Followers

Showing posts with label Beautiful Guilin Trip. Show all posts
Showing posts with label Beautiful Guilin Trip. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Buah tangan dari Guilin


Ramai kawan-kawan bertanya apa yang saya beli di Guilin. Saya? Hanya mampu senyum dan geleng kepala. Saya hanya bercuti budget, jadi untuk membeli secara mewah adalah diluar kemampuan saya. Cukuplah untuk mak, ayah dan adik-adik serta kawan-kawan yang rapat sahaja. Untuk diri sendiri, hampir tidak ada. Masih saya ingat pertanyaan Pn. Fatimah... adakah saya beli buah tangan yang sama seperti adik-adik saya? Saya hanya geleng kepala. Tapi saya katakan saya hadiahkan sebuah buku memuatkan gambar-gambar pemandangan yang menarik di sekitar Guilin. Dan Pn. Fatimah sekali hanya mampu mengelengkan kepala.....

PM : Belek buku Guilin Impression buat hati teringin berjalan lagi...

Wednesday, March 14, 2012

Beautiful Guilin - Day 5 & 6

Aktiviti hari ke-5 ialah sightseeing around Guilin Town. Memandangkan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar Guilin, Jah membawa kami jalan-jalan sekitar bandar ni. Seperti biasa selepas isi perut di restoran kebiasaan, perjalanan kami bermula. Agak nyaman berjalan dengan suhu dan cuaca yang redup dan sejuk. Maklumlah hari masih awal...


pemandangan biasa bandar Guilin di waktu pagi

Tempat pertama yang kami singgah ialah Banyan & Fir Lake. Sepanjang berjalan sempat juga menjenguk kanak-kanak yang di sekolah yang berhampiran. Seronok tengok cara dan budaya mereka. Cuma, orang China ni diorg punya pesyen lain sikit... cara diorg pandang kita tu lain macam sikit. Pelik sangat agaknya tengok orang asing berjalan di tempat mereka. Tapi kami layan je... jalan tanpa pedulikan pandangan asing mereka....

mula-mula jalan... semangat lagi...


Banyan Lake (Rong Hu) dan Fir Lake (Shan Hu) merupakan dua buah tasik yang terletak ditengah-tengah bandar Guilin yang dijadikan taman rekreasi oleh penduduk tempatan. Tasik Banyak ni dinamakan sempena nama sejenis pokok iaitu pokok banyan terletak di sebelah barat jalan Zhongshan. Manakala Tasik Fir pula terletak di sebelah timur. Senang je kalau kita nak ke kedua-dua tasik ni sebab lokasi tasik-tasik ini adalah di antara jalan Zhongshan Bei, Ronghu Bei dan Shanhu Bei... jadi kalau kita berada di bandar ni memang boleh

nampak tasik-tasik ni.

Jom layan gambar...


Banyan & Fir Lake







bangunan berwarna kuning adalah Kota Purba (Gu Nanmen) yang berusia hampir 100 tahun



menyusuri terowong menghubungkan Tasik Fir dan Tasik Banyan



di kiri dan kanan dinding diukir kebudayan penduduk tempatan

Berjalan keluar dari terowong penjalan kaki, kami masih berjalan menyusuri Tasik Banyan dan dari jauh kelihatan 2 pagoda iaitu Sun & Moon Pagoda. Yang tinggi tu Sun pagoda, 9 tingkat dan Moon pagoda pulak 7 tingkat. Kata Jah, kalau kita tengok pemandangan waktu malam lagi cantik sebab pagoda ini akan dipasang lampu yang berwarna-warni. Memang betul kata Jah, sebab kalau malam-malam kami jalan melalui jambatan untuk ke hotel, sepanjang Tasik Banyan & Fir memang sangat happening. Lampu berkelip-kelip. Lawa....



Sun & Moon Pagoda at Banyan Lake


bukti dah sampai!

Selepas puas keliling tasik, kami berjalan menuju ke Zhengyang Pedestrian Street. Kawasan ini merupakan salah satu 'landmark' baru Guilin yang digelar "the first commercial shopping street in western China". Jalan sepanjang hampir 666 meter ini dikelilingi oleh pusat membeli belah, restoran dan kedai-kedai yang menjual bermacam-macam benda. Selain kedai komersil ada jugak gerai-gerai di tepi jalan yang kita boleh singgah untuk beli cederamata. Sayangnya t-shirt Guilin tetap jugak kami tak jumpa di sini.

Berada kat sini baru nampak cara hidup penduduk Guilin dari sudut yang lain > lebih moden. Tak sangka sebenarnya, sebab mula-mula saya sangkakan bandar Guilin hanya bandar kecik, tapi rupa-rupanya di sebalik bangunan-bangunan lama yang dipelihara oleh mereka, terdapat satu kawasan yang sedang pesat maju. Sekali pandang, rasa macam duk kat Seoul pun ada.

Dari Tasik Banyan dan melintas jalan untuk ke Zhengyang Street

the street


Puas berjalan-jalan di sekitar Zhengyang Street, kami jalan lagi menuju ke satu lagi tempat tarikan pelancong di bandar Guilin iaitu Prince's City and Solitary Beuty Peak. Daripada cerita Jah, dalam ini terletaknya Istana JingJiang yang merupakan salah satu istana raja pada zaman Dinasti Ming. Di dalamnya terdapat istana dan taman di raja purba yang berkeluasan hampir 6,100 meter persegi. Yang menariknya istana dibina di puncak bukit dan dikelilingi oleh gunung sebagai dinding keselamatan. Tapi kami tak masukpun.


Jah duk sibuk bercerita tentang sejarah terowong ni.. saya pun dah terlupa apa sejarahnya. Tak silap berkaitan dengan tembok untuk pertahanan masa dulu yang menghubungkan dengan penjara.

Prince's City and Solitary Beuty Peak


nampak JingJiang Castle yang terletak di atas bukit

Lepas tu jalan lagi menuju ke Little Hong Kong. Saje jamu mata untuk kali terakhir sebelum balik. Berlegar-legar hampir satu jam kami ambil keputusan untuk balik ke restoran sebab Jah dah menunggu di sana. Sebelum tu berhenti solat di masjid dan kemudian terus langsung ke restoran kebiasaan di sebelah masjid. Memandangkan hari ini hari terakhir kami di sini, jadi pemilik restoran dah siap-siap masak masakan istimewa untuk kami. Best masakan dia... memang puas hati!


dataran city square: di bawahnya terdapat Little Hong Kong


bandar Guilin


penat jalan... masa untuk isi perut

Agak lama kami makan, berlama-lama sebelum balik hotel. Keluar dari restoran kat luar dah hampir gelap. Biasalah musim sejuk, waktu siang bagak pendek. Lepas makan berjalan balik dan sebelum tu kami dah request dengan Jah supaya bawak kami ke pasar. Pasar ni dekat je dengan hotel kami. Saje nak tengok keaadan pasar kat sana, nampak menarik sebab pasar ni macam pasar tani dan yang paling tertarik di sini banyak sangat dijual buah-buahan tempatan. Sempat jugak masing-masing beli buah-buahan untuk dibawa pulang.

Lepas tu Jah hantar kami balik hotel. Tapi kami tak terus balik hotel... malam terakhir di bandar Guilin kami isi dengan meronda-ronda di pasar malam. Seperti biasa Jah dah pesan supaya kami balik awal... kalau boleh sebelum pukul 11.00 malam. Dah puas hati meronda di pasar malam, kami balik hotel. Masa untuk mandi, solat, kemas beg dan rest. Esok dah nak balik ke Tanah Malaya.

gerai buah-buahan

limau ni boleh makan sekali dengan kulit. Manis!


buah pear!

Hari ke-6, bangun awal pagi. Jam 7.30 pagi masing-masing dah ready di lobi. Bas datang dan terus ke airport yang mengambil masa 1 jam untuk sampai. Flight kami pukul 11.20 pagi dan akan sampai pada pukul 5.20 petang.

Guilin... satu kawasan yang cantik. Berkali-kali saya ceritakan betapa cantiknya bandar Guilin kepada Pn. Fatimah... "Mak, jom kita g Guilin nak? K.nur nak ajak mak naik basikal keliling bandar Yangshou". Geleng kepala Pn. Fatimah... alahai....

PM : ada rezeki saya mahu ke sini lagi... InsyaAllah

Tuesday, March 13, 2012

Beautiful Guilin - Day 4

Hari ke-4 di bumi Guilin, seperti biasa kami bangun awal dan bersiap. Berkumpul di lobi, Jah dah sedia menunggu. Sebelum teruskan itinerary kami hari ini, kami singgah makan dulu. Makan pagi di sebelah restoran yang biasa kami makan. Asalnya kami ingat restoran tu non-halal restaurant... sbb appearance restoran ni just like typical Chinese restaurant. *faham-fahamlah macam mana kan? Masuk-masuk je, restoran muslim rupanya. Mostly orang yang makan kat sini order mee/ramen/sup... cuma kami je yang pada awalnya order nasi goreng cina. Bila dah tengok kiri kanan meja duk makan mee/ramen/sup, terdetik kat hati nak try mee diorg. Verdict? erm... not bad! Macam makan meggi! Sedap lah. Nasi gorengpun kata diorg boleh tahan sedap. Cuma satu je, tak tahan bau...

Itinerary pertama kami ialah menaiki cable car ke You Mountain. You Mountain adalah gunung tertinggi di Guilin. Saya duk berangan adalah salji ke kat atas puncak gunung tu since kami ke sini waktu musim sejuk. Tapi awal-awal Jah dah bagitau bahawa musim sejuk di Guilin takde salji. Tapi!!! Jah cakap, suhu hari ini dijangka jatuh dan suhu di atas puncak gunung mungkin kurang dari 0 darjah!!!

Sampai di kaki gunung, kesejukan dah mula dirasai. Ni baru kat kaki gunung.... ayyo.. baju 4 lapis belum dapat membantu untuk memanaskan badan kami. End up, kami sewa baju tebal a.k.a baju askar, 10 yuan (RM5) yang diharapkan dapat mengurangkan kesejukan kami bila sampai ke puncak gunung nanti. Saya sempat jugak rempat sepasang glove, pakai 2 pasang glove pun masih sejuk!!

Dah selesai semua, kami beratur naik cable car. Cable car hanya memuatkan 2 org untuk 1 cable car. Dah la nak naik tu siap kena melompat, nasib baik tak tersungkur! Bayangkan dengan baju tebal berlapis-lapis memang agak terhad pergerakan kami. Nak click button camerapun payah! Menaiki cable car untuk sampai ke atas puncak mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai.

pintu masuk cable car

they



view sepanjang menaiki cable car!

2 fenomena berbeza : bawah - biasa, atas - beku!

makin hampir di puncak gunung - semuanya beku!

Sampai kat atas, semua benda yang ada kat situ membeku. Sejuk giler! Kaki macam kebas dan tak rasa apa-apa. Tapi excited punya pasal, masing-masing lupa diri dan sampai tak ingat yang kami sekarang sudah berada di puncak yang suhunya kurang dari 0 darjah! Agak lama kami kat atas hingga masing-masing dah tak tahan sejuk barulah Jah ajak turun.



everything were freeze here!


Next destination, Silk store. Ingatkan kedai sutera ni jual kain sutera yang boleh dibuat baju kurung. Rupa-rupanya mereka hasilkan selimut, cadar comforter etc. Kat sini kami tengok cara sutera dihasilkan serta proses-prosesnya sekaligus. Unik! Kuali kain memang tip top! Tapi kami setakat mampu rasa kain je la, nak beli tak mampu.



percaya atau tidak, dari segumpal benang sutera bila ditarik mampu menghasilkan selembar kain sutera!


Tun M pernah sampai sini!


tak mampu beli, dapat sentuhpun jadi laaa...

Lepas ke silk store, kami ke kedai sebelah untuk foot massage. Massage dia so... so.. je. Cuma tak tahan dengan intraktor dia yang duk push kami beli barang dia. Stress! Dia ingat kami semua ni kaya agaknya... Aduhai... double stress!


Kedai terakhir sebelum balik bandar Guilin adalah Dr. Tea. Kami layan tea tempatan Guilin kat sini sambil makan kudapan yang disediakan. Ada 5 jenis kalau tak silap saya. Pasapun pelbagai, rasa tawar, pahit dan wangi. Lama jugak tengok demostasi diorg buat teh. Oklah, disebabkan ada antara kami yang suka teh, jadi xdelah masing-masing dipaksa beli teh. hehe


replika teh yang disusun bertingkat-tingkat

Masa untuk balik ke bandar Guilin dan sebelum balik ke hotel kami singgah dinner dulu. Dinner di restoran kebiasaan dan kemudian kami just berjalan kaki je balik ke hotel untuk rest!


Malam di bandar Guilin - the river is just in front of our hotel

PM : Virus M sedang menyerang, mood berceritapun ke laut....

Friday, March 09, 2012

Beautiful Guilin - Day 3

27 Februari 2012 - Yangshou town - Guilin Town

Hari ke-3 di bumi China, setepatnya masih di Yangshou. Seperti biasa bangun awal, bersiap dan check out. Dalam agenda kami hanya bermalam 1 malam di Yangshou. Siap untuk breakfast. Breakfast yang sedap dan kami siap sapu licin semua makanan. Buat bekalan sepanjang perjalanan. Hehehe. Tupun secara senyap-senyap segan dituduh 'pelahap' oleh waitress hotel yang setia menunggu kami makan. Hehe.

Lepas breakfast, masing-masing naik bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Shangri-La Yangshou atau dalam Shi Wai Tao Yuan. Penduduk menggelarkannya Land of Peach Blossoms yang terletak di antara jalan Yangshou-Guilin iaitu hanya 16km dari bandar Yangshou. Kawasan ini sangat luas!!! Tempat ni macam Mini Malaysia, di mana di dalamnya terdapat rumah penduduk tempatan serta kaum di China dengan perlbagai budaya. Adat penduduk di sini, mereka akan menyambut kedatangan tetamu dengan menyanyikan lagu alu-aluan puak mereka dan sebagai membalas nyayian mereka, kita seeloknya kita juga menyanyikan lagu untuk mereka. Uols tahu kami nyanyi lagu apa untuk Jah? Lagu Rasa Sayang! hiks.


Shangri-la Yangshou


~ peach blossoms in winter season ~


menyusuri sungai

Cantik tak terkata permandangan kat sini. Kami menaiki bot, dan perjalanan bot mengambil masa hampir 45 minit. Sepanjang menyusuri sungai, di kiri dan kanan terdapat rumah berlainan puak dan setiap kali ada bot yang lalu mereka akan menyanyi sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan kami. Di sekeliling pulak gunung-ganang sayup mata memandang. Seriyes.... cantik giler!!! Pada saya yang tak pernah sampai ke tempat seperti ini, memang cantik. Sekali lagi kami sama-sama memuji kebesaran Allah. Benar kata orang.. semakin jauh kita berjalan, semakin banyak tempat baru yang kita lihat dan semakin banyak juga pengalaman baru yang kita boleh timba... Ya... saya akui itu...


rilek je makcik ni basuh kain padahal cuaca sejuk giler!!

Hampir 45 minit berlalu bot kami berhenti di persinggahan. Dan sekali lagi kami disambut dengan nyayian penduduk tempat. Ada satu puak tu, siap buat bulatan kecil dan ajak kami menyanyi dan menari sekali. Kelakar jugak! hehe. Tapi yang pasti ia satu pengalaman yang menarik untuk diingati. Hampir beberapa jam berlama di sini, banyak yang kami lihat selain daripada nyayian dan tarian mereka. Di sini juga ada tempat di mana mereka melakukan aktiviti harian seperti menenun kain, bertukang, mengukir kayu dan macam-macam lagi. Siap ada kebun sayur dan kebun limau. Geram je rasa nak masuk dalam kebun-kebun tu!


disambut dengan nyayian selamat datang oleh mereka


bekalan sepanjang musim sejuk


SubhaAallah... cantiknya...


kebun sayur


limau kat sini segar-segar belaka



Lepas tu perjalanan diteruskan ke kawasan perkampungan di Yangshou. Penduduk kat sini, macam orang asli tempat kita la. Kawasan yang kami lawat, rumahnya berusia hampir 100 tahun. Jadi kerajaan China telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan tradisi dengan menyediakan kemudahan seperti rumah dan kawasan untuk mereka membuat aktiviti seperti bercucuk tanam, berkebun dan sebagainya.

Kami sempat masuk ke rumah sambil duduk mengelilingi unggun api dan mendengar cerita dari penduduk sini sini. Dan seperti biasa Jah adalah translatornya... Kat sini, ketua adalah kaum perempuan. Jadi kalau ada lelaki yang nak kawin dengan perempuan, mereka kena datang jumpa keluarga dan dipaksa bekerja dan tinggal di situ selama 3 tahun sebelum di'approve' oleh keluarga barulah boleh berkahwin dengan gadis yang mereka suka. 3 tahun tu hanya syarat, tak bermakna lepas 3 tahun terus boleh kawin. Kalau famili tak suka, kena reject la jawabnya. Boleh tahan mencabar. Agak-agak kalau kat Malaya, ada budaya macam tu.... jadi anak dara tua la jawbnya. huhu.

Hasil kerjatangan mereka untuk dijual. Cantik dan kemas buatannya...

Memandangkan cuaca kurang baik, hujan... kami tak amik masa lama kat sini. Dalam perjalanan balik ke bandar Guilin, sempat lagi singgah di Jade Shop. Dalam banyak-banyak tempat shopping yang Jah bawak hanya tempat ni yang saya tertarik. Sikit je tertariknya. Harga ok la, mampu beli, jadi alang-alang jumpa yang berkenan di hati, saya belilah. Tapi bukan untuk diri sendiripun. Semuanya untuk adinda-adinda saya. Hehe.


Sampai di Guilin agak petang, dan kami singgah makan dan solat di tempat restoran yang sama. Lepas makan, balik hotel, nak check in pun awal lagi jadi simpan beg dulu dan alang-alang masih awal, kami sepakat nak berjalan dalam hujan. Gigih masing-masing berpayung meredah hujan. Sejuk tuhan aje yang tahu! Tapi seronok jugak jalan dalam hujan-hujan ni. Niat nak berjalan sambil tengok sekitar bandar Guilin... Jadi Jah tolong tunjukkan jalan dan kami pergi sendiri.

Kami nak ke Little Hong Kong. Nak ke sini tak jauhpun. 15 minit kalau jalan kaki dari hotel. Little HK terletak betul-betul di pusat bandar Guilin iaitu di bawah city square. Ia merupakan undergound market yang terbesar di Guilin di mana terdapat lebih 800 buah lot-lot kedai yang menjual perlbagai jenis baju, jeans, beg dan macam-macam lagi. Harga agak menarik, tapi yang tak menariknya poket kami je. Barang-barang kat sini ikut musim, disebabkan kami pergi musim sejuk... jado boleh dikatakan baju ketul-ketul je yang banyak dijual. Geram je tengok, tapi kalau beli bila nak pakai kan? Cuma satu je yang saya terkilan, T-shirt yang ada nama Guilin tak ada!!!

Info : Little Hong Kong小香港商业城
Add: Zhongshang Zhong Lu Square Underground, Guilin / 地址:桂林市中山中路中心广场地下
Opening hours: 09:00-21:00
Getting there: take bus routes 3, 10, 11, 99, 100 to Zhongshan Zhong Lu Square

Hampir sejam lebih ronda-ronda di Little HK, kami berjalan balik. Hujan masih lebat, tapi teruskan berjalan balik. Kaki dah terasa beku macam ais. Kasutpun dah basah. Nasib baik kasut saya tak masuk air... kalau tak dah beku dah jari kaki. Sampai hotel check in, mandi dan solat. Malam ni masing-masing tak keluar dah, just rest kat bilik sambil pekena kopi dan nescafe panas di bilik....

PM : terbayang meggi dan serunding daging...