tam Coc lebih kurang 110km. Kami ambil pakej ekonomi dengan bayaran 22usd + 4usd untuk naik basikal (suka benor naik basikal kan?) dan pakej ini termasuk makan.

Mereka dan tour bus yang baru dicuci - sebab tu berani 'bertempek' dengan bus. haha

Sebenarnya kami suka datang sini, tempat lawa dengan sungai seperti terusan di kelilingi sawah padi dan batuan-batuan bukit seperti dalam avatar memang unik. Tapi kali ni kami kurang bernasib baik sebab dapat tour guide yang tak best (macam langit dan bumi dengan Mr. One - tourist guide trip Halong Bay semalam). Bukan kami saja yang terkena, tapi kebanyakan dari ahli rombongan yang satu bas dengan kami tak berpuas hati dengannya - maknanya bukan kami fussy, tapi memang ada masalah dengan tour guide ini.

Jadi sepanjang tour hari ini banyak 'drama' yang terjadi antara kami, ahli rombongan tour dan guide!

Tempat pertama yang disinggahi ialah kawasan-kawasan kuil - kat sini ada 2 kuil.
Peta kawasan
Hijau mata memandang - di mana-mana ada sawah padi. Lawa!
Kawasan kuil - kami hanya lalu dan berlegar-legar di luar kuil, tak berminat nak masuk

# Drama 1

Kami dan beberapa ahli rombongan lain hanya berada di luar kuil ketika guide menyuruh semua orang masuk ke dalam kuil. Tindakan kami menimbulkan rasa tak puas hati guide, berkali-kali dia suruh kami masuk, dan kami jawab dengan baik, it's ok, we just wait here - tapi jawapan kami tetap tak meyakinkan guide. Why you not come in? - geram ditanya berkali-kali akhirnya cik yah jawab. Because we're muslim! Sebenarnya bukan niat kami menjadikan agama sebagai isu. Tapi bila didesak begitu rasanya kami perlu bertegas. Kami tidak masuk ke dalam kuil sebab kami hormati ia adalah tempat suci bagi agama itu, sebagaimana kami mengangkat martabat masjid sebagai tempat suci bagi penganut Islam. Nampaknya tindakan kami disalah anggap pula. Secara peribadinya guide itu melahirkan rasa kurang selesa saya padanya. Berbeza benar dengan Mr. One, semalam, dia dengan baik hati menyediakan satu tempat (siap bentang tikar) untuk kami bersolat ketika berada di dalam bot - tersentuh dengan keprihatinan beliau!

Cari rezeki - Salah satu cara mereka mencari rezeki. Kerbau hiasan ni kalau nak naik/bergambar kena bayar ye.

# Drama 2

Masa lunch, rombongan kami yang datang berdua (mostly couple) dipaksa oleh guide 'seperate' dengan pasangan masing-masing. Kejap di suruh duduk di meja itu, kejap disuruh pindah ke meja ini - semua orang naik rimas dengan arahan guide yang entah apa-apanya. Nasib baik kami ber'5 tak 'dikacau'nya. Tapi saya solute mereka semua... sabar aje dengan kerenah guide yang ntah apa-apa tu. Sebab kadang-kadang tindak tanduknya seolah-olah tidak menghormati privasi orang. Sampaikan satu ketika, salah seorang daripada mat salleh hingga meninggi suara dengannya. Saya kira dia dah tak tahan sabar dengan tindakan guide. Dan sedihnya guide ini langsung tak menghormati kami sebagai muslim, makanan yang dihidangkan ikut sedap dia saja walaupun telah dimaklumkan sebelum itu. Malas nak bising-bising, kami makan je nasi panas dengan sambal bilis dan serunding dari Malaya, licin jugak pinggan! haha.

# Drama 3

Selepas makan, kami disuruh ke tepi sungai untuk naik rakit. Di sini beberapa ahli rombongan - kali ni masalah pulak dengan rombongan yang datang berkeluarga, termasuk kami sebab guide memberitahu sebuah rakit hanya boleh muat 2-3 orang saja. Bisinglah mereka yang datang ber'4. Semua tak mahu berpisah bila tengok rakit dari rombongan lain selamba je naik rakit dengan 5 orang serakit. Kami malas nak bertekak, redho saja naik 2 rakit. Tapi kalau dilihat pada tindakan guide yang kurang sopan hingga meninggikan suara pada ahli rombongan rasanya agak kurang profesional.

Ok, kita tinggalkan drama-drama tu, jom kita berakit dulu. Layan gambar je la eh!

Berakit di terusan Tam Coc ambil masa lebih satu jam - memang satu pengalaman menarik. Pemandangan sawah padi di kiri kanan terusan dan bukit bukau yang tersusun di sepanjang terusan memang memukau pandangan!
Mereka menunggu penumpang
Mula-mula kami akan lalu di kawasan rumah. Kiri kanan jumpa rumah-rumah penduduk, lepas itu barulah masuk ke kawasan sawah padi
Macam 'mem' pulak duduk dalam rakit siap silang kaki. hehe
Melalui/memasuki beberapa gua
Kiri kanan terusan ialah sawah padi yang dikelilingi bukit bukau
Bukit-bukit kat sini memang lawa - rasanya kalau dapat ambil gambar dari atas bukit mesti lagi lawa. Tapi sanggup ke nak panjat dinding bukit macam ni? huhu
Memang santai duk dalam rakit ni sambil layan view yang cantik. SubhanAllah... betapa cantiknya alam ciptaan Allah ni kan?
Lepas hampir 2 jam berakit sampailah masa untuk balik - kesian makcik duk dayung rakit. Uniknya di sini, kebanyakan rakit dikayuh menggunakan kaki - sekali tengok buruk benor rupa terkangkang-kangkang kaki dayung rakit, tapi itulah yang uniknya di sini.
# Drama 4

Masa tengah berakit kita akan melalui rakit-rakit menjual makanan ringan dan air. Kami dipaksa oleh penjual beli air dan makanan untuk makcik yang dayung rakit. Oklah, kesian jugak makcik ni dayung akit, kami belikan air. Dah belikan air, bila sampai kat pelabuhan dia mintak tips pulak! Haish... semua nak duit. Padahal sebelum naik rakit dah bayar tambang. 

# Drama 5

Awas! Berhati-hati dengan pendayung rakit yang membawa camera. Nak jadi paparazzi la kononnya. Ambil gambar kita secara paksa, lepas tu bila sampai di pelabuhan dia akan cuci gambar dan paksa kita beli. Walau ditolak sekuat manapun, tetap dikejar sampai ke lubang cacing. Memang stress! Asal muka ada dalam gambar je, semua kena paksa beli. Kesian jugak sebenarnya tengok mereka ni. Tapi nak buat macamana, ini cara mereka mencari rezeki kan? Walaupun sebenarnya cara itu agak kurang sopan - menjual dengan cara paksaan, mungkin kesulitan hidup mereka yang membuatkan mereka bertindak begini...

Nak lari dari dipaksa beli gambar, cepat-cepat kami ambil basikal - dapatlah larikan diri sekejap. Kayuh basikal keliling kampung (tapi basikal kat sini tak se'best basikal Yangshuo). 

Berbasikal lagi- untung pelancong Singapura ni, ada orang sudi bonceng kat belakang (pelancong korea), kami jugaklah yang kesian, sendiri kayuh ok!
Pemandangan sawah padi yang memukau mata memandang
Bunga cina dalam lagu buai laju-laju - kami dibawa singgah sebuah gua, tapi kami tak panjat pun gua tu, sebab dah penat kayuh basikal. Lagipun masa tu masing-masing sibuk shopping beg kat gerai di luar gua. Sempat lagi tu! haha.. Harga beg-beg di situ serendah 1usd! Terus masing-masing beli!

# Drama 6
Ni drama paling tragis. Masa kami dibawa singgah di gua, guide mintak kami simpan basikal di tempat yang disediakan. Bila nak keluar, guide keluar macam biasa, tapi kami semua (termasuk pelancong Korea dan Singapura) disuruh bayar pada penjaga tempat itu. Mulanya semua orang marah, kenapa kena bayar lagi? Sedangkan dia (guide itu) tak kena bayar pun? Kenapa sebelum masuk dia tak bagitau kena bayar? Tapi dalam ramai-ramai, kamilah yang paling tak puas hati. Sampai cik yah siap bergaduh dengan guide tu. If you don't want to pay, you stay here, i'm going back to Hanoi! - terus dia tinggalkan kami di situ. Memang sangat kurang ajar dan lepas tangan! 

Lepas kayuh basikal, semua berkumpul dulu sebelum perjalanan balik ke bandar Hanoi. Guide seperti biasa, buat muka tak bersalah seolah-olah tak ada apa yang berlaku sebelum ni - masing-masing simpan geram dalam hati. Haishh..

Kami sampai di bandar Hanoi lebih kurang pukul 8.00pm. Seperti malam tadi, kami layan kopi dan pho vietnam dulu sebelum balik hostel.

Hari dan malam terakhir di Hanoi.

~ bersambung

Wednesday, June 05, 2013

TRIP SELEKEH (17) : Kopi Vietnam, Hanoi night market dan Nisa Restaurant

* Entry ini  saya rangkum untuk 2 malam di Hanoi.

1. Kopi Vietnam

Kata orang kalau satang Vietnam/Hanoi WAJIB minum kopi sebab kopi Vietnam antara kopi terbaik di dunia dan kopi terbaik di Asia. Buktinya, kawan-kawan saya ni sampai dua malam berturut-turut singgah kedai kopi - kedai sama pulak tu! Dah beli air, beli kopi berpaket-paket lagi untuk bawak balik Malaya. Tak cukup beli di kedai kopi, beli lagi di airport sebelum balik - tengok betapa sedapnya kopi Vietnam! Saya je yang tak beli apa-apa. Sebab saya tak minum kopi, nak beli bawak kampung pun semua orang tak minum kopi. Tapi jadi tukang tengokpun seronok jugak kan? Hehe.

Di bandar Hanoi sendiri di mana-mana kita boleh jumpa kedai kopi - pilih saja, nak kedai kopi tepi jalan (yang duduk atas kerusi kecik di kaki jalan) ataupun kedai kopi ekslusif (macam starbucks tu). Jadi terpulang pada pilihan masing-masing nak cuba di kedai mana, semuanya kopi! Jadi kalau sesiapa yang datang ke Hanoi silalah cuba kopi Vietnam.. anda mungkin tak menyesal. hiks

Trung Gguyen Coffee : Antara kedai kopi yang terdapat di Hanoi. Masuk dalam boleh order kopi, nak beli bawak balik, ada kaunter jualan di luar kedai.

Menu dan kopi mereka : gelas bukan main besor, tapi dapat kopi tak sampai separuh. Saya tengok diaorg ambil biji kopi dan kisar sendiri lepas tu baru buat air kopi - klasik betul!

 2. Hanoi nite market

Kami sampai di Hanoi pada hari Khamis, ke Halong Bay keesokan harinya, lusanya pula hari minggu. Jadi malam itu selepas balik dari Halong Bay, sengaja kami turun di tengah-tengah bandar - dekat dengan pasar malam. Malam minggu di bandar Hanoi sangat happening. Pasar malam di sepanjang jalan sampaikan lenguh kaki berjalan.

Tak ada yang istimewapun pasar malam di sini kalau nak dibandingkan dengan pasar malam di tempat-tempat lain, cumanya bila berada di tempatnya orang semuanya dilihat istimewa kan? Kami sekadar cuci mana saja - dalam cuci-cuci mata sempat jugak belikan sepasang baju untuk Muhammad Aidil. hiks.

Layan je lah gambar yang tak seberapa....

Semua lorong utama ditutup untuk pasar malam

Souvenir yang sangat comel!

3. Nisa Restaurant

Satu-satunya restoran halal yang sempat kami singgah sepanjang berada di Hanoi - tak jauh mana dari Hanoi Hostel, tapi sesat jugak nak mencari restoran ni sebab lorong-lorong di sini agak mengelirukan.

Kot ada sesiapa yang pergi Hanoi dan nak singgah di restoran ini, ni alamatnya :

Nisa Restaurant
32, Hang Tre Str,
Hoan Kiem, Hanoi
Tel : +84 4 39261859

Rupa Nisa restoran, dan menu makanan yang ada di sini - harga sekeping roti canai RM15 tau!

Menu paling sedap - Pho Vietnam dan jus mangga!

~ bersambung

Tuesday, June 04, 2013

TRIP SELEKEH (16) : Day trip to Halong Bay

* Malam tadi saya antara orang terawal yang tido - orang lain sibuk layan Running Man sebab wifi laju mengalahkan F1! Letak kepala terus tak sedar sampai ke pagi. Bangun je, masing-masing duk bercakap pasal peristiwa malam tadi.

Orang dengor (dengar) suara nangis malam tadi, ye dengor dop? (tak?)
Hoo... orang dengor gok (jugak)
Ye ker? - Saya terpinga-pinga, sebab tido mati malam tadi.
Ada orang ngiga (mengigau) la malam tadi. Sampai nangis-nangis.
Piye? (siapa?) - serentak
Orang hok tido mati tu la.
Erk! - Serius saya memang tak tau apa-apa.

* masing-masing lega, misteri sudah terjawab - cakap sambil ketawa-ketawa seolah-olah perkara malam tadi bukan perkara yang serius.

Tiba-tiba, cik yah menyampuk.

Dok aa, orang la nangis malam tadi.
Erk! Bakpe? (kenapa?)
Ada 'benda' kacau orang, orang kena 'tindih' sampai dok leh (tak boleh) nafas. 

* Krek... krek... krek - bunyi cengkerik
* terus masing-masing terdiam 

Habis la kita... ada 2 malam lagi nok tido sini ni. Guane (macamana) ni? - cuak je, tapi masing-masing kontrol je, siap gelak-gelak, tapi dalam hati siapa yang tahu kan?
Malam ni orang pasang mp3 la, orang pasang ayat ruqyah dengan suroh Quran kuat-kuat.
Molek gok - mujur jugak kami semua tak nak jadikan isu 'diganggu' ini satu perkara yang berat dan boleh mengspoilkan mood kami, jadi masing-masing anggap itu semua 'gurauan' yang tak diundang. huhu. 
Malam tadi ngantuk ngat, dok ingat nok pasang mp3 sebelum tido - Berguna jugak mp3 tu disaat-saat begini kan?

* Kita tengok malam nanti adakah suara menangis masih mengganggu kami semua??!


~ kita sambung di hari baru iaitu hari ke-7 pulak.



SELAMAT PAGI HANOI!

Walaupun malam tadi ada 'peristiwa' tapi pagi itu tetap merupakan pagi yang gembira buat kami ber'5. Masing-masing bangun, mandi, solat dan bersiap lepas tu turun untuk breakfast. Breakfast yang simple - roti, telur mata, buah-buahan dan kopi, tapi cukup mengenyangkan buat kami semua. Mereka kata kopi kat sini sedap. Kaw!! Saya x tahu sebab saya x minum kopi. huhu.

Dah siap semua, kami menunggu bas tour ambil kami di lobi hotel. Sementara tu sempatlah godek-godek internet, check email dan apa-apa yang patut. Sekali tertengok email, AA ada sale? - sempat lagi masing-masing kira date nak merayap lagi ni. Saja je nak 'mengkaya' pak Tony kan? Nak buat camne, busuk-busuk AA pun, itu saja flight yang mampu bawak kami semua kenal 'dunia luar' sesuai dengan orang berbudget ciput macam kami ni. huhu.

Ok, dah melalut... tak lama menunggu, lepas tu bas tour kamipun sampai. Guide kami untuk hari ini ialah Mr. One - nama dia panjang, jadi nak mudahkan kami mengingati namanya dia pendekkan jadi 'satu'. Trip sehari kami ke Halong Bay, kami dah siap booking dengan Hanoi Hostel - itu antara pakej termurah yang kami jumpa. Kami ambil pakej ekonomi dengan bayaran 22usd/person + 7usd/person untuk naik bot dan pakej kami termasuk makan.

Kami antara kumpulan terawal yang naik bas, jadi boleh pilih tempat duduk sesuka hati. Lepas ambil kami, bas pusing-pusing lagi bandar Hanoi sambil singgah mana-mana hotel/hostel untuk ambil orang lain yang akan sertai trip sehari ni. Sambil-sambil tu Mr. One terangkan apa-apa yang menarik - kiranya 2 dalam 1, sambil angkut orang sambil tu site seeing bandar Hanoi.

Fenomena biasa di waktu pagi - makanan dijual dan makan terus di tepi jalan. Makcik ni bersungguh-sungguh mintak saya amikkan gambarnya, bila dah tangkap gambar, dia pulak sibuk-sibuk mintak saya beli makanan yang dijual. Mujur tak kena marah bila dilotak dengan baik. huhu

Lepas 30 minit pusing-pusing bandar Hanoi, akhirnya pemandu bas meneruskan perjalanan untuk ke Halong Bay. Perjalanan mengambil masa lebih 3 jam dengan jarak melebihi 100km/sehala - gila lah jauh Halong Bay ni.

Dalam perjalanan bas bawak kami berhenti di pusat penghasilan/jualan barang kraftangan yang diusahakan oleh persatuan OKU, Vietnam (standard kalau joint tour kat Vietnam ni mesti kita akan dibawa singgah di tempat macam ni). Tapi kraftangan di sini sangat halus buatannya, semuanya di hasilkan secara manual. Macam-macam ada, lukisan, ukiran, lukisan yang dijahit dengan benang menghasilkan lukisan yang lawa dan yang paling unik ialah lukisan yang hasilkan dari kulit telur, serius unik!

Arca di luar kedai. Untuk dijual /tempahan - siap ada gambar pembeli tu, hebak betul  cara promosi mereka kan?
Tekun pekerja tu menjahit lukisan dan istimewanya mereka semua adalah golongan OKU yang kreatif. Kagum kejap tengok hasil tangan mereka.

Hampir 45 minit jugak habiskan masa di tempat kraftangan, perjalanan diteruskan. Jauhnya nak sampai Halong Bay, tido, bangun, tido, bangun barulah sampai. Itupun best je dapat massage free - drebar bas bawak laju dengan keadaan jalan di Hanoi yang sangat 'baik' memang satu kombinasi terbaik untuk dapat free massage. Bila berada dalam keadaan begini, terasa sangat bersyukur di lahirkan di negara seperti Malaysia, walaupun tak semaju negara-negara lain, cukuplah Malaysia mampu menjadi negara terbaik untuk didiami!

Sampai di pelabuhan, Mr. One, minta kami tunggu sekejap sementara dia belikan tiket. Alhamdulillah, cuaca hari tu menyebelahi kami, cerah! 

Sedikit informasi tentang Halong Bay - Terletak di wilayah Quang Ninh, di utara Vietnam, lebih kurang 160km dari Hanoi. Dalam bahasa Vietnam dipanggil Vinh Ha Long ialah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, berteluk di mana teluknya mempunyai ribuan pulau kecil yang cantik yang menjadi tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar.

Pelabuhan untuk naik bot keliling Halong Bay
Bot-bot pelancong di Halong Bay
Bot kami - Mr. One rasmi dulu, lepas tu baru kami semua menyusul. hiks

Sebelum teruskan perjalanan kita isi perut dulu. Bot gerak tak sampai 15 minit, kami dah dihidangkan dengan makan tengahari. Sebelum itu Mr. One dah tanya kami ber'5 apa makanan yang kami boleh makan, dan apa makanan yang kami tak makan. Mujur dia faham makanan kami hari itu semuanya berasaskan seafood. Sedap! Seperti biasa sambal ikan bilis wajib ada. 

Menu paling sedap - dalam banyak-banyak menu yang disediakan yang ni paling sedap. Tak tau apa, macam phopia, rangup dan inti seafood dan sayur di dalamnya. Cicah dengan sos macam kicap cuka. Walla! 

Jom teruskan pelayaran! - view sepanjang kapal belayar. Laut tenang, cuacapun cantik dan cerah!

Akhirnya sampai di hentian - di sini ada rumah air dan ada penduduk tinggal di sini. Siap ada sekolah atas air. Bot berhenti dan kami diberi masa untuk naik bot atau berkayak. 
Kami naik bot rakit ni - keliling sekitar Halong Bay, layan pemandangan memang best, cuma kalau nak suruh terjun dalam air, saya tak mahu sebab airnya 'keruh' mengalahkan teh tarik. 

Layan lagi gambar-gambar di Halong Bay


Hampir sejam jugak kami ber'5 di bawa naik bot rakit - Mr. One kata satu bot max 4 orang, kami bantai muat 5 orang jugak, kecian pakcik rakit tu berpeluh-peluh dia kayuh rakit. 

Lepas naik bot rakit kami di bawa pulak singgah di satu pelabuhan. Panjat tangga dan masuk dalam gua. Pemandangan dalam gua sama saja dengan gua-gua batu kapur di Guilin (sebab tu kami tak masuk gua masa kat Guilin) dan juga di Gua Tempurung. Bezanya cuma sejarah/mitos kewujudan guanya saja. 

Jom layan gambar - rasanya kalau sesiapa yang ambil day trip tour di Halong Bay lebih kurang saja aktiviti yang akan dibuat, jadi kita layan je lah gambar. Biasalah dah nak penghujung entry ni makin malas nak bercerita. huhu




Habis sejam masa untuk tawaf gua, perjalanan balik la pulak. Lama jugak bot belayar untuk balik semula ke pelabuhan. Petang baru sampai pelabuhan. 

Budak-budak ni jadi 'mangsa' buli kami masa kat atas bot. Tapi kan, bagi 'umpan' choki-choki terus melekat! haha

Matahari hampir terbenam di pelabuhan Halong Bay - cantiknya ciptaan Allah kan? Tapi kalau dapat lihat sendiri dengan mata kasar lagi best!
Dah jom kita balik - rombongan kami satu bas. Perjalanan balik pulak memakan masa lebih 3 jam untuk sampai di bandar Hanoi. Naik bas, terus masing-masing membuta (walaupun bas dapat free massage, tapi tetap tido tak ingat dunia). 

Sampai di bandar Hanoi lebih kurang pukul 8.30 malam. Kami tak terus balik hostel sebab nak singgah kedai kopi dan jalan-jalan di nite market dulu.



~ bersambung