Followers

Monday, November 29, 2010

KL and Kuala Selangor Tour

27 November 2010
Putrajaya - KL - Kuala Selangor - Putrajaya


Hola! Kali jalan punye kerja! Dalam kepala duk asyik nak berjalan jauh-jauh je. Padahal KL pun belum habis tawaf lagi. Kan? Jadi plan punye plan, akhirnya! Dengan budget RM60/person mulakan perjalanan. Bertolak dalam pukul 8.30am dari LEP, singgah makan dulu. Jalan, jalan jugak perut kena penuh.

Dalam 10.30am, terus ke KL. Jalan ok, agak jammed tapi masih bergerak. Lokasi pertama : Menara Kuala Lumpur. Sekadar melawat, tak berkesempatan naik ke atas menara. Almaklum la, berjalan budget la katakan. Fees masuk RM38.00 (dewasa), RM28.00 (kanak-kanak). Takpe, at least pernah jugak ke situ w/lpun tak dapat naik ke atas menara. hiks (ayat sedapkan hati sendiri).


~ us ~
~ Menara Kuala Lumpur ~


'Kite nok g mane plok?' tanya nill.

Memorial P. Ramlee.

'Mane aaa???'

'Hahaha... dok au gok'

'Kita singgah Tourism Malaysia dulu' Ira selaku cikgu iringan dan penyelamat keadaan.

Tu la padahnya tak buat persediaan. Mentang-mentang nak berjalan kat KL je, masing-masing tak buat persediaan langsung. Aku pulak, dah siap tulis alamat lokasi, sekali tertinggal pulak kertas tu kat opis. Cuai betul!

Jadi singgah sebentar di Tourism Malaysia. Siapa sangka kan? Hanya kami orang Malaysia yang singgah di situ pada hari tu. Selebihnya semua pelancong! hiks. Cantik tempat ni. Suram dan damai je.
Lepas tanya info dari petugas kat toursm Malaysia, teruskan perjalanan.

Info : Kalau nak ke Memorial P.Ramlee dari KL, pastikan anda tahu di mana letaknya bulatan Pahang, amik pukul 3 (ke arah Setapak). Selepas courts mammoth (di sebelah kanan) masuk ke simpang kiri >> Jalan Dedap, Taman P. Ramlee.

Kagum, terharu, sedih, marah tu perasaan aku selepas melawat Memorial P.Ramlee.

Kagum : kehebatan Tan Sri P.Ramlee menghasilkan karya-karya hebat

Terharu : sihat penyayang & pemurah beliau sewaktu hidupnya

Sedih : mengenangkan nasib beliau yang tidak terbela sehingga hari ini...

Marah : dengan mereka yang tanpa silu mencedok titik peluh beliau tanpa rasa bersalah sedikitpun!

Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee & Allahyarhamah Pn. Sri Saloma yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka di tempatkan di tempat-tempat orang yang dirahmati-Nya... Amin...

Jam sudah menunjukkan ke angka 1 p.m. Perut sudah berkerongcong. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor, kami singgah makan dulu. Kebetulan masa sesat nak mencari Memorial P.Ramlee tadi kami terpandang satu restoran di tepi jalan. Restoran Asam Pedas. Sedap & pedas masakan kat sini. Semuanya asam pedas. Jenis ikan je berbeza. Harga ikut set, semua set harga sama RM7.00 [ nasi putih, ulam & asam pedas ] Berbaloi, murah & sedap!
~ asam pedas ikan pari ~
~ watermelon juice with lychee ~

Habis makan, singgah solat zohor dulu sebelum teruskan perjalanan ke Kuala Selangor. Perjalanan ke Kuala Selangor ambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Cuaca redup & hujan renyai. Tapi tetap gigih ni.

'Kita nak tengok kelip-kelip terus ke?'

Hahahaha... motip ada orang tak tau kelip-kelip keluar waktu malam?

Kami menuju ke Bukit Malawati. Parking kereta terus ke kaunter. Beli tiket : RM5.00/person. Ada kenderaan disediakan. Ntah tak tau nama ape. huhu. Kat atas Bukit Malawati ada rumah api, ada muzium sejarah Kuala Selangor & banyak lagi tempat-tempat peninggalan sejarah kat situ. Macam-macam cerita. Dan yang paling mengejutkan kat situ banyak monyet. Monyet yang bermuka kecik macam lotong. Jinak. Tak usik orang. Siap ada orang jual kacang panjang & pisang kalau kita nak bagi monyet-monyet tu makan.

~ SB jumpa kawan lama ~

~ meriam Bukit Malawati ~

~ survivor : monyet ni hanya berkaki 3 ~

~ ibu dan anak : sama tapi tak serupa ~

~ selat melaka dari kejauhan ~

~ muzium sejarah Kuala Selangor ~

~ rumah api Bukit Malawati ~



Turun bawah dengan kenderaan tu lagi, terus di bawa ke Taman Alam Kuala Selangor. Kat bawah Bukit Malawati je. Tapi tak singgah pun, just lalu je. Sebab masing-masing dah kepenatan. Singgah solat asar dulu sebab lepas ni kami nak g makan seafood plak. hehehe!

Perjalanan diteruskan ke Pasir Penambang. Rupa-rupanya Pasir Penambang adalah perkampungan nelayan yang didiami oleh penduduk cina. Tu laaa... kekononnya pandai, tapi sebenarnya tak berapa nak bijak pun. haha! Patah balik, singgah btanya orang.

Info : Pasir Penambang merupakan perkampungan nelayan yang didiami olrh penduduk cina. Kawasan ini terkenal dengan hasil perikanan dan perusahaan bahan kering daripada sumber perikanan. Di sini juga terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan laut yang sesuai untuk orang cina sahaja.

Lepas singgah bertanya orang barulah kami tahu... kalau hendak mencari ikan bakar atau makanan laut boleh pergi ke Pantai Remis, Jeram. Singgah di Aroma Ikan Bakar. Kami makan ikan siakap masak merah, ikan gerut-gerut bakar, ketam goreng kunyit, mentaram goreng bercili dan kailan ikan masin. Total 5 orang makan : RM90.00. Verdict? ok la. Cuma ikan bakar dia kurang masak dan agak hanyir. Yang lain semua licin kena sapu!
~ Aroma ikan bakar ~

~ adik ini leka mencari kepah ~

~ air baru pasang ~
~ matahari malu-malu terbenam ; cuaca agak redup dan hujan ~
Lepas singgah solat maghrib & isyak, destinasi terakhir Kelip-kelip Kg. Kuantan. Tiket adalah RM40/boat. Sebuah bot boleh menampung seramai 4 orang. Since kami berlima, kami just beli tiket untuk 1 bot saja, tiket untuk seorang lagi bayar kat boatman. Malam tu nasib memang baik. Cuaca suram tapi tak hujan. Agak gelap tapi tak terlalu sejuk. Bot pun tradisional. Tak pakai enjin. Natural! Suasana sunyi je.. tak lama lepas tu... tara!!!!! nampak kelip-kelip!!! Mula-mula sikit, lepas tu makin banyak dan makin terang. Cantik!!! Hanya tuhan yang tahu. Kuasa Allah! Kalau nak tengok kena datang sendiri sebab pemandangan ni tak mampu dirakam dengan kamera!
Info : Waktu yang sesuai untuk melihat kelip-kelip adalah selepas 15 haribulan bulan Islam @ lepas bulan mengambang. Sebab masa tu cahaya bulan dah makin kurang jadi dapat lihat cahaya kelip-kelip dengan terang.
Pukul 10.00 pm bertolak balik ke Putrajaya. Kali ni ambil Guthrie terus ke Puchong. Dah tak larat drive jalan dalam. Gelap pulak tu. Sampai rumah dalam pukul 11.30 pm. Penat tapi seronok!!
28 November 2010
Skybridge Visit Petronas Twin Tour
Hanya ber-3. Lawatan ke jejantas udara Menara Berkembar Petronas. Sekian lama menetap di KL tapi tak pernah berkesempatan ke sini. Akhirnya sampai jugak. Tiket kami pukul 5.00 pm. Tapi pukul 5.30 pm baru menapak di KLCC. Ingatkan dah xde peluang nak naik sebab terlambat. Tapi nasib baik dapat naik jugak. Cantik, kagum dan bangga!
Info : 3 kategori tiket disediakan iaitu RM3.00 (tour only), RM20.00 (tour & deck) dan RM200.00 (tour & deck & meal )

~ dari tingkat 53 ~
PM : saya bangga jadi anak Malaysia! woha!

Monday, November 08, 2010

Saigon - 28.10.10 - 31.10.10

Ini adalah entry BASI.
Kisah bercuti lagi. HCMC pilihan kami.
Seperti biasa dgn GBS aka GST.
8 orang semuanya.
Sampai di Saigon bertemu pulak 2 jejaka malaya - ayoh kepada Keira & Hadif.
Terus jadi geng sepercutian. hiks
Papepun sonok w/lpun hakikatnya bercuti dengan duit yg cukup-cukup makan je.
Yang penting dpt jugak belikan telekung & sepasang baju utk mak & adik-adik.
Tak sabar pulak nak jahit baju raya. woha!
Dan balik beraya jumpa Pn. Fatimah. *tetiba




PM : terlebih rezeki mahu ke suatu tempat bersama keluarga. InsyaALLAH....

Tuesday, August 24, 2010

Edisi kuih raya : Popia Nestum

*lagu Suasana Hari Raya berkumandang
*mood raya....
Resepi ni cik nilli yg perkenalkan. Maka, gigih la dua manusia ke Jusco 2 minggu berturut-turut membeli bahan-bahan semata-mata nak buat menda alah ni. Tapi menjadi uolls!
Modus operandi kami : mahu buat kejutan pada Pn. Fatimah masing-masing. hiks.
*Padahal Pn. Fatimah tak heran pun setakat kuih raya camni! hahaha. Tapi nak jugak bangga ngan hasil air tangan kami.
Cubaan pertama : marvelous! * TQ budak kecik tolong 'siyek' kulit popia ^_^
Cubaan kedua : hampa! Kulit popia giant adalah tidak sesuai utk membuat kuih ini! Keras macam kulit lembu! Tak tau nak buat ape dgn 5 bungkus kulit popia tu! *band Giant!!!
Cubaan ketiga : terpaksalah kami menapak ke Jusco untuk kali kedua semata-mata nak beli kulit popia yang baru. Nasib baik kali ni menjadi. Tapi tak penuh pun satu balang! iskhh...
~ kulit polia yang siap digulung ~

~ selepas gulung gunting secara menyerong ~

~ zoom dekat skit ~

~ hasil : popia yang siap digoreng dan dicampur nestum + horlick + gula ~

~ popia gulung : hanya demo utk cik nilli ~
Bahan-bahan
1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat
[b]Cara:
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.
2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.
3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.
*sumber : izanman.fotopages.com

PM : Pn. Fatimah cakap raya tahun ni nak masak nasi dagang! woha!

Friday, July 30, 2010

Bread, Love and Dreams (제빵왕 김탁구)

Lepas cerita Cinderella's Stepsister habis tayang kat Channel 303, drama ni pulak menyusul. Lagi cerita berat! *berat na'nang!!! Tapi aku suka! Kisah kehidupan. Sedih cerita ni. Jalan cerita pun menyayat hati. Tapi yang pasti, bila tengok episod 6 malam tadi, betul-betul mengingatkan aku pada Pn. Fatimah... owh... untung aku masih punya ibu *mode : insaf.
Aku kagum dengan cerita korea ni, kadang-kadang tanpa dialog pun ia mampu buat kita menitis air mata! Beza dengan cerita melayu, nangis punya lah beria, tapi tak rasa papepun. No feel!!!! huhuhu. *pengarah kita kena belajar dengan pengarah-pengarah korea ni!!
Synopsis :

Story begins 12 years prior to when maid Kim Mee-soon gave a birth to a child named, “Tak-gu.” As Kim became pregnant with Geo-seung food cooperation chairman, Gu Ill-joong’s child, Mr. Gu’s wife, Suh In-sook forced Kim out of her house. It is after 12 years that Tak-gu appears again at Mr.Gu’s birthday party to formally announce himself as the legitimate son of Mr. Gu. However, due to Suh’s contempt towards him, he is driven out of the house once more. It is at this worst moment in life that Tak-gu meets his everlasting mentor, “Pal bong” and his true love, “Yang Mee -soon.” From then on he finally determines to embrace his new life by becoming the world’s best baker. However, his journey to his goal appears to be tough due to unexpected encounters with his first love and his step brother Gu Ma-joon. So how would his journey end?



PM : 5 bintang untuk drama ini!

Monday, July 26, 2010

M.E.N.A.N.G part II

Ini tentang M.E.N.A.N.G 2 tiket hari tu..

Al kisahnya, belek surat khabar, terpandang Cuci The Musical 2 Contest... hadiahnya 2 tiket VIP ke Cuci The Musical 2! Dalam hati.. "macam best! untung-untung boleh tengok CUCI!" So, Saje-saje mengisi borang soal selidik disertakan aksi gambar sedang menCUCI dan hantar email... tup-tup... lepas 1 bulan tadaaa... dapat email :

Dear Ms. Nur Hanani Binti Ismail, CONGRATULATIONS!! You have just won two (2) tickets to “CUCI The Musical 2” for your participation and winning entry for the ‘Peraduan Cuci Macam Saya’ on the 1st August 2010 (Sunday).

Teruja uolls! Baru plan ngan GBS nak tengok Cuci The Musical 2, skali dapat tiket free, mahunye tak suka kan? Jadi, aku ajak cik nilli amik tiket & nonton bersama.

Semalam gigih pegi ke Istana Budaya utk majlis penyampaian hadiah. Ingatkan biasa-biasa je, rupanya grand jugak sambutan! Siap tayangkan gambar-gambar pemenang skali. Dan aku rasa gambar aku paling sempoi. hiks! TAPI... sampai-sampai kat Istana Budaya, boleh terlupa bawak camera!
* Matilah, nill meruap-ruap marahkan aku! hahaha
** sbb awal-awal dia dah sound jangan lupa bawak camera, skali masin mulut dia!

Mula-mula ingatkan sesi penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang je, sekali tiba-tiba muncul pelakon-pelakon CUCI! Masa tu geram ada, tensen ada, stress tak payah cakap la! CAMERA! CAMERA! CAMERA! Dengan muka tak malu menumpang camera orang. hehehe... dan dan dapat kawan baru. heee

~ pelakon-pelakon CUCI 2 ~

~ Hans yang hensem!!!! ~

~ sesi bergambar dengan pemenang~

~ tiket K.A.M.I (^_^) ~

PM : Hans isaac sangat hensem dan Vanida imran pula sangat jelita!

Thursday, July 22, 2010

M.E.N.A.N.G!

Alhamdulillah... yeay!
Saya menang 2 tiket!
Walaupun hanya 2 keping tiket...
tapi ia tetap sesuatu yang mengembirakan!
Suka2!

PM : 25 ni ada date ngan Hans isaac! heee

Wednesday, July 21, 2010

Nasi padang versi Terengganu

Hola... baru pulang dari kampung halaman asmara
angin bayu Laut China Selatan masih segar!
Biasa la... kalau balik kampung memang sangat seronok.
tambah pulak sekarang musim durian & buah buahan
kat belakang rumah tu, durian duk luruh dum dam dum dam
buah rambutan, duku, manggis plak tengah menghijau lagi.. ada dah masak sikit-sikit
Hasilnya... demam + selsema + batuk = dapat 2 hari MC! woha!

Kalau balik kampung seperti biasa sesi berdatingan dengan ketua GBS
Acara JJCM adalah W.A.J.I.B!
Kali ni kami pilih Restoran Mat Binjai, kira restoran nasi padang versi Terengganu la.
Masakan kat sini semua masakan kampung. Lauk dia bagi banyak-banyak. Pilih mane yang suka. Bayar mane yang di makan. Yang penting S.E.D.A.P!

*meg rose, kat Ganu ada nasi padang jugak tau! hee

makan berdua je, jadi portion & pilihan tak banyak. apa-ape pun... layan!!!



~ kedai mat binjai di jalan Sultan Sulaiman ~
~ hidangan kami : lauk gulai kuning patin ~

~ ikan merah bakar ~

~ cicah budu! ~

~ dengan pucuk jambu golok! perghh!! ~


~ daging bakar ; lembut ~

~ puyuh goreng pun sedap! ~


~ telur penyu ; hiasan je. aku tak makan.. cian terkenangkan penyu menangis ~

PM : demam belum kebah