Followers

Tuesday, May 25, 2010

Let's run!

Date : 23 May 2010 (Sunday)
Vanue : Sunway Lagoon
Event : Chicken Run'10

Orang kata "takde keja carik keja". Haaa... kali ni kekonon ada orang berangan nak bercuti-cuti free kat Tioman kalau menang Chicken Run. Hakikatnya nan ado! hahaha... Ok, back to the topics. Ahad lepas, seperti biasa GBS dgn xtvt berlari-lari dgn tagline "lepas lari kita terjun" sertai larian amal Kenny Roger's. Ok la, daftar RM48.00 dapat T-shirt + goodies bag + tiket masuk Sunway Lagoon + voucher makan kat Kenny Rogers. Kredit utk cik nilli yang gigih ke Times Square semata-mata nak amik t-shirt + goodies. Hahaha... Sangat gigih ok!

Pagi-pagi dah menapak kat Sunway Lagoon. Lepas dah daftar semua, siap sedia utk berlari. 5KM tu! Giler ah!!! Sangat penat! Kaki sakit tak yah cakap ah. BUT, the most important are, we enjoy the moment together! Kelakarnye jalan sambil bawak telur dalam kon aiskrim. hehehe...
Lepas lari, masing-masing dah kelaparan. Carik makan dulu. Ye la, sampai ada orang separa pitam sebab berlari dengan perut kosong. Anak sape tu?

Lepas tu, semua duk ingat nak masuk Sunway Lagoon je. Macam hari merah sedunia jadinye. Nasib baik kat Malaysia, kalau kat Thailand dah lama kena tembak! hoho!
[ permainan pertama : merasa kena pusing 360 darjah sampai ada orang muntah jelohok! huhu]

[xtvt ni paling best! terjun]

[acara wajib! aksi melompat]

Sampai ke petang jugak kat dalam SL tu. Terakhir masuk rumah hantu! Seram... tapi tak takut mana. Sebelum balik rumah, isi perut dulu. Papepun, we enjoyed ourself!


[muka org penat main air]
PM : sakit kaki...

Thursday, May 20, 2010

Natrah : Cinta, rusuhan dan air mata

Buku ni dah lama baca. Cuma baru tergerak hati nak review tentang buku ni. Dah lama berhajat nak miliki buku Natrah air tangan Datin Fatini Yaacob oleh Penerbit UTM. Gigih melilau lilau dari gerai ke gerai masa Pesta Buku Antarabangsa 2010 hari tu. [kredit buat Cik Nilly & Cik Princess sudi jadi peneman yang setia]. Teruja sangat tengok ketebalan buku ni yang pasti penuh dengan fakta untuk dijiwai.

Kisah Natrah/Nadra pernah di pentaskan di Istana Budaya pada 2009. Dan rasa-rasanya Finas juga pernah filemkan kisah Natrah ni. Mungkin juga filem Natrah sudah terkubur. Kisah bermula bila nenek dan ibu Natrah menyerahkan hak penjagaan Natrah kepada Che Aminah. Che Aminah - bukan sebarangan wanita kerana pada waktu itu (1940-an). Beliau jauh berbeza dengan kebanyakan wanita melayu sezaman itu yang rata-rata masih buta huruf. Sedangkan beliau telah menguasai beberapa bahasa dengan fasih. Dan kata-kata menyatakan Che Aminah adalah orang gaji keluarga tersebut adalah FITNAH semata-mata! Umum tahu kisah Natrah bukan sekadar perebutan hak penjagaan gadis remaja namun telah menjadi isu agama dan dunia (dunia Islam bersatu dari Tanah Melayu hingga Timur Tengah.. hebatkan!!).
Bermula dari helah Locke yang telah menyebabkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura kerana jika Che Aminah tetap di Kemaman, mereka tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Terengganu bukan tanah jajahan British. Che Aminah sangkakan kedatangan beliau dan Natrah ke Singapura dapat menjernih keadaan dan dapat beliau pergi ke Belanda untuk bertemu keluarga Natrah. Namun sebaliknya berlaku bila Natrah dipaksa berpisah dengan Che Aminah sehingga mereka sanggup menawarkan sejumlah wang supaya Che Aminah “give up Natrah”. Sebelum kes mahkamah yang pertama, isu ini dilihat lebih kepada isu kekeluargaan di mana kemenangan berpihak pada Che Aminah.

Namun setelah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, isu ini berubah menjadi lebih dasyat hingga penghinaan demi penghinaan di buat oleh pihak Belanda (orang kulit putih kononnya lebih mulia dari orang kulit berwarna), pihak British juga menggubal undang-undang had umur kahwin bagi gadis adalah 16 tahun keatas, fitnah terhadap mereka yang berjuang dalam isu ini hebat dipropagandakan oleh media pro penjajah. Malahan mana-mana orang Belanda yang bersimpati dengan Natrah dan Che Aminah telah dibunuh.

Difaham emak kandung Natrah tidaklah terlalu ingin Natrah kembali ke Belanda kerana bagi dia Che Aminah telah menjaga Natrah dengan baik. Tapi dia sifatkan apa yang dia buat ini adalah arahan. Mungkin sebab tu dia sanggup mengeluarkan penyataan yang bercanggah dengan Che Aminah.. kesian Che Aminah.. kesian juga dengan Natrah yang jadi mangsa pihak Belanda yang ingin menjaga air muka setelah dikalahkan oleh Indonesia setelah 300 tahun menjajah!! Jadi mungkin sekurang-kurang isu Natrah ni dapat menaikkan sedikit maruah mereka selaku orang kulit putih yang kononnya mereka anggap lebih bertamadun dari orang kulit berwarna yang disifatkan masih dalam hutan.

Tak perlu lah aku tulis panjang-panjang kisah Natrah ni kerana kita semua sudah tahu akhirnya Natrah dipisahkan juga dari suaminya dan Che AminaH. Daripada buku ni boleh dizahirkan Natrah derita sebahagian besar dari hidupnya (berkahwin di Belanda, bercerai, hijrah ke Amerika dan lain-lain) dan Natrah ingat banyak peristiwa-peristiwa semasa dia bersama Che Aminah. Dia gambarkan sebagai saat sukacita dia, walau dah berusia dia masih ingat dengan terperinci saat-saat itu.

Iktibar dari kisah Natrah ni kita perlu bersatu dalam menjaga maruah kita dan perlu bijak bermain taktik. Mungkin waktu tu keadaan sukar kerana dijajah, jadi sentimen anti penjajah amat kuat hingga mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan agama. Hingga ada yang sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran. Hebat perjuangan itu! Kalau sekarang ada juga kes anak di bawa lari oleh bekas suami dan dikhuatiri akan terpesong akidah, namun kita pandang sepi sebab anggap ini isu peribadi bukan isu agama. Mungkin (mesti) sudah sampai masa kita berubah.

Natrah - menderita hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah melindunginya. Soal agamanya bagaimana? Pegangan hidupnya bagaimana? Rasa-rasanya usahlah kita pertikaikan. Kerana apa yang dialami olehnya bukan kehendaknya. Dia tersepit antara kemahuan dan kehendak. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi....

PM : hati sayu membaca kisah duka seorang gadis bernama Natrah

Thursday, May 13, 2010

........

Kadang kadang kita rasa rindu.
Kadang kadang rasa lebih baik buat tak tahu.
Kadang kadang kita tak kisah pun
Kadang kadang rasa nak menangis macam hati dah terpotong potong.

Akhir-akhir ini rasa seperti iman tak seteguh dulu. Terasa semua perkara yang datang seperti masalah yang bertimpa-timpa. Sungguh! Selalu aku pohon moga Dia memberi ketenangan hati & kedamaian jiwa. Hanya itu yang aku pohon! Tapi permohonan sekecil itupun Dia payah mahu tunaikan. Macamane tu? Dan semua ini buat aku rasa diabaikan oleh-Nya. Kejam sungguh orang seperti aku seperti tak bersyukur dengan pemberian-Nya.

Bila diuji, dan terus diuji... rasanya iman kadang-kadang goyang juga. Kadang-kadang terfikir, di mana silapnya? Di mana kurangnya? Di mana salahnya? Sehingga sebegitu berat diuji. Semua ujian berbentuk kesabaran hati & keteguhan iman. Jika tidak kuat iman di dada sudah tentu hati terpesong jadinya. Hampir.... mujur masih mampu bertahan.

Tak mengapa, selagi mampu bertahan, perlu teruskan hidup. Kata ibu, selama mana sangat kita hendak hidup di dunia ni. Selagi Dia mahu menguji, sabar dan bertahan lah. Sampai masa nanti, semuanya akan berakhir juga. Samada berakhir dengan kebaikan mahupun sebaliknya.

PM: kuberharap...

Wednesday, May 05, 2010

Monolog 2

Tuhan beri kita akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak.
Di berikan akal untuk memujuk hati yang lara dan sedih hiba.
Di berikan akal untuk ikhlaskan hati dan redha dengan apa yang terjadi.
Sebagai manusia kita kena redha dan kena sabar.
Mungkin ada benarnya.
Apa yang kita rasa terbaik buat kita, bukanlah sebenarnya yang terbaik untuk kita.
Mungkin tuhan sengaja sulitkan pemikiran kita untuk menerima ketentuanNya supaya kita bersikap redha dan ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan.
Kalau kita pasrah dan terima segalanya, apakah kita bukan orang yang berusaha?
Kalau kita menolak ketentuan tuhan dan berusaha untuk memperbaikinya adakah kita digelar manusia yang tidak bersyukur dengan ketentuanNya?

Tuesday, May 04, 2010

Harapan

"Hidup perlu sabar kerana apa sahaja yang terjadi semuanya atas izin Allah.
Tidak ada suatu yang terlepas daripada keizinan-Nya.
Sama ada berjaya ataupun gagal, semua itu atas izin-Nya.
Jadi perlu berdoa bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keizinan Allah supaya berjaya.
Sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana bersangka baik itu adalah harapan.
Manusia yang tidak bersangka baik adalah manusia yang tidak ada harapan.
Manakala manusia yang sentiasa memasang harapan, adalah manusia yang bersangka baik dengan Allah."

Ya...
Aku perlu terus memasang harapan dan bersangka baik.
Aku boleh sahaja gagal, tetapi aku tidak boleh bersangka buruk dan hilang harapan.
Itu yang aku pasti.
Allah bersama dengan orang yang benar dan sabar dan aku berharap pada masa hadapan, aku adalah orangnya...
InsyaAllah