Followers

Monday, November 18, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (3) - 4 islands tour

Berpagi-pagian di bandar Krabi. 

Malam tadi kami sampai di Krabi hampir pukul 10.00pm dan selamat sampai di guesthouse sekitar bandar Krabi lebih kurang pukul 11.00pm. Hari yang panjang dengan perjalanan yang jauh dan memenatkan. Seharian suntuk kami tak mandi dengan rasa tak bersalah pun!!! 

Malam tadi sampai di guesthouse kami disambut oleh pemilik GH, Rin. Saya terus tanya pakej island tour untuk esok. Mulanya Rin bagitau kebanyakan island day tour sudah penuh sebab kami datang pada peak season dan ketika ini Krabi terutamanya di pantai Aonang memang penuh dengan pelancong. Tapi bila saya bagitau, beberapa hari sebelum ke sini saya dah email maklumkan kami lambat sampai dan kami nak booked pakej island tour awal dan lusa kami dah nak balik, Rin kata dia akan cuba dapatkan island day tour untuk kami.

Dia tunjuk pamplet, harga pakej yang paling murah yang ditawarkan ialah TB400/ person untuk 4 islands day tour by longtail boat. Ok ni, memang dalam budget kami. Tapi, bila dia call untuk tanya pakej, dah penuh! Kecewa di situ...

Bersungguh-sungguh dia telefon sana-sini nak cari mana lagi pakej day tour yang masih available.

Akhirnya Rin berjaya dapat pakej untuk kami - TB800/person naik speedboat. Tak apalah. Datang high season memang inilah risiko yang kami kena hadapi. Tak fikir panjang, buat bayaran dan dapatkan tiket, esok pagi pukul 8.00am kami akan diambil bawak ke pantai Aonang untuk island tour tu.

Untuk panduan ada beberapa pakej tour island yang ditawarkan di Aonang seperti :
  1. Phi Phi Island : TB1,200 - 1,800/ person by speed boat
  2. 4 Islands : TB800 - 1,200/ person by speed boat @ TB400 - 600/ person by longtail boat
  3. Hong Island : TB1,000 - 1,500/ person by speed boat @ TB700 - 1,000/ person by longtail boat
  4. Hong Island - kayaking & snorkeling : harga pakej sama macam no. 3
* Island tour ini untuk trip sehari dari pukul 8.00am - 3.00pm termasuk lunch dan guide.
* Bagi yang nak snorkeling, google dan life jacket juga disediakan.

Kami turun ke bawah seawal pukul 7.00am. Sementara masih awal, masing-masing sepakat nak cari makan dulu. Tapi tak nampak rupa ada kedai halal di sekitar guesthouse kami. Mujur pekerja guesthouse baik hati, dia cadangkan kami ke pasar Maharaj yang hanya terletak di belakang guesthouse.

Pasar Maharaj ialah pasar utama di bandar Krabi. Tak jauh beza macam pasar borong di Malaya. Tapi kalau nak banding pasar borong yang dekat rumah saya ni, pasar Maharaj lagi bersih dan teratur. Masuk dalam, di bahagian belakang pasar memang ada gerai-gerai makan. Gerai makanan halal dan non-halal memang diasingkan. Dan ini memudahkan kami untuk cari makanan yang halal dan sedap!

 
Maharaj market & sekitar gerai menjual makanan di dalam pasar

Pilihan kami : roti telur dan roti canai, pekena pulak dengan kopi ais dan teh ais. Memang sedap!
Majoriti harga roti canai/ roti telur dan teh/kopi ais bermula dari TB20 (RM2.00)


Perut dah kenyang, kami balik ke guesthouse. Elok sampai je, lori yang mengangkut kami dah sampai. Apa lagi terus naik lori. Kami orang pertama yang diambil, jadi boleh pilih seat secara berleluasa. 

Selepas tu, lori teruskan perjalanan ke pantai Aonang dan singgah di beberapa hotel/ hostel untuk ambil beberapa orang lagi hingga lori yang kami naiki penuh dan sampai di pantai Aonang lebih kurang 30 minit selepas itu.

Lebih kurang jam 8.45am lori sampai di pantai Aonang. Penuh orang di tep pantai menungu giliran untuk ke pulau. Kami disuruh berkumpul dulu dan nama akan dipanggil mengikut tempat penginapan masing-masing. Sementara tunggu, sempat jugak cuci mata dkat tepi pantai dan di kedai-kedai berhampiran pantai.

Pantai Aonang

Hampir pukul 9.15am, barulah pakej untuk 4 islands di panggil. Agak ramai pelancong hari tu, bot penuh lebih 20 orang tak silap. 4 pulau yang akan kami terjah nanti tak jauh manapun dari pantai Aonang. Bot bergerak lebih kurang 15 minit dah sampai.

Phranang Beach

Pulau pertama. Ada gua di sini - Phranang Cave. Pantainya landai dan bersih. Yang pasti airnya sangat jernih. Tapi sayang, disebabkan terlalu ramai pengungjung keadaan agak sesak. Kami diberi masa lebih kurang 45 minit untuk beraktiviti di sini. Nak mandi ke, nak gi tengok gua ke dan ada private chalet di sini.

Kami ni takde excited mana nak mandi. Duk sibuk amik gambar saja. Sekejap melompat dalam air, sekejap melompat kat darat, macam-macam aksi - mengalahkan budak-budak jumpa air. haha.

Speed boat yang kami naik rupanya macam ni la
Ini pulak longtail boat. Yang pasti penuh bot diparking di tepi pantai menunjukkan betapa ramainya pelancong yang datang ke pantai ini.

Air di pantai sanga jernih.


Lepas 45 minit guide panggil semua penumpang naik. Kita gerak ke pulau lain pulak. Sekali guide bawak kami ke belakang sebuah pulau. Dah lupa apa nama pulau ni. Kata guide tempat ni tak termasuk dalam pakej yang kami ambil, tapi saja dia nak bawak kami ke sini. 

Tempat ni memang agak tersembunyi dan tak ramai orang. Masa bot kami singgah di situ hanya ada sebuah bot saja. Masing-masing terus excited. Ambil life jacket dan google nak mandi-manda. Air di sini memang jernih dan sejuk. Ikan memang banyak. Tapi coral tak ada. Banyak yang dah mati. Sayang betul tempat yang cantik sebegini batu karang dah banyak yang mati. 

Best betul mandi sebab tak ramai orang
Ce' tengok air, memang jernih. Nampak semua batu dan coral yang mati di dasar
Kalau takut panas, boleh tiru macam kami, mandi bawah batu. hiks
Aktiviti rock climbing. Saya terpikir boleh pulak diorang semua dalam keadaan separuh vogel manjat batu-batu yang tajam-tajam tu. Kalau terkena, terus luka. haishh..

Chicken Island

Lebih kurang sejam mandi-mandi di belakang pulau, guide panggil kami untuk ke pulau lain pulak. Kali ni kami tak singgah di pulau sebaliknya bot berhenti di tengah perairan berhampiran Chicken island. 

Chicken island - kata guide, local named this island as chicken island because the head look similar like chicken head, but i think it's more like turkey head.
Pemandangan di sini memang boleh buat hati yang kacau tenang sekejap..

Guide ajak kami semua terjun sebab kat sini banyak ikan. Mulanya saya tak excited pun nak terjun. Tapi bila tengok guide terjun sambil gigit roti dan tengok ikan-ikan berduyun-duyun datang makan roti yang digigitnya, saya jadi excited. Apa lagi terjun la sekali!

Ingatkan boleh tengok coral, tapi sayang memang tak ada coral di sini. Mostly banyak yang dah mati...

Gigih tarik cik bunga berenang. 
Guide kami dengan roti dan ikan-ikannya

Poda & Tup Island

Ini destinasi terakhir dan paling lama kami diberi masa melepak di sini. Hampir 2 jam setengah. Sampai di sini, lunch pack diberi kepada setiap orang. Kita isi perut dulu lepas tu baru boleh terjun dalam air.

Agak ramai orang dan sesak di sini, tapi ada je port kalau nak mandi-manda.

Lepas makan, semua excited nak mandi. Kita bagi can pada kawan-kawan yang nak mandi. Saya dah tak minat nak berendam lagi. Jadi kita isi masa dengan jalan-jalan keliling pulau. 

Bot kami berlabuh di Pulau Tup dan bersebelahan pulau ini ialah Pulau Poda. Jarak antara kedua-dua pulau sangat dekat. Kata guide waktu yang sesuai untuk singgah di pulau ini ialah tengahari sebab air sudah makin surut. Jadi kita boleh berjalan kaki saja antara Tup dan Poda.

Jom layan gambar.

Pulau Tup - disebabkan panas, ramai orang panjat ke atas pulau ini untuk cari tempat yang lebih teduh. Pandangan dari ataspun tak kurang cantik!
Penuh umat manusia yang datang ke sini
Pulau Poda - air sudah surut, jadi boleh berjalan saja kalau nak ke pulau Poda dari pulau Tup
Air yang sangat jernih. Tapi ada batu dan ikan saja. Coral tak ada.
Tak tau pulau apa - berhampiran pulau Tup dan Poda

Antara bot-bot yang singgah di pulau Tup

Lebih kurang pukul 3.00pm, masa untuk beranngkat balik. Perjalanan balik mengambil masa hampir 20 minit. Kalau pagi tadi kami berangkat dari pantai Aonang, balik bot membawa kami di sebelah pantai Aonang. Lupa dah nama jeti tu - jeti bot untuk sesiapa yang nak ke Phuket.

Sampai di jeti, lori dah ada menunggu dan kami bergerak balik ke bandar Krabi.

Elok sampai guesthouse langitpun gelap. Ada tanda-tanda hujan nak turun. Kami mandi dan bersiap turun di lobi dan hujanpun turun dengan lebatnya. Fuh... nasib baik pagi tadi cuaca sangat baik!

Jadi melepaklah kami di lobi guesthouse sementara menunggu hujan turun...


Monday, November 11, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (2) - Hatyai town & Klonghae Floating Market

Masa tiket yang kami request mulanya pada pukul
5.30pm, sekali sewenang-wenangnya diberi van
pukul 4.30. Terus kami protes mintak tukar balik
ke waktu asal.
Bas Alison yang kami naiki jam 11.30pm malam tadi selamat sampai di bandar Hatyai lebih kurang jam 8.30am. Bas berhenti betul-betul di hadapan pejabat jualan tiket, lokasi tak pasti tapi yang pasti bukan di sekitar Lee Gardens Plaza.

Turun dari bas seperti biasa kami diserbu oleh 'ulat tiket' yang menawarkan perkhidmatan van untuk ke Krabi atau Phuket. Mulanya kami tolak, dan untuk elak diserbu kami mintak tuk-tuk membawa kami ke tempat menjual tiket atau lebih mudah terus ke sekitar Lee Gardens Plaza.

Sekali bila tuk-tuk berhentikan kami di salah sebuah travel agensi dan yang paling mengejutkan 'ulat tiket' yang kami jumpa di pejabat bas Alison pun ada sama. Ciss! Dah terkena ni!

Bila dah berada di situasi begini memang susah nak lepaskan diri. Mula-mula tiket yang ditawarkan kepada kami ialah 600 bath/person/one way! Gilalah 'ulat tiket' ni amik untung atas angin lebih 50%! 

Orang ni nak kencing kita! 

No, saya Islam, tak tipu punya - cakap BM campur BI. 

Lelaki tu cakap dia orang Islam, tapi rantai emas melingkar di leher! Kuku pulak panjang sejengkal. Adeh... camne tu? Bukan ke lelaki haram pakai emas? Adeh... Was-was kami dibuatnya.

Sudahlah dua-dua bahasa yang kami cakap dia boleh faham.

Nak kelirukan lelaki tu, saya guna 'F language' untuk bercakap dengan kawan-kawan yang lain. Kalau lelaki ni boleh faham jugak mesti dia pernah tengok cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura tu! Haha.

Dipendekkan cerita, sebab tak nak buang masa lama-lama, kami minta harga serendah mungkin! Tawar punya tawar akhirnya dapat 600 bath/person/return. Kalau dicongak-congak mungkin ada lagi yang lebih murah, mungkin boleh dapat 250 bath/person/one way. Tapi tak apalah... janji dapat waktu pergi dan balik yang kami mahukan. 

Tips : Sesiapa yang cari van/ bas ke Krabi atau Phuket better cari tour agent di sekitar kawasan Lee Gardens Plaza. Banyak pilihan dan hargapun boleh nego. Biasanya rate untuk van bermula dari 250 - 300 bath/person/one way. Kalau nak lagi murah boleh naik bas. 

Selesai semua urusan, kami tinggalkan beg di pejabat Lipe Tour. Perut sudah berkeroncong minta diisi. Lalu saja di sepanjang jalan, pasti ada kedai-kedai makan muslim. Kami singgah di kedai Mariam. Makanannya boleh tahan. Roti canai dan roti pisang sedap! Yang pasti kopi ais dan teh ais sangat kow!!




Lee Gardens Plaza

Mengikut plan asal sampai di Hatyai kami nak terus gerak ke Krabi. Tapi disebabkan kami akan balik semula ke Hatyai pada hari Isnin, jadi kami akan terlepas peluang untuk ke Klonghae Floating Market yang hanya dibuka 3 kali seminggu (Jumaat - Ahad) bermula jam 2.00pm - 10.00pm. 

Sementara masih awal, kami buang masa di sekitar Lee Gardens Plaza dulu. Agak meriah suasana di sini. Di sepanjang jalan banyak deretan gerai yang menjual macam-macam - ada souvenir, buah-buahan, air, aiskrim dan tak kurang jugak gerai t-shirt. 

Sekitar Lee Gardens Plaza
Maka bemulalah acara kami 'membunuh masa' sebab macam tak banyak tempat nak tuju. Dari satu gerak ke satu gerai kami singgah, tapi tak beli apa pun. Lepas masuk Lee Gardens Plaza kami masuk ke bangunan shopping complex (lupa nama pulak) di hadapan Lee Gardens Plaza. 

Last skali dapat idea nak bermassage. Pagi-pagi sampai Hatyai terus massage? Hahaha. Murah massage kat sini 200 bath (RM20) utk urut kaki atau badan. Kami massage di Navarat Massage Hatyai. Lokasinya hanya di sebelah bangunan Lee Gardens Plaza. Verdic? Best, tapi sakit ooo. Kaki masing-masing dilipat-lipat macam lipat kain. 

Pink Lady Complex : terletak bersebelahan Lee Gardens Plaza jual baju, tapi tak banyak sangat pilihan.
Gerai jual t-shirt : betul-betul di hadapan kedai urut kaki yang kami singgah. Lepas urut kaki, kami singgah beli t-shirt. Harga t-shit di sini bermula 100 bath - 180 bath bergantung pada saiz. Kain lembut dan sejuk!

Berangan nak tengok THOR... sekali tengok 7 Nov baru mula tayang. Err... agak-agak kan kalau tengok filem mat salleh kat cinema Hatyai, diaorang alih bahasa ke bahasa Thailand ke eh?

Jalan, jalan dan jalan, tiba-tiba datang idea! - Itupun selepas ditegur pakcik tuk-tuk berwajah manis (benarlah kata orang, orang yang murah senyum ni rezekinya murah). Sebabnya pakcik berwajah manis yang menegur kami itu murah betul senyumnya. Ini menyebabkan saya dan kawan berpatah balik untuk bertanya tambang yang dikenakan kalau kami hendak ke tempat-tempat menarik sekitar Hatyai. (Plan asal nak pergi hari Selasa). Bincang punya bincang, dapat tambang tuk-tuk 1300 bath (lebih kurang RM130 dikongsi 6 orang) untuk pergi/balik ke tempat-tempat di bawah termasuk Cable Car dan Akuaria. Tapi kami decide tak nak singgah di Cable Car dan Akuaria sebab nak berlama di Floating Market.


Chang Puak Camp - Elephant's conservation

Tempat pertama yang kami singgah. Katanya elephant's conservation camp, tapi rasanya tempat ini lebih kepada tempat tengok gajah saja. Masuk percuma. Tapi kalau nak naik gajah atau bergambar dengan gajah dikenakan bayaran. 

Kami tak naikpun. Tengok-tengok saja. Bau gajah pun boleh tahan 'wangi'. Dah la kami semua hari ni tak mandi lagi, bertambah 'wangi'lah bau masing-masing nanti. Hahaha.


Anak gajah untuk sesiapa yang nak bergambar dengan gajah. Manakala mak/bapak gajah pula digunakan untuk membawa pelancong yang nak rasa pengalaman naik gajah. Tak sampai hati tengok 'mereka' lama-lama, dahlah beban berat dibelakang, leher dan ekor pulak dirantai. Keciannya...


Samila Beach

Sekali pandang Pantai Samila ni tak jauh beza dengan Pantai Teluk Ketapang. Cuma yang menjadikan pantai ini satu tarikan ialah replika duyung yang terdapat di tepi pantai. 

Apa sejarah/ lagenda disebaliknya saya sendiri pun tak pasti.

Pantai ini terletak di daerah  Songkhla lebih kurang 30km dari bandar Hatyai. Di sini jugak terkenal dengan makanan laut. Sepanjang jalan memang banyak gerai menjual makanan laut samada yang siap masak atau yang mentah. Semuanya nampak segar. Tapi kami tak singgahpun. Tengok dari jauh saja.

Sejarah Songkhla 
Glamour sungguh duyung ni. Sampai lusuh asyik kena pegang je dengan orang. Ce' tengok berapa ramai orang duk beratur semata-mata nak bergambar dengan duyung yang seksi tu.
Pantai Samila selepas hujan
Langit hari ini sangat cerah... tapi redup sebab baru lepas hujan.

Masuk pintu gerbang di sepanjang jalan dah ada
gerai-gerai. Kebanyakannya gerai menjual pakaian dan
barangan kering.
Klonghae Floating Market

Kami sampai sini lebih kurang pukul 2.00pm. Gerai-gerai baru saja nak beroperasi. Mula-mula sampai kami cari toilet dan surau dulu. Lepas tu pusing-pusing di sekitar gerai-gerai di bahagian atas di sini. Aim dulu apa yang berkenan. Balik karang kita singgah beli.

Dari apa yang saya baca, kawasan sekitar floating market terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada gerai-gerai di kiri dan kanan sungai. 

Bahagian atas, ada jual barang kering, baju dan barang-barang lain. Di bahagian hadapan pula gerai-gerai makanan. Tempat duduk juga disediakan.

Tapi yang menjadi tarikan di sini sudah tentulah gerai bersampan. Macam-macam makanan ada. Boleh dikataka hampir 60% pengunjung hari itu orang Malaya. Makanan di sini dijual dengan harga berpatutan - rate 20 bath - 35 bath mengikut portion yang dibeli. Semuanya sedap! Masing-masing makan tak ingat dunia. Dah makan, tapau lagi bawak balik untuk bekalan dalam perjalanan ke Krabi. hiks.

Lintas jambatan berkayu dan nampak dari kejauhan gerai-gerai terapung nun dihujung sana.

Jom tengok apa makanan yang menarik di sini..

Ikan bakar dan manisan kacang hijau yang comel dan sedap

air dan makan apa ntah - rasa macam kerepek tapi 

Mee hon sup makcik ni memang terbaik! Sotong bakar kakak inipun sedap!

Cha teh (teh ais) dan air kelapa yang sangat sedap! Sebekal harga 20 bath. Kalau beli yang bekas lawa tu harga 25 bath. Sengaja tak beli bekas lawa-lawa tu sebab malas nak angkut ke sana sini. Maklumlah bawak beg sandang kecik je.
Gerai-gerak di kawasan atas. Ada jugak jual makanan macam jual kat pasar terapung.
Jangok sungguh makcik yang jual sushi ni. Pakai kebaya ala thai siap dengan make up. Lawa macam sushi yang dia jual jugak. hehe

Rasa sushinya sesedap rupanya. Harga 0.50 sen sebiji. Beli lebih 10 biji dapat free 2 biji.

Babai.. panjang umur nak ke sini lagi. Makin petang, gerai bersampan makin banyak, sayangnya kami mengejar masa untuk ke Krabi pulak. Jadi dengan berat hati terpaksa tinggalkan pasar bersampan ni walaupun sebenarnya perut dah kenyang gila!
Sejenis manisan. Keras macam kerepek. Tapi lembut sangat, silap pegang hancur. Tak tahu nama apa.  Katanya sedap, tapi tak kena dengan tekak kami. Ini kiriman seorang kawan, gigihlah dia membawa ke hulur ke hilir.

Sampai bandar Hatyai hampir jam 5.00pm. Tunggu lebih kurang 20 minit van kami sampai. Masa untuk bertolak ke Krabi - hampir 5 jam perjalanan yang panjang!!

Lebih kurang pukul 11.00pm barulah kami selamat sampai ke hotel. Kami tak ke sekitar Aonang, tapi pilih untuk menginap di bandar Krabi.