Tajuk memang tak boleh KALAH kan? Haha. Selepas sekian lama menunggu, semalam sampailah masanya kami terbang!
`
Seperti biasa, semua berkumpul di SK, sebelum gerak ke Banting. Gerak lebih kurang pukul 9.00am, dan terus ke pejabat PLUM iaitu Zon Khatulistiwa di Banting - selepas jambatan Banting, belok kiri berhampiran McD (sebelum melalui bandar Banting).
Sampai sana, kami disambut oleh K.orkid dan Capt. Ikhwan. Dengar taklimat - cara guna/pasang alat dan langkah-langkah keselamatan dan lepas tu terus bergerak ke bukit Jugra. Kali ni hanya Capt. Ikhwan saja yang ada, jadi semua 8 orang akan dibawa oleh capt je. Disebabkan angin agak kuat, dan tak konsisten, Capt. Ikhwan, kata kali ni kita bagi peluang kat orang ringan yang terbang dulu. Jadi merasalah jadi orang pertama! hoho.
Sebenarnya untuk sukan ni, kelebihan kepada orang yang lebih berat, sebab berat badan yang lebih akan membantu seseorang gliders stabil di atas udara. Jadi... kalau sesiapa yang selalu menjadikan berat badan sebagai satu 'halangan' untuk tidak mahu mencuba sesuatu aktiviti - jangan rasa rendah diri, meh cuba paragliding, mesti korang akan rasa bangga dengan berat badan korang (ayat ni ditujukan pada GBS yang selalu perasan diorg ni terlebih berat).
Erm.. sama jugak macam scuba diving. Saya dulu selalu bermasalah bila nak diving sebab bila masuk dalam air susah nak tenggelam - sebabnya tak cukup berat. Adeh... Punyalah payah nak tenggelam sampaikan penuh pemberat kat belt barulah boleh tenggelam. Sama jugak macam sukan paragliding ni, bila angin terlalu kuat, orang yang tak cukup berat tu kena sabarlah ye, tunggu angin reda barulah boleh terbang. Tapi, ia tak akan mendatangkan masalah kepada orang yang mempunyai berat badan yang ideal atau terlebih.
Oh ya... bayaran biasa yang dikenakan ialah RM200/person. Kalau 6-10 orang ke atas dapat diskaun, RM180/person termasuk sijil, gambar dan video siap dengan makan dan minum skali angkut atas Bukit Jugra tu (air asam boi k.orked memang terbaiklah!) Dan aktiviti ini dinamakan tandem paragliding. Nak tau info pasal paragliding ketik SINI.
Panjang pulak mukadimah, jom layan gambar
![]() |
| Kali ni ber'8 - dalam banyak-banyak 'kumbang' ada sekuntum 'bunga', tapi 'bunga' tak masuk gambar pulak. hehe |
![]() |
| Yey! dah terbang! |
![]() |
| Capten naik tinggi lagi!! haha |
![]() |
| Makin tinggi dan tinggi! |
Jom layan gambar dari procam. Saje je nak tayang gambar-gambar dari udara. Tunjuk gambar je la, video untuk koleksi peribadi. hihi
![]() |
| Ada beza tak gambar dari udara dengan atas bumi? heee |
![]() |
| Gliders yang handal yang buat terbang solo. Kami mampu tandem je.... Mana tau satu hari nanti boleh cuba terbang solo pulak kan? Siapa tahu kan? hehe |
![]() |
| i love Malaysia! |
Ada sesiapa yang berminat?
Boleh hubungi :
Zon Khatulistiwa Ent.
Capt. Ikhwan Azilah 014-718 7826 atau K.orked 012-281 8032
email : plummalaysia@yahoo.com
fb : Persatuan Luncur Udara Malaysia
website : www.mpha.com.my











