Followers

Showing posts with label Malang. Show all posts
Showing posts with label Malang. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Trip Surabaya - Bandung (6) : Malang/Batu

Selepas 2 malam bermalam dalam perjalanan (mobil) akhirnya malam tadi kami baru jumpa katil di malam. Hari ke-4 'mengukur' tanah Jawa Timur, kami singgah di Malang dan Batu pulak. Suhu di sini sejuk bangat, bangun pagi udaranya nyaman sekali. 

Malang selain dikenali sebagai tempat yang mempunyai banyak universitas, suhu kawasannya juga sesuai dengan penanaman apel. Itu sebab kami singgah di Malang, kekononya nak merasa kutip apel di ladang. Tapi impian tu tak kesampaian. Kena pergi Eropah juga la nampaknya kalau nak petik epal ni...

Berada seharian di Malang dan Batu beberapa tempat sempat kami pergi (including entrance fees) :
  1. Coban Rondo waterfall - entrance : rp10,000/person, mobil rp3,000
  2. JATIM Park 2 - entrance : rp90,000 - rp110,000/person mengikut jenis pakej
  3. Batu Night Spectecular (BNS) - entrance : rp20,000/ person

Lepas checkout dari Villa Gratia 1, kami langsung ke Coban Rondo. Sepanjang perjalanan memang lawo, sebab melalui lereng bukit. Sempat jugaklah kami singgah kat lereng bukit ambil gambar - itu kan satu kewajipan :)

Lawo pemandangan di sini
Pemandangan Malang dari atas bukit

Coban Rondo Waterfall

Air terjun Coban Rondo salah satu tempat rekreasi di Kabupaten Malang (Malang dan Batu ni bersebelahan aje).


ketik gambar untuk membaca informasi dalam gambar

Air terjunnya tak kurang lawo, cuma saya je tak pandai cari angle sudut mana yang lawo. huhu
Ramai orang berekreasi di sini

JATIM Park 2


Kami habiskan masa hampir seharian di sini. Besar betul tempat ni sampai kami rasa tak mampu nak cover semua tempat. Jatim Park 2 meliputi 3 bahagian utama iaitu :

  1. Museum Satwa
  2. Secret Zoo
  3. Hotel - Tree Inn
Kawasan paling besar ialah Kebun Binatang (Secret Zoo), dan kawasan ini merangkumi bahagian-bahagian seperti :
  • Savannah 
  • Tiger Land
  • Safari Farm
  • Fantasy Land 
  • Hippo and crocodile garden
  • Taman burung
  • Cafe sarang semut 
  • Eco green park
  • Kid Zone
  • dan banyak lagi 

Paling saya suka Safari Farm dan taman burung, sebab semua haiwan dilepas bebas berkeliaran siap boleh sentuh dan bagi makan. Haiwan pulak semuanya gemok-gemok belaka. Bagi yang berkeluarga, Fantasy Land tempat yang paling menarik untuk kanak-kanak. Macam-macam permainan ada siap dengan kolam renang dan permainan air. Dan semua permainan di sini FOC sebab dah termasuk dalam tiket.

Bagi yang tak larat nak jalan boleh naik e-bike dengan bayaran rp100,000/day 3 hours

Info ketik SINI

Bayaran mengikut pilihan pakej
Pintu masuk - disambut oleh burung kakak tua
Pintu masuk fantasy land - saya tengok pun menarik, kalau budak-budak yang tengok lagilah seronok kan?
Tiger Land - menarik deco kandang rimau ni
Sekitar eco green park - ini antara bencana alam yang berlaku di seluruh dunia terutamanya di sekitar Indonesia
Taman burung juga antara tempat yang menarik - semua burung dibiarkan bebas di taman satu taman yang besar
Burung-burung ni boleh sentuh dengan tangan aje. 

Itik ni tengah bersantai atau tido eh?
Rumah terbalik - walaupun rumahnya tak besar mana, tapi menarik juga

Seharian suntuk kami di sini. Puas hati juga walaupun kaki lenguh gila berjalan.

Batu Night Spectecular (BNS)

Malam itu, lepas makan, sebelum berangkat balik Surabaya, kami singgah dulu di BNS. BIasa je tempat ni pada saya - ala-ala team park gitu.

Info ketik SINI


Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti WWR, paragliding aka paralayang dan banyak lagi. Plan asal kononnya nak ber'WWR tapi, apakan daya travel mates saya kali ni tak berani nak cuba akiviti itu. Jadi kena skip. Tak apa, panjang umur, ada masa InsyaAllah akan ke sini lagi untuk cuba aktiviti yang tak kesampaian tu kan?



Friday, September 20, 2013

Catatan Ekspress : Surabaya - Bandung

Kali ini untuk catatan ke bumi Indonesia nun dari Jawa Timur hingga ke Jawa Barat, saya tak berniat untuk manulis seperti catatan yang sebelum ini. Ke mana kami pergi, pukul berapa bangun, makan apa, berapa bayaran dan semuanya. Saya hanya akan highlight beberapa tempat saja, mungkin boleh jadikan panduan pada yang ingin ke sana nanti dan juga untuk diri sendiri - manalah tahu nak repeat Bromo dan Ijen sekali lagi kan? 

Perjalanan bermula dari Surabaya ke Bromo, dan kemudian Ijen, langsung ke Jamber mengukur pantai-pantai di sana, kemudian ke Malang kononnya berangan nak memetik apel Jawa, tapi akhirnya angan-anagan memang tinggal angan-angan saja (nampaknya kena jejak Eropah jugak baru dapat petik Epal kot) dan akhirnya meneruskan perjalanan menaiki keretapi selama 13 jam untuk sampai ke Bandung. 

1. Surabaya

Secara kasarnya tiada yang istimewanya tentang Surabaya - dari segi tarikan pelancong bandar ini biasa saja. Tapi ramai yang tidak tahu, tempat ini melahirkan ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang memperjuangkan kemerdekaan bumi Indonesia dari penjajah. Peristiwa besar seperti pengisytiharan kemerdekaan dan pemberontakan pejuang yang memperjuangkan pembebasan Indonesia berlaku di sini. Walaupun hampir 68 tahun kemerdekaan Indonesia, kesan dan tinggalan sejarah masih lagi utuh. 

Tak susah mencari makanan halal di sini kerana hampir 100% penduduk di sini adalah Islam. Tapi awas, jika tidak yakin jangan dicuba-cuba makan di tempat sebarangan kerana menurut seorang kawan yang lama menetap di sini, definisi halal bagi mereka ialah 'makanan itu tak ada babi'. Mereka tidak kisah tentang soal bagaimana makanan itu diuruskan. Contohnya ayam atau lembu,ia sememangnya halal, tapi adakah penyembelihan yang dilakukan mengikut syariah Islam? Erm.. tepuk dada tanyalah iman.

Satu perkara yang saya kagum tentang Surabaya ialah di sini banyak sekali masjid. Berjalan tak sampai 1km, jumpa masjid. Dan saya bagi 5 bintang untuk tandas di sini. Tak kira di mana-mana : stesen minyak, tandas awam, masjid, musholla, semua tandasnya bersih! Walaupun tempat lain kotor, tapi dari segi kebersihan untuk ibadah memang patut diberi pujian. 

Suasana sekitar lorong menuju Masjid Sunan Ampel - Di satu lorong di sini semua kedai menjual barang-barang keperluan haji, kurma, air zam zam dan disambut oleh bau minyak attar yang menusuk hidung. Macam seperti berjalan di sekitar lorong-lorong kecil di Makkah pulak. 

2. Mount Bromo

Kami bergerak pada jam 12.00 tengah malam dari Surabaya menuju ke Bromo dan sampai di sana sekitar jam 3.00am. Selepas naik jip untuk ke Penanjakan 1 hampir pukul 4.30am kami sampai dan sementara menunggu masa untuk ke puncak sempat singgah layan Pop Mie dan teh panas. Sampai di puncak, bersesak-sesak dengan untuk mencari port menanti matahari terbit. Kiranya waktu kami sampai adalah waktu paling cun, tunggu beberapa minit saja untuk matahari muncul. Tapi disebabkan terlalu ghairah nak merakam gambar gunung-gunung yang terbentang di depan mata, kami terlupa pada matahari yang baru hendak muncul. Hasilnya... Ini saja yang kami dapat. haha - padahal camera tak berapa canggih nak amik view matahari. hoho!

Matahari bintang 6
Subhanallah... macam lukisan
Kawah Bromo dari kejauhan

Dari post penanjakan 1 kami bergerak ke kawah Bromo. Sampai sini semangat kena kental sikit. Nak menapak 'padang pasir' yang berdebu hitam menuju ke anak tangga berjumlah lebih 200 anak tangga bukan satu kerja yang mudah. Silap haribulan tewas dengan pelawaan 'lelaki berkuda' yang menawarkan perkhidmatan pergi dan balik. Harga yang ditawarkan bermula dari rp100 dan akan menurun mengikut jarak perjalanan. Walau apapun ia merupakan pengalaman yang sangat menarik. 

Sayup mata memandang
Tapi hasilnya tidak mengecewakan. Puff!! puff!! bunyi asap dari kawah seiring dengan bau belerang yang menusuk hidung
Langit biru mengiringi kepulangan kami

Dari kawah Bromo kami bergerak ke Savanah. Sekarang musim kemarau, jadinya tiada rumput-rumput yang menghijau di sini. Semuanya kekeringan dan kecoklatan. Tapi tetap pemandangan tetap memukau. Akhirnya perjalanan kami berakhir di Pasir Berbisik. Terasa macam berada di tengah gurun pulak. Sekali angin bertiup, berkepol-kepol debu hitam menusuk hidung. Tapi kami tak pedulipun. Indah sungguh alam ciptaan Allah. Syukur masih diberi peluang menikmati keindahan ini...

Kontang : Savanah yang kekeringan dek kerana musim kemarau
Awan bergerak menutupi Pasir Berbisik. Sesekali angin kedengaran bunyi 'ssstt... sstt' dan kelihatan pasir berkilauan. 

3. Kawah Ijen

Kami sampai di Banyuwangi seawal jam 10.30pm dan perjalanan menuju ke tempat pendakian mengambil masa hampir 1 jam setengah dan sebelum tengahmalam kami sudah mula mendaki. Dengan berbekal lampu picit dan cahaya bulan yang terang, kami bergerak perlahan. Mula-mula jalannya mendatar, kemudian semakin mendaki membuatkan pendakian kami menjadi perlahan. Sesekali kami disapa penambang sulfur yang berjalan laju seolah-olah berjalan di jalan yang rata. Hebat sungguh mereka! Kerja mereka membuatkan mereka jadi sekuat itu. Demi sesuap nasi inilah kerja harian mereka yang dilakukan saban hari. 3jam mendaki akhirnya sampai juga kami ke puncak. 

Kawah Ijen
Dari jauh kelihatan pekerja yang sedang bekerja mengumpul sulfur dan diangkut naik ke atas - satu kerja yang sangat sukar pada pandangan mata saya.
Dari puncak menanti matahari terbit. Kecik je saiz orang-orang kat bawah tu kan?

4. Jamber

Salah satu kelebihan Jamber ialah pantai-pantainya. Dari Ijen, perjalanan mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke sini. Sempat juga singgah di Papuma, Watu Ulo dan melayan sunset di Payangan.

Tanjung Papuma : kepala ular muncul di tengah laut. 
Nak memburu sunset la kononnya, berjalan hingga ke hujung tanjung!
Inilah hasilnya... bolehlah. Kalau nak lagi lawa kena tengok sendiri dengan mata kasar, barulah puas hati. hiks

5. Malang / Batu

Niat hati nak memetik apel, tapi angan-angan tak kesampaian. Jadi kami masuk JATIM park 2. Hampir seharian di sini, tempatnya besar ya ampun!!! Tapi hewan di sini sihat-sihat belaka.

Harimau putih antara hewan tarikan di sini
Cuba cari hewan tersembunyi
Asyik sungguh monyet ni duk cari kutu sampai kami yang jadi tukang tengokpun ralit sama. Monyet ini bukan terdapat di JATIM park 2, tapi di Zoo Surabaya - zoo yag pernah menjadi kontroversi sekitar tahun 2011-2012 tu

6. Bandung

Mendapat jolokan Paris of Java, Bandung sudah tentu syurga shopping bagi kaki shopping. Tapi bukan untuk saya kot. Cumanya di sini untuk ke mana-mana sangat mudah. Naik angkutan kota saja kita boleh sampai di Pasar Baru, Cihampelas, Factory Outlet dan lain-lain tempat yang menjadi tarikan di sekitar bandar Bandung ini. Sangat mudah! Tapi dalam mudah-mudahpun, sempat jugak kami merasa 'makan langsat' naik angkutan kota. Haha

7. Kawah Putih

3 jam perjalanan dari bandar Bandung untuk sampai ke sini. Hasilnya, lawa juga tempat ini. Walaupun kata sesetengah orang tempat ini sudah dikomersil menjadi wisata, tapi pada pendapat saya apa salahnya singgah di sini, tempatnya tak kurang cantiknya kan?

Kawah belerang
Tak ada tumbuhan yang hidup sekitar tasik ini, semuanya mati

8. Tangkuban Parahu

Dari utara, kami terus ke selatan menuju ke satu lagi kawah gunung berapi di Bandung. Perjalanan dekat sikit je dari Kawah Putih. Pemandangan biasa saja, tapi tetap ada keistimewaan tersendiri. Kiranya ia trip ulangan buat saya, dan pertama kali buat teman-teman saya. Walaupun tak ada perkataan 'wow' untuk tempat ini, tapi cukuplah orang kata 'sudah sampai di sini'. 

Kunjungan kedua : kawahnya tak banyak berubah, cuma kedai-kedainya saja yang makin bertambah. hiks
Masih ada letupan di sebalik celah-celah asap yang berkepol itu

Trip kali ini walaupun dalam jemaah yang kecil, hanya ber'3 banyak perkara yang kami lalui bersama. Bila terkenang pasti kami tertawa. Sempat merasa tidur di dalam kereta 3 malam berurut-turut, tidur dalam keretapi dengan 13jam perjalanan, menaiki perbagai kenderaan, dari Kijang, Grand Lavina, Avanza, angkutan kota, ontang-anting dll, merasa pelbagai makanan tempatan dan melihat sendiri kehidupan masyarat tempatan yang majoriti mempunyai kehidupan yang susah menyebabkan kami berfikir dan bersyukur dengan kehidupan yang kami ada. Walaupun serba sederhana, sekurang-kurangnya kami tidaklah sampai meminta-minta demi meneruskan kelangsungan hidup.