Followers

Showing posts with label Putrajaya's Park. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya's Park. Show all posts

Friday, February 07, 2014

Melihat Putrajaya dari sisi lain


Ramai orang tahu Putrajaya terkenal dengan taman-taman yang berbagai variasi dan pattern. Saya yang bertahun-tahun bermastautin di Putrajayapun tak mampu nak terjah semua tempat-tempat ni. Bila berjinak-jinak dengan basikal, baru tahu rupa-rupanya banyak sisi lain Putrajaya yang belum tengok lagi. 

Di Putrajaya, terdapat sebuah trek yang dibina khas untuk berbasikal atau berjoging. Trek bermula dari Masjid Putra (di bawah jambatan) mengelilingi tasik Putrajaya hingga ke Monumen Alaf Baru berpanjang 15km menyediakan pemandangan yang memukau pandangan. 

Menyusuri sepanjang tasik, melalui Taman Warisan hingga ke Kementerian Luar Negeri dan kemudian memasuki perumahan elit memang wow! Susunan rumah dengan "design English style" sangat lawa - (nak beli tak mampu, dapat tengok sambil beranganpun jadi la kan?). Trek basikal ini dibina hingga ke PICC dan melalui tepi tasik hingga ke Masjid Besi. Saya boleh katakan ia trek yang selamat sebab ramai orang beriadah.

Laluan berakhir di Monumen Alaf Baru dan kami berpatah balik ke parcel C untuk menyimpan basikal di Kementerian. Total kilometer yang berjaya kami lalui lebih kurang 15 kilometer dan berjaya membakar kalori sebanyak 437 kcal. Yeah!!!


Friday, June 29, 2012

Taman Wawasan, Putrajaya

Seperti biasa seminggu sekali, kami akan berjongging di taman sekitar Putrajaya. Kali ini kami memilih Taman Wawasan sebagai lokasi berjogging. 

Taman Wawasan terletak di sebelah utara Pulau Utama di Presint 2, Putrajaya berhampiran Kementerian Luar Negeri. . Berkonsepkan taman metropolitan, taman ini dipinggiri oleh Tasik Putrajaya dan terusan. Antara kemudahan yang disediakan di tempat ini adalah taman burung, taman permainan bertemakan pengembaraan (taman, air dan hutan), persiaran taman, lampu isyarat cahaya, wakaf atau teduhan, trek jogging dan pemandangan tanjung. Info lanjut di SINI

Boleh tahan luas taman ni. Kami sepakat parking kereta di atas bukit (ada banyak tempat parking disediakan), dan mula berjogging mengelilingi bukit (ikut trek je) hampir 3km dan kemudian kami turun ke kawasan taman yang berhampiran dengan tasik. Cantik taman ni... tapi, petang tu hanya kelihatan beberapa orang (termasuk kami) yang berjogging di situ. Sayang kalau sesiapa yang berada/kerja di Putrajaya tak manfaatkan kemudahan yang ada ni. 

Dah.. meh layan gambar!

mereka bersama papan tanda. 

trek jogging yang landai dan santai
Terbiar - rasa-rasanya amphitheater ni tak pernah digunakan... sayang...
entah-entah mereka yang jadi 'perasmi' amphitheater ni... who know??
trek berbukit tapi masih santai. 
menuruni bukit. hampir 5 km kami berjongging dan berjalan. 
ada sesiapa tahu ini buah apa? Besar giler saiz buah ni!!

tasik teratai : cantik dan tenang je tempat ni
Tasik Putrajaya
reflection
Pebble Beach - pantai tiruan tapi lawa!

geng jogging
Matahari hampir terbenam 
* memandangkan tempat ni agak sunyi, saya cadangkan sesiapa yang nak berjogging di sini, eloklah pergi bersama kawan-kawan.

PM : kena lebih gigih berjogging @ berjalan sebagai latihan awal 'di sana' nanri :D

Thursday, June 21, 2012

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Pernah dengar tak nama taman ni? Taman ni terletak kat Presint 11, Putrajaya. Ia terletak atas bukit, berhampiran balai polis presint 11, lorong masuk sebelah je dengan loji air presint 11. Taman yang berkonsep ala-ala Inggeris gitu.

Lepas saya dan kawan-kawan pejabat trekking kat Taman Alam Rimba, presint 14, masing-masing sepakat nak jelajah setiap taman kat Putrajaya ni. Seminggu sekali. Wah... dah macam KPI pulak kami ni. Tapi seronok jugak, since sayapun dah lama tak nite jog kat Putrajaya ni semenjak teman serumah saya dah sambung belajar ni. Main squashpun sorang-sorang je sebab semua orang tak minat dengan sukan ni :( Jadi, bila dapat jog dengan budak-budak opis ni seronok jugak. Release tension sambil keluarkan peluh!

Untuk azra dan zilla yang katanya duk di Putrajaya tu... mai la kita pakat jelajah taman-taman kat Putrajaya ni! woha!!!

Jom layan gambar!!


taman kat sini berkonsep Inggeris. Lawa....
trek beriadah, ada 2 trek iaitu untuk pejalan kaki dan basikal
pokok ditanam berbeza mengikut jenis taman
geng 'sejongging'

kat puncak, layan sun set syok kat sini!
kuaters orang gomen dari atas bukit
bila jerebu ni matahari nampak macam bola api pulak
matahari dah hampir terbenam
lepas penat jogging boleh layan sunset. walla...
PM : mahu ada kenangan manis di Putrajaya sebelum berhijrah ke tempat lain...

Monday, June 04, 2012

Taman Alam Rimba, Putrajaya

Lokasi : Taman Alam Rimba, Presint 14, Putrajaya
Masa   : 6.00 pm

Lepas balik kerja, saya bersama teman-teman pejabat plan kononnya nak trekking kat Taman Alam Rimba. Tapi bila sampai kat taman tu baru kami tahu taman ni masih belum sepenuhnya siap. Masih di tutup untuk kunjungan orang ramai. Tapi... jenis 'dekhaka' kan? Kami terjah juga. Parking kereta di tepi jalan dan kami mula berjalan menaiki bukit melalui jalan laluan berkuda. Agak santai tapi, jalan dia boleh tahan penat. Hoho!

Selain daripada Taman Wetland, Taman Botani, Taman Saujana Hijau, Taman Wawasan, masih banyak lagi taman-taman lain yang belum kita kunjungi lagi sebenarnya... Luasnya bumi Putrajaya ni... 

'mereka' bersama peta lokasi yang sangat besar dan belum sepenuh siap 

laluan berkuda : taman ini terletak berhampiran Equstrian Putrajaya Park
lite traffic in Putrajaya after office hour
quarters 'orang gomen'
senja : menghampiri jam 7.00 pm, kelihatan bangunan kerajaan dari puncak bukit
PM : Dah lama tak night jogs di Putrajaya...

Monday, May 25, 2009

Senja bertasbih di Putrajaya

Botanical Garden, Putrajaya
walaupun dah hampir 6 tahun bermastautin di bumi Putrajaya tapi aku x penah sampai sini
padahal hari2 lalu depan taman ni bila balik keja
tapi aku x penahpun terpk nak berjalan2 @ melepak kat situ
cuma 2 thn lepas je penah berbuka puasa di restoran seafood putrajaya tu
tu pun bukan nampak pape.. gelap je
tapi semalam mimpi ape ntah
tetiba datang idea weng,
ajak GBS berbasikal kat taman botani
seperti biasa, GBS on je
kecuali nilly nak balik cepat! dua kali ngelat!! takut pancit kayuh basikal la tu! ahahaha! *speku
lepas solat asar kami ke sana, bukan jauhpun dari rumah
tapi yang sadisnya niat nak berbasikal tak tertunai
waktu last sewa basikal pukul 5 pm, kami sampai jam 6.. jadi nan ado berbasikal lagi..
jadi dah alang2 sampai kamipun jalan2 je la keliling taman tu
cantik jugak, udarapun nyaman je... tapi panas!!
tak sangka view kat belakang taman sangat cantik
nyaman mata memandang
sangat tenang
siap post2 kacak lagi
bleh nampak matahari terbenam di bumi Putrajaya
sangat cantik ciptaan Tuhan
so, sesape yang x penah sampai Taman Botani
dipersila2kanlah pergi... x rugi.. *promote