Followers

Showing posts with label Jeju. Show all posts
Showing posts with label Jeju. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

Seoul - Jeju - Busan : Penutup

Overall trip mengejar cherry blossom terlaksana dengan jayanya. Walaupun hakikatnya sebelum kami jejak kaki ke Korea terlalu banyak 'drama-drama' yang tak terduga dan diduga terjadi. Biasalah, adat manusia biasa... mesti ada yang tersilap terkurang di mana-mana. Bermula dari saya, yang awalnya 50-50 nak sertai trip ni, lepas tu sorang tarik diri sebab baru dapat kerja baru dan lepas tu nak joint balik lepas dapat blessed cari bos baru, pertambahan ahli baru yang tak dikenali dan terakhir bila ahli yang memang confirm nak pergi tiba-tiba terpaksa tarik diri bila cuti tak diluluskan sebenarnya agak menduga kami terutamanya pada orang yang bertanggungjawab menguruskan tempahan hostel dan itinerary memang kena ada tahap kesabaran tahap dewa. What do you expect when you travel in a group? Memang inilah perkara-perkara biasa yang akan kita hadapi. Betul tak? Lainlah kalau jalan sorang-sorang - ikut satu kepala saja. Tapi pada saya, risiko-risiko yang diambil itulah yang memberi 'warna' sepanjang perjalanan kami.


Tapi syukur, kembara terakhir saya dengan GBS memang satu yang akan menjadi kenangan manis sampai bila-bila. Sayapun tak pasti bila lagi GBS dapat jalan sama-sama lagi lepas ni. Sebab sekarang masing-masing sangat sibuk dengan urusan dan komitmen masing-masing. Mugkin juga lepas ni saya kena tune otak saya untuk belajar jalan seorang diri atau mungkin juga terpaksa 'menutup' buku travel untuk seketika waktu. Wallahualam... hanya Dia yang tahu apa yang berlaku di kemudian hari.

Istimewanya bila berjalan dengan GBS ialah setiap dari kami mempunyai karektor masing-masing. Saya kira itu pelengkap kami. Cha Eung Sang yang kadang-kadang bersuara lantang tapi saya rasa kalau tak ada dia mesti kami semua sunyi. K.hana yang super cool, Cik yah selaku jurucakap, Kak yang jenis tak kisah (walaupun dia tak turut serta dalam trip ni) - mereka semua pelengkap dalam trip ini. Kami boleh bercakap apa saja dan kadang-kadang boleh bergurau 'kasar' antara satu sama lain.

Kalau nak tahu dia boleh jadi kawan atau sahabat, cubalah ajak di berkenala, selepas itu nilailah sendiri!


Pada saya trip kali ni best sebab saya tak diberi apa-apa amanah oleh GBS. Biasanya bab kena pegang duit mesti dipertanggungjawabkan pada saya. Best woo bila tak payah pegang banyak duit ni. Kihkih. Kalau tak mesti ada duit beg - 1 untuk belanja sendiri, 1 untuk belanja berkumpulan. Itinerarypun sama, semuanya dah dirangka oleh Cha Eung Sang. Saya hanya cari maklumat dan masukkan dalam 'buku hikmah' dan kemudian printkan saja untuk semua. Tapi, bab merangka itinerary ni, Cha Eung Sang sangat membantu. Walaupun kadang-kadang tak larat nak dengar celoteh dia... tapi rasanya kalau dia tak ada mesti susah nak siapkan itinerary. Sebab? Beliau sangat infomatif! Baru usul pendapat, tak payah tunggu lama info yang kita cari mesti dapat! Bukan senang nak cari kawan yang sanggup sama-sama bekerjasama menyumbang maklumat. 


Walau apapun dugaan dan ujian yang kita tempuhi sepanjang perjalanan kita, pada saya semua itu semuanya pengalaman baru yang mematangkan kita semua. Dan jangan serik untuk berjalan atau pergi ke mana-mana ia mungkin akan jadi pengalaman yang terindah pada kita nanti. Apapun terima kasih buat GBS, tak serik berjalan dengan saya. Dalam tempoh yang pendek banyak masa kita habiskan untuk jalan bersama - Guilin, Hanoi, Shenzhen, Hong Kong, dan banyak lagi trip-trip pendek kita. Semuanya ada value tersendiri.

Wednesday, May 14, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 4 : Chasing the sunrise @ Seongsan Ilchulbong Peak

Day 4

Hari terakhir di Jeju-do.

Malam tadi, Cha Eung Sang dah bagi manda, pagi esok bangun awal, pukul 6.00am dah siap sedia tunggu kat lobi. Gitu... Tapi nan ado jam 6.00am semua orang dah terpacak kat lobinya. Dalam pukul 7.00am jugak barulah semua ada. 

Pagi ni, bangun, gosok gigi, basuh muka, solat dan tukar baju (recycle je baju panjat Hallasan semalam) masing-masing bersiap sedia nak mendaki puncak Seongsan Ilchulbong. Labu betis kesan semalam keras lagi, dah nak mendaki lagi. Tapi demi nak menikmati pemandangan matahari naik dari puncak Seongsan, kami gagahkan juga.

Kat sini, matahari muncul awal. Pukul 6.00am bumi Ilchulbong dah cerah. Jadi memang tak sempat nak layan sunrise. Cuma sempat tengok matahari terbit nun jauh di hujung laut dari tebing laut saja. Sebelum ke Seongsang Ilchulbong Peak, kami singgah dulu kat tebing laut layan matahari naik. 

No more sunrise - matahari dah naik sejengkal baru kami keluar hotel.
Sunrise - bolehlah daripada tak ada langsung kan?
Seongsang Ilchulbong Peak melambai-lambai dari jauh

Dah puas layan matahari naik, kami bergerak ke Seongsan Ilchulbong Peak. Parking kereta free, bayaran masuk 2,000won / person. 

Sesiapa yang bermalam di Ilchulbong dan berhajat nak memanjat Seongsan Ilchulbong di pagi hari macam kami, saya cadangkan pergi tempat ni pagi-pagi. Sebab selepas jam 9.00am dan ke atas tempat ini akan penuh sesak dengan pelancong. Bas berduyun-duyun. Jadi tempat ni memang sesak dan bila ramai orang, nak ambil gambar atau nak berlama-lama memang tak syok. 

Kira kami bernasib baik sebab datang sini awal pagi, orang tak ramai lagi (mostly yang datang macam penduduk tempatan yang exercise pagi-pagi hari), boleh berjalan secara santai dan yang pasti sampai puncak tak perlu berebut-rebut nak ambil gambar. Santai je...

Panjang pulak celoteh, jom kita mendaki!

Embun pagi yang masih bersisa di rumput
Matahari dah mula naik
Pintu masuk ke Seongsan Ilchulbong Peak, tanda harga dan peraturan yang perlu dipatuhi. Kepada perokok tegar, jangan sesekali sesuka hati merokok di kawasan ini. Kalau nak merokok bilik merokok disediakan.
Seongsan Ilchulbong : New 7 wonders of nature. Trek mendaki yang landai dan kemudian bertangga. Memang hazab la kaki nak mendaki. Trek mendaki dan menurun tak sama. Kira one way trek. Mendaki guna trek lain yang lebih tinggi dan trek turun pula lebih rendah dan santai. Tapi yang pasti dua-dua trek bertangga! 
Info berkenaan pembetukan sekitar perairan laut di Sengsan

Gambar-gambar pemandangan sekitar bandar Seongsan. Gambar diambil secara berperingkat mengikut ketinggian tangga yang didaki. 

Masa mula-mula mendaki. View bandar Seongsan.
Kincir angin dari jauh
Dah makin cerah dan makin tinggi
Pembangunan yang pesat di bandar Seongsan. Kecik saja bandar ni. Tapi teratur

Saya dah lupa berapa lama kami mendaki, rasanya lebih kurang 30 minit kot, akhirnya sampai ke puncak Seongsan Ilchulbong! Alhamdulillah! 

Puncak Seongsan Ilchulbong : bangku disediakan untuk berehat. 
Dah sampai puncak haruslah bergambar dengan landmark punck tertinggi di Seongsan Ilchulbong kan?
Mengadap bekas kawah gunung berapi - kesan daripada letusan gunung berapi kawasan tersebut membentuk seperti kawah, dan padang berumput yang luas. Saujana mata memandang!
Matahari dah mula naik. 

Dah lepas berposing-posing, masa untuk menapak turun pulak. Tengok tangga memang gerun! Gigil-gigil kaki nak menapak turun. Tapi bila kami turun secara santai sampai bergambar sedar-sedar dah sampai bawah. hehehe
 
Tu dia tangga!!!! MEWAH!

Pemandangan kat bawah. Tadi redup lagi, sekarang matahari dah naik. 
Gambar tengah dari 3 gambar berlapis - tempat women divers performance. Tapi pagi-pagi mana pertunjukan lagi. Tengahari baru ada. Jadi kami tak tunggulah.
Gambar ber'7 ^_^
Bye-bye Seongsan Ilchulbong Peak, ada rezeki panjang umur InsyaAllah sampai lagi.

Lebih kurang 2 jam jugak kami habiskan masa di Seongsan Ilchulbong Peak. Masa untuk balik ke hotel. Mandi, kemas beg dan check out. 

Ada beberapa lagi tempat yang akan diterjah untuk hari terakhir di Jeju ni.

~ bersambung


Monday, May 12, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 3 : Hiking Mt. Hallasan part 2

~ sambungan

Makan sudah, berjemurpun sudah, masa untuk balik. Walaupun tak sampai ke crater, tapi masing-masing dah puas hati misi nak sampai Hallasan tercapai!

Masa nak berpatah balik tu hanya kami ber'7 je yang ada. Sesekali je bertembung dengan orang-orang yang baru nak mendaki. Tapi budak-budak sekolah yang segerombolan tadi semuanya dah lesap. Kitaorang speku budak-budak ni ngelat, jalan separuh jalan terus patah balik. haha.

Trek yang digunakan ialah trek yang sama. Jadi sekali lagi melalui jalan yang sama dan pemandangan yang memukau mata. Matahari tak payah cakap... tegak atas kepala. Masa ni muka masing-masing dah kemerahan disebabkan cuaca panas dan udara sejuk. Elok je tengok muka, ada 3 tompok - 2 kat pipi, 1 kat hidung. Adeh... bertabah saja lah... Maklumlah kitaorang mana pakai sunblock bagai. Losye kalau pakai sekali sebulanpun dah kira hebat. Jadi kalau muka terbakar tu, terima saja la ye...

Jom kita turun. Seperti biasa, layan view yang lawo....

Trek berkayu dan kemudian berbatu : tengok trek tu sayup mata memandang!
Panjang tak panjang trek, gambar ni pun tak mampu nak ambik semua gambar trek.
Melalui lagi kawasan bersalji dan berais
Salji yang masih belum cair walaupun matahari dah muncul
Aliran air semulajadi, sebahagian salji yang cair
Antara tempat yang paling tebal salji

Seperti biasa bila jumpa salji, masing-masing jakun balik.

Masa ni elok je tak ada orang, apalagi semua naik 'hantu' duk main salji. Macam-macam aksi. Tapi fun bila kita buat 'kerja gila' dengan kawan-kawan yang sporting. :)

Tengok saja gambar-gambar ni... Mengalahkan budak-budak! 

Korang... buat aksi macam kanak-kanak riang! Yang comelnya, K.hana yang nun kat hujung sanapun siap angkat tangan jugak. heee * salah satu gambar kegemaran!
Baring atas sisa-sisa salji pun sanggup!
Entah tourist mana yang diorang ni 'sekat' ajak bergambar sekali. Nasib baik tourist tu sporting. 
Gambar berderet atas trek. Trek berkayu nampak macam biasaa, tapi sebenarnya bahaya tau. Kayu trek tu tajam. Silap duduk atau terletak tapak tangan ke, memang tercucuk selumbar. Cha Eung Sang dah tercedera tapak tangan masuk selumbar. Tak sempat saya habis cakap suruh dia hati-hati, tangan dah tercucuk selumbar. Tajam dan panjang pulak tu. Tak pasal-pasal weols jadi jururawat 'terjun' jari tu
Foot checked! Tak sah kalau tak ambil gambar kasut. Masing-masing dengan gaya tersendiri duk mengambil gambar kasut. Macamlah kasut tu boleh senyum kan? haha
Ok. Ni gambar last sebelum kami tinggalkan Hallasan...
Jauh lagi nak menapak ni!
Ok dah. Jom kita balik. Kali ni adik dan kakak yang lead. 

Kami habiskan masa dekat 1 jam duk 'bergedik-gedik' tengah panas tu. Haih... memang tak ingat dunia kan? Habis penghujung trek berkayu barulah masing-masing serius berjalan. Masa untuk menempuhi laluan sukar yang bertangga dan menuruni bukit. Tambah sukar bila trek basah dan licin dengan ais. Masa ni 2 dah kedepan, saya seorang diri mengikut dari belakang dan 4 lagi nun di belakang. 

Masa ni dah tak toleh kiri kanan, kalau boleh turun dan nak sampai secepat mungkin! Pesan kat kawan-kawan, apa-apa hal kita jumpa kat bawah. Mendaki memang perlukan kudrat yang kuat, dan penatnya ya ampun.... tapi rasanya menurun lagi mencabar. Masa ni memang betul-betul guna kekuatan kaki. Lepas turun tu memang merasalah labu betis berketul! Sakit wooo...

Trek menurun yang bisa buat lutut mengigil!
Mt. Hallasan 'melambai-lambai' dari kejauhan : pemandangan dari celah-celah pokok yang masih togel.
Swear of Love tree : macam-macamlah orang Korea ni punya kretiviti, pokokpun dijadikan tempat 'berjanji'. Ni hutan paling bawah sebelum sampai ke pintu keluar!

Selepas 2 jam trekking turun kamipun sampai. Alhamdulillah.... syukur!

Jarak antara kami ber'7 tak jauh mana. Jadi boleh dikatakan kami semua sampai secara serentak. Sampai bawah, lepak-lepak dulu lepaskan penat. Kaki dah sakit masa ni kesan turun bukit. Tapi puas hati sebab dapat sampai atas dan tengok sendiri pemandangan yang lawa dengan mata sendiri. 

Sebelum perjalanan ke Seongsang diteruskan kami solat dulu. Kalau masa di Jusangjeolli, kami solat kat bawah pokok cherry blossom, kali ni kami solat kat bawah rimbunan pokok-pokok yang masih togel tu. Kebetulan kat situ memang ada disediakan pangkin untuk berehat. 

Semua dah ready, say good bye to Hallasan, kereta terus memecut ke Seongsang Ilchulbong yang terletak nun jauh di selatan Jeju-do. Sepanjang perjalanan memang memukau. Kiri kanan hutan dan padang rumput yang kontang. Kira jamu mata je sepanjang sepanjang perjalanan.

Jalan Jeju yang lengang
Hutan pain mengiringi perjalanan kami
Sesekali nampak rimbunan cherry blossom yang tengah berkembang
Macam biasa, asal jumpa tempat lawa dalam perjalanan kami akan berhenti. Chery blossom liar di tepi jalan. Lawa, tapi bila tengok dekat bunganya jarang-jarang dan berwarna putih...

Dah terlupa berapa lama perjalanan kami dari Eorimok sampai ke Seongsang. Rasanya lebih satu jam. Lewat petang barulah kami sampai di pekan Seogsang. Kecik saja pekan ni. Mula-mula cari Ilchulbong Hotel dan check in. Lepas tu terus cari restoran seafood untuk makan. Kebulur dah seharian makan tak cukup. 

Nampak kincir angin dari jauh, tandanya kami dah hampir sampai di Seongsang. 
Makan malam kami malam itu, sebagai reward berjaya menawan Hallasan. hihi. 

Aktiviti malam memang tak ada sebab masing-masing kepenatan. Tapi esok kena bangun awal sebab nak hiking lagi! Lagi??

~ bersambung