Followers

Showing posts with label HK. Show all posts
Showing posts with label HK. Show all posts

Tuesday, May 08, 2012

Hi Hi Guangzhou, bye bye HK - Day 4

sambungan dari SINI

6 April 2012 - Jumaat


Hari terakhir di HK seperti biasa saya bangun awal dan berkemas. Semua barang-barang dikemaskan awal sebab kami kena check-out sebelum pukul 12.00 tengahari. Seperti biasa sementara menunggu yang lain-lain bersiap, kita makan dulu. ehehe.

Pagi ini masing-masing diingatkan bersiap awal sebab kami semua nak merasa naik esculator paling panjang di dunia. Tapi entah apalah yang silap, communication break down barangkali, ada jugak yang terbabas... Aduhai... Jadinya plan kami terus ke laut.

Selesai urusan check out dan simpan beg dulu di tempat simpanan beg, kami bergerak ke St. TST menuju ke Avenue of Stars. Tak susah nak ke sini, sampai di St. TST, keluar Exit J dan ikut aje direction yang ada. Simple!

Exit J to Avenue of Stars & Direction to other places

Berjalan tak sampai 15 minit, nampak patung kat bawah ni, bermakna dah sampai lah kat Avenue of Stars. Tempat ni simple je, terletak betul-betul di tepi laut mengadap HK island dan kita boleh menyusuri sepanjang jalan untuk melihat perkembangan dahulu hingga kini industri perfileman Hong Kong. Tapi tak banyak manapun info. Ada patung Bruce Lee dan juga tapak tangan/ tanda tangan pelakon-pelakon tersohor Hong Kong dari dulu hingga sekarang.

Avenue of Stars
Hong Kong Island

US!


Dah puas berlegar-legar di sini, kami bergerak ke tempat lain pulak. Sebenarnya hari ni kami takde banyak agenda since plan asal kami iaitu untuk bertolak ke Guangzhou di awal pagi terpaksa diubah ke petang sebab kehabisan tiket. Jadi kali ni kami hanya jalan je tanpa tujuan. 

Selain Avenue of Stars, di sekitar st. TST ni juga terdapat beberapa muzium yang boleh kita lawati seperti HK Space Museum, HK Museum of Art dan HK Cultural Centre. Oleh itu kepada sesiapa yang suka melawat muzium, jika datang ke situ jangan lupa singgah!

Next destination?

Kami masuk SOGO! Saja, jamu mata. 

Tak lama pun kat sini, saja masuk dan tumpang lalu je sebab kami nak ke Nathan Road pulak. Untuk ke sini hanya perlu ke Exit J6 dari st. TST. 

Apa yang ada di Nathan Road? Kat sini banyak shopping complex, hotel-hotel samada mahal @ murah dan macam-macam lagi. Namapun sight seeing kan? 

Salah satu tempat yang familiar di Nathan Road ialah Chungking Mansions. Tempat ni memang terkenal di kalangan backpackers kerana menyediakan kemudahan hostel/penginapan dengan harga termurah dan agak mudah untuk mencari makanan halal di sini. Tapi, kita perlu berhati-hati sebab tempat ini agak kurang selamat terutamanya di waktu malam. Terutamanya perempuan. Faktor keselamatan harus diutamakan!

Nathan Road
Chungking Mansions
Kami berjalan lagi dan akhirnya sampai di Masjid Kowloon. Tengok jam, belek itinerary waktu zohor pada hari itu, kami sepakat untuk masuk ke masjid. Alang-alang dah nak masuk waktu, kita singgah masjid dan tunggu masuk waktu dan bersolat dulu. Lepas tu baru kita teruskan perjalanan.

Tapi boleh pulak kami terlupa hari tu hari jumaat. Bila masuk dalam masjid dan ke ruang solat wanita, di kelihatan ramai sangat orang Indonesia di situ. Rupa-rupanya bersolat jumaat menjadi amalan wanita islam di sini. Sempat jugak dengar khutbah jumaat. Tapi sayangnya kami tak faham sebab khutbah yang disampaikan imam adalah dalam bahasa urdu. Tak berlama di situ, solat dan kemudian kami beredar untuk balik ke hotel.

Sampai hotel, kemas beg dan mula bergerak ke St. Hung Hom. Disebabkan masih awal, sempatlah masing-masing ke 7e beli apa yang patut dulu. Nak habiskan duit HKD yang masih bersisa. 

From St. Kowloon Tong to St. Hung Hum
Train kami dijadualkan pada pukul 4.35 petang, dan pintu gate hanya dibuka 45 minit sebelum berlepas. Semua urusan berjalan dengan lancar dan keretapi bergerak tepat pada waktunya. 

Departure Hall
Bekalan kami. Pringles made in Malaysia ada jual kat HK  ^_^
Deck utk kelas 1. Deck dia paling hujung, jenuh jugak nak menapak sampai ke hujung. huhu 
Perjalanan dari st. Hung Hum (HK) ke st. Guangzhou East (Guangzhou) memakan masa hampir 2 jam. Sempat jugak masing-masing terlelap. Sampai Guangzhou dah gelap. Stesen Guangzhou East ni sangat besar. 

Keluar dari stesen, kami kena cari kaunter tiket untuk beli tiket ke Shenzen dulu. Agak clueless sebab mostly semua signboard dalam bahasa cina. Jumpa mesin tiket, tapi malangnya mesin tu hanya untuk rakyat China sahaja. Kena cari kaunter jugak. Cari punya cari, rupa-rupanya kaunter tiket di dalam ruang menunggu (waiting room). 

Nak masuk dalam tu siap kena scan beg dan check passport semua. Jadi saya tinggalkan beg dan ajak cik bunga masuk beli tiket. Kaunter jualan tiket banyak dan ada satu kaunter 'English Speaking Counter' disediakan. Tapi... nan ado yang jaga kaunter tu pandai cakap english. Macam ayam dan itik jugak bercakap! haha! 

Urusan agak mudah sebab kami dah siap print schedule perjalanan train untuk tarikh perjalanan kami dan hanya tunjukkan pada penjual tiket. Cuma, kalau ada perubahanpun tak banyak sangat, kira boleh dijadikan rujukan lagi. 

gambar ihsan cik bunga
Dari st. Guangzhou East kami ke st. Haizu Square untuk ke Sotel Inn. Agak jauh menapak, tapi nasiblah sampai jugak. Check in dan rest!

Penat!!!

Sambung  lagi....

Thursday, May 03, 2012

MACAU - Day 3

Sambungan dari CATATAN ini.

5 April 2012 - Khamis.


Tidur saya terganggu dengan suara percakapan penghuni katil bawah. Nada suara mereka seperti marah dan kecewa.

'Frust sunggoh!! Cable car g Ngong Ping buka hari weh!!!'
'Bakpe lambat ngat diorang email inform ke kita?'
'Aduh.... frust nguhh laaa'
'Nok mari Hong Kong lagi dok doh wase... frust wehhhh'

Tu antara butir-butir perbualan mereka.

Rupa-rupanya mereka bercakap tentang crystal cable car ke Ngong Ping yang kami pergi semalam. Perkhidmatan cable car ditutup sementara untuk penyelenggaraan dan tanpa pengetahuan kami, perkhidmatannya telah dibuka semula pada hari ini? Dan kami baru saja mendapat email sehari sebelum perkhidmatan dibuka iaitu pada 4 April 2012. Walhal sudah berminggu-minggu kami menghantar email kepada pengurusan Ngong Ping untuk mengetahui status terkini perkhidmatan cable car. Kalau korang di tempat kami, frust tak???? Aduhai....

Pagi itu, kami semua bersiap awal sebab hari ni kami nak g berjudi kat Macau. Hehehe.. tak laaa, acah je. Kena panah petir baru tau. huhu.

Seperti perancangan, kami akan ke Macau seharian dan kemudian patah balik ke HK. Plan asal kami ialah dari Macau kami hendak melalui Zhuhai dan menaiki bas ke Guangzhou. Tapi terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan kekangan masa.

Ada 2 cara dari HK untuk ke Macau :

1. Kowloon Peninsula di China Ferry Terminal (st. MTR TST).
2. Hong Kong Island di Hong Kong Ferry Terminal (st. MTR Sheung Wan).

Kami pilih cara (1) memandangkan kami berada di Kowloon Peninsula. Sekali lagi kami menjadikan cerita shah_rule sebagai panduan.

Naik MTR dari st. Mong Kok ke st. TST, Exit A. Keluar dari stesen, belok ke kanan dan jalan terus (10 minit) hingga jumpa simpang 3 macam gambar kat bawah. Kat situ memang ada sign board 'China Ferry Terminal'. Lintas jalan dan terus masuk ke dalam China City Mall. (bangunan yang lutsinar dalam gambar di bawah adalah China City Mall).

Direction to China Ferry Terminal
Masuk ke dalam mall dan berjalan menuju ke tingkat 2. Di situ kita akan nampak kaunter jualan tiket ferry untuk ke Macau. Sebelum beli tiket, elok kita buat perbandingan harga tiket dari syarikat feri yang berbeza. Kami pilih First Ferry Company. Harga return tiket ialah HKD290. 

Jangan lupa confirmkan di terminal mana kita akan balik dari Macau nanti sebab di Macau terdapat 2 terminal ferry iaitu di Macau Peninsula dan Taipa Island.  

Beli tiket dan terus beratur untuk pemeriksaan kastam. Urusan berjalan lancar. Orang pun tak ramai dan kami terus masuk untuk ke ferry kami. Tepat pukul 10.00 am, feri bertolak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Macau. Apa lagi... masuk dalam feri masing-masing terus membuta!

Ticket's Counter
Departure Hall
First Ferry
Our return tickets and arrival card
Macau Peninsular Terminal
Tepat jam 11.00 am, ferri berlabuh di terminal Macau Peninsular. Lepas semua urusan kastam selesai, kami keluar dari terminal. Clueless!!! Amik beberapa pamplet dan peta Macau untuk kami jadikan panduan. 

Di luar terminal, kelihatan tourist guide sibuk mempromosi pakej lawatan dengan harga-harga tertentu. Bayangkan dari HKD1200 untuk 4 orang, pakej diturunkan hingga HKD400! Convert ke RM lebih kurang RM50 je sorang. Kami terpaksa tolak memandangkan kami tak planpun nak habiskan duit kami untuk amik pakej lawatan di Macau ni. 

Mula-mula kami menyeberangi jalan menuju ke kawasan shuttle bus hotel. Shuttle bus FREE ni disediakan hotel-hotel besar untuk kemudahan penumpang yang nak pergi berjudi di hotel mereka. 

'Kita nok g mane ni?'
'Naik bah la'
'Doh kita nok g mane?'
'Ikut je bas tu gi kat hotel'

Allapadangg!!! Nak ke mana kita ni?

'Eh... aku rasa bukang gini kot.. Kita naik bas biasa je'
'Doh kalu gitu, kita kena lintas jalan balik, bus biasa beloh sana'

Lintas balik.... jumpa lagi tourist guide yang duk promote pakej diorg tu. Kami geleng kepala. Tolak dengan baik. Tengok muka tourist guide tu macam dia perli kami je. Mesti dalam hati dia duk menyumpah kami. 'budak-budak ni, dah tau tak tahu jalan... kekwat lagi tu...' Agak-agak saya macam tu kot dia mengata kami. hahaha.

Agak lama kami berlegar-legar kat depan terminal feri, akhirnya kami decide untuk naik bas biasa. Naik bas dan tunjuk map 'Macau Fisherman's Wharf' kat driver bas tu. Di geleng kepala dan suruh kami keluar. Alamak! How?

Kemudian dia panggil kami balik dan tunjuk isyarat tangan 'berjalan kaki' sambil tangan dia menunjuk ke arah bangunan di depan kami.

'Driver bus tu suruh jalan, kat depan tu je tempat kita nak pergi tu'
'Jom jalan'

Kami berjalan menyusuri jalan dan akhirnya tak sampai 15 minit kami sampai di Macau Fisherman's Wharf. Patutlah pakcik driver tu suruh jalan, dekat je rupanya.

Macau Fisherman's Wharf ialah taman tema pertama yang dibina di Macau. Tak ada apa yang menarikpun kat sini melainkan taman teman dan binaan bangunan di sekitar yang sangat unik. Kami siap masuk dalam hotel, tumpang toilet lagi. 






Lepas hampir 1 jam kat situ, kami ke hentian bas. Tak serik lagi nak naik bas ni! Langit dah gelap.... tandanya hujan bakal turun bila-bila masa je. 

Tunggu bas kat depan The Sands, tengok bas mana yang lalu untuk ke lokasi yang kami nak pergi iaitu Senado Square. Ok, jumpa bas... tapi dah lupa bas no berapa. Tak lama lepas tu bas muncul., Elok-elok kami naik bas dan bayar tambang, hujan turun dengan lebatnya. Aduhai.... How??

Lama kami duduk dalam bas. Hampir 1 jam lebih. Bas bergerak entah ke mana-mana. Macam masuk kampung Cina pun ye jugak. Eh... dah namapun datang negeri China kan? Kami duk tengok, kat dalam route bus tu bila bas akan sampai di tempat yang kami nak turun? Driver bus dah mula jeling-jeling kami. Pergi tanya haremm tak faham. Dia boleh buat bodoh je bila kita duk tanya dia. Ayyo...

Akhirnya sampai last destination. Semua orang turun kecuali kami ber'4. Driver bus buat isyarat turun, kami tak turun jugak. Lastly dia berhentikan enjin bas dan turun dari bas, TETAP kami tak turun jugak. Haha... Macamana nak turun? Hujan lebat!!! Satu lagi sebab kami tak turun ialah, bas ni tak lalu lagi stesen yang kami nak berhenti. 

Tiba-tiba, naik sorang lelaki, dia terus tengking kami! Cong ceng cong ceng!!! Motip??? Mana kami faham!! Tangan dia tunjuk tempat masuk duit bayar tiket. Kami assume, dia suruh kami bayar.

'Pakcik tu suruh bayar kot?'
'Bayar je la... bukan mahalpun'

Terus kami masukkan duit. Terus pakcik tu diam. Saya pandang pakcik tu. 

'Pakcik, lain kali cakapla baik-baik... tak payah tengking-tengking.' Saja cakap dalam bahasa Melayu. Kalau speaking pun dia bukan faham kan?

Pakcik tu pandang saya. Saya senyum. Sinis. Kurang adab betul mereka ni. Kalau kat tempat kita main tengking-tengking macamni agaknya dah lama kena tampar kot. Kurang ajar sangat!

Driver bas naik dan terus hidupkan enjin. Bas bergerak, tak sampai 5 minit dah sampai ke stesen yang kami nak turun. Aduh.... Sabar je la...

Turun bas, baru nampak bandar Macau. Dari jauh kami nampak Grand Lisboa. Hujan masih turun. Kami bergerak ke hotel-hotel berhampir. Jalan ikut kaki tanpa tujuan. 

'Nok g mana ni?'
'The Venetian' Niat asal untuk ke Senado Square kami batalkan.
'Tanya orang, jom!' Tapi masing-masing macam termanggu je. Tak tau mana nak tuju. 

Saya tengok muka penyambut tetamu. Rupa tak macam orang Cina. Macam muka mamak. Terus saya tanya. Mujur dia faham dan boleh berbahasa Inggeris. Dia suruh kami ke seberang jalan dan naik shuttle bus yang bertulis Venetian. Elok je kami lintas, bas dan menunggu dan kami terus naik bas.

Tak sampai 15 minit bas berhanti di betul-betul di depan City of Dream. Masuk dalam ada ada casino, Hard Rock Hotel dan yang paling best kami disambut oleh duyung! Walaupun duyung TIPU, tapi tetap nampak macam real. Dah la tak tutup aurat. Aduh... 


Keluar dari City of Dream, kai terus jalan menuju ke The Venetian, sebuah hotel yang terkenal dengan design ala-ala venice. Masuk dan berlegar-legar di situ. Memandangkan masa kami terhad, jadi kami tak boleh buang masa. Tak lama lepas tu, terus ke cari shuttle bus untuk ke terminal feri sebab feri kami akan bergerak pada pukul 5.30 pm.

Masuk-masuk je kami disambut oleh patung ni
Orang duk tengah sibuk berjudi.
Masuk sini kita tak tau keadaan kat luar siang atau malam

Sampai awal di HK. Sepanjang berjalan ke st. TST kami menyusuri kedai/outlet. Perfume murah kat sini. Tapi jangan lupa survey dulu harga, kalau tak nanti menyesal. Jeling-jeling cik bunga. Hehe.

Singgah dulu di Laddies Market. Malam terakhir di HK, saya dah pasang niat nak beli beg. Nak abiskan duit HKD yang berbaki banyak lagi. 

- bersambung lagi... Esok perjalanan kami masih jauh.

PM : sedih tak sempat nak berjalan semua tempat di Macau....

Thursday, April 26, 2012

Chaotic Hong Kong - Day 2

Dah masuk hari kedua di bumi apek. Pagi tu saya antara yang terawal bangun. Bangun mandi dan bersiap.  Sementara tunggu semua orang bersiap, sediakan sarapan untuk semua. Dengar bunyi sediakan sarapan macam 'gah' je kan? Padahal buat bancuh air, bancuh sup, masak meggi dan meggi goreng je. Hehe.

Kononnya plan nak keluar awal, tapi biasalah bila dah duduk sebilik ni masing-masing jadi 'slow' pulak. 

Ke mana kita hari ni????

Disneyland here we come!!

Dari St. Mong Kok, buat pertukaran di line oren iaitu St. Lai King dan berhenti di St. Sunny Bay. Lepas tu amik line pink yang memang dikhaskan untuk ke Disneyland Resort untuk ke Disneyland. 

Sampai sana, matahari betul-betul atas kepala. Panas ceng-ceng! 

Kebetulan hari ni adalah cuti umum di HK bersempena Easter Day. Jadi orang sangat ramai termasuk bibik-bibik dari serata negara yang berkerja di sini. Aduh... ramainya!! Hari ni barulah kami nampak orang bertudung di bumi HK ni. Kebanyakan mereka adalah orang Indonesia bekerja di sini sebagai pembantu rumah. 

Kami hanya berlegar-legar di sekitar kawasan Disneyland Resort. Tak berniatpun nak masuk. Gila... dah tengok orang berpusu-pusu takkan ada hati nak masuk lagi kan? Cari penyakit namanya tu!

Kawasan ni agak besar, tak habis jelajahpun. Bagi saya, ini bukan tempat saya, SESAK! Jadi perasaan TERUJA tu tak ada langsung. Sekadar orang kata, sampai dan kenal tempat ini cukuplah. 

WELCOME!
Patung-patung watak dalam Disneyland bersepah-sepah kat sini.
Kesian.... tak dapat masuk Disneyland.
Hampir 1 jam, kami bergerak ke destinasi lain pulak. Ke mana? Dari St. Sunny Bay kami ke St. Tung Chung.    Stesen ini betul-betul menyambung satu pusat membeli belah iaitu Citigate Outlets. Jadi untuk kaki shopping yang nak dapatkan barang-barang branded dengan harga yang jauh lebih murah dari di Malaysia, tempat ni MESTI dikunjungi. Memang berbaloi. Saya tak beli apapun. Orang ramai buat nafas saya sesak! Tapi ada antara kami yang sempat memborong! hehe.

Amik EXIT C jika mahu terus masuk ke Citygate.
Kami bergerak keluar dari bangunan Citigate untuk ke Ngong Ping 360. Selain dari Citygate Outlets, di sini juga terdapat terminal bus/cable car untuk kita ke tempat-tempat seperti Ngong Ping 360, Tai O, Lantau Island dan lain-lain tempat di sekitarnya. 

Mula-mula keluar, dah nampak cable car terminal dan nampak orang beratur panjang. Masing-masing clueless!
'Eh, cable car dah bukak ke? Kata tutup.'
'Tanya orang. Tak pun kita beratur dulu'
'Aku nak naik cable car!!!!'
'Cable car tutup kan? Ni mesti ada bas ni'
'Aku dahaga... nak cari air'
'Panjang sangat barisan, aku malaslah...' Kata-kata ni buat saya angin satu badan. Motip datang jauh-jauh, dah sampai depan mata, tup-tup cakap tak nak pergi?
'Korang g beli air dulu, aku beratur. Kang sampai kat kaunter kita tanya'

Situasi macam ni memang tak dapat dielakkan bila kita berjalan ramai-ramai ni. Nasib baik diorg ni bukan jenis ikut kepala sendiri. Jadi setakat selisih pendapat sikit-sikit tu biasa lah kan?

Dataran Citygate
Ke mana kita?
Nampak tak patung Buddha yang besar tu? Haa... kami nak ke situ la...

Giler panjang barisan. Bukan 1 line, ada 2 line!
Beratur hampir 15 minit, kami dapat beli tiket bas. Kira tak lama sangat beratur kalau nak dibandingkan dengan barisan yang berjela-jela. Sistematik jugak bas kat sini. Cepat dan tepat pada waktu. Bayaran tiket adalah sebanyak HKD27 sehala. Disebabkan hari ni cuti umum, harga tiket pun jadi mahal. Kalau hari biasa HKD17 je. Boleh guna Octopus card untuk bayar tiket ataupun boleh guna cash je. Tapi kena ingat, bayar cukup-cukup je, kalau bayar lebih, wang lebih tak akan dipulangkan. 

Naik bas, semua terlelap. Terjaga je, tengok-tengok kami dah ada kat atas puncak. Cantik giler view!

'View punyalah cantik kita boleh tido!' hahaha.

Sebenarnya apa yang menarik tentang Ngong Ping ialah, Crystal Cable Car! Cable car tu berlantai cermin. Bayangkan kita naik cable car, pijak cermin dan boleh nampak curam dan pokok kat bawah kita. Mesti terdetik dalam hati kalau cermin ni pecah camne? Ngeri! Tapi sayangnya waktu kami pergi, perkhidmatan cable car ditutup sementara waktu untuk servis. Nak tau lebih lanjut tentang Ngong Ping boleh rujuk SINI

Perjalanan hampir 1 jam dan kami sampai. Sebenarnya tak taupun nak turun mana. Ikut orang je, semua turun kat hentian terakhir. Yang ada patung buddha. Tempat ni sangat cantik! Udarapun nyaman. Agak lama kami berada di sini. Masuk percuma. Cuma, kalau nak naik tengok patung tu dekat, baru ke bayar. 

Kita boleh masuk dan berjalan di sekitar kawasan ni. Bagi yang sukakan aktiviti bebas, boleh jungle tracking di track yang disediakan. Kat sini juga ada Ngong Ping Village. So, just enjoy the scenery!

Ngong Ping Village
Cable Car
Permandangan sepanjang perjalanan balik.
Jam hampir ke angka 5, kami mula bergerak untuk balik. Seperti biasa, tunggu bas di terminal yang disediakan dan beratur beli tiket dan naik bas. Bas akan menuju ke St. Tung Chung. Masuk dalam bas, tiba-tiba sorang aunty bangun dan...

'Anybody want MTR tickets?' Cakap kuat tapi mata tengok kami berempat!

Laju je cik bunga angkat tangan dan ambik kad MTR. hehe

'Wants more?' see!!! Aunty tu bagi tiket 4 keping single journey tickets kat kami!
Terima kasih aunty!

Sampai di St. Tung Chung, kami bergerak ke stesen MTR. 

'Eh, kalau guna tiket ni boleh sampai stesen mana aaa?' masing-masing geleng kepala.
'Kita top up octopus kita, kita tanya skali guna kad ni.'

'We want to go to Hong Kong St., can we use this ticket?'

Amoi kat kaunter tu hanya angguk-angguk, geleng-geleng je.

Saya hulur tiket dan dia check, lepas tu dia ANGGUK!

YES!! masing-masing gembira tak terkata!

'Jimat HKD28!' haha.

Perjalanan paling lama, dari stesen pertama di Tung Chung st. hingga stesen terakhir di Hong Kong st. Sampai st. Hong Kong dah gelap. Skali lagi kami clueless. Sebab route ni takde dalam itinerary yang kami buat. Kami main ikut logik je. Kalau dilihat pada MTR map, st. Hong Kong, berhubung dengan st. Central. Maknanya tak jauh la. Kami hanya jalan berdasarkan sign boad je. Memang ada direction ke st. Central, Exit A ke Central Pier. Tapi bila dah keluar, clueless lagi!

'Bawah ada stesen bas. Kita turun naik bas la.'

Tak sampai stesen bas lagi, baru sampai tepi jalan, tiba-tiba ada bas berhenti...

'Sir... is this bus....'
'Naik dulu.... naik' Melopong mulut masing-masing! haha.
'Mau ke mana?' tanya uncle driver bus tu.
'The Peak'
'Oh... basnya bukan di sini.' masa tu masing-masing gelabah!
'Tak ngapa... saya bawa kamu ke stesen basnya.' macam tau-tau je pakcik ni. hehe

'Dari mana?'
'Malaysia'
'Saya pikir kamu semua dari Indonesia tadi'
'Bukan'

Sembang punya sembang, rupa-rupanya pakcik tu orang Indonesia. Datang bekerja di sini dan kawin dengan orang Philipine. Dah lebih 25 tahun merantau. Pergh!! Kagum kejap!

Tak sampai 10 minit pakcik tu berhenti. Dia suruh turun nak amik bas no. 15. Dan hari tu kami naik bas free. Terima kasih pakcik! 

Bila tengok balik, lintas jalan je nak ke terminal bus ke The Peak tu. Cuma kami je yg salah lintas jalan. Kalau tadi turun tangga dari st. Hong Kong dan jalan terus ke depan sikit mesti jumpa terminal bus tu. 

Naik bas, direct ke The Peak. Bas berhenti di terminal yang bersambung dengan shopping complek. Skali lagi clueless. Hari ni asyik clueless je. huhu.

Kami jalan dan naik atas bumbung, baru nampak The Peak. Terus turun bawah dan masuk dalam. Akhirnya sampai jugak! Kami ke kaunter tiket.


Basic ticket berharga HKD33 (peak tram, return + sky tower) dan combo pula berharga HKD180 (peak tram, return + sky tower + Madame Tussaud's entrance).

Tapi, memandangkan kat bawah tadi orang beratur panjang nak naik tram, kami hanya beli tiket untuk dapatkan pass ke Sky Tower sahaja. Harga HKD30.

Malam ni cuaca agak sejuk dan berkabus. Jadi kami tak duduk lama kat atas. Keluar dan turun ke aras bawah untuk ke Madame Tussaud's. Tak masukpun. Saja amik feel je. Lepas tu sempat lagi beli souvenir kat Peak Market. Hargapun ok. Murah.

The Peak

History of The Peak Tram
Malam itu cuaca agak berkabus. Pemandangan tak berapa nak cantik
Peak Market : souvenir kat sini murah-murah.
Meet Bruce Lee!
Lepas tu bergerak turun ke terminal bas. Sampai terminal bas, terus ke stesen ferry, amik interisland ferry untuk ke seberang. Sampai di seberang...

'Kita naik bas jom!' Terus kami cari bas No. 6 untuk ke Mong Kok.

Part naik bas tu memang best. Sebab tak payah banyak jalan. Tambah pulak seronok tengok kota HK waktu malam yang bermandikan cahaya! Tapi bila part duk bertanya dengan driver bus dah sampai ke belum tu memang MASALAH BESAR! Kebanyakan daripada mereka tak faham english. Merasa kami terlajak jalan malam tu, sampai St. Sham Shui Po. Tu pun berapa kali duk tanya orang. Huhu... 

Dari st. Sham Shui Po amik MTR ke st. Mong Kok. Sampai Mong Kok singgah Ladies Market dulu dan singgah 7 eleven beli air. Balik bilik, mandi, solat dan makan.

Hari kedua di HK, tekak terasa perit, hidung mula berair. Ya Allah... memang dugaan ni. Jangan sakit dulu.... Jadi malam tu, saya terpaksa makan penadol dan tido awal. Bimbang sakit melarat dan saya tak mahu susahkan sesiapa kalau saya sakit nanti. 

PM : belajar makan penadol walhal sebenarnya tak pernah makan penadol w.lpun demam.