Followers

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Monday, June 16, 2014

NSTP Street race 2014


Semalam 15 Jun 2014, kami ber'4 masuk Strest race yang pada saya lebih sesuai dengan nama stress race. Haha. Race ini bermula di pejabat NSTP di Bangsar dan kami dikendaki bergerak ke lokasi-lokasi yang ditentukan hanya menggunakan pengangkutan awam iaitu LRT dan monorail sahaja dan selebihnya menggunakan tenaga kaki. Gila, jelajah satu KL pakai kaki! Mula-mula daftar masuk, kami tak tahu pulak task yang kami kena buat seteruk ini, dah macam explorace saya raya. Dan tak tahu pulak peserta-peserta yang joint mostly lelaki yang bertubuh sasa! Paling rare tak ramai peserta perempuan. Niat hati nak bersuka-suka aje, tapi jangan terkejut hadiahnya sangat lumayan - total hadiah keseluruhan bernilai lebih 30k! Cash money uols. Itupun dah daftar baru kami tahu hadiah selumayan itu. 

Task pertama bermula di perkarangan pejabat NSTP di mana kami kena cari lebih kurang 15 perkataan tersembunyi dalam satu kertas. Kumpulan mana yang dapat siapkan dulu, mereka akan dapat klu untuk task seterusnya iaitu mencari lelaki berpakaian hitam yang akan memberikan kad klu untuk task seterusnya. Part ni kira ok lagi sebab kena lari je beberapa KM. Lepas dapat task seterusnya, kena lari lagi ke stesen LRT Bangsar - mostly kami jalan kaki je, sebab dah tahun hadiah 10k tu bukan kami yang punya. hahaha. Sampai stesen LRT kena jawab soalan pulak. Pasal sejarah penubuhan LRT? Adeh... memang failed. Tapi yang paling best, dah penat bertanya dengan pakcik google, baru tahu semua jawapan dah disediakan di kaunter tiket. denggg!!!

Secara keseluruhan ini turutan task yang kami kena hadap untuk siapkan task ini :
  1. Pejabat NSTP - cari 15 perkataan tersebunyi
  2. Cari lelaki berbaju hitam - kawasan sekitar pejabat NSTP
  3. Dapat klu terus ke stesen LRT Bangsar
  4. Jawap soalan untuk dapat klu seterusnya - kami diberi klu dan peta
  5. Dari Bangsar naik LRT ke st. KL Sentral - keluar ke Brickfields untuk cari lelaki berbaju hitam dan dapatkan klu
  6. Dapat klu kami kena cari sebuah restoran di sekitar Brickfields - tak kira berapa KM dah kami kena jalan dan lari
  7. Dapat klu dari restoran kami kena cari van NSTP - di sini kami diberi seguni pasir seberat 20kg dan kami kena angkut guni pasir tu ke 3 check point mengikut turutan dan destinasi terakhir di menara Ambank, Jalan Raja Chulan. Task yang ni memang betul-betul KEJAM! Bayangkan kami ber'4 nak angkat guni seberat 20kg. Separuh daripada berat badan saya kot. Adeh... puas angkat ber'2 ber'3, kami heret guni pasir tu. Akhirnya dapat akal cari kayu 2 batang, kami angkat ber'4. But still mengah ala-ala separa mati masing-masing mengangkat guni pasir tu. Betul-betul nak dera kami ni. Masa tu tengok peserta lain yang sasa-sasa tu selamba je angkat guni! Gila psyco!!! TAPI... rupa-rupanya ramai peserta lain yang panjang akal dari kami, diorang siap beli beg troli. Adeh.. apsallah kami tak terserempak dengan peserta yang tarik beg troli aa?? Antara 3 check point, dari Brickfields kami jalan dan kemudian naik LRT ke st Central Market untuk ke check point ke 2 which is sebenarnya boleh jalan kaki je dari Tun Sambathan ke area CM. Part ni memang failed sebab kami semua tak familiar dengan area-area KL. 
  8. Selesai check point 3 terus langsung ke menara Ambank untuk serahkan guni pasir.
  9. Terus ke Menara KL - ada 2 task iaitu panjat tingkat setinggi 23 tingkat. Hoii!!! Tak sampai sebulan kot saya panjat 23 tingkat tu, nak suruh panjat lagi????
  10. Selesai task tu terus ke Tasik Titiwangsa dan di sana kami kena berkayak.
  11. Selesai, terus balik ke Bangsar dan task berakhir di Padang Merdeka, Bangsar - masa ni ramai group yang disuruh balik rumah atau balik ke NSTP saja since dah terlebih masa.
Agak-agak mampu tak kami habiskan semua task? Haha. Jawapannya nan hado! 

Beberapa task terakhir tak sempat dihabiskan sebab masa dah tamat. Itupun tengah nak jalan ke monorail kami ditahan oleh penganjur suruh kami balik saja sebab dah ramai orang balik. Tapi apapun tetap bangga dengan team kami sebab masing-masing berjuang sampai titisan peluh terakhir. Bila ditanya pada penganjur, mereka kata ramai yang give up dan patah balik pejabat je. Kira kami masih boleh berbangga dengan diri sendiri sebab gigih lagi nak habiskan task. Haha... err.. kalau tak puji diri sendiri siapa lagi nak puji kan?

Overall, saya rasa inilah game yang paling GILA pernah saya masuk. Tapi apapun ni kenangan manislah dengan kawan-kawan. Last game, sebelum tinggalkan mereka dan sebelum 'tutup buku' sementara Ramadhan nanti. Selain daripada dapat kenal hati budi masing-masing dalam race ni, secara tak langsung kami boleh tahu jalan-jalan tikus sekitar KL ni. Selama ni bawak kereta je masuk KL atau tengok apa yang cantik saja sekitar KL, tapi kali ni bila terpaksa meredah jalan-jalan dan lorong di KL dengan kaki, boleh lihat semua sisi gelap Kuala Lumpur. 

Dalam FB, kawan saya cakap... tolong jangan ajak aku masuk lagi melainkan ada abang Fahrin Ahmad atau Jong Kook dalam kumpulan, dan saya balas balik, kalau import abang FA dan Jong Kook pun wa dah tak sanggup nak masuk lagi! Sengsara oii!! 

Kesimpulan, panjat Irau dan Hallasan pun tak seteruk ni tau! waaaaa...


Wednesday, May 21, 2014

BIOMOSTI Tresure Hunt 2014


Kali pertama Kementerian anjurkan treasure hunt. Dan kali pertama jugak saya joint treasure hunt dan aktiviti kelab di Kementerian. Bukan tak nak joint, tapi aktiviti-aktiviti sebelum ini tak sesuai dengan jiwa - pertandingan karaoke dan bowling. Memang tak la kan? Suara pun sendu macamana nak nyanyi depan orang? Bowling pulak memang saya tak pandai main dan tak minat nak main. Lainlah ajak lawan 'ketuk dinding' boleh jugak masuk walaupun tak berapa nak pandai. hiks.

Program ini berlangsung Sabtu lepas, bermula di Kementerian dan tempat-tempat sekitar Putrajaya. Setiap kumpulan mesti ada 4 orang ahli dan jumlah kumpulan yang turut serta sebanyak 17 kumpulan. Antara task yang kami kena lenkapkan sebelum jam 12.00 tengahari bermula di bangunan Kementerian. Disebabkan Kementerian ada 2 bangunan, tempat bagi setiap kumpulan ditentukan oleh undian yang dipilih oleh ketua kumpulan. Mula-mula kena siapkan task berkumpulan iaitu siapkan jigsaw puzzle - masa ni memang group kami yang terhebat sebab jadi kumpulan pertama yang siapkan task dan jadi kumpulan pertama yang keluar dari Kementerian ke lokasi-lokasi lain.

Selepas itu kami kena siapkan task di 8 lokasi sekitar Putrajaya seperti Taman Pertanian Warisan, Laman Futsal 1Malaysia, Presint Diplomatik, Taman Air Wetland, Taman Wetland, Presint 9, Taman Botani dan Putrajaya Sentral. Setiap kumpulan boleh memilih untuk ke mana-mana lokasi mengikut pilihan dan kesesuaian kumpulan masing-masing. Setiap lokasi akan diberikan 5 soalan untuk dijawab dan ada juga lokasi yang memerlukan kami untuk lakukan aktiviti berkumpulan.

Task di Taman Pertanian Warisan, saya kira mudah sebab hanya cari spesis pokok base on gambar yang disediakan oleh urusetia. Tapi dalam-dalam senang, ada jugak yang bertukar antara pokok cermai dan bokok belimbing. Haha. Nasib baik bukan kumpulan kami! Tapi task di Presint Diplomatik dan Taman Air Wetland saya kira agak mencabar. Soalan pulak mostly indirect - semacam pantun dan teka-teki. 

Contohnya, soalan di Presint Diplomatik, task ini adalah untuk mencari nama-nama kedai/ restoran/ klinik, tapi ada satu part yang kelakar kami tersalah faham soalannya. Dan setiap soalan pulak berkaitan antara satu sama lain. Contoh soalannya macam ni..

Panggilan isteri yang sedang menunggu suaminya di dalam kereta - kami pergi cari isteri yang duduk dalam kereta dan tanya apa panggilan isteri pada suami. Bila kenang balik memang lawak habis! Nak tahu apa jawapannya? - Be Farmasi

Mesranya mereka bagai aur dengan tebing. Sila abadikan kenangan anda di sini. - kami bantai ambil gambar pasangan suami isteri kat depan klinik sebab soalan sebelum tu berkaitan klinik dan tulis dekat ruang jawapan jawapan di dalam h/p samsung S3 which mean urusetia tergelak besar bila baca jawapan kami tu dan sebenarnya jawapan ialah Aur Photography. 

Sebenarnya banyak lagi soalan-soalan lain dan jawapan yang kami bagi kalau difikir balik secara logiknya memang tersasar dari landasan! Haha. Ada satu part untuk aktiviti berkumpulan di Laman Futsal 1Malaysia, selepas sepak bola, setiap ahli kumpulan kena ambil bintang markah dalam kotak yang dipanggil mystery box. Elok saja masing-masing selok kotak tanpa tahu dalam kotak tu ada katak dan cengkerik! Peww... Saya ingat soalan saya masa selok kotak apa benda yang lembik-lembik ni? - urusetia jawab kertas basah! Kalaulah saya tahu yang lembik itu adalah katak, haish... tak boleh nak bayangkan macamana!!!

Overall pada saya dan semua ahli kumpulan kami yang 1'st time sertai treasure hunt ni, kira fun lah. Part lengkapkan task dan berkejar-kejar tu memang kelakar. Tapi penatnya ya ampun!!! Sakit kaki tak payah cakap sebab asyik lari je. Walaupun tak menang hadiah, yang penting masing-masing enjoy!

Esoknya merasalah panjat tangga Menara KL dengan kaki yang sakit...

Saturday, March 01, 2014

BBQ @ Pantai Bagan Lalang, Sepang - value time with friends

Cerita minggu lepas. Hujung minggu yang sangat padat. Sabtu dan Ahad penuh dengan aktiviti. Lepas bersakit-sakit badan mandi manda di air terjun, Ahad tu kawan-kawan opis pulak request ajak ber'BBQ. Kononnya BBQ ni sempena meraikan ex-opismate kami - Miss K yang akan sambung master tak lama lagi. Tapi last minute orang yang nak diraikan tak dapat joint. Disebabkan dah plan, kita proceed saja. 

Sesambil tu saya ajak sekali kawan-kawan lain yang free untuk joint. Tapi kali ni pun GBS tak cukup. Oh ya, sekarang ni GBS mesti tengah seronok main salji ni! Pertama kali saya tak joint trip dengan GBS. Bertabahlah tengok diaorang ke sana sebab itu antara tempat impian saya! Huwaa... Tak apalah, ada hikmah disebaliknya. Redho.. Apapun harap diaorang enjoy di sana dan balik Malaya dengan selamat nanti. 

Konsep kali ni port luck - saya sediakan mee goreng, air dan rempah BBQ, manakala kerja memerap semua bahan-bahan : ayam, ikan, sotong diambil alih oleh Puan Su, Miss Lim pulak belikan potato dan keledek untuk dibakar nanti dan Miss Anne dengan murah hati memberi penghormatan kepada kami untuk merasmikan BBQ setnya serta membeli kelengkapan untuk membakar dan tak lupa keropok ikan Terengganu yang sedap!

Dah lengkap semua keperluan, kami pilih Pantai Bagan Lalang sebagai lokasi. Pantai ni walaupun tak secantik pantai-pantai di Terengganu, tapi dah kira ok. Yang penting dapat merasa angin pantai. Tak seperti sebelum ini, (entry lama di SINI) kali ini kami pergi di sebelah pagi. Itupun hampir jam 10.00am barulah kami sampai di pantai. 

Hari tu, ramai jugak orang di pantai. Kawasan pantai agak penuh dengan pengunjung. Selepas beberapa lama melalui jalan sepanjang pantai, akhirnya kami singgah di hujung jalan - kawasan tapak perkhemahan. Keadaan di sini agak tersorok, jadi orang pun tak ramai. Elok saja kami sampai, pondok yang ada di situ juga kosong sebab satu famili tu dah nak berkemas untuk balik. Rezeki kami la tu! 

Dah siap semua, apa lagi aktiviti membakar pun bermula! Layan!!!!

Pantai Bagan Lalang - air surut ketika ini. Laut nun jauh di hujung sana!
Pandangan kanan - kelihatan resort mewah yang terdapat di sini. Er.. lupa apa nama resort tu
Pandangan kiri - pokok rhu dan hutan paya bakau dari kejauhan
Kredit untuk Anne yang bersusah payah menghidupkan api. Angin kuat woo!! Tapi akhirnya selamat juga ayam-ayam ni masuk dalam perut kami semua. 
Ayam siap untuk dingap dan keledek bakar yang sangat sedap. Makan keledek bakar teringat kat cik Dara. Masa ke CH hari tu bersungguh-sungguh cik Dara nak beli keledek nak bakar masa BBQ. Alih-alih terlupa pulak dia sebab makanan kami terlebih-lebih masa tu.

Siakap dan sotong bakar - kelakar diaorang ni, part sotong bakar, asal jumpa sotong yang ada telur semua teruja. Mengalahkan mak pekan! haha
Gigih kami tengah hari buta bergambar kat pantai. Tapi bila tengok gambar ni mampu buat saya senyum sendiri :)
Lagi aksi kami!

Lebih kurang pukul 1.30pm, kami bersiap untuk balik. Sempat lagi singgah di gerai membeli buah naga. Oh ya, kawasan di sekitar Sepang memang terkenal dengan penanaman buah naga (dragon fruit). Sepanjang jalan balik banyak gerai-gerai yang menjual buah naga. Harga? Harganya mengikut saiz buah, bermula dari RM8 - RM11/kg. Jadi kepada penggemar buah naga, bolehlah ke sini kalau teringin nak makan buah naga.

Seronok juga dapat habiskan masa 'bernilai' hujung minggu dengan aktiviti begini. Lagi seronok bila masa itu dihabiskan dengan kawan-kawan yang kita suka! ^_^

Friday, February 07, 2014

Melihat Putrajaya dari sisi lain


Ramai orang tahu Putrajaya terkenal dengan taman-taman yang berbagai variasi dan pattern. Saya yang bertahun-tahun bermastautin di Putrajayapun tak mampu nak terjah semua tempat-tempat ni. Bila berjinak-jinak dengan basikal, baru tahu rupa-rupanya banyak sisi lain Putrajaya yang belum tengok lagi. 

Di Putrajaya, terdapat sebuah trek yang dibina khas untuk berbasikal atau berjoging. Trek bermula dari Masjid Putra (di bawah jambatan) mengelilingi tasik Putrajaya hingga ke Monumen Alaf Baru berpanjang 15km menyediakan pemandangan yang memukau pandangan. 

Menyusuri sepanjang tasik, melalui Taman Warisan hingga ke Kementerian Luar Negeri dan kemudian memasuki perumahan elit memang wow! Susunan rumah dengan "design English style" sangat lawa - (nak beli tak mampu, dapat tengok sambil beranganpun jadi la kan?). Trek basikal ini dibina hingga ke PICC dan melalui tepi tasik hingga ke Masjid Besi. Saya boleh katakan ia trek yang selamat sebab ramai orang beriadah.

Laluan berakhir di Monumen Alaf Baru dan kami berpatah balik ke parcel C untuk menyimpan basikal di Kementerian. Total kilometer yang berjaya kami lalui lebih kurang 15 kilometer dan berjaya membakar kalori sebanyak 437 kcal. Yeah!!!


Monday, May 28, 2012

Nasi Arab : Wadi Hadramawt, Ampang

Restoran Wadi Hadramawt
Pernah cuba nasi arab tak? Agak-agak mana lagi restoran nasi arab yang best yang pernah korang cuba kat area KL ni? Kalau ditanya pada saya, hanya nasi arab Saba' je lah yang pernah saya cuba. Yang lain-lain wa tak tau... huhu

Semalam, saya dibelanja seorang kawan yang baru lepas naik pangkat (tahniah megrose) baru-baru ni ajak makan kat sini. Seperti biasa, kalau bab lokasi makan-makan ni kita serah je kat cik bunga yang tentukan. 

Restoran ni sebenarnya agak mudah untuk dicari, terletak di area Ampang, tapi disebabkan salah informasi menjadikan pencarian kami agak kelam kabut. Kalau kita dari MMR2, restoran ni di terletak sebelah kanan di dalam tempat jual kereta mewah MOFAZ di sebelah st. petronas dan di hadapan kedai peabot MIVA. Tapi kita tak boleh belok kanan terus untuk ke restoran tu. Jadi kena gerak terus ke depan, lalu trafic light dan buat pusingan U dan pastikan restoran terletak di sebelah kiri. 

So, kalau sesiapa yang berminat bolehlah cuba. Ni alamat restoran ni. 

Alamat restoran : No. 266, Jalan Ampang, 50450 KL (between Sucasa Hotel & Petronas Gas Station)
Waktu operasi : 12.00 pm - 2.00 am

Kalau nak check menu dan harga boleh refer SINI.

Ini pulak menu-menu yang kami pilih!

Lamb Madghout
Chicken Mandy
Grilled Chicken
Hadramawt Mixed Grill - dihidangkan bersama Mullawah (roti)
Hidangan kami... makan untuk 5 orang! Pengsan.....
Mix Dessert : manisan 
Tahniah megrose atas kenaikan pangkat!!
PM : lepas makan kami terjah jalan TAR! woha!

Saturday, May 19, 2012

Selamat berhujung minggu


PM : kerabu mangga, asam pedas keladi, ketam masak merah, ikan dan udang celop tepung sangat sedap bila di makan bersama-sama teman-teman yang kita sayang! Tambah pulak bila ia dimasak dengan penuh kasih sayang! ^_^

Monday, May 07, 2012

Musim mencandat sotong tiba lagi.

SUMBER
Sekarang, di Terengganu musim mencandat sotong dah tiba. Musim candat ni biasanya bermula pada setiap akhir Mac hingga Julai. Ini adalah kerana musim monsun Timur Laut mulai reda dan perairan kembali tenang. Jadi sotong-sotong yang berada jauh di laut dalam akan mula datang ke perairan tertentu untuk bertelur. Di antara perairan yang terdapat banyak sotong ialah seperti Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan beberapa tempat lain. 

Saya pernah merasai pengalaman ini. Pengalaman pertama, ketika praktikal dulu... kami menaiki bot universiti dan menyusuri perairan Terengganu menuju ke Pulau Kapas. Selepas bot melepasi muara Sungai Terengganu, bot mula melepaskan pukat tunda dan mula menunda pukat. Merasa juga kami semua hampir 24 jam tak jejak kaki kat tanah. Bersolatpun di atas bot.  Kami antara batch terakhir pelajar yang sempat merasa naik kapal Uniputra 5. Sebab lepas tu semua kapal termasuk Uniputra 5 dijual sebab kegawatan ekonomi. Pada saya itu pengalaman manis!

2008, atas permintaan kawan-kawan yang nak merasa mencandat sotong, saya ajak kawan-kawan berkunjung ke kampung saya untuk merasai pengalaman ni. Dengan bantuan ayah, kami berjaya menyewa bot. Sewa berharga RM350 kami kongsi seramai 8 orang, saya kira sangat berbaloi-baloi dengan pengalaman yang kami dapat. Sewa bot sekali dengan kelengkapan untuk bercandat. Masa tu murah je sewa bot, sekarang tak tahulah berapa dah sewanya.

Selepas asar, pemandu bot minta kami semua berkumpul di Jeti Pulau Kambing. Katanya, bot kami akan bertolak dari muara Sg. Terengganu selewat-lewatnya 6.00 petang. Kang kalau lambat, takut lambat sampai ke perairan Pulau Gemia. Pulau ni berhampiran Pulau Kapas. Ini antara tempat 'kesukaan' kaki pancing dan lokasi strategik untuk candat sotong. Dalam perjalanan ke Pulau Kapas dapat jugak menikmati pemandangan matahari terbenam. Cantik! Masa tu semua orang teruja, jakun naik bot. Hehehe.

Senja di muara Sungai Terengganu : lokasi berhampiran Pulau Duyung
Perjalanan bot dari muara Sg. Terengganu ke Pulau Gemia memakan masa hampir 1 jam. Masa kami sampai,   langit sudah gelap. Pemandu bot mula mencari lokasi strategik untuk melabuhkan sauh. 'Sportlight' mula dipasang bertujuan untuk menarik perhatian sotong. Salah seorang anak pemandu bot cuba melontar candat yang terdiri daripada mata kail yang diikat dengan tali 'tarsi'. Katanya, nak tengok tempat ni ada sotong @ tak. Agak lama menunggu, tapi mata kail kami tidak langsung 'dingap' sotong. 

Pemandu bot menarik sauh dan berpindah ke lokasi lain. Mungkin mencari tempat yang lebih 'ong'. Di lokasi kedua, membuahkan hasil. Bila 'sportlight' ditala ke muka air kelihatan sotong berenang-renag di gigi air mengikut pergerakan cahaya. Lumrah sotong... memang sukakan cahaya. Pantang nampak cahaya, mereka pasti menjadi sangat agresif kerana mereka akan berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu.

Lautan kini seakan-akan seperti sedang berpesta cahaya. Bukan hanya bot kami yang melabuhkan sauh pada malam itu, terdapat banyak bot-bot yang lain juga seperti kami, mahu mencandat sotong. Pada saya, pemandangan itu sangat menarik. Bila bot berhenti, sauh dilabuhkan, apa lagi, terus aktiviti mencandatpun bermula. Terdapat 2 cara mencandat iaitu tanpa umpan dan dengan umpan.

Bagi candat yang tiada umpan, hanya tali tarsi dan mata kail diperlukan. Kita hanya perlu melempar mata kail dan kita hanya perlu tarik dan lepas tali (macam main layang-layang) untuk menarik perhatian sotong. Biasanya sotong jarum yang bersaiz kecil mesti akan tertarik dengan kilauan mata kail kita.

Manakala bagi candat yang mempunyai umpan, ikan parang biasanya dijadikan umpan dan diletakkan pada umpan. Teknik tarik dan lepas tali masih perlu dipraktikkan. Tapi hasilnya berganda-ganda daripada candat tanpa umpan! Kadang-kadang seekor sotong boleh mencecah hampir 10 kg!

Bila bot dah berhenti, masa tu baru terasa seperti teroleng-oleng. Bagi mereka yang tak biasa di berada di atas kapal, mesti akan merasa 'mabuk laut', termasuk kawan-kawan saya. Semua muntah dan mabuk laut. Tapi saya kagum dengan mereka, walaupun masuk, tangan tetap memegang tali tarsi sambil menarik dan melepas tali candat. Gigih!!


Hasil tangkapan kami!

Malam itu, saya langsung tidak melelapkan mata. Seronok sangat bercandat. Lempar mata kail tak sampai satu minit mata kail 'dingap' sotong! Seronok bercandat, sampai tak sedar subuh! Lepas solat subuh baru kami bergerak balik ke jeti. Nak tahu berapa banyak hasil kami dapat malam tu? Hampir penuh satu tong besar tempat simpan ikan. Bila ditimbang hampir mencecah 100 kg! Balik rumah kami kenduri sotong! 

Jadi, kepada sesiapa yang teringin nak merasa pengalaman mencandat sotong, sekarang adalah masa/musim yang sangat sesuai untuk mencuba. Sangat berbaloi-baloi!

PM : teringin nak mencandat lagi.... 

Friday, May 04, 2012

Teristimewa buat anak-anak 80-an

Siapa lahir tahun 80-an? Angkat tangan!!!
Eh... yang lahir akhir 70-an pun boleh joint sama jugak. Jeling mama Vouge Berjaya Park. hehe.

Uols semua ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu, kalau pergi kedai runcit kita beli apa?
Dulu.... gula-gula 10sen dapat 4 biji. 
Kalau gula-gula yang kecik warna-warni dengan 10sen boleh dapat 5 biji kan?
Sekarang ado???
Nan ado...

Hari tu, cik bunga bawak kami ke satu kedai. 
Kata cik bunga, masuk kedai ni boleh dikatakan semua makanan 'tak sihat' yang kita suka beli masa kecik-kecik dulu ada. Murah pulak tu! Boleh beli sikit-sikit dan boleh beli borong.

Kali pertama saya masuk kedai ni, saya ketawa dan ketawa. 
Terus rasa macam budak-budak! 
Sebab teringat kenangan masa kecik.

Kedai ni terletak kat Puchong Perdana, kat lot-lot kedai berhampiran je dengan Masjid Terapung, Puchong.
Tauke kedai ni, uncle/auntie cina sangat ramah dan baik hati. 
Siap izinkan saya tangkap gambar dalam kedai dia. 
Petang tu, kami memborong sakan kat sini. 
Satu kotak besar choki-choki hanya berharga RM9.80. Murah!!!

Jom kita tengok apa yang ada kat sini!

Agak-agak apalah yang dibualkan oleh 2 perempuan di depan kedai tu?
Biskut timbang : biskut 'cotek' pun ada
Sagun : masa kecik dulu saiz sagun besar dan panjang. Sekarang comel je...
chew gum : 4 biji 10sen. 
Bubble gum ni pun ada. Dulu beli 10sen dapat 2!
Hiro pun ada. Tapi ni dah kira makanan zaman sekarang dah ni...
Tikam : sekarang pun ada jual lagi. Ingat masa kecik-kecik dulu mak selalu marah kalau beli tikam. Dah besar baru tau rupa-rupanya tikam ni macam judi jugak .

Barang-barang yang dijual kat sini dan permainan Tora dan Ding Dang pun ada!

Kalau bercakap pasal zaman kecik-kecik memang seronok. Tu belum lagi kalau kita bercerita tentang mainan apa yang kita main masa kecik-kecik tu. Lagi seronok!

PM : bangga jadi anak 80-an

Wednesday, May 02, 2012

We're at : COIT. MAKNA. WALK 2012







PM : Berjalan sejauh 7km, berpeluh-peluh ketiak, jadi sukarelawan MAKNA, dan dalam masa yang sama boleh menderma walaupun tak banyak manapun... 

Monday, February 20, 2012

Hi-tea at 'ayoh' house

Ahad lepas GBS dapat jemputan dari babah dan mama Hadif dan Raisa. Tapi kami panggil babah Hadif dan Raisa 'ayoh'... dan mamanya plak kak I. Motip mama Hadif nampak muda kah? hehe. Acara ni macam dah jadi acara wajib dah... bila ayoh balik dari laut je, mulalah 'anak-anak' merengek nak makan itu la.. ini lah. Kadang-kadang mengalahkan anak kandung plak. Dan seperti biasa mama Hadif dan Raisa tabah melayan kerenah 'anak-anak' ayoh ni.

Kalau dicerita mcmana kami boleh kenal dgn ayoh ni mesti semua orang pelik. Tak sangka kata mereka. Sebabnya kami kenal ayoh dulu, baru kenal mama. Suami orang tu!!! Ada ke bini yang sporting macam mama tak kecut perut bila tau suami dia kawan dengan perempuan? Bukan sorang... Tapikan... ikhlas saya cakap, mama Hadif dan Raisa memang cool. Dia tahu suami dia kawan dengan perempuan, dia pun turut jadi kawan kami... dan rasanya kami lebih rapat dengan mama pulak berbanding 'ayoh'. Macam kawan saya cakap... unexpected friendship! Kadang-kadang kawan-kawan saya yang lain tanya, sape 'ayoh' tu bila kami duk bergurau senda di FB.

Sebenarnya kami kenal 'ayoh' masa kat HCMC. Kebetulan satu flight dengan GBS. Jumpa kat airport terus jadi kawan dan joint kami berjalan. Kebetulan flight saya awal pagi. Jadi saya tunggu kat hotel saja. Tup-tup tengahari bila rombongan yang lain sampai, terkejut saya bila tengok ada 2 lelaki ikut mereka. Pelik jugak. Siap offer diri nak joint GBS berjalan. Lepas balik dari HCMC, kami masih berhubung. Kebetulan tak lama lepas tu, ayoh dapat baby. So, kami buat rombongan cik kiah ke rumah 'ayoh' dan sekaligus kenal isteri 'ayoh'. Wah!!! sekepala! So.. kami rapat sampai sekarang. Dah melalut plak cerita pasal kisah perkenalan dengan ayoh. hehe

Jadi Ahad lepas, lepas ronda 3 buah shopping complex, kami terus ke rumah 'ayoh'. Hi tea katanya. Sampai-sampai terus makan, borak, makan, borak, ketawa! Biasanya kalau dah sampai sini, memang susah nak angkat kaki nak balik. Malu pun ada. Tapi nak buat camne, tuan rumah terlebih ramah sampai buat tetamu berat hati nak balik. Hahaha.

Apa-apapun saya mewakili GBS, nak ucap terima kasih banyak-banyak jemput kami ke rumah. Semua hidangan sedap sampai rasa nak lagi! haha. Untuk 'mama' stay cute, stay healthy untuk sambut kelahiran 'adik' ke-3 kami. ^_^

'ayoh' dan 'mama'... amcam muda tak 'ayoh' weols???

bersama anak kandung dan anak angkat

buah hati ayoh


red velvet


bersama hidangan lain

muka x puas hati....


PM : tak sabar pulak nak berguling-guling. hiks