Followers

Thursday, February 20, 2014

Land of Smiles Trip (13) : Maeklong Railway Market part 1

Pemandangan biasa di waktu pagi
Hari baru di Bangkok. 

Bangun seawal pagi sebab hari ini kami akan lalui perjalanan yang panjang iaitu misi untuk melihat pasar yang dibina di atas landasan keretapi. Tempat ini sebenarnya terletak jauh dari bandar Bangkok iaitu lebih kurang 80km untuk sampai ke sini.

Selepas bersiap, kai sarapan dulu di hostel dan lepas itu barulah berjalan menuju ke stesen BTS.

Sebelum itu, awal-awal pagi tadi saya sudah ke kaunter hostel bertanya kepada staff cara untuk ke sini. Walaupun sebenarnya sudah ada panduan, tapi perasaan tak pasti tetap ada. Jadi tak salah kalau kita bertanya lagi kan?





Ada beberapa cara untuk ke Maeklong Railway Market iaitu :

  • Sewa taxi - kos lebih kurang THB500 - 600 / taxi
  • Menaiki van yang menyediakan trip sehari untuk ke sini - kos tak jauh beza dengan taxi, mungkin murah sedikit dari menggunakan khidmat taxi. Cuma perlu ke Victory Monument untuk dapatkan perkhidmatan van kerana semua perkhidmatan van berpusat di situ.
  • Ikut cara kami dengan menggunakan pengangkutan awam. Ringkasan seperti di bawah. Tapi cara yang kami gunakan ni memang sangat menduga kesabaran sebab kami kena berperang dengan MASA!

Saya ringkaskan perjalanan kami seperti di bawah :

  1. BTS St. Surasak - St. Wongwian Yai atau menyeberangi ferry dari Sathom Pier ke seberang sungai (tambang THB3.5) dan kemudian ambil tuk-tuk (tambang THB100) untuk ke stesen keretapi Wongwian Yai
  2. Jalan kaki ke stesen keretapi Wongwian Yai 
  3. Beli tiket dari st Wongwian Yai ke Maha Chai (tambang THB10). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 60 minit.
  4. Sampai di St. Maha Chai - keluar dari kawasan stesen dan berjalan melalui pasar menuju ke jeti ferry untuk naik ferry lagi (tambang THB3.5)
  5. Sekejap saja seberang ferry, sampai di sana sekali lagi berjalan keluar dari kawasan jeti dan apabila sampai di simpang keluar tu, terus belok ke kanan. Di tepi jalan ada signboard "Banlaem Railaway Station". Jalan saja ikut arah signboard. Jalan kaki selama 15-20 minit melalui gerai-gerai menjual hasil laut, kawasan sekolah dan perumahan penduduk tempatan. Jalan hingga ke hujung jalan dan masuk simpang untuk ke stesen Banlaem. Stesennya sangat simple dan usang. 
  6. Beli tiket keretapi dari Banlaem ke Maeklong (tambang THB10). Perjalanan hampir 1 jam. Tapi kena ingat perjalanan ke Maeklong hanya ada 2 kali saja sehari. Jadi jangan sampai terlepas train macam kami. 

Let's pictures tell the stories!

* Apalah nasib kami, hari itu stesen BTS ditutup! Kami mati kutu untuk mencari solusi ke stesen keretapi Wangwian Yai. Sudahnya kami ambil keputusan untuk berjalan balik ke hostel dan bertanya jalan lain untuk ke situ. 

* Kami gunakan cara kedua daripada (no. 1) iaitu berjalan menuju ke Sathom Pier dan menyeberangi sungai menaiki feri dan kemudian mengambil tuk-tuk untuk ke stesen Wangwian Yai.

1. Jalan kaki ke Sathom Pier
Lokasi Surasak yang berhampiran dengan sungai utama yang menyediakan pengangkutan feri utama di bandar Bangkok membolehkan berjalan kaki saja untuk ke pelabuhan. Masa perjalanan lebih kurang 15-20 minit.
Sathom Pier - pelabuhan feri. Terdapat beberapa kemudahan feri disediakan untuk ke destinasi tertentu.
Antara feri yang terdapat di sini
Selepas seberang sungai untuk ke st Wongwian Yai kami terpaksa ambil tuk-tuk sebab tak tahu arah dan cara untuk ke stesen keretapi. Jangan tersalah stesen ya, sebab ada 2 stesen bernama Wongwian Yai iaitu stesen keretapi dan stesen BTS. Stesen yang kami hendak tuju ialah stesen keretapi.

2. Jalan kaki ke stesen keretapi Wongwian Yai - ke Maha Chai 
Pemandu tuk-tuk menurunkan kami di sekitar bulatan jalan yang ada statue ini. Tersesat barat jugak kami sebab pemandu tuk-tuk tersalah bagi direction. Dari statue itu kami berjalan ke kanan, tapi rupa-rupanya arah untuk ke stesen Wongwian Yai ialah di sebelah kiri. 
Berjalan dari arah statue melintasi kedai-kedai hinggalah terjumpa jejantas. Lintas jejantas dan di bawah itulah lorong untuk ke stesen keretapi Wongwian Yai. 

3. Wongwian Yai - Maha Chai
Stesen Wongwian Yai dan jadual keretapi bertolak dari Wongwian Yai ke Maha Cai. Kami berjaya beli tiket keretapi bergerak pukul 10.40pm. 

Keretapi menuju untuk ke Maha Cai. Stesen Wongwian Yai adalah stesen terakhir. Jadi bila keretapi dari Maha Cai sampai, keretapi yang sama itulah juga yang akan bergerak menuju ke Maha Cai semula.
Seat dalam keretapi - selesa dan sesuailah dengan tambang yang dikenakan yang hanya berharga RM1 sehala. Walaupun sederhana, tapi keadaan di dalam keretapi sangat bersih. Sepanjang perjalanan saya lihat beberapa kali juga konduktor keretapi membersihkan tong sampah di sekitar keretapi.

4. St. Maha Chai - ke jeti ferry 
Selepas satu jam perjalanan kami sampai di stesen Maha Cai. Keluar dari situ di sepanjang jalan terdapat pasar dan kami berjalan menuju ke kanan hingga ke hujung jalan untuk ke jeti feri.
Rupa jeti feri untuk ke seberang sana. 
Map yang terdapat di stesen Maha Cai - dah balik baru perasan ada map rupanya. huhu

5. Jeti ke Banlaem Railway Station
Keluar dari jeti, jalan terus hingga sampai di simpang jalan. Di sebelah kanan, dari jauh dah nampak signboard untuk ke Banlaem Railway Station. Jalan saja sepanjang jalan hingga ke hujung jalan dan akan jumpa stesen keretapi di hujung jalan.

6. Banlaem ke Maeklong
Inilah rupa keretapi Banlaem. Sempoi gila!
Jadual terkini perjalanan keretapi Banlaem - Maeklong dan Maeklong-Banlaem. Jadual ini diambil pada Disember 2013. Tak pastilah berapa lama jadual ini bertahan. huhu

MALANG bagi kami sebab kami sampai pada pukul 12.15pm dan keretapi baru saja bertolak. Kalau kami tunggu dan ambil keretapi pukul 4.40pm, jawabnya tak adalah keretapi untuk kami berpatah balik ke Bangkok. huwaa!!


Tuesday, February 18, 2014

Land of Smiles Trip (12) : From country side to a big city

Pagi ini, kalau mengikut agendanya kami akan bertolak ke Bangkok. Tapi disebabkan keadaan di Bangkok yang tak pasti menyebabkan kamipun tak pasti samada untuk teruskan perjalanan ke Bangkok ataupun bagaimana? Walau apapun saya bangun seperti biasa, mandi dan kemas beg dengan gaya santai. Masih berkira-kira sambil berbincang solusi terbaik. Anne check email yang dihantar kepada kedutaan Malaysia, tapi memang tak ada apa-apa balasan dari mereka. Solusi terakhir, saya cuba telefon kedutaan. Bercakap itu dan ini, kami dinasihatkan untuk tidak ke Bangkok dalam masa terdekat. Katanya keadaan di Bangkok masih tegang! Huih! Ini sudah melengcong dari perancangan asal kami!

Masih tak puas hati dengan kata-kata staff dari kedutaan, saya telefon pula hostel yang sudah saya booking di Bangkok. Tapi sebaliknya pulak berita yang kami dapat. Kata staff hostel keadaan di Bangkok baik-baik saja. Keadaan sudah kembali aman. Sebelum ini, hujung minggu memang di Bangkok ada rusuhan, tapi hari biasa, keadaan juga sudah kembali seperti sedia kala. Lepas buat panggilan itu, saya terus cadangkan kita teruskan saja perancangan asal. Kami terus berkemas, breakfast ala kadar dan siap-siap untuk bergerak ke pekan Sangkhlaburi.

Gambar terakhir : di depan jalan masuk menuju ke P Gueshouse

Drop kunci di kaunter, kami bergerak keluar ke simpang jalan. Nasib kami baik, elok saja keluar, ada motor taxi lalu - sebuah motor taxi dan motorsikal, tambang THB20/person.

Santai duduk atas motor taxi sambil goyang kaki. hihi

Sampai di pekan, kami diturunkan di sekitar tempat menaiki van - tempatnya hanya sebuah pejabat kecil di simpang jalan dan ada beberapa buah van saja. Elok saja sampai, masa tu dalam pukul 11.00am, beli tiket dan kami terus diminta naik van untuk ke Kanchanaburi. Route perjalanan kami hari ini ialah :

Sangkhalaburi - Kanchanaburi (3 jam) - Bangkok (3 jam)

Mode kenderaan yang kami gunakan ialah van. Van direct ke Bangkok memang tak ada dari Sangkhalaburi, jadi macamanapun kena berhenti di terminal bas/van Kanchanaburi dan beli tiket van/bas untuk ke Bangok.

* Kalau naik bas dari Kanchanaburi, last stop ialah Mo Chit manakala kalau naik van last stop ialah di Victory Monument.

Perjalanan ke Kanchanaburi smooth dan selesa. Masing-masing membuta je. Beberapa kali juga van berhenti di security check untuk check passport. Hampir 2.30pm kami sampai di Kanchanaburi. Tak susah untuk dapatkan van untuk ke Bangkok sebab setiap setengah jam ada saja van akan bergerak ke Bangkok. Kaunter menjual tiketpun banyak. Tiket perjalanan yang kami beli bertolak pada pukul 3.30pm. Sementara itu sempatlah ke toilet dulu. Sepanjang hari ini masa kami hanya dihabiskan dalam perjalanan saja. Jadi, sampai di Kanchanaburi saya siap-siap berwuduk dan hanya bersolat di dalam kenderaan. 

Selepas lebih 3 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Bangkok. Hampir 1 jam terperangkap dalam kesesakan lalulintas akhirnya kami selamat sampai di Victory Monument. Dari sini kami berjalan ke st BTS Victory Monument menuju ke st. Surasak. 2 malam di Bangkok kami akan bermalam di sekitar Surasak.

Alhamdulillah, suasana di Victory Monument aman.

Surasak - salah satu kawasan di sekitar Bangkok. Saya pilih untuk menginap di sekitar kawasan ini kerana ia berdekatan dengan pengangkutan awan iaitu BTS. Semasa sampai di st. Surasak, sekali lagi saya menelefon staff hostel bertanya arah menuju hostel. Alhamdulillah sampai dengan selamat walaupun mulanya tersalah masuk lorong. Kawasan di sini aman dan rezeki kami sebab hostel yang kami pilih terletak di sekitar kawasan muslim. Di kiri kanan jalan sepanjang berjalan kaki ke hostel banyak kedai makan halal yang kami nampak. 

Kami ke hostel dulu, check ini dan 

Bilik untuk kami ber'4 di tingkat 3. Bilik air di luar bilik disediakan di setiap tingkat.

Salah satu restoran yang menarik perhatian kami ialah Restoran Cili Padi. Made in Malaysia uols. Suka hati masing-masing. Letak beg saja, kami keluar balik ke restoran tadi. Makanlah! Dah seharian kelaparan. Makanan di situ bolehlah, sedap juga yang pasti licinlah pinggan masing-masing sebab kelaparan. 

Nasi goreng udang pilihan saya dan Anne.

Dah kenyang, kami balik ke hostel. Disebabkan hostel menyediakan perkhidmatan mendobi, kamipun ambil kesempatan untuk basuh baju-baju kotor secara berjemaah. Mandi dan tidur! Perjalanan yang panjang hari ini, Alhamdulillah kami sampai di Bangkok dengan selamat.

Kembara kami masih berbaki beberapa hari dan kebanyakannya akan kami habiskan di sekitar Bangkok.

~ bersambung


Saturday, February 08, 2014

Land of Smiles Trip (11) : Last evening in Sangkhlaburi

Sampai je di pangkalan P Guesthouse, kami terus ke lobi hotel, ambil beg dan kuni bilik. Masuk bilik, saya terus capai towel dan mandi. 

Oh ye, di sini kami ambil bilik 2 bilik- 2 single bed/room. Bilik kecil dilengkapi kipas dan meja solek rasanya selesa untuk kami berteduh malam ini - harga sebilik lebih kurang di THB 50/room memang selesa walaupun bilik air diluar bilik. 

Dah berwangi-wangi, tengok biasan cahaya matahari di sungai melambai-lambai saja. Kononnya petang itu kami ingat nak jalan-jalan lagi ke Mon Bridge. Jadi sementara tunggu kawan-kawan bersiap, jalan-jalan di sekitar guesthouse. Akhirnya melekat di jeti sambil layan udara nyaman petang itu. Makin petang udara di sini semakin sejuk. Selam kaki dalam air dan layan matahari petang memang satu moment yang mendamaikan!

Matahari petang seolah-olah melambai-lambai je

Jom layan moment matahari terbenam di Sangkhlaburi. Tak sampai 5 minit matahari terbenam dan hilang dari pandangan mata.

Dari jeti - matahari masih kelihatan
Tak sampai 5 minit dah nak hilang dah. Abaikan model tak berbayar yang tengah duk bervogel-vogel mandi sungai. Orang nak layan sunset pun tak senang.
Cahaya matahari kekuningan
Zoom sikit
Makin menghilang, tapi cahaya keemasan di balik bukit tu memang memukau mata
Mentari sepenuhnya hilang di balik bukit meninggalkan sisa-sisa warna kekuningan
Dah hampir senja - matahari dah hilang sepenuhnya. Masa untuk kembali ke bilik. Moment terakhir untuk kenang-kenangan
Zoom - perkampungan Mon dari kejauhan. Aman dan damai suasana di sini
Selagi tak gelap selagi tu tak balik bilik. Kalau mak ada mesti dah kena marah sebab maghrib, tapi tak balik-balik rumah lagi ni. 
With uncle Belgium - happy sungguh muka masing-masing. 
Last picture

Masuk bilik, solat dan bersiap untuk keluar lagi untuk dinner. Anne siap ajak uncle Belgium makan malam sama-sama. Sebenarnya lokasi guesthouse ni agak jauh dari bandai Sangkhlaburi. Mulanya kami plan nak sewa motor, tapi disebabkan kaunter akan tutup pukul 9.00 pm dan kamipun tak pasti kami akan balik pukul berapa, jadi sewa motor adalah tidak berbaloi untuk kami. Uncle Belgium siap offer nak ajak kami naik sekali dengan dia. Err... kami ber'4 kot, mana muat nak sumbat satu motor kan? Option yang ada ialah berjalan kaki.

Boleh tahan mencabar jalan kaki di sini. Gelap saya boleh tahan lagi. Tapi bila ada anjing merata-rata dan manja mengalahkan kucing, kecut perut saya dibuatnya. Beberapa kali jugak anjing datang mengacau kami, siap menyalak bagai. Takut seh!! Ada satu moment yang paling kelakar, masa saya dan Izza jauh tertinggal di belakang beberapa ekor anjing datang mengejar dan mengekor kami dengan dekat. Mujur kami berdua tak cabut lari, kalau tak mahunya anjing tu kejar kami. Masa tu tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami. Macam-macam doa dan surah pendek yang terlintas dalam kepala kami baca. Kuat ok! Tangan Izza saya pegang kuat-kuat, sampai berpeluh satu badan! Tak lama, lepas tu anjing-anjing tu terus Anne dan Nik yang santai berjalan. Yang bestnya, diaorang berdua tak perasanpun ada anjing mengekor mereka dari belakang. Mujur uncle Belgium berpatah balik, barulah anjing tu beredar. Kalau ingat balik memang kelakar! hahaha

Tak lama akhirnya kami sampai di pekan. Fuh! Lega! Disebabkan tak ada restoran halal di sini, kami hanya ke gerai muslim yang menjual makanan cucuk-cucuk dan goreng. Izza seperti biasa ke 7 eleven. Uncle dah sedia menunggu dan kami beli makanan dan makan bersama-sama di situ sambil borak-borak. Masa nilah baru boleh berkenalan dan bertukar cerita dengan uncle tu. Namanya Alain, dari Belgium. Dia travel seorang diri, kali ni dia bercuti lebih kurang 2 bulan untuk travel. 

Lepas dah kenyang, nak balik tu kami ke gerai tempat kami beli makanan, tanya adik yang menjual tu mana nak dapatkan motor taxi. Dia suruh kami tunggu 5 minit sementara dia telefon kawan dia. Tak lama lepas tu datang 2 buah motor. Kelakar je, sebuah motor naik bertiga! Sepanjang jalan kami gelak besar. 

Sampai guesthouse, mata belum mengantuk dan masih ada perkara yang hendak kami bincangkan tentang aktiviti hari esok. Kalau ikut perancangan asal, esok kami akan tinggalkan Sangkhlaburi dan meneruskan perjalanan ke Bangkok. Tapi berita tentang pemberontakan dan pengebuman Danok 2 hari lepas buat hati kami kecut. Jadi sambil melepak di lobi, hantar email dan update news dari internet kami berdiskusi. Uncle Alain datang joint sekali. Lama kami melepak, walaupun sebenarnya tiada solusi. 

Malam makin larut dan cuaca makin sejuk. Kami ucapkan selamat malam pada uncle Alain dan bergerak ke bilik. Tentang hari esok, biarlah masa yang tentukan...

~ bersambung


Friday, February 07, 2014

Land of Smiles Trip (10) : Elephant ride & bamboo rafting

* bertabahlah ye, entry ni memang banyak gambar

Nasi lemak Nasgera dari Malaya dan secawan milo
Balik dari Mon bridge, kami mandi dan kemas beg. Selepas 1 malam di Coffee Berry tibalah masanya untuk kami ucapkan selamat tinggal pada guesthouse yang comel ni. Sebenarnya ta puas duduk di sini. Tapi apakan daya, kami hanya ada 2 malam saja di Sangkhlaburi dan malam seterusnya kami akan menginap di P Guesthouse.

Selepas siap dan berkemas, kami angkut beg dan siapkan makanan di halaman guesthouse. Seperti biasa, mintak air panas dan sediakan nasi lemak segera, sup cendawan dan bancuh nescafe dan milo. Beria-ria buat sarapan. 

Dah siap semua, settlekan bayaran dan suami Ying dengan baik hatinya hantar kami ke P Guesthouse! And it's FOC!

Dari segi strategik dan hospitality saya bagi 5 bintang untuk guesthouse ini. Sangat selesa, bersih dan yang penting ada heater terutamanya masa musim sejuk - sesuai dengan waktu kami datang ke sini. 

* Nanti saya akan ceritakan tentang hostel / guesthouse yang kami duduk sepanjang trip ini dalam entry lain.

Gambar kenangan dengan Ying dan anak-anak buahnya
Perjalanan ke P Guesthouse lebih kurang 15 minit saja dari Coffee Berry. Dekat saja, tapi kalau pergi sendiri memang jauh jugak tambah pulak kalau terpaksa pikul beg di belakang - boleh pengsan agaknya.

Elok kami nak masuk ke lobi guesthouse, kami ditegur seseorang. Rupa-rupanya 'uncle' mat salleh yang kami jumpa dalam van semalam juga menginap di sini. Tak sempat berbual panjang sebab uncle tu nak jalan-jalan dengan motor dan kami pula dengan agenda kami. Tak apa, kalau 'ada jodoh' kita jumpa lagi ye pakcik! hehehe

Kami ke lobi, dan tak tak sempat sampai di kaunter, nama Anne dah dipanggil seorang lelaki di kaunter. Excited muka mamat tu jumpa Anne sebab dia risau kami tak datang. Maklumlah, sepatutnya untuk booking bilik @ tour package, pihak guesthouse akan minta deposit sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan dan semasa booking di sini Anne berjaya membuat tempahan tanpa perlukan bayaran deposit. Jadi kalau kami tak datang, haruslah dia yang rugi kan? ayat apalah yang si Anne guna sampai tauke P Guesthouse tergoda ye? 

Untuk penginapan selama 2 malam semuanya diuruskan oleh Anne, jadi kami biarkan Anne yang berurusan saja. Kami diberitahu bilik kami tak boleh check in lagi, jadi semua beg disimpan dalam stor sementara kami pergi tour kejap lagi. Selesaikan urusan pembayaran dan kami jalan-jalan sekitar guesthouse dulu sementara tunggu pukul 11.00am untuk tour naik gajah!

Kenapa kami pilih P Guesthouse

Ini adalah kerana P Guesthouse satu-satunya guesthouse di sekitar Sangkhlaburi yang menyediakan pakej naik gajah dan bamboo rafting sekali dengan penginapan dengan harga yang berpatutan! - THB1000/person for packaje and 1 night room at P Guesthouse. Ada juga pakej lain, tapi mahal pada poket nipis kami ni. 

Pemandangan di sekitar guesthouse - lokasi yang strategik sebab mengadap sungai dan pemandangan di sini sangat lawa
Lama menunggu akhirnya lelaki yang sambut kami di kaunter tadi panggil kami untuk siap-siap naik bot. Sebelum tu kita kena pakai jaket keselamatan dulu - pilih sendiri ikut saiz badan masing-masing. Kami ber'4 dan masa kami nak pergi tu ada seorang bapak bersama anak lelakinya joint sekali trip dengan kami. Jadi total dalam bot 7 orang termasuk pemandu bot.
Sekali lagi pemandu bot bawak kami bersiar-siar dulu di Mon Bridge. Ingatkan termasuk dalam pakej, rupa-rupanya dia nak ambil bekal dari mak dia kot.
Semua dah ready... jom kita bertolak!
Sepanjang menyusuri sungai kami dihidangkan dengan pemandangan yang lawa. Dari kejauhan nampak perkampungan Mon. Cuaca terik tapi udara sejuk sedikit sebanyak mampu mengurangkan bahang yang kami rasa tengahari tu. Tapi kulit tetap hangus!

Dari jauh Wat Wang Wiwekaram di seberang sungai. Kami lalu je, tak singgah pun. 

Wat Wang Wiwekaram (Temple Wat Mon) 

Tak lama lepas tu pemandu bot bawa kami Sunken Temple yang terletak ditengah-tengah sungai. Dahulunya kawsan ini merupakan perkampungan asal penduduk Mon. Selepas empangan di bina, perkampungan ini tenggelam dan temple ini kekal di sini hingga sekarang. Bagi sesiapa yang berminat untuk melawat tempat-tempat ini ada bot untuk disewa. Rate sewa lebih kurang THB 350 - 500/bot. Kalau musim kering (wet season) - air surut, binaan temple ini akan kelihatan dan boleh masuk ke dalamnya.

Sebenarnya kami tertanya-tanya juga sesama sendiri apa yang pemandu bot ni nak tunjukkan pada kami. Tapi, bila kami buat isyarat tanya, pemandu bot sekadar tunjuk dan membisu 1000 bahasa. huhu.


Sunken Temple - tower & temple. Dua-duanya terletak berhampiran. Sekarang musim sejuk, air pasang dan hampir keseluruhan binaan temple ini ditenggelami air. 

Perjalanan diteruskan. Semakin jauh, pemandangan makin lawa. Subhanallah, indah sungguh alam ciptaan Allah ni... Sejuk mata memandang, walaupun hakikatnya kami 'terbakar' dalam bahang mentari yang makin terik. 

Layan je mata tengok pemandangan yang lawa ni
Dari jauh kelihatan gunung-ganang bertingket-tingket. 
Kami dibawa menghampiri bukit batu kapur. Sekali lagi kami kagum dengan keindahan depan mata. Lawa weh!! Walhal kami sendiri pun tak pasti apa motip pemandu bot tu bawak kami sampai ke sini padahal arah ke tempat gajah tu bertentangan. Agaknya saja nak bawak kami keliling di sekitar kawasan ni kot.
Bekas pokok mati. Sekali pandang macam kat Kenyir pun ada.
The reflection
Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju! Tu dia, gajah-gajah dah sedia menunggu kami semua!

Sampai saja, kami disambut penduduk di situ. Baik punya layanan. Siap tolong ambilkan life jacket. Lepas tu pelawa makan - tapi kami tolak dengan baik. Dan lepas tu offer pulak kami bagi makan gajah. Tapi nak bagi makan tebu kat gajah kena beli tebu - ini mengambil kesempatan namanya kan? Tapi demi meraikan makcik yang jual tebu tu, saya beli jugak seikat tebu. Kami share ramai-ramai kasi gajah tu makan. 

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Naik gajah! Pengalaman pertama bagi saya, jadi teruja tu terlebih! Tapi dalam masa yang sama kesian tengok keadaan gajah tu. huhu

Kasi can pada gambar pulak untuk bercerita...

Gajah kiri untuk Anne dan Izza, dan gajah kanan pula untuk Nik dan saya.

Kami paling belakang sementara gajah Izza dan Anne mengetuai jalan. Tempoh naik gajah rasanya lebih 5km, memakan masa hampir 1 jam. Gajah berjalan mengikut trek sedia ada mengikut arahan tuan gajah yang membawanya. Mula-mula lalu jalan biasa, lepas tu mengarung paya, masuk hutan, lalu denai, masuk sungai, lalu semak tak sampai-sampai jugak... 
Kalah retis, siap ada cameraman tu!! Untungla.....
Semasa melalui paya, tiba-tiba gajah Anne dan Izza yang sedikit 'nakal' buat perangai. Elok saja dia berenti tepi semak lepas tu ragut rumput dan pokok dengan belalainya. Puas saya dengar tuannya memberi arahan supaya jalan, tapi tetap tak mahu dengar. Comel je tengok aksi tu. 
Kami tinggalkan gajah 'nakal' tadi dengan rumput dan daunnya, kasi can dia makan puas-puas. Dah kenyang nanti jalan la dia tu. hehe. Selepas merentasi paya, kami melalui denai kecil di pinggir sungai. Nyaman dan tenang suasana di sini.
Hah! Masuk sungai pulak. Lalu sungai berair cetek dan tenang.
Tenang suasana di sini
Nun jauh di belakang gajah yang dinaiki Anne dan Izza baru je nak mengharung sungai. Seperti biasa adik yang menjadi cameraman setia mengambil gambar mereka. Kalah retis!
Ini gajah yang saya naik. Akhirnya hampir 1 jam gajahpun berhenti betul-betul di tepi sungai. Fuh! satu pengalaman menarik bagi saya yang pertama kali ni. Tambah pulak layan view sekitar kawasan yang tenang dan menghijau, memang best! 

Gajah turunkan kami di sini dan kemudian berpatah balik. Kami disambut oleh pekerja yang bertugas dengan nasi goreng dan air mineral. Sebelum ke sini, kami sudah request makanan vege saja. Makan dan berehat sekejap. Dah habis makan, pakcik pekerja sediakan nenas yang manis. Kami makan sambil berkongsi dengan anak-anak di situ. 

Dah siap semua, sekali lagi, jaket keselamatan yang kami pakai semasa dalam bot tadi diberi kepada kami semua. Barang-barang seperti beg dan camera akan disimpan berasingakan, takut basah semasa berakit nanti. 

Lepas tu pakcik ajak kami ikut dia. Mulanya, saya ingat kami semua akan mula berakit sungai di hadapan tempat gajah menurunkan kami sebelum ini. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset kerana, kami diminta untuk melintasi sungai dan berjalan terlebih dahulu. Sungai yang kami lalui itu, walaupun airnya cetek dan kelihatan tenang, rupanya berarus deras. Nasib baik tak jatuh dibawa arus je. Haha. Nasib ada Nik yang perkasa jadi tempat berpaut. hehe. 

Lepas harung sungai, lalu semak dan berjalan merentas sedikit semak, barulah sampai di sungai. Rakit sudah sedia menunggu bersama pemilik rakit. Setiap seorang diberi sebatang buluh sebagai pendayung dan aktiviti berakit pun bermula! Yeah!

* Maaflah tak ada gambar berakit. Sebab saya tak bawa camera. Gambar-gambar yang Anne kongsikan sebelum ini di Dropbox pun tak sempat saya save. Hanya sekeping gambar yang dapat dikongsi, itupun saya cilok dari blog Anne. Tq Anne!

Lebih kurang 1 jam juga berakit. Memang fun! Mahunya tak, tengah-tengah syo berakit tiba-tiba batang buluh saya tersangkit pada rakit dan saya jatuh dalam air! Cuak semua orang! Haha. Mujur juga tempat saya jatuh airnya cetek saja, tak tenggelampun. Soronok pulak dapat main air, diaorang cakap mandi air gajah. Huhu.
Akhirnya sampai juga...

Hampir 1 jam maka sampailah kami di tempat kami mula-mula sampai tadi. 

Balik sekali dihidangkan dengan pemandangan yang cantik!
Awan membiru

Lebih 3 jam beraktiviti memang sangat best! Highly recommended to all who visit Sangkhalaburi. Must try this activity!

Lepas ucapkan terima kasih dan selamat tinggal, pemandu bot membawa kami pulang ke P Guesthouse. Kali ini perjalanan lebih singkat. Dah tak lalu di bukit batu kapur dan tample.

Sampai di guesthouse terus saya mandi sementara kawan-kawan yang duduk bersantai di beranda bilik sampai bergosip riang. Maklumlah... saya kan dah mandi air gajah tadi. huhu

~ bersambung lagi