Followers
Friday, November 29, 2013
MPH warehouse clearance!!
Friday, November 22, 2013
LP
Saturday, November 09, 2013
Di Hamparan Shamrock kuseru nama-Mu
Jadi, sempena menyambut kehadiran bulan baru, dengan buku amalan yang baru dan mungkin ada sesetengah sahabat diluar sana yang menyimpan azam baru untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini, rasanya buku ini boleh menjadi panduan. Walau tak banyak, dapat sedikit pun jadilah kan?
Thursday, October 17, 2013
Seyogia
Tuesday, June 11, 2013
Hikmah Yang Tersirat
Peluang bekerja dan sekaligus mengenali negara, penduduk, budaya dan cara hidup seperti Pakistan banyak membuka mata penulis tentang bersyukurnya dilahirkan dan membesar di negara seperti Malaysia. Alangkah syukurnya dilahirkan sebagai muslim di sebuah negara Islam seperti Malaysia. Membaca catatan Adakah kami kelihatan seperti bukan muslim dan Peminum yang bersyukur menjadi muslim membuka mata saya tentang banyak perkara - syukur kerana lahir dalam suasana Islam yang sebenar.
Ok, setakat tu je ulasan, kalau nak tahu isi catatan boleh baca buku atau blog beliau : http://nafastari.blogspot.com. Dan ini pula blog isteri beliau http://mawarnafastari.blogspot.com. Gaya penulisan mereka seakan-akan sama.
* mana tahu ada rezeki suatu hari nanti kalau berpeluang bermastautin di negara orang teringin juga ada catatan seperti ini - tapi nak jadi diplomat memang tak mampulah, err, tak layakpun... tak apa kita pasang angan-angan dulu, mana tahu ada rezeki 'meneguk' ilmu di tempat orang kan? Jihad tu... Moga-moga angan-angan dan usaha itu dimudahkan olehnya. Amin...
Tuesday, May 22, 2012
Seteguh Tekad
Penulis : Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit : Alaf 21 @ Karangkraf
Harga : RM 13.00
Thursday, May 10, 2012
Rindu Eropah Tawan Damascus
Friday, April 27, 2012
Wednesday, March 07, 2012
Nyanyian Tanjung Sepi

Monday, March 05, 2012
Jaja & Din

Kisah seorang Jaja yang jatuh cinta pandang pertama hanya selepas melihat sekeping gambar yang diambil oleh kawannya, Mie untuk dijadikan poster bertema ‘berhati-hati di jalan raya”. Hampir 2 tahun Jaja nanar mencari siapa lelaki yang digelar ‘Din’ dan akhirnya secara kebetulan Din sememang wujud di dunia ini.
Aku hanya tahu namanya Din…
Itu sudah memadai, kerana tahun lalu aku mengenali gambarnya dan pada hari ini aku mengetahui namanya. Tahun depan? Ah, tahun depan aku bertemu orangnya pula... Hidup ini sekadar penjalanan waktu. Kita melalui tahun yang sama... dan dalam perjalanan itu kita bertemu dengan orang yang tidak disangka-sangka pula... (petikan dari cerita Jaja & Din)
Pertemuan demi pertemuan yang semuanya secara tidak dirancang berlaku menyebabkan cinta Jaja pada Din semakin utuh. Din rupanya seorang ustaz dan rupa-rupanya Jaja jatuh cinta pada lelaki yang zuhud? Kerana cinta pada Din, Jaja telah meminta abah dan mama meminang Din. Ya... kata Jaja, dia mengikut contoh Siti Khadijah yang jatuh hati dan meminang RasulAllah SAW walaupun hakikatnya Jaja dan Siti Khadijah umpama langit dan bumi peribadinya.
Adakah Din menerima lamaran Jaja?
Jika ya, mampukah Jaja menjalani kehidupan zuhud seperti abang uztaz Din?
Kena baca sendiri jika mahu tahu kisah Jaja & Din!
Komen saya,
- Penulisan penulis Noor Suraya yang bergaya santai memang santai dibaca.
- Saya ketawa, menangis dan ketawa berdekah-dekah sepanjang membaca kisah Jaja & Din, ia ditulis dengan penuh kasih sayang dan saya suka!
- Saya terfikir, masih adakah lelaki seperti Din dan perempuan seperti Jaja di dunia ini? Din... lelaki yang hidup serba sederhana dan Jaja pula sebaliknya. Aduh... kalau saya jatuh cinta sekalipun belum tentu saya seberani Jaja yang sanggup menjatuhkan ego di hadapan keluarganya meminta abah dan mamanya meminang Din. Kalau saya sehabis kuatpun apa yang mampu saya lakukan ialah beristikarah meminta petunjuk Allah samada perasaan saya betul-betul ikhlas atau ianya hanya hasutan syaitan atau kehendak maluri semata! Mana mungkin saya mampu jadi seberani Jaja!
- Realitinya... seorang `ustaz’ lebih memilih seorang `ustazah’ berbanding memilih perempuan biasa. Itu hakikatnya!
- Benar seperti cik bunga yang menyatakan dia mahu mencari cinta pandang pertama. Rupa-rupanya hebat benar cinta pandang pertama itu! Dan mungkin juga ini salah satu kemanisan cinta selepas kawin.
Barang siapa jatuh cinta, kemudian beliau menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya lau mati, maka matinya itu ialah syahid.
Thursday, May 20, 2010
Natrah : Cinta, rusuhan dan air mata
Namun setelah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, isu ini berubah menjadi lebih dasyat hingga penghinaan demi penghinaan di buat oleh pihak Belanda (orang kulit putih kononnya lebih mulia dari orang kulit berwarna), pihak British juga menggubal undang-undang had umur kahwin bagi gadis adalah 16 tahun keatas, fitnah terhadap mereka yang berjuang dalam isu ini hebat dipropagandakan oleh media pro penjajah. Malahan mana-mana orang Belanda yang bersimpati dengan Natrah dan Che Aminah telah dibunuh.
Difaham emak kandung Natrah tidaklah terlalu ingin Natrah kembali ke Belanda kerana bagi dia Che Aminah telah menjaga Natrah dengan baik. Tapi dia sifatkan apa yang dia buat ini adalah arahan. Mungkin sebab tu dia sanggup mengeluarkan penyataan yang bercanggah dengan Che Aminah.. kesian Che Aminah.. kesian juga dengan Natrah yang jadi mangsa pihak Belanda yang ingin menjaga air muka setelah dikalahkan oleh Indonesia setelah 300 tahun menjajah!! Jadi mungkin sekurang-kurang isu Natrah ni dapat menaikkan sedikit maruah mereka selaku orang kulit putih yang kononnya mereka anggap lebih bertamadun dari orang kulit berwarna yang disifatkan masih dalam hutan.
Iktibar dari kisah Natrah ni kita perlu bersatu dalam menjaga maruah kita dan perlu bijak bermain taktik. Mungkin waktu tu keadaan sukar kerana dijajah, jadi sentimen anti penjajah amat kuat hingga mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan agama. Hingga ada yang sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran. Hebat perjuangan itu! Kalau sekarang ada juga kes anak di bawa lari oleh bekas suami dan dikhuatiri akan terpesong akidah, namun kita pandang sepi sebab anggap ini isu peribadi bukan isu agama. Mungkin (mesti) sudah sampai masa kita berubah.
Natrah - menderita hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah melindunginya. Soal agamanya bagaimana? Pegangan hidupnya bagaimana? Rasa-rasanya usahlah kita pertikaikan. Kerana apa yang dialami olehnya bukan kehendaknya. Dia tersepit antara kemahuan dan kehendak. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi....
PM : hati sayu membaca kisah duka seorang gadis bernama Natrah
Monday, November 16, 2009
Jangan Bersedih
saya sedang memantapkan hati, iman & minda dengan bacaan ini
maklumlah...
saya hanya manusia biasa, berhati rapuh, berakal cetek dan kurang imannya
yang pasti sangat tidak sempurna walaupun dicipta sebaik-baik kesempurnaan oleh-Nya
jadi apa salahnya meluang sedikit masa dengan membaca
sekurang-kurangnya ia mengubat penyakit hati
juga menyedarkan saya bahawa masih ada orang yang lebih lebih malang
dan segaligus buat saya bersyukur dengan kejadian-Nya
Alhamdulillah..
Oh ya...tiba-tiba terpandang buku ini.. GADIS OREN
erm... sesuai untuk ACIK OREN yang oreng itu
Acik Oren! sila beli buku ini!
Sangat oreng!!!

PM : mahu baca Bila Cinta Bertasbih II
Wednesday, October 28, 2009
Ketupat Cinta
Kebelakangan ini terasa seperti tidak cukup masa untuk diri sendiri. Terasa macam ilmu di dada makin berkurang. Dan terasa juga mental dan fizikal makin lemah untuk menangkis semua ujian yang bertimpa-timpa dari-Nya.. Jadi apa salahnya mencuri sedikit masa terluang. Membaca itu kan jambatan ilmu. Bukan begitu? Wednesday, July 29, 2009
Rahman, Mahathir, Fatimah dan Awang Goneng
Terima kasih E.Yu atas buah tangan anda!
Saya suka!
Komen ringkas tentang Fatimah's kampung ada di sini
"Guane mung di Teganung?"
"Ghitulah sokmo!"
Ini bahasa tipikal org Ganu, kata Awang Goneng
PM : mau baca buku Che det pulak!
Wednesday, April 08, 2009
PEREMPUAN SIMPANAN
En. Posmen telah menghantar sesuatu untuk saya
Yang telah lama saya tunggu2
Akhirnya ia muncul juga dimuka pintu rumah saya
Perempuan simpan saya sudah sampai
Salah ke seorang perempuan memiliki 'perempuan simpanan'
hahahaha...
Perempuan simpanan ini sungguh istimewa
Manis sekali, seperti madu
Kerana ia terkandung cacatan manis bergula 10 perempuan yang bukan perempuan simpanan
Ya...
Inilah perempuan simpanan saya
PM : perempuan simpanan ini betul2 mengasyikkan!








