Followers

Monday, January 06, 2014

Land of Smiles Trip (3) : From Bangkok to Kanchanaburi

Pemandangan sekitar st. Hua Lamphong
Kami sampai di stesen Hua Lamphong lebih kurang pukul 3.05pm. Masing-masing kelaparan, dan kami cari kedai makan untuk mengisi perut. Sebenarnya di dalam stesen itu sendiri ada kedai makan halal. Jadi boleh saja nak makan kat situ.

* Di Lop Buri kami terserempak dengan seorang traveler dari Malaya - dia overland dari Malaya ke Siam dan singgah di beberapa tempat. Kalau tak silap ketika itu dah lebih 2 minggu dia travel. Kebetulan pula lokasi seterusnya yang hendak dituju ialah Kanchanaburi, jadi dia ikut kami sekali ke Kanchanaburi. Jadi secara tak langsung jemaah kami bertambah menjadi 9 orang.

* Banyak masa dihabiskan dalam kenderaan yang bergerak, jadi kami solat saja dalam kenderaan.



Kami cari kedai makan di luar stesen. Keluar dari stesen, lintas jalan dan jalan ke arah kiri. Di antara deretan kedai terdapat satu lorong dan jalan masuk ke dalamnya. Alhamdulillah, bolehlah buat mengalas perut kan?

Kedai makan halal berhampiran stesen keretapi : ada nasi campur dan boleh juga order makanan berasaskan sup.

Lepas makan kami balik semula ke stesen keretapi untuk ambil MRT ke Victory Monument st.

Route MRT/BTS : Hua Lamphong (MRT) - Si Lom : interchange to Sala Daeng (BTS Silom Line) - Silom : interchange to BTS Sukhumvit Line - Victory Monument (rujuk peta di bawah)

Source : Wikitravel

Stesen minivan terletak betul-betul di bawah stesen BTS Victory Monument.

Untuk ke sini, keluar dari stesen, ambil exit 3 - berjalan melintas jejantas - turun di dibawah - jalan belok ke kiri di dalamnya terdapat kaunter jualan tiket dan minivan. Kami berjaya mendapat tiket ke Kanchanaburi berharga THB120, bertolah pada pukul 5.20pm. Tempoh perjalanan lebih kurang 3 jam. Selain daripada minivan, untuk ke Kanchanaburi boleh juga menggunakan bus atau train. Boleh rujuk di SINI

Selepas beli tiket, terus kami dipanggil menaiki minivan sebab kami ber'9 sudah cukup untuk memenuhkan penumpang minivan yang sedia ada menunggu. Minivan bergerak pada waktu puncak di bandar Bangkok. Agak lama minivan kami bersesak di dalam trafific. Rasanya traffic jammed di Bangkok lebih teruk daripada KL kot. Tapi pemandu di sini berhemah. Tak ada bunyi hon. Hampir 40 minit bersesak dalam kesesakan barulah aman. 

Heavy jammed!

Lebih 3 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Kanchanaburi - dari cerah sampai ke gelap barulah sampai! Pemandu minivan menurunkan kami di stesen bus Kanchanaburi. Masa tu semua dah tutup - saya lupa tengok jam pukul berapa. Zilla call VN Guesthouse dan mereka datang ambil kami di sini.

Sampai di VN Guesthouse, masing-masing ambil kunci dan masuk bilik - bilik di atas rakit. Bilik yang sangat luas untuk 2 orang - basic room yang pasti tandas di dalam bilik dan ada water heater! Walaupun kami tidur bertiga tetap masing-masing boleh golek-golek lagi. 

Hari perjalanan yang panjang dan memenatkan! Suhu di sini semakin sejuk!

Bersambung lagi.

Saturday, January 04, 2014

Land of Smiles Trip (2) : Sunflower Farm at Lop Buri

Ada beberapa cara untuk Lop Buri.

1. Bus : Perjalanan dari stesen bus Morchit
2. Minivan : semua minivan beroperasi di stesen minivan di Victory Monument
3. Train : perjalanan bermula dari stesen Hua Lomphong ke Lop Buri

Rujuk SINI

Mode pengangkutan pilihan kami ialah TRAIN.

Masuk dalam stesen, kami terus ke kaunter. Masing-masing mamai lagi, sekali Zilla kata kita dah dapat tiket, 1'st train pukul 4.20am. Hoho! Pantas! Tak sempat nak sapu taik mata, dah nak kena naik train. 

Harga tiket sehala : TBH28 (Rm2.80).
Tempoh perjalanan : 3 jam 
Seat : free seating & free aircond

Masa kami tahu harga tiket hanya TBH28, semua macam tak percaya. Sangat murah bila dibandingkan dengan tempoh perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu. Padanlah dengan seatnya, tegak dan keras. Hahaha. Tapi tetap masing-masing tidur tak hengat dunia bila masuk dalam train. Sedar-sedar bila keadaan dalam train agak bising dengan budak-budak sekolah dan penumpang lain yang naik. Hairan agaknya diorg tengok kami semua, dengan beg besar dan muka selekeh nak ke manalah kami semua ni pagi-pagi buta ni kan? Err... tapi saya sempat singgah toilet dulu sebelum naik train tau! (sangat bersih toilet di sini dan ada di stesen ini juga ada sediakan surau).

Pastikan naik keretapi yang betul ye, tiket sehala berharga THB28 saja.

Train yang kami naiki akan berhenti di beberapa perhentian (maaflah saya tak kira berapa hentian) dan akhirnya lebih kurang pukul 7.05am, train berhenti di hentian akhir iaitu Lop Buri sebelum teruskan perjalanan. Oh ya, laluan keretapi ini juga boleh pergi ke Chiang Mai. Mana tahu kot ada sesiapa yang rancang nak ke Lop Buri dan kemudian langsung ke Chiang Mai boleh tanya/ beli tiket di kaunter tiket di stesen Lop Buri.

Kami angkut beg dan keluar dari keretapi. Kebetulan masa keretapi nak berhenti tadi saya ada ternampak ada tempat menyediakan khidmat menyimpan barang. Kira pucuk dicita ulam mendatang la kan? Kami terus ke situ dan simpan beg - THB10/ beg with unlimited time. 

Antara tempat-tempat yang menjadi tarikan di Lopburi, kebanyakannya wat/temple. Cuma yang tak ada di Malaya ialah Sunflower Farm > itulah tempat yang kami nak tuju!

Keluar dari stesen keretapi, terasa sangat sejuk! Sekarang musim sejuk di Thailand. Jadi kalau ke sini pada bulan ini jangan lupa bawak sweater ye, kalau tak terpaksalah tahan sejuk macam kami ni. 

Kami diserbu beberapa local yang menawarkan pakej untuk ke Sunflower Farm. Salah seorang daripada mereka tawarkan pakej dengan harga THB100/person. Tawaran itu ditolak dengan baik dan kami jalan lagi. Sebenarnya masing-masing tak tahupun mana nak cari public bus. Haha. Elok je masing-masing duk tercengang-cengang bas pun lalu. Kami tahan bas, tapi bus tu tak lalu ke tempat yang kami nak pergi. Mujurlah pemandu bas dan konduktor baik hati, walaupun tak pandai berbahasa Inggeris, mereka sudi berhentikan kami di stesen bus Lop Buri dengan tambang THB8/person. Kelakarnya ada yang dikenakan tambang THB8 dan ada jugak kena THB9. 

Tak lamapun dalam bus, kemudian bus berhentikan kami di tepi jalan. Konduktor bas memberi isyarat supaya kami menaiki jejantas untuk ke seberang sana. Lagi kelakar bila sampai di seberang, masing-maisng tak tahu hendak tuju ke arah mana. Elok saja Zilla tanya local dengan bahasa ibunda. Magicnya respond mereka macam faham je!! Tapi memang betul arah yang ditunjukkan, stesen bas hanya terletak di belakang bangunan di mana kami perlu melalui lorong dan kemudian membelok ke arah kanan.

Sampai di stesen bus, kami tanya di kaunter di mana bus menuju ke Sunflower Farm. Kata pemandu bas dalam 10 minit lagi bas akan bergerak dan kami dikenakan tambang sebanyak THB15/person. Pemandu bas memang sangat membantu, kami tunjukkan gambar sunflower farm dan dia katakan akan berhentikan kami nanti. Settle! Naik bas dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai di kawasan ladang bunga matahari.

Bas yang melalui sunflower farm : biasanya bas ada sepanjang hari, bergerak setiap 20 minit. Tapi ini bukan bas express ye, ia akan berhenti-henti ambil dan turunkan penumpang.

Simpang ke ladang bunga matahari. Kami diturunkan oleh pemandu bas di simpang ini, dan di dalam sana ialah ladang matahari!

Sampai saja dah nampak ladang bunga yang melata di depan mata. Excited! Kiri kanan bunga matahari. Di sini ladang bunga matahari terdapat di sepanjang 5km jalan. Jalan sajalah semampu yang kita mahukan! Dah penat kang kita patah balik. Ye dok?

Jauh ditinggalkan : mereka semua dah excited bila tengok ladang matahari depan mata!

Elok saja kami duk tengah terkinja-kinja kat sebuah ladang matahari, tiba-tiba kami ditegur seorang local, Tum. Dengan baik hati dia tumpangkan kami ke ladang bunga matahari yang paling besar. Beramai-ramai kami naik hilux sambil layan pemandangan di sekeliling yang penuh dengan bunga matahari dan angin dingin di Lop Buri. Kelihatan beberapa ladang yang kami lalui sudah dituai, ada juga ladang yang pokoknya masih kecil dan ladang yang kami singgah ialah yang paling luas dan bunganya besar-besar belaka! Ladang ini agak jauh ke dalam - kalau jalan kaki memang tak mampu sampai kot!

Tum turunkan kami di sebuah ladang bunga matahari. Agak komersil ladang tu. Siap ada gerai-gerai menjual hasil bunga matahari di depan ladang tersebut. Dan salah satu gerai tersebut ialah milik Tum. Mujur ada orang yang baik seperti Tum yang sudi tumpangkan kami sampai ke sini, kalau tak entah sampai entah tidak kami ke situ.

Jom layan bunga matahari di ladang ni - masing-masing dah 'mabuk' tengok bunga matahari depan mata!

Tu dia, beribu-ribu pokok bunga matahari di depan mata. Mulut masing-masing melopong melihat indahnya ciptaan Allah di depan mata.
Meliuk lintuk ditiup angin
Macam wallpaper, tapi percayalah ini adalah pokok yang hidup!
Dah tak tahu nak amik post belah mana, kiri kanan, belakang depan semua lawa!

Bunga matahari yang hampir matang, nampak biji-biji bunganya dan benih bunga matahari yang dijual dengan harga THB10 sahaja (seringgit oi)

Biji matahari yang boleh makan terus dan yang masih berkulit. Pilih nak beli yang mana satu. Minyak bunga mataharipun ada dijual di sini.

Lama juga kami habiskan masa di ladang tu. Ada juga bas pelancongan datang dan bawa pelancong singgah di sini - mostly local tourists. Masa sampai tadi tak terfikir macamana nak balik, sekarang masing-masing teragak-agak nak berjalan @ macamana nak balik. Jauh tu! Tapi Tum sekali lagi menawarkan diri untuk menghantar kami ke simpang jalan tadi. Alhamdulillah... urusan kami dipermudahkanNya. Terima kasih Tum!

Bila sampai di simpang jalan sekali lagi kami clueless. Nak tunggu bas di mana ye? Saya bagi cadangan, kita ke seberang jalan, sambil-sambil tu kita jalan slow-slow, kalau ada bas kita tahan. Kawan-kawan yang lain mengikut saja - sebenarnya boleh saja nak tunggu di simpang jalan. Tapi kan, tengok pemandangan di sekitar tempat tu buat saya teringin nak jalan dan tengok-tengok apa lagi yang ada di situ. Secara kasarnya boleh dikatakan semua kawasan tersebut dipenuhi dengan ladang bunga matahari. Saya duk terbayang, alangkan bestnya kalau kebun tebu depan rumah saya di kampung tu bertukar kepada kebun bunga matahari! Bahagia hidup kot dapat tengok bunga hari-hari!

Lawa pemandangan di kampung ni, pokok kelapa di sepanjang jalan, di antaranya pula ladang matahari (yang warna kuning tu semua pokok bunga matahari) dan belakang tu ada bukit bukau. 

Akhirnya selepas hampir 20 minit tercegak di tepi jalan adalah sebuah van berhenti. Van tersebut antara pengangkutan awam di sini, van yang diubahsuai menjadi mini van - free aircond, siap ada konduktor tu. Tambangnya dikenakan sebanyak THB15/person dan kami diturunkan berhampiran stesen keretapi Lop Buri. 

Sampai di stesen lebih kurang pukul 11.30am, kami ke kaunter untuk membeli tiket train ke Bangkok. Kata penjual tiket train seterusnya pada pukul 12.27pm dan tiket (THB50) hanya akan dijual pada pukul 12.00pm nanti. Jadi kami masih ada masa di sini. Ada yang ke tandas dan bilik air (boleh mandi), dan tak kurang ada juga melawat wat yang hanya terletak betul-betul di depan stesen keretapi.

Sekali lagi perjalanan selama 3 jam terpaksa ditempuh dan kami sampai di stesen Hua Lamphong lebih kurang pukul 3.05pm.

Ke mana destinasi kami seterusnya? 

Kita sambung di next entry.

Friday, January 03, 2014

Land of Smiles Trip (1) : A Journey to Bangkok City

* Bertabahlah ye, entry ni memang banyak ayat dari gambar!

Sebelum ni saya ada pasang niat kekononnya nak overland dari Tanah Malaya ke Siam lepas tu masuk Myanmar atau Vietnam dan patah balik naik flight. Tapi lepas dicongak-congak cuti yang akan digunakan sangat panjang, maka hasrat tu terkubur begitu saja. Maklumlah, kerja makan gaji... mana nak mampu cuti panjang-panjang kan? 

Sehinggalah saya dapat email dari Zilla ajak turut serta trip ini. Kebetulan dalam email tu, geng Jomblang ada sama. Apa lagi, lepas berbalas-balas email, kata hati saya "ON! redah saja! Yang lain kita fikir kemudian". Maklumlah, kata Zilla ada beberapa kawan-kawannya yang akan turut sama which is saya tak kenal langsung dan saya hanya kenal geng Jomblang saja. Tak apa, kita berkenalan bila sampai masa nanti. Dan saya heret sekali salah seorang kawan lama saya untuk ikut serta trip ini.

Pendapat saya, kadang-kadang seronok juga bila berjalan dengan kawan-kawan baru, yang penting kena ada persefahaman. Lagi ramai lagi bagus! Ada sesetengah orang hanya akan berjalan dengan orang/kumpulan tertentu sahaja dan mungkin juga selesa jalan berseorangan. Tapi rasanya itu bukan saya kot. Dahlah muka saya ni spesis 'ketat' jadi saya perlukan 'kawan-kawan' untuk bercakap dan ketawa sepanjang perjalanan nanti. Lagi seronok bila ada teman untuk bertukar pendapat dan berkongsi susah dan senang kan? Apa yang lebih penting diri kita sendiri & pandai sesuaikan diri ikut keadaan dan sentiasa terbuka untuk terima pendapat orang lain. Kalau jenis ikut kepala sendiri susahlah nak travel secara berjemaah ni. Huh! panjang pulak mukadimah..

Jumlah ahli jemaah 8 orang - gabungan antara Malaysia, Indonesia. Tapi beberapa minggu sebelum trip, Zilla maklumkan dia tak dapat cuti panjang dan terpaksa memendekkan tempoh trip. Jadinya selepas 4 hari, kami berpecah > seorang ke Cambodia, 3 balik Malaya, dan kami berempat teruskan perjalanan hingga ke satu tempat bersebelahan sempadan Myanmar sebelum berpatah balik ke Bangkok.

Tak banyak persiapan yang saya mampu buat. Selepas dapat rough itinerary dari Zilla, saya cuba sambung itinerary untuk hari seterusnya dan lepas itu Anne pulak mencantikkan iti dengan bantuan kawan-kawan yang lain. Saya memang tak mampu nak menyumbang banyak idea sebab masa tu tengah serabut untuk ambil exam dan kerja yang agak banyak. Tapi syukur sebab ada kawan-kawan yang membantu kan?

Hari kejadian : Rabu, masih bekerja seperti biasa. Tengahari balik rumah untuk ambil kawan saya dan hantar di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA sebab flight dia dan Anne pukul 6.++ pm. Lepas tu balik ke opis semula. Petang balik baru bersiap itu ini walaupun malam sebelumnya dah kemas beg. Bersiap ke Putrajaya Sentral untuk KLIA. Dah web check in awal-awal, jadi sampai di KLIA just drop luggage saja. Elok sampai nak tunggu ERL, ternampak kelibat yang dikenali. Rupanya Zillapun tunggu ERL yang sama. Kami berpisah di tengah jalan. Tujuan sama, cuma 'belon' saja berbeza. hehe.

Flight saya 9.20pm, tapi delay hampir 1 jam. Masuk dalam flight, on MP3 terus saya lelap mata. Penat! Terjaga bila stewardess tanya nak makan atau tak. Makan ala kadar je, untuk alas perut dan sambung tidur balik. 2 jam setengahpun sempat tidur kan? Sampai di Suvarnabhumi dah hampir jam 12.00 tengah malam. Urusan imigresen dan ambil luggage lancar dan saya terus mencari teman-teman yang sedia menunggu di luar. Kejap saja dah jumpa diaorang dan kami terus cari jalan untuk ke Hua Lomphong Railway Station. Sempat beli simkad Thai dengan harga THB150. 

Apa lagi pengangkutan yang kami ada bila jam sudah melewati pukul 12.00 am selain taxi kan? Perkhidmatan BTS tamat jam 11.30 pm. Lainlah kalau di Dong Mueng Airport ada bus beroperasi 24 jam dari airport ke Hua Lamphong. Kami ke aras bawah mencari kaunter taxi. Tambang taxi ke Hua Lomphong THB500 + tol + airport charge THB50, total THB625/ taxi. Nasib baik kongsi 3 orang. Jauh benor beza tambang bas dengan kawan-kawan dari Dong Mueng yang hanya dikenakan tambang sebanyak THB8! Untung la....

Perjalanan dar airport ke Hua Lomphong mengambil masa hampir 1 jam. Jalan clear, maklumlah dah lewat tengah malam. Sampai di st Hua Lomphong, pemandu taxi turunkan kami di tepi bangunan stesen. Lengang ketika itu, tapi di hadapan stesen ada sekumpulan polis sedang berkawal. Kami menjenguk ke dalam stesen, tapi semua pintu berkunci. Dah tak tahu nak pergi ke mana, kami melepak di depan polis-polis yang sedang bertugas tu. 

Kami ditegur oleh plis yang bertugas. Di sini walaupun bahasa menjadi masalah utama untuk berkomunikasi, tapi mereka ni memang peramah. Sebolehnya nak juga mereka tanya kami dari mana, tapi bila dijawab mereka tak faham pulak. Haha. Mujur ada seorang polis yang faham berbahasa Inggeris. Itupun sikit-sikit je. Kalau kami tanya lebih-lebih, contohnya apa tujuan mereka berkawal di sini? Bagaimana situasi Bangkok sekarang? Adakah demo sudah berakhir? - kebanyakannya tidak mampu dijawab olehnya. Tak apalah, janji kami selamat duduk sini sementara tunggu stesen buka. Kan?

Polis yang sedang berkawal di luar stesen Hua Lamphong

Mulanya kami ingatkan mereka akan berkawal di sini sampai cerah. Haha. Rupanya kejap saja. Kami disuruh masuk ke dalam stesen sebab tempat yang kami duduk tu agak sunyi. (walaupun sebenarnya ia adalah bahagian hadapan stesen keretapi). Buntu jugak dok fikir macamana nak masuk, tapi tiba-tiba muncul seorang makcik menunjuk arah ke bahagian sebelah stesen. Suka je masing-masing. Berjalan ke bahagian sebelah stesen, terkejut kejap sebab tengok penuh orang tidur di situ. Bergelimbangan! Tapi tengok masing-masing tidur memang lena siap berselimut! 

Kami cari tempat kosong untuk duduk dan meletak beg. Sambil-sambil itu mata saya leka memerhati mereka yang sedang tidur. Lenanya. Dalam kepala terfikir, orang kaya (yang hati tak senang) belum tentu boleh tidur selena mereka walaupun bertilamkan tilam sedepa. Dan dalam masa yang sama terfikir lagi, ramai lagi orang yang susah dari kita, tapi mampu tidur lena walaupun hidup mereka biasa-biasa sahaja. Tapi saya tahu mereka ini bukannya gelendangan yang tak mempunyai tempat tinggal. Rasanya mereka ini juga punya tujuan macam kami - berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. 

Boleh dikatakan semua tempat penuh dengan orang yang tidur di kaki lima stesen

Macam-macam peristiwa terjadi sepanjang kami 'berehat' di sini. Mula-mula makcik di hadapan kami bercakap tanpa henti! Siap dengan tangan sekali. Kalau ada orang yang tumpang duduk di sebelah, semua kena halau. Puas bercakap dia berjalan keliling kawasan dan lepas tu barulah dia duduk, tarik selimut dan tidur. Fuh! Aman sekejap. Dalam mata masing-masing mamai, tiba-tiba ada pulak tikus datang menyerang beg kami. Tikus sebesar anak kucing memang sangat agresif dan berani. Siap lalu depan kami tanpa takut! Tengah kami berura-ura hendak berpindah ke tempat lain, elok saja kawan-kawan yang lain selamat sampai dari Dong Mueng Airport. 

Sekarang ahli rombongan dah cukup! Kami pindah tempat, duduk di tangga. Penat dan mengantuk. Ingatkan dah aman, tapi elok pula seorang pakcik menegur kami. Mulanya kami jawab sapaannya dengan baik, tapi bila dia bercakap tanpa henti, masing-masing baru sedar mungkin pakcik tu ada masalah. Terus kami buat-buat tidur dan biarkan pakcik tu bercakap sorang-sorang. Haha. 

Pukul 4.00am, kedengaran pengawal stesen meniup wisel dan mengejutkan semua orang-orang yang sedang tidur. Orang berpusu-pusu bangun dan masuk ke dalam stesen. Itu menandakan stesen sudah dibuka dan beroperasi seperti biasa.

Stesen Hua Lamphong dan landasan keretapi yang besar

Kami masuk ke dalam mencari kaunter tiket untuk ke destinasi seterusnya - Lop Buri dan keretapi akan bertolak pada pukul 4.20 am.

Apa yang kami cari di Lop Buri, kena tunggu next entry ye ^_^

Thursday, January 02, 2014

Artsphere 20/80ty : Art Mural in Seri Kembangan

Selamat tahun baru semua!

Semalam, pada hari pertama tahun baru, lepas jumpa kawan-kawan di Tasik Perdana (kami buat potluck makan-makan sambil bercerita itu dan ini dan bergelak tawa). Lepas itu, kami langsung ke sini. Hanya di Seri Kembangan! Tak sangka dekat area rumah saya ada art mural! 

Lokasinya di Atmosphere - bangunan baru betul-betul di belakang giant Seri Kembangan.

Di sini terdapat lebih kurang 80 mural yang cantik-cantik belaka. Barulah katakan.

Disebabkan tempat ini masih baru, kedaipun banyak yang belum buka lagi, jadinya tak ramai orang yang berkunjung ke sini. Penganjur siap sediakan pamplate peta di mana terletaknya 80 mural-mural ini. Ada yang 3D dan ada juga yang 2D. Jadi kena jalan-jalan keliling bangunan dan naik ke tingkat 2 untuk tengok semua mural yang ada di sini.

Disebabkan kami datang agak lewat, masapun suntuk jadi tak banyak mural yang sempat kami tengok. Tak apa, nanti kita pergi lagi. Hari-hari lalu kan? hiks

Apapun layan ajelah gambar yang tak seberapa.

Promosi 
Salah satu mural di sini
Yang kedua
 model-model saya. Masing-masing excited mengalahkan kanak-kanak. :D

 Lagi mural yang ada di sini

Ada pertandingan uols. Boleh cuba. Mana tau dapatkan? 

p/s : lepas ni tak payah bersusah-susah nak ke Penang untuk ambil gambar mural, kat SK pun ada. ^_^

Wednesday, January 01, 2014

Hi hi 2014, bye bye 2013

Pic credit to Cik Dara

2013 baru saja berlabuh, 2014 pula yang muncul. 2013 yang penuh dengan kenangan. Banyak yang manis. Cubaan untuk keluar dari 'zon selesa' dengan mencabar keupayaan diri sendiri boleh katakan hampir 95% berjaya. Moga ada jalan yang 'lapang' menanti di tahun 2014 nanti. Apapun kita berusaha, selebihnya biarlah diletakkan semua urusan pada Dia yang menentukannya. 

2013, berpeluang juga ke beberapa tempat. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk kenal tempat orang. Yang pasti balik kampung halaman macam dah jadi acara wajib tiap-tiap bulan. Haha. 2014? Mungkin tak mampu untuk ke mana-mana. Meleleh liur tengok AA, MAS, Malindo etc bergilir-gilir buat promosi jualan tiket. Silap haribulan kalau iman tak kuat mahunya terbeli. Itupun 'terbeli' juga satu tiket. Tapi untuk ke sana masih 50 - 50. Ada rezeki sampailah. Kalau tak kira rezeki Pak Tony la tu. 

Apapun moga tahun 2014 akan menjanjikan 'sesuatu' yang lebih baik untuk kita semua. Moga hasrat hati untuk 'jihad' menuntut ilmu dimudahkan oleh-Nya. Moga diberi kesihatan dan diberi lebihan rezeki untuk terus berkelana di bumi yang indah ini. Apapun saya doakan semoga semuanya dipermudahkan...

note : Gambar di Sunflower Farm @ Lop Buri, Thailand. Last trip untuk 2013. Trip penutup dengan kawan-kawan lama dan baru.