Followers

Showing posts with label Yangshuo. Show all posts
Showing posts with label Yangshuo. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

TRIP SELEKEH (13) : Hari terakhir di Guilin - Shopping @Little Hong Kong

Hari ke-5

Sedar tak sedar dah masuk 5 hari kami di Guilin/Yangshuo. Pagi tu masing-masing bangun awal. Maklumlah subuh kat sinipun awal kan? Kesian amoi dari Beijing yang jadi dorm mate kami. Pagi-pagi buta tidor dia dah terganggu dengan kami. Jadi dengan dia sekali joint bangun awal. Lagipun memang kami semua dah nak check out pagi ni.

Selepas bersiap, turun check out dan dapat balik refund 20yuan untuk kunci bilik kami pun berjalan ke st bus untuk ambil bas ke Guilin. Jarak dari hostel ke st bus tak jauh mana. Dari simpang hostel - lintas jalan - belok kanan dan jalan terus sampai jumpa taman rekreasi dan depan tu adalah st. bus. Sampai st. bus, bus dah sedia menunggu. Tak tunggu panjang kami terus naik bus, tambang bus Yangshuo - Guilin = 18yuan.

Jalan menyusuri jalan sampai kat signboad biru (celah-celah pokok tu) dan di situlah stesen bus Yangshuo. Sekali pandang st. bus tu tak serupa stesen bus. Daif bebenor.
Nampak bus biru tu tak? Kat situlah stesen bus. Seberang jalan tu ada taman rekreasi - Yangshuo Park
Inilah rupa stesen bus Yangshuo

Perjalanan Yangshuo - Guilin mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Naik bas je terus masing-masing membuta tak ingat dunia. Haha. Bila dah agak-agak nak masuk ke bandar Guilin barulah kami ready untuk turun, landmark kami ialah stesen keretapi. Kebetulan bas, berhenti sebelah Bank of Guilin, tak jauh mana dari st. keretapi dan hostel yang pernah kami duduk sebelum ni. Niat hatinya nak ke hostel, mungkin boleh sewa bilik untuk sehari ke. Boleh rest, mandi dan solat sementara nak naik train malam ni. Tapi malangnya semua bilik penuh. Tapi kami bernasib baik sebab boleh simpan beg dalam dalam bilik bagasi. Nasib baik hostel ni dekat dengan st. keretapi. Kira memudahkan kami semua.

jalan dari stesen bas ke hostel - masa lalu sini terpandang ada sebuah restoran halal. Tapi kami tak singgahpun...
Cik bunga kasi cincin wayar satu sorang hasil 'tuaian' beliau di West Street malam tadi. Yang bestnya cincin ni boleh laras ikut saiz jari pemakai. hiks

Beg dah simpan, kami keluar ke balik. Hari terakhirkan... Yuanpun masih banyak, jadi bolehlah shopping! Nak shopping di mana? Jom kita ke Little Hong Kong.

Keluar dari lorong hostel, kekonon nak rasa naik 'tut-tut' ni, tapi disebabkan miss communication sebab pakcik ni tak faham dan tak pandai english... lastly terpaksalah lupakan hasrat tu.

Last-last ini jugak pengangkutan yang paling sesuai untuk dinaiki.

Little Hong Kong小香港商业城

Address : Zhongshang Zhong Lu Square Underground, Guilin / 地址:桂林市中山中路中心广场地下
Opening hour s: 09:00-21:00
Getting there : take bus routes 3, 10, 11, 99, 100 to Zhongshan Zhong Lu Square

Naik bas no.11, agak-agak nampak 'piramid' macam kat gambar bawah tu, bolehlah turun. Semua kedai-kedai di tingkat bawah, kiranya ini adalah underground shops. Turun tangga, masuk dalam tu macam-macam kedai ada. Pilih saja kedai mana yang berkenan di hati. Kebetulan masa tu ada jualan murah, harga sesetengah baju memang sangat murah. Slack baru 20 yuan, sweater pun 20 yuan dan diorg semua masing-masing berkenan jaket, alang-alang dah ada saiz dan diskaun lebih 50% terus beli.


Antara kedai-kedai yang ada di Little Hong Kong.



Puas hati dengan hasil masing-masing, kami ambil keputusan untuk gerak ke Endian Restorant. Dah janji dengan Joh nak jumpa dan makan-makan sebelum kami balik malam ni. Sebelum tu singgah dulu di moma cake cafe. Pekena kopi. Diorang kata kopi kat sini sedap (err.. saya tak minum kopi). Cafe ni kami dah pernah singgah tahun lepas, kali ni datang sini singgah lagi - maknanya kopi kat sini memang sedaplah kan? hehe. 

Diorang kata kopi kat sini sedap. 

Kopi dah dapat, kami terus jalan ke restoran. Jalan kaki je. Jalan sambil minum kopi dan hujan memang best. hiks. Sampai di restoran, Joh dah ada menunggu. Ambil order, dan sementara tunggu order siap, kami ke masjid dulu. Senang makan kat sini sebab restoran betul-betul di sebelah masjid, nak solat pun mudah. Saje je masing-masing berlama-lama, makan dengan santai sambil tunggu maghrib dan solat terus kat masjid.

gambar kenangan dengan Joh - mana tau lepas ni nak repeat Guilin lagi boleh jumpa Joh lagi kan?

Lebih kurang pukul 8.00pm, kami bergerak meninggalkan restoran. Seperti biasa melalui tapak pasar malam untuk menunggu bas balik ke hostel. Kami janji akan jumpa Joh di stesen keretapi. Gigih dia ni nak jugak hantar kitaorg. Tapi disebabkan masih awal dia cakap nak g shopping dulu dan kitaorg akan jumpa di stese nkeretapi je.

Sementara tunggu bas no.11, dari jauh kami nampak macam kenal je minah cina yang tengah nak melintas jalan. Rupa-rupanya Joh. Bila tegur, rupa-rupanya kunci rumah dan motor terjatuh dalam tempat letak helmet masa dia nak ambil helmet. Semua purse dan kunci tertinggal dalam tu. Jadi dia tak boleh nak ke mana-mana dan terpaksa pinjam duit untuk balik ke rumah dan ambil kunci spare. Joh... Joh... tak sangka cuai jugak dia. Patutlah boleh jadi geng. Haha.

Lepas Joh naik bas, bas no. 11 pun sampai - balik hostel, kemas barang kemudian gerak ke stesen keretapi.

~ bersambung

Wednesday, May 15, 2013

TRIP SELEKEH (12) : The Impression Lie Sanjie Show

* bersambung lagi.

Lepas balik dari berbasikal tadi, masing-masing yang ada 'hajat yang harus ditunaikan' kena cepat-cepat langsaikan dulu. Sementara tunggu van sampai, kami lepak sambil minum jus dulu. Heaven! 

Pukul 6.00 petang kami dah ready di lobi hostel. Malam ni kami nak tengok Lie Sanjie Show untuk KALI KEDUA! haha. Ada tak orang lain macam kami, dua kali datang Yangshuo, dua kali jugak tengok Lie Sanjie Show?

Sesape yang datang China mesti try air ni. Sedap! Yang paling kiri (perisa anggur) adalah jus, manakala 4 botol tu adalah susu buah-buahan, brand Minute Maid - susu ada campuran macam nata de coco dalam airnya. Paling sedap perisa nenas. Disebabkan sangat sedap sampai berbotol-botol masing-masing beli. Lagipun tak mahalpun, dalam 4 @ 5 yuan je. Suddenly i wonder why this flavor not produce/ sell in Malaysia eh? Yang ada jual kat Malaysia biasanya jus oren je kan?

Dalam 6.30pm, barulah pekerja hostel bagitau kami van dah sampai. Terus dia hantar kami ke tepi jalan untuk naik van untuk ke Lie Sanjie Show. Untungnya booking di hostel ni ialah kami bayar tiket 180 yuan sekali dengan pengangkutan pergi dan balik. Jadi tak payah sakit-sakit kepala nak fikir macamana nak ke sana kan? 

Sampai di sana, driver van pesan balik nanti terus cari van yang diparking (perbualan itik dan ayam ye) - dia akan tunggu dan hantar kami balik ke hostel. 

Seperti biasa show ni memang full house. 

Di luar - penuh orang sampai terpaksa bersesak-sesak. Kami diminta tunggu dulu sementara petugas datang dan akan membawa kami masuk ke dalam. 
Di dalam - berjalan masuk ke sana kena tunjukkan tiket, lepas tu terus masuk dan tunjukkan tiket pada petugas untuk mudahkan kita mencari tempat duduk kita
Tempat duduk kami tak berapa nak tinggi. huhu... So, feel nak layan show agak kureng di situ. Tahun lepas tempat duduk kami 2 dari atas. Memang clear nampak.

Jom layan show atas air... Info ketik SINI

Intro - sejarah Guilin/Yangshuo tentag cara hidup, puak-puak, pekerjaan dan budaya

Lepas habis sessi pengenalan, keluar pulak budak-budak ni. Diorg ni perkenalkan nama masing-masing, diaorg ni ada adik beradik dan ada jugak sepu sepapat  (sebab tu basic dialog sebab tu bolehlah faham sikit-skit hasil masuk kelas mandarin .. huhu).

Lepas tu ada pertunjukan atas rakit. Hebat betul diaorg boleh imbangkan badan atas bot sambil dayung sampan lepas tu siap berhenti dan angkat kain merah. 

Layan, video opening show..


 Entah apa yang diaorg buat... bila zoom rupanya siap bebaring atas rakit.

Ni pulak edisi 'berbalas pantun' kot. hehe. Yang diseberang sini nyanyi, yang seberang sana pulak sambut.

Yang ni pulak nun di hujung sana tengok dengan mata kasar kecik bebenor - menunjukkan aktiviti harian penduduk di situ. Ada yang menjual, ada yang bertani... 
Saya tak pasti apa yang cuba disampaikan, yang pasti part ni sangat harmoni. Suka tengok lampu biru dengan pendayung rakit tu. Lawa...
Watak utama - ni kira heroin la dalam show ni. 
Nyanyian dari anak-anak gadis. Semangat masing-masing menyanyi
Siap ada sesi bertukar baju lagi. Sekali tengok macam 'hantu bungkus' pun ada. Tapi menariklah petunjukan ni.

Lepas diorg siap salin-salin baju, keluar pulak gadis menyanyi atas bulan sabit. Layan video la, nak cerita panjang-panjang bukannya faham sangat kan? huhu



Akhirnya hero dan heroin berkahwin 
Nyanyian penutup.

Overall show ni memang best. Tapi bila dah dua kali tengok ni rasa best dab kagum tu dah kurang dah. Tak macam masa mula-mula tengok dulu. Haha. Ye la, tahun lepas jalan cerita macam ni, tahun ni datang jalan cerita tetap sama. Tak ada sikitpun yang baru atau ditambah baik - sama macam dulu je. Bila diingat balik macam nak tergelakpun ada jugak... Gigih tengok show sampai dua kali tu. haha.

Habis show, gerak keluar, cari van yang kami naiki petang tadi dan balik ke hostel. Saya dan cik yah terus balik hostel sebab nak terkucil manakala yang lain turun di West Street. Nak jamu mata buat kali terakhir kata mereka. Mana tahu kot-kot jumpa apa-apa yang berkenan boleh terus rembat.

Sampai hostel, mandi, solat, kemas beg terus zzz...

Malam terakhir di Yangshuo... esok kami akan kembali ke Guilin sebelum meneruskan perjalanan ke Nanning....

~ bersambung lagi

Friday, May 10, 2013

TRIP SELEKEH (11) : Berbasikal lagi?

* Sambung - penjalanan menaiki bas dari Xingping kembali ke Yangshuo mengambil masa lebih kurang 45 - 60 minit dengan tambang bas sebanyak 7 yuan. Kebetulan pulak kami jumpa lagi pelancong dari Shanghai. Diorangpun nak balik Yangshuo dan petang tu akan balik Guilin untuk kejar flight malamnya ke Shanghai. Elok saja dalam bas, diaorg ajak kami lunch sama-sama. Tapi bila saya cakap kami muslim (sebenarnya diaorang pun dah tahu kami muslim) dan kami hanya makan di kedai tertentu terus diaorg diam. 

Sampai je stesen bus Yangshuo terus semua jalan laju-laju ke kedai makan muslim yang letaknya hanya di seberang jalan dari stesen bas. Lapar sangat! Roti dan biskut bekal pagi tadi tak mampu nak mengalas perut kami sampaikan ada orang makan meggi kari atas rakit buluh 'mentah-mentah' je. (mesti makcik onar terliur tengok diaorg makan meggi tu kan?) Haha. 

Korang pernah makan meggi kari tak masak tak? Macam makan mamee tu. Saya ingat masa sekolah rendah, waktu kelas fardu ain, selalu jugak beli meggi dan makan macam ni. Masa tu meggi murah je, 30 sen sepaket. Mula-mula makan terus addicted. Lepas tu kantoi dengan mak, sebab tertinggal plastik meggi dalam beg sekolah - terus kena marah dengan mak. Sejak dari hari tu dah tak makan meggi. Sampailah masuk sekolah menengah duduk asrama barulah pandai makan balik. Kalau oarang kata masak meggi dalam 'gayung' tu, kiranya sayapun pernah jugaklah merasa. Hehe. 

Panjang pulak melalut... Jom kita sambung.

Sampai di kedai mee tarik terus masing-masing order dan makan. Kali ni kami lebih bijak memilih makanan - pilih mengikut keperluan bukan mengikut nafsu, (semalam dah membazir tak habis makan dek kerana tamak nak makan banyak kan). Total semua makan untuk hari ni ialah 120yuan. Oklah, dalam rm60 untuk 5 orang makan kiranya boleh kenyang sampai ke malam. Haha.

Lepas makan, kami balik hostel dulu, solat dan buat apa yang patut sebelum keluar balik. Oh ya, kami bernasib baik sebab hari ni ramai penghuni yang check out. Jadi kami cuba request untuk pindah ke dorm yang sama. Nasib baik pekerja hostel baik hati, dia bagi kami pindah. Mungkin dia tahu kami kurang selesa bila terpaksa sedorm dengan lelaki kot. Jadi lepas bersiap dan solat terus kemas beg dan angkut beg bawak ke dorm satu lagi. yeay! Alhamdulillah.

Hari masih muda kan? Basikalpun ada, jadi kami nak berbasikal lagi. Err.. agak-agak ada tak orang buat kerja macam kami, sampai dua kali berbasikal kat Yangshuo ni? 


Ini aje stok basikal yang masih ada. Disebabkan tempoh kami berbasikal tak lama, pekerja hostel bagi charge flat rate untuk semua basikal. Sewa untuk basikal biasa atau basikal spot semua sama, 10yuan/basikal. Rate biasa ialah basikal biasa = 10yuan/day dan basikal spot = 25yuan/day.

Kalau semalam kami pilih route je Moon Hill, kali ni kami Mushan dan kemudian patah balik amik route ke Xingping pulak (boleh rujuk peta di bawah). Tapi tak kayuh jauhpun. Saje buat kayuhan santai. 


Laluan ke Mushan tu agak lawa sebab kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok bunga. Memang lawa. Sayangnya masa tu kamera dah kehabisan bateri, jadi semua gambar diambil dengan camera underwater dengan kualiti gambar yang biasa-biasa je. Takpelah, janji ada jugak kenangan daripada xde gambar langsung kan? 


Bulatan besar di Pantao road, kami akan melintas bulatan tu untuk ke sana (jalan yang ada kereta putih tepi jalan tu). 
Bangunan yang tersusun dan berlatar belakangkan bukit-bukau di belakangnya memang lawa!
simpang jalan untuk ke Impression Liu Sanjie. Malam ni kami nak gi tengok show tu :)
Kami kayuh basikal tanpa tujuan, hinggalah pokok-pokok bunga berbunga pink di kiri kanan jalan hilang dari pandangan dan bila dirasakan dah agak jauh kami melengcong barulah patah balik.
Jom kita balik. Tapi disebabkan masih awal, kami melengcong ke arah Xingping pulak. Kayuh basikal hingga jumpa round-bout yang besar tu, lepas tu lintas jalan dan masuk ke jalan untuk ke Xingping. Laluan ni menyusuri Sungai Li. Lawa pemandangan sepanjang jalan. 
Gambar tahun lepas - masa musim sejuk. Mas tu hotel kami hanya di depan Li River. Memang lawa pemandangan dari sini
Kayuh basikal dan kemudian kami singgah kejap kat tepi jalan. Ada tempat rehat yang disediakan bangku yang mengadap ke arah Li River. Apa lgi layan pemandanganlah kat sini. Kalau sesapa yang rasa nak naik bot, boleh sewa dan naik bot di sini jugak. Kami tak naikpun sebab last trip (tahun lepas) dah naik.
Jambatan apa ntah nama. Kalau malam lagi lawa sebab jambatan ni dipasang lampu berwarna-warni.
Masing-masing tengah layan blues.

Dah penat mengayuh basikal, puas layan pemandangan Li River, tengok jam, eh dah dekat pukul 5.00pm. Masa untuk berpatah balik ke hostel sebab pukul 6.00pm kami nak pergi tengok show pulak. 

~ bersambung

BERITA TERKINI : sekarang ni kat sekitar bangunan SPR tengah kecoh sebab dijangka akan berlaku satu demostrasi (demokrasi hitam @ SPR). Walaupun saya di bangunan lain, bahangnya tetap terasa . Nak masuk parcel C sekarangpun semua kena sekat. Entah apa yang nak demostrasikanpun tak tahu. Aduhai Malaysiaku...